5tahun5bulan[PartIII]~Episode1

I really love this pic =)) .Hah ha..This’s when the evil in Johanna talks.But honestly,yes.Boys’re stupid.Some men too.Throw rocks at them.Pots and pans too.
Dare You To Move-Switchfoot berlagu dari headphone di leher.Autumn is in the air!Autumn yang ketiga.Antara sedar dan tidak.Kini dah hampir tiga tahun di bumi Aberdeen.Menjadi budak medic University of Aberdeen.Makin larut dalam Scottish accent.Dan makin kebal dengan sejuk yang kini dah tak terasa.Jo santai bersila di atas picnic sheet sambil matanya menyapu Bridge of Don yang tersergam megah merentas River of Don di hadapannya.Spend the weekend dengan memecahkan rutin;picnic dan makan!Tinggalkan buku dan study di belakang!
“Melamun!” Noni menarik hidung Jo.
Automatik Jo menepis. “Apa melamun-melamun?” Dia mencebik. “Ingat aku minah bunga ke apa?”
Ketawa pecah.
“Denial.” Aie pula yang mencebik. “Pizza pun baru makan separuh tak melamun konon.Padahal dah dekat sejam setengah bertapa depan Don nie.”
Ketawa pecah lagi.
“Ala Jo...Tau la kita dah skip tak balik setahun.Tapi takkan rindu orang Malaysia kot.” Iyan sengih mengusik. “Kan phone paling kurang sekali sebulan.”
Jo sengih selamba. “Spekulasi tak berasas.” Pizza yang tadi diabaikan dibawa ke mulut. “Aku tengah cuak dengan barrier exam korang nak buat lawak antara river.”
“Haiyoh..spoil the mood la kau!” Iyan menampar lengan Jo. “Tengah picnic cenggini pun nak bawak cerita exam ke?”
Gadis itu hanya terkekeh ketawa. “Yeah doc,I need a life.” Jo mencebik dengan mulut penuh.
Iyan baru nak menjawab bila handset tiba-tiba berlagu dari celah timbunan beg.Viopipe-Butterfingers.
“Jo!!” Serentak Aie,Iyan dan Noni bersuara.
Jo menarik begnya,malas.Siapa pulak yang nak call pagi-pagi nie.Dia merenung nama pemanggil.
“Siapa?” Aie bertanya sambil menuang apple-juice ke dalam cawan plastik.
“Bat.” Jo menekan butang menjawab panggilan. “Hello.Assalamualaikum.” Toneless.
“Waalaikumsalam.” Toneless juga Bat menjawab. “Bertuah punya Hang Li Jo!I read that!!” Tanpa sempat Jo bersuara suaranya dah seoktaf menerjah telinga.
Jo refleks mengalih handset sekaki dari telinga.Aie,Iyan,dan Noni bulat mata namun kemudian pecah ketawa.Jo menjulingkan mata.
“Datuk Paduka,where’s the fire la?”
“I read that,girl.” Bat merenung skrin laptop dengan mata mencerun.Namun bibirnya mengukir senyum nipis meski suaranya tegang.“ Premis 1:I’m smart.Premis 2:I’m a boy.Conclusion:Boys’re not stupid.”
Jo ketawa tanpa mampu ditahan.The pic dalam blog.Kemudian dia sengih sumbing. “Kau call sebab tu je?”
“I’m officially offended.”
“Emo.”
“Emo-no android unlike you.” Bat membalas sarcastic. “Kau kat mana tu?”
“Don.Picnic.”
“Sampai hati tak ajak aku!”
“Bila masa aku pernah jalan ajak kau.Nak kena dengan Fakhrul?”
Bat ketawa.
“Dah..dah..aku nak makan.” Jo bersuara datar. “G’day Datuk Panglima.Assalamualaikum.” Talian terus dimatikan.
“Kenapa Bat call?” Iyan angkat kening sebelah.
Jo sengih nakal. “The pic.” I have a good reason.One giga good reason.
Ketawa pecah lagi.
***
Setahun lagi yang datang dan pergi.Dia mengukir senyum tawar.Angah dah selamat ke Robert Gordon,alhamdulillah.Dalam banyak-banyak universiti,yang dekat Aberdeen tu jugak yang dia dapat.Nana pun dah enroll ke Taylor’s.Cepatnya masa berlalu.Nina pun dah masuk MRSM Taiping.Memang masa berlalu cepat sungguh.
Dia kembali menekan remote control.Tiada yang terasa menarik di mata.Akhirnya dibiar sahaja Tim Duncan berkejar di skrin menentang Detroit Pistons.NBA Finals Replay yang entah kali ke berapa.Afiq menarik nafas panjang sambil mendongak mengadah siling.Sunyinya rumah bila semua orang dah tak ada...
“Along?”
Afiq mengalih pandangan. “Pa.” Ujarnya sepatah.
“Jauh menung.” Encik Latfy duduk di sebelah anak sulungnya sambil mencapai NST dari meja.
“Sunyi rumah,pa.” Afiq senyum tawar. “Tapi kalau ada diorang tak larat nak tengok,nak dengar.”
Encik Latfy hanya ketawa kecil. “Kalau Along pun sambung study memang papa jadi lone ranger la duduk rumah nie.” Matanya mula berlari di atas helaian akhbar di tangan. “Along nie nak sambung belajar ke tak nie.”
Afiq menjungkit bahu.Kembali mengadah siling dengan kedua belah tangan didepang ke bahu settee. “Entah.” Dia menghela nafas berat. “Tak kot.Complicated.”
Dahi Encik Latfy sediki berkerut. “Kenapa?” Wajah Afiq dipandang sekilas.
Afiq hanya sengih sumbing tak menjawab.
“That girl?”
Tak menjawab lagi.Hanya sengih sumbingnya masih tak padam.
Encik Latfy melepas nafas sambil menggeleng kepala. “Kalau dah nak kawin sangat cakap je.”
Ketawa Afiq pecah. “Papa kena sponsor la macam tu.Duit Along mana cukup lagi.”
“Betul ke nie...” Mata Encik Latfy masih tidak meninggalkan NST. “Hal nikah kawin nie jangan buat main,Long.Anak dara orang tu.Berkawan dah lama.”
Afiq tak menjawab.Hanya kembali mengadah siling dengan senyum nipis di bibir.Dia memikir kembali.Am I that serious?
***
Mana ke pulak dianya bas nie...Jo merenung jam di tangan.Hampir 2 petang.Sesekali dia menjengah ke arah jalan.Ada bas.Tapi bukan juga Stagecoach Bus No.59 yang ditunggu.Dia melepas nafas perlahan.Dalam jadual tulis 1.50p.m.Sekarang pukul 1.53.Terlepas ke?Jo menggigit bibir bawah.Terlebih punctual la pulak bas nie pun.Alamat kena tunggu lagi setengah jam la depan Westburn Road macam nie.Dia berpaling ke belakang.Nak lepak dekat cafe hospital ke tak?Fikirannya mula berkira-kira.Forget it Johanna,jimat sikit.Akhirnya dia kembali duduk di tempat menunggu di hadapan pagar Foresterhill Hospital itu.Cepat la datang pakcik bas...Nak kena kejar lecture pukul kat Polwarth pukul 3.30 nie...
“Eh?Tak balik lagi?”
Jo berpaling. “Bat.” Ujarnya sepatah.
Bat menarik senyum segaris sebelum turut sama duduk di kerusi menunggu. “Ingatkan kau dah balik.”
“Belum.” Jo melepas nafas perlahan. “Habis lambat sikit tadi.” Dia memandang Bat sekilas. “Macam mana dengan patient kau punya case?”
Bat hanya jungkit bahu. “OK.Kau?”
“Surviving.”
Senyap seketika.
“How’s Liza?”
“Huh?” Bat muka blank.
Jo menjulingkan mata. “Hello!Liza..as in L-I-Z-A.Liza Liverpool,Dang Wangi. Ring any bell?”
“Oo..”Bat ketawa. “Kau panggil Liza mana aku tau.”
Jo turut ketawa. “Tau la kau panggil dia ayang,dia panggil kau abang.” Dia menjulingkan mata ke langit. “Disgusting.” Gumamnya rendah.
“Ei...” Bulat mata Bat. “Aku tak kata apa pun pasal kau dengan Sultan Mansur kau tu..”
Jo hanya menggeleng dengan ketawa bersisa. “Aku masih solely devoted to the China Emperor,thanks.”
“Jo.” Nada suara Bat kini bertukar serius.
Kening Jo terangkat sebelah.Nie apahal pulak Hang Jebat nie masuk mode serius ala-ala nak buat abdominal examination.
“Kau dah 23 la,Jo.”
“So?” Jo bertanya malas.Dia kembali menjengah pandangan ke jalan.Mana bas...
“Kau dengan Along nie serius?”
Jo merengus perlahan dengan sengih sumbing. “Bila masa pulak aku buat affair merentas benua nie.”
Bat menepis kata-kata Jo dengan tangan kanan. “Sementara tunggu bas nie baik aku propose kau...”
Posted at 05:50 am by hlovate
5tahun5bulan[PartIII]~Episode2
“...dengan aku punya hypotheses.”
Rahang bawah Jo jatuh sebelum ketawanya pecah.The lawak of the day.Jo menggeleng dalam ketawa.In a split second hampir dia terfikir Hang Jebat nak buat proposal membawa hajat.Absurd sungguh daya fikir kau sekarang nie,Jo.
Kening Bat terangkat sebelah merenung Jo yang ketawa.Ek eh..gelak pulak dia. “Kau gelak tu kenapa?”
Jo masih menggeleng dengan ketawa bersisa. “Proposal hypotheses? Hypotheses apa?”
“Pasal kau la.”
Kening Jo terangkat sebelah.Tak faham.
Bat merenung wajah Jo di sebelahnya. “Satu;kau nie philophobia.Dua;tak pun kau nie gamophobia.”
Jo sengih selamba. “I really love it when you’re using those Sanskrit on me.” Sarcastic dia bersuara. “English,please.Kalau Melayu zaman Sultan Melaka pun taper.”
Bat ketawa.Johanna...Selamba-air yang tak pernah fade. “Philophobia;fear of falling in love or being in love.Gamophobia;takut kawin.”
Kali ini rahang bawah Jo betul-betul jatuh.Keningnya terangkat. “Err..I thought that we’re doing psychiatry in second semester,which is in a couple of months to come?Bukan sekarang?”
“Denial.” Bat sengih sumbing.
Jo buat muka. “Hello..Aku bukan dalam any grieving or bereavement process.” Dia menjulingkan mata. “Typical medic student.Medical terminologies merentas kehidupan harian.”
“Aku rasa hypotheses aku yang first tu betul.” Wajah Jo dipandang sekilas.
“Could.We.Drop.The.Subject.” Sepatah-sepatah Jo menutur datar dengan pandangan kosong ke hadapan. “Kau jaga je Dang Wangi kau tu elok-elok.
“I seriously think that you need to talk to somebody about this thingy.”
Jo ketawa. “Ridiculous.”
“That Along guy sounds nice.”
“Drop.The.Subject.”
***

You need love.[huh?!]
You are a pretty normal, well-rounded person that just craves that fairy tale love where you will be swept off your feet and live happily ever after[ridiculous!!!]. Chances are that you fantasize or dream about it so much that you either see all the guys/girls as unromantic or you tell yourself that anyone could be your soulmate.[bizarre!!!] You long to have someone by your side and you want to give back on the romance part too, not just give[utterly absurd!!!]
Conclusion:THIS’S THE WORST QUIZ EVER
Jo memutar pen di tangan sambil merenung skrin laptop.Gila tak gila sebagai netter hardcore.Sampai blog pun ada dua.Dia sengih sendiri di bawah sedar sambil menggeleng.Split yourself into two.One half for public and the other is just for you.Bibirnya masih mengukir senyum tawar sambil menekan butang scroll melihat public blognya.
Boys’re stupid.
Terhenti matanya di situ.Senyumnya melebar.Saying you thoughts out loud are sometimes worth it.Serves you right,Syafiq!Ada ke patut buat housemate aku macam tu.Jo merenung kosong ke skrin mengingatkan Noni.Payah sangat ke nak faham pegang tangan tu haram?Are guys that thick?Memang tak boleh pakai kalau hukum-hakam yang dah nyata pun buat aci redah.Putus fius ke apa.Jo menjulingkan mata.Nak marah anak dara orang sebab tak bagi pegang tangan.Ketika ‘conference’ rumah setelah perang besar antara Noni dan Syafiq,selamba je dia menutur;
“Ditch him.Find someone better.Find someone yang willl bring you straight to syurga,bukan neraka.”
Atmosphere yang tegang masa itu dikendurkan juga dengan tawa mereka yang pecah tanpa perlu dipaksa.Even Noni pun.Dan malam itu juga keempat-empat blog penghuni South House itu menerima entry baru dengan gambar yang sama,hasil dari kepala dia juga.Dan gambar dari laptopnya juga.Speaking-up ain’t a crime,kan?A tad too harsh maybe.Jo senyum pahit.Mungkin sebab Syafiq-Noni yang membuatkan dia seolah menjadi full-rage feminist.Tapi mungkin ada sebab lain,Johanna?
Along?
Jo menghela nafas berat.Dia membuka webpage Yahoo!Mail.Melihat jika ada inbox berisi.Kosong.Dia menarik senyum tawar.Kesian Along,busy sangat agaknya sampai dah sebulan tak ada khabar berita.Sarcastic suara di dalam kepala menutur.Jo menggeleng perlahan sambil bangun.Lampu meja studi dimatikan. Lambat-lambat dia melangkah ke katil.Tubuh direbahkan sambil menarik Bart Simpson ke dalam pelukan.
Marah Along,Jo?
Entah.Maybe.
Sebab?
Jo merenung siling.He’s the closest thing to a brother that I have.Dia menarik senyum tawar tanpa sedar.Teringat suatu ketika dulu.Really wanted a big brother.I really despised having girl friends.Tak suka having girl friends sebab girl friends are soooo typically girlish.Dan orang keliling mesti buat muka pelik and said;then what’re you la?!.Girls typically go for pinks,frills and fluffs.Go for love fantasy,boybands,fashion,baju,all those mushy lovey dovey tak tahan punya chapters.Tell me baper banyak girls boleh diajak nak babble pasal skate and basketball,just to name a few?Or to ask bout camping or fishing?Or about Butterfingers and Scott Stapp?Jarang sangat nak jumpa.Dalam banyak-banyak orang Yaya je yang tahan dengan perangai aku yang cenggini since zaman Jepun dulu.Having a brother is like a dream come true.Dan ditakdirkan aku dapat abang yang macam nie... Aku redha je la.Jo menarik senyum tawar.
“Hey...three years dah nie.”
“And counting.” Dia ketawa. “5 tahun 5 bulan tu jauh lagi nak habis.”
“Tader progress langsung.”Yaya menjulingkan mata. “Bermasalah la kau nie.Orang lain within this 3 years macam-macam dah jadi.Orang lain dah bertunang,nikah kahwin.”
Teringat pulak hypotheses Bat siang tadi.Bertuah punya kawan.Ada pulak buat aku jadi subject untuk psych dia. Philophobia;fear of falling in love or being in love.Gamophobia;takut kawin.Putus fius ke apa?
“I’m stil the old me.Is that a crime?” Jo memutar pen di tangan.Dia sengih “Tau la kau dah bertunang.Macam-macam boleh jadi kan,within this 5 tahun 5 bulan.Kot-kot aku kawin dulu dari kau ke...Kot-kot aku meninggal dulu dari kau ke...Kot-kot aku kawin dengan Mat Salleh terus tak balik Mesia ke...”
“Nak kenakan aku balik....” Yaya mengetap gigi.“Kepala batu,diamond,budak degil...” Suara di Tasmania tu dah ala-ala menyanyi. “...
Ketawa Jo lepas. “Touche.Tell me something I don’t know.”
“Oh ya ya..It’s nothing but the obvious.” Yaya sengih. “Changing for good is not a crime la.Kesian la kat Along.”
“Whoa..hold it hold it.” Mata Jo mencerun. “Backspace.Now.”
“Sorry.” Yaya melepas nafas perlahan. “Sampai bila kau nak marah dengan Along nie?”
“Bila masa aku kata aku marah dia?Kalau aku marah dia tader aku angkat phone kalau dia call,balas email kalau dia hantar email.”
“Jo...”
“He’s my big bro,remember?” Seolah sarcastic Jo bersuara.
“Correction.Patutnya big bro aku,sebab by right dia jadi abang ipar aku.”
“Bila masa kau tu berkakak?”
“Bukan kau kakak aku ke?”
“Kau nie memang nak kena backhand,Ya.” Datar suara Jo. “I’ve drawn the line,remember?
Along sekarang mesti tengah busy dengan dia punya so-called ‘friend’.Jo menarik Bart Simpson ke muka.Taper la Along...teruskan la usaha menyibukkan diri tu.
***
Hampir masuk minggu ketiga di Tasik Banding.Hampir tiga minggu in the middle of nowhere.Tanpa internet mahupun network coverage.Ketika bekerja waktu melayang tanpa sedar,namun ada ketikanya terasa lambat petala ke lapan mengalahkan kekura berjalan.Tempoh waktu yang mengajarnya erti sesuatu.
Terasa sesuatu yang kosong.
Shahira di KL.Mungkin turut sama sibuk di IDP barangkali.Afiq melontar pandangan kosong ke tengah tasik yang beriak kecil bila anak ikan melompat keluar air.Dia mengenang kembali.On and off sejak dulu.Since Bristol.Tapi tak pernah serius.Dan lebih dua tahun lepas mereka berjumpa lagi.Dia masih seperti dahulu,namun mungkin Shahira yang makin bertambah ranggi.Kerja di IDP, berurusan dengan international college and universities,pastinya perlu gaya.Dia sendiri tak pasti apa yang membuatkannya kembali menemankan Shahira untuk lunch dan dinner.Dua tahun lepas.Apa yang jadi dua tahun lepas?Afiq mengukir senyum tawar pada anak toman yang melompat menyambar pepatung di muka air.Jawapan seolah hadir menerpa tanpa perlu dipinta.Dua tahun lepas.Tanpa diduga mengenali seorang Jo di dalam Ana.
Dia tidak menolak kenyataan.Rasa tertipu tetap ada.Kecewa mungkin sedikit bertanda.Kalau diikutkan hati masa itu memang mahukan seorang suri yang macam Ana.Duduk di rumah menjaga makan minum sakit pening.Namun bila Ana itu dikenali dengan nama Johanna,dia sedar itu semua angan-angan semata.Dan kemudian cuba mencari ganti rasa yang hilang itu dengan keluar makan bersama Shahira?
Dua tahun keluar bersama tak membuatkannya berfikir banyak.Kalau takdir menetapkannya dengan Shahira,mungkin dia perlu lebih serius.Dan tiga minggu di Tasik Banding ini membuktikan sesuatu.Dia resah serba tak kena tanpa internet dan network coverage hanya kerana tiga sebab.
Tak dapat nak berhubung ke KL dan Taiping.Papa,Nana dan Nina susah betul nak dihubungi.Resah serba tak kena dibuatnya.Tapi sekurangnya papa boleh tengokkan Nana dengan Nina.
Tak dapat nak berhubung ke Aberdeen.Angah tu entah apa la ceritanya.Namun sedikit sebanyak tak begitu risau.Angah tu lelaki.Worst case scenario pun Ana ada kat bumi Aberdeen tu.Robert Gordon dengan Uni of Aberdeen tu bukan jauh sangat.Paling kurang kalau shopping kat Lidl tu pun boleh terserempak dengan Kak Ana dia tu.
Dan ruang kosong yang ketiga di dalam hatinya seolah menetapkan sesuatu.Dia rindukan Shahira.Itu yang sepatutnya jika mengikut hukum alam.Tetapi kenapa panggilan telefon dan balasan email ke Aberdeen yang membuatkannya berharap tiga minggu ini cepat berakhir?
5tahun5bulan[PartIII]~Episode3
Make itthrough,alhamdulillah.
Sengih yang berbunga sejak siang tadi masih tak cair.Zygomatic major* macam dah permanent je nak tersungging mengukir sengih di bibir.Namun duduknya memang tak senang di dalam bilik gelap tak berlampu itu.Sekejap-sekejap berbaring di katil.Sekejap-sekejap bangun ke meja studi.Cepat la pukul 1.30!
Rumah dah lama sunyi.Aie,Iyan dengan Noni dah lama lena agaknya.Sakan siang tadi celebrate makan kat Tandoori Lidl.Lepas tu pakat pusing town pulak.Balik rumah baca Yassin dengan buat sujud syukur.Lepas tu bergilir pulak bergayut buat phone call ke Malaysia mengkhabarkan berita gembira.Mak dengan abah happy je mendengar.Bersyukur tak menghampakan mak abah.Jo bangun dari kerusi studi.Gagang Panasonic wireless di tangan dilambung-lambung.Matanya buat kesekian kali memandang jam di tangan.1.20 pagi.Kira redah je la.Kat Malaysia lebih kurang time masuk office lepas lunch la nie.
Kalau kena marah Jo,cemana?
Peduli la kena marah pun.Tengah happy nie.Dia melompat ke katil.IDD card dicapai dari night table.Cekap tangannya mendail telefon di tangan.Seketika kemudian terdengar nada talian disambung.Bart Simpson ditarik ke riba.Cepat la..cepat la...pick-up..pick-up...
Di corong telefon terdengar talian diangkat.
"Hello.Assalamualaikum."Cerianya dah berbunga dalam suara macam pesta bunga api.
"Walaikumsalam."
"Along!!"Happynya dah tak boleh nak ditahan lagi.Sengihnya makin mekar.
Kening Afiq terangkat. "Ana?" Cepat matanya mencari jam di tangan.Borang-borang bersusun yang tadi di tangan dilepas ke meja.
"Along!!I managed to get through!!Ana pass the barrier exam!!" Suara Jo dah ke langit.
"Really?!Alhamdulillah..." Afiq mengukir senyum mengucap syukur. "Good for you.Congrats!"
Jo ketawa.Happily intoxicated.Ceria overdose. "Thank 'ye."
"Seronoknya dia..."
Jo ketawa lagi. "Mesti la.Orang happy nie."
Afiq turut ketawa.Namun dalam pada itu kepalanya mencongak. "Bila dapat result nie?Bukan kat Aberdeen sekarang pukul 1.30 pagi ke?"
Senyum Jo masih berbunga. "Result keluar siang tadi."
"Siang tadi?!Lambatnya bagi tau Along..." Afiq sengih menyakat. "Am I the last person to know?"
Ketawa Jo pecah lagi. "Takkan la Ana nak call Along pakai handset dari uni.Alamat macam air je kredit nanti.Lagipun kat Malaysia pagi-pagi buta pulak tu.Mau kena sumpah."
"Boleh je kalau hantar mesej,kan."
"Spoil the fun la." Jo mencebik. "Apa kes bagi tau pass barrier exam pakai mesej."
Bibirnya mengukir senyum.Afiq kembali menatap borang-borang di meja. "Apa kes call orang kat office?Along baru nak duduk nie.Kacau orang nak buat kerja."
Jo buat muka.Nie la masalah Along.Kerek tak berubah-ubah. "Tak nak share,done!"Jo menjulingkan mata. "Pergi la sambung buat kerja.Orang pun nak tidur."
Afiq ketawa. "Cik Johanna mera...juk.." Lawak mendengarkan nada suara Jo yang seolah berjauh hati.Pandangannya berlari meniti baris-baris ayat di dalam helaian borang di depan mata.Sesekali pennya turut sama berlari menulis. "Tak malu ke dah tua-tua pun nak merajuk."
Ek ena Along nie... "Inche Along,kalau Along nak kata Ana tua,Along lagi tua tau.Tader kerja la orang merajuk.Ingat Ana minah bunga ke?" Sambungnya menggumam.
"Tak la bunga sangat.Tapi boleh tahan jugak la kalau mogok tu." Ujar Afiq selamba mengusik.Teringat pasal dekat sebulan tak call,tak reply email sebab tercampak tengah Tasik Banding.First time call lepas balik dari Banding tu,suara nak menjawab bila orang tanya punya la payah nak dengar.Menjawab sepatah-sepatah je.Bila bagi tau stranded dekat sebulan dekat ceruk Banding tu baru la menjawab macam OK sikit.
Tu nak ungkit balik pasal bulan lepas la tu...Darah terasa menyimbah ke muka.Free je marah Along dalam hati.Ingatkan 'busy' sampai lupa adik sendiri.Rupanya busy betul.Kena campak tengah tasik pulak tu.
"Ana?"
"Hmm?"
"Along ingatkan dah tertidur dengan phone." Sakatnya masih tak habis.
Along nie memang la... "OK la,Long.Ana nak off."
"Call Along nie...ada apa-apa makna ke?"
Ek?Jo muka blur.Makna pekenama pulak nie... "Makna apa...Majlis Kanser Nasional ke?" Itu perkara pertama yang meluncur keluar dari bibir.
Afiq ketawa sambil menepuk dahi.Ada ke pulak Majlis Kanser Nasional.Sah dah mamun la tu.Dia menggeleng perlahan. "Call nak bagi tau Along result nie sebab nak tuntut present ke?"
Dahi Jo berkerut. "Mana ada Along janji apa-apa pun."
"Cuba ingat betul-betul."
Kerut di dahi Jo bertambah kusut.Aku call dia nak share happy news je.Tak terniat pun nak tuntut hadiah ke..hutang ke..tuntut bela ke...Bila masa pulak Along ada janji nak bagi apa-apa pun.
"Before that.Paper elective dapat apa?"
Wajah kembali berbunga ceria. "You won't believe it!Distinction,alhamdulillah."
Afiq kembali mengukir senyum. "Cuba ingat betul-betul apa Along kata kalau pass barries exam and paper elective dapat distinction."
"Paper elective sangat susah." Separuh mengeluh dia menutur. "Memang tak confident langsung.Ana rasa nak pass pun impossible.Silap-silap kena repeat next sem."
"Along yakin you did well."
"Along cakap senang la.Bukan Along yang buat paper tu." Jo melepas nafas perlahan. "Memang killer."
"I have faith in you.Along sure Ana boleh dapat distinction."
Jo menjulingkan mata.Rasa nak ketuk je kepala Along dengan kuali goreng ikan.Berapa kali nak cakap paper tu susah?! "Pandai la Along.Dah 88 kali Ana cakap paper tu susah." Dia merengus perlahan. "Sure flunk."
"Kalau pass barrier exam,then elective dapat distinction macam mana?"
"Kalau pass barrier tapi Ana flunk elective maca mana?"
"Kalau yang Along cakap tu betul,Along terus masuk meminang."
"See?Nampak sangat saja nak gulakan orang."
"I.Am.Serious."
"Ingat tak nie?"
Jo tersedar dari ingatan.Tanpa sedar dia menelan liur.Saja je Along nak buat lawak antara benua dengan aku. "Konon ye sangat la tu." Jo mencebik.Penat aku dengan lawak gula batu Along nie. "'K la Along.Tamau kacau orang tengah buat kerja kat office.Ana pun nak off."
"Hmm...ye la ye la." Afiq meneliti kalendar di atas meja dengan tangan kiri.Kemudian kembali kembali menulis di helaian borang yang menuntut diisi. "By the way,winter break nanti pergi mana?"
"Pergi London je kot.Aie nak jumpa Shana.Maybe jugak pergi Galway dalam dua tiga hari.Nak jumpa classmates KMS." Jo cuba mengingat plan untuk winter. "Jalan seminggu je.Lepas tu duduk Aberdeen.Kalau nak jalan lagi pun dalam Aberdeen je kot."
"OK.Jaga diri." Afiq mula mengemaskan kerja di tangan. "Now,pergi tidur."
******************************
Suara Dawud Wharnsby Ali berlagu dari speaker laptop.Jo bersila di atas kerusi studi dengan sebelah tangan menongkat dagu.
......all construction in the world is done with similar materials (brick, iron, cement, etc.). This, however, does not mean that these buildings "evolved" from each other.They are constructed separately by using common materials.The same holds for living beings as well.However, the complexity of the structure of livingthings cannot be compared to that of bridges, of course.
Baris-baris ayat The Collpase of the Theory of Evolution in 20 Questions tulisan Harun Yahya itu dibaca dengan dahi berkerut tanpa sedar.Cuba mencerna.Tiba-tiba teringat lecture pasal evolution masa first year dulu.Hampir bergaduh dengan Vivian sebab Darwinism.Haru je.Kot dia tu evolutionist,boleh la pakai teori monyet tu.Aku nie Muslim nak terima pekenamanya.
Life did not originate as the result of unconscious coincidences as evolution claims, but as the result of the creation of God, the Almighty, the possessor of infinite knowledge and wisdom….
Matanya berlari di atas baris terakhir perenggan penutup untuk persoalan keenam buku itu;WHY IS THE CLAIM THAT HUMAN AND APE GENOMES ARE 99 PERCENT SIMILAR AND THAT THIS CONFIRMS EVOLUTION NOT TRUE? Okay..jadi la habiskan one question pagi nie.Jo bangun dari kerusi sambil meregangkan tangan melepasi kepala.Jam baru pukul 9 pagi.Pagi winter yang brrr….Nasib baik tengah break.Tak payah nak jejak uni.Baca buku Harun Yahya nie pun pasal ngingatkan pesan abah la.Guna masa cuti nak baca buku-buku luar bidang.Tak rugi belajar.Kalau ikutkan hati mau je bukak Da Vincci's Code kali ke seratus.
Baru Sabtu lepas balik dari Galway,jumpa angkatan budak-budak Seremban kat Ireland.Sakan seminggu berjalan.Konon nak jalan London dengan Galway je.Sekali terus ter'uni-hopping' sampai ke Leeds,pergi Manchester pulak,siap entah macam mana tercampak ke Southampton menjenguk Haya dengan Una pulak.Memang kerja putus fius betul jalan tak rancang nie.Kot kalau semua tu distance macam KLCC-Masjid Jamek taper jugak.Ini…untuk transport saja pun duit keluar macam air.Mujur memang empat-empat tengah banyak duit sebab duduk Aberdeen desa indah permai nie,banyak save.
Jo melempar pandangan ke luar tingkap.Weekend nie pergi Isle of Sky.Lepas tu Mount Navis.Salji di luar tak begitu lebat.Tahun nie boleh dikira agak 'warm' jugak la kalau nak banding dengan tahun-tahun lepas.Tanpa sedar bibir mengukir senyum tawar.Cepatnya masa berlalu...
Handset di atas meja studi tiba-tiba berlagu.Jo tersentak berpaling.Siapa pulak yang call?Nie mesti....
Keningnya terangkat bila melihat nama pemanggil di skrin.Kenapa pulak nie? "Hello.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam.Kak Ana!"Laju suara Apeh menerjah telinga.
"Ye Reza Hafez." Jo menggeleng perlahan dengan senyum nipis.Nak suruh masakkan tandoori ke? "Kenapa nie?"
"Kak Ana,kita jumpa kat city pukul 11 boleh?" Macam tak cukup nafas Apeh menyebut.
Kening Jo terangkat sebelah. "Kenapa?Ada masalah ke nie?"
"Ada hal.Nanti la cerita.Boleh ye,Kak Ana?11 at GJ Wellington Road?"
"Sure,sure." Masalah negara apa pulak yang melanda adik aku nie. "Akak datang dengan Kak Aishah sekali,tau."
"OK.Assalamualaikum."
Salam bersambut dan talian dimatikan.Jo mengetuk-ngetuk pelipis dengan handset di tangan.Kes apa nie?
_____________________________________________________
*zygomatic major-the muscle yg contract+relax bila kita senyum/sengih :D [kalau salah,dak2 medic tlg betulkan ;p]
Posted at 09:24 pm by hlovate
5tahun5bulan[PartIII]~Episode4'cont
***
Hah ha!I’m saved!Bless you,Iyan!
It’s a small world after aaallll....Tanpa sedar dia menyanyi kecil di dalam hati.Along kenal abang Iyan rupanya.
“Eh?Abang dulu Bristol?” Iyan memetik jari. “Rasa macam pernah nampak kat rumah terbuka kitorang dulu.My brother dulu law kat sana.Budak Renong jugak.Farid Hishamuddin.”
“Laa...adik Payed ke nie...Patut la muka macam ada iras...”
And the rest is history.
Tapi....
Dia duduk di sidewalk bench sambil menggosok tangan untuk menghilangkan sejuk.Yang lain semua dah hilang masuk coffee shop mencari hot coffee.Berjalan tengah winter,memang macam tu!Jo menggeleng perlahan dengan senyum tawar.Memang takkan dijejak masuk Ol’Granite Cafe Castlegate itu.Bau kopinya tenfold lagi dasyat dari GJ.Sampai nauseous dibuatnya.Jo mengadah langit seketika.Thank God salji dah tak turun.Tapi nie pun still tahap beku.
Paper cup yang tiba-tiba disua di depan muka membuatkan dia automatik terkebelakang.Pantas dia berpaling.
Afiq tegak berdiri di sebelahnya dengan kedua belah tangan memegang paper cup berisi.
Jo menggeleng. “Ana tak minum coffee,Along.” Apa Along buat kat sini?Mana orang lain?
“Along tau.” Afiq duduk di sebelah Jo.Wajah Jo dipandangnya. “It’s hot choc.” Muka scandalised semacam kenapa?
Teragak-agak Jo menyambut.Duduk mula rasa resah serba tak kena,namun ditahan juga agar wajah tak beriak.Pandangannya hanya menala pada orang yang lalu-lalang.
Now...this’s an awkward silence. “Thanks.” Jo menggumam rendah.
“My pleasure.”
Senyap.
“Yang lain mana?”
“Fighting over the flavour.”
Automatik bibir mengukir senyum tawar.Mesti vanilla versus caramel versus mint.Dan ally antara Apeh dengan Noni mesti nak menegakkan betapa fantastic mint coffee yang horror too.
Wajah Jo dipandang dengan hujung mata.Afiq memusing isi paper cup di tangan sambil berdehem perlahan. “Kenapa Ana senyap je since semalam?” Pandangannya turut menala pada orang lalu lalang. “Tak happy Along datang?” Rendah suara Afiq bertanya.
Lambat-lambat Jo berpaling. “Mana ada...” Gumamnya perlahan.
“Habis tu?”
“Tak tau nak cakap apa.” Jo menutur tanpa berfikir.Redah je la.
Afiq berpaling memandangnya.Keningnya terangkat sebelah.Skeptic. “Kalau Along call ada je benda Ana nak cerita.”
Jo kembali melarikan pandangan ke dada jalan. “Sebab Along call selang seminggu la Ana dah tader apa benda nak cerita.Semua Along dah tau.” Kali ini selamba dia membalas.Get a grip,Jo.
Kali ini Afiq ketawa. “Now..that sounds like you.”
“I take it as a compliment.”
Ketawa Afiq masih bersisa. “So like you.”
Jo hanya mengangkat bahu.
Dan sepi membeku kembali.
Jo merenung hujung sneakers.Jemarinya bermain dengan wayar earphone.Should I say something? “Along saja datang holiday ke?” Bibirnya menutur soalan pertama yang melintas kepala.
“Kan Along dah cakap semalam...” Afiq mengukir senyum nipis segaris.
Oh yes,silly Jo.Kan Along dah cakap semalam dia memang datang holiday nak tengok Apeh,dan visit kau sekali.Jalan pergi visit member-member dia kat London,Manchester,Galway.Haila....Rasa nak siram kepala dengan hot choc di tangan bagi segar sikit.
Senyap lagi.Afiq memandang Jo dengan hujung mata.Johanna...kalaulah dia boleh membaca fikiran mahu rasanya dia membaca apa yang sedang difikir gadis itu.
“Along busy lagi sekarang?” Lame,Jo.Next time talk about the weather.
“Kalau Along busy,Along takkan pergi holiday kan?” Lembut Afiq menutur.
Okay..Warning sign on alert!Kenapa tone suara Along cenggitu even jawapan dia aura kerek macam selalu?I don’t like it...I don’t like it... “Along dah kurus lagi.” Oh la la!Pekehal itu yang terkeluar dari mulut.Talk about the weather,Jo!
Afiq senyum tawar. “Sebab Ana dah tak masak untuk Along.”
Jo menampal senyum plastik ke wajah. “Nonsense.Kenapa Ana pulak ada kait-mengait dengan Along punya diet?” Dia menggumam. “Mak Atun ada,mapley ada,kedai bersusun-susun je kat KL tu kan...”
Kata-katanya terputus dengan tawa Afiq.
Jo berpaling memandang Afiq.Nyata wajahnya blank.
“Johanna...” Afiq menggeleng dengan tawa kecil.
“Kenapa Along gelak?”
“Ana,you’re rambling...Kenapa nie?” Wajah Ana direnungnya,cuba mencari jawapan.
Jo cepat-cepat kembali mengadap jalan. “Was I?” Dia bertanya kembali tanpa sedar.
“Now it’s not Ana or Jo anymore.” Afiq sengih mengusik. "Is it Hanna?"
Jo tak ambil pusing.Inhale,exhale.Deep breath,Johanna.Take control.
Afiq menggeleng perlahan. “By the way...” Dia menyeluk saku jaket. “For you,Belated congrats.”
Jo merenung kotak hijau tua di tangan Afiq.Kemudian beralih pula ke wajah tuannya.Keningnya terangkat sebelah.
“It’s not kaki lipas,la.” Afiq menjulingkan mata. “Take it.”
Of course la bukan kaki lipas.Sejak bila Mariwasa buat duit dengan jual kaki lipas? “Kenapa tiba-tiba year nie pulak Along nak beli hadiah Ana pass exam?” Selama nie tak pernah pun.
“Ana...Sebab tahun nie barrier exam...Take it.”
Lambat-lambat disambutnya kotak pipih itu dari tangan Afiq. “Kena bukak sekarang ke?” Teragak-agak Jo bertanya.
Afiq hanya menjungkit bahu. “Sure.Up to you.”
Aku amat pasti dalam nie bukan benda pelik-pelik.Bibir mengucap Bismillah tanpa sedar.Jo membuka kotak Mariwasa di tangan.Padangannya jatuh pada plate pewter ala keychain di atas baldu hitam itu.
Seriously,aku tatau nak react macam mana.
Tulisan yang tertulis cantik bertarah di atas plate pewter itu bersinar dipanah sinar kelam matahari winter.
Kiss the cook and love the doc.
“Err...Thanks” Jo terkial mencari kata-kata. “Anything else that I have to say?”
“Say;I don’t hate the engineer.”
5tahun5bulan[PartIII]~Episode4
congrats to nfs for the guess.bull's eye.
__________________________________________________________________________
Kes yang betul-betul menjatuhkan rahang bawah.
"Jo!Tutup mulut!" Terdengar Aie berbisik rendah di sebelah.
Automatik dia menutup mulut yang betul-betul ternganga tanpa sedar.Terkedu seketika.Kemudian sengih selamba pada Aie di sebelah.Pandangannya kembali menala pada meja hujung di tepi tingkap menghadap Wellington Road.
Maunya tak jatuh rahang bawah nampak Along kat bumi Aberdeen.Jatuh dari langit ke apa?!Tak pun masa tu rasa macam dah ala-ala hallucination.Psychiatry overdose!
Yang si Apeh pulak boleh buat sengih selamba je tengok aku dah jatuh rahang bawah.
"Along buat apa kat sini?"
"Datang visit kita." Apeh yang menjawab.
Dumbfounded. "Kenapa Along tengok Ana macam tak pernah nampak orang?"
"Kenapa Ana tengok Along macam tak pernah tengok orang?"
Masalah engineer sorang nie.Tak memahami kehendak soalan,dan tak menjawab soalan langsung-langsung.
Kepala dihempas ke bantal.Matanya terkebil-kebil memandang siling gelap.Jemarinya meraba mencari MP3 di tepi bantal.Intro Lost and Confuse baru berlagu.Butang volume ditekan hingga full blast.Seketika kemudian Lillix berdentum di telinga.
Susahnya keadaan!!
*
Antara nak tergelak dan...entah.Afiq mengacau kopi di dalam mug yang berasap nipis.Di luar suhu masih membeku.Salji masih turun dari langit hitam pekat.Dah lama tak merasa sejuk winter,since Bristol.Hujung pandangan dilarikan ke tingkap bilik melihat snowflakes yang gugur.Sepintas fikirannya teringat kembali.
Pucat sebab sejuk winter atau sebab terkejut?
Memang expression muka Ana masa tu hampir membuatkannya ketawa.Priceless.Namun bibirnya tanpa sedar mengukir senyum nipis segaris.
Dumbfounded. "Kenapa Along tengok Ana macam tak pernah nampak orang?"
Sebab saya dah tak jumpa awak dekat dua tahun.Meski secara fizikalnya masih seperti Johanna yang dulu,namun gaya gadis itu dapat dilihatnya sedikit sebanyak berbeza.Sepanjang di GJ gadis itu dilihatnya seolah resah serba tak kena.Menjawab pun macam nak tak nak.Mata pun asyik menghala ke jalan je.Macam nak cepat balik.Afiq cuba mengingat kembali.The last phone call,the last email;ada gaduh ke dengan Ana?Seingatnya tak ada.
"Angauly intoxicated." Apeh mengetuk mug Alongnya dengan sudu di tangan.
Afiq tersentak.
"Jadi-jadi la kacau gula tu.Takkan nak kacau gula pun sampai 10 minit." Apeh sengih sumbing. "Gula pun dah larut,takkan sampai sudu besi tu pun Along nak larutkan kot."
Afiq tak menjawab.Hanya sedikit mengangkat bahu dan membawa mug kopi ke bibir.
"Kot ye pun spellbound jumpa orang Aberdeen..." Apeh menggumam rendah sambil ketawa kecil. "Jadi-jadi la tu."
"Angah...Along ada kata apa-apa ke?" Datar Afiq menutur.
Apeh sengih selamba. "Action speaks louder than words,Long." Mugnya dibawa ke bibir. "Spellbound."
"Angah yang intoxicated overboard dengan orang Germany,jangan libatkan Along dengan your angau overdose."
"Whatever."
*
Lain....Bukan macam dulu.Jo masih terkebil-kebil merenung siling.Will You Be There-Jacko baru melagukan intro.Cepat-cepat jemarinya mencari MP3.Ain't the one for my mood.Perasaan tak tertafsir nie nak letak lagu apa nie....Jo mengetap bibir bawah.Kepala terasa serba sesak.Segalanya kembali teringat dan menerjah fikiran.I need...terasa blood vessels di kepala mula dilate tak cukup ruang.I need Valium...I need some headbanging tunes...Bart Simpson ditarik menutup muka.The Unnamed Feeling-Metallica dah kena buang.Suara Brett Scallions menerpa mengasak telinga.Dia terhenti di situ.Good.Fuel-Hemorrhage(In My Hands).Jo memejam mata.
Baru terasa lainnya bila Along betul-betul depan mata.Ingat masa balik summer waktu first year.Kepulangan semula ke Aberdeen yang membuatkan dia happy,memaksa cuba memujuk diri.
Sebab lari dari kenyataan,Jo?
Itu definition aku untuk tidur.
Bukan susah nak berlakon kalau Along bukan depan mata.Boleh je nak bersembang bergelak ketawa.Bukannya nampak muka.Kalau tiba-tiba teringat dan rasa down,goreng je cakap sakit kepala.Mesti Along percaya.Nie tiba-tiba dah dia depan mata,kalau tiba-tiba aku teringat lepas tu meleleh air mata macam mana?
Haiyoh...sejak bila Johanna pandai jadi upside down pasal sebab-sebab macam nie?
*
"Kak Ana duduk sini memang jadi senyap ke,Angah?"
Apeh mengalih pandang dari BBC di TV. "Dia terkejut nampak Along kat sini kot.Bukan Along sembang dengan dia every fortnight ke?" Apeh sengih tawar. "Senyap ke dia kalau Along call?"
"Just asking." Kalau call memang la dia tak buat aci bisu.Tapi hari nie...Segan ke?Maybe.
"Kalau tak pun dia segan...Tak pun...." Sengaja Apeh berhenti.
"Apa?"
"Dia takut Hang Jebat nampak dia dengan Along..." Apeh sengih dengan kening double-jerk.
*
Handset tiba-tiba berlagu.Tangannya meraba mencari handset di atas night table.Nama pemanggil dipandang sekilas.
"Assalamualaikum." Datar Jo menyambut sambil sebelah tangan mencabut earphone di telinga kanan.
"Waalaikumsalam." Kening Bat terangkat sebelah. "Kau dekat gig mana nie?Bila mana pulak Fuel jejak Aberdeen."Bredentum semacam.
"MP3."
Whoa...Angin dia tak betul.Cepat Bat menangkap. "Kau kenapa nie?"
"Aku dah nak lena."
Ti..pu... "I see...Nie aku nak mintak tolong nie.Kau ada TV output cable,kan?Aku nak pinjam esok.Untuk MSAA punya event nanti."
Esok? "Tak boleh la,Bat.Engage esok."
"Kau nak jalan lagi ke?"
Diam seketika. "Along datang."
Di hujung sana talian turut senyap seketika. "I see."
"Esok satu rumah keluar sekali.Aku tinggalkan cable tu nanti dekat rumah Yee Fan.Nanti kau pick-up kat rumah dia,boleh?"
"Sure." Takkan angin sebab Along datang Aberdeen kot.Bukan patut happy ke?
"Jo."
"Hmm?"
"Tarappappa la.Aku pick-up cable tu kat rumah Yee Fan esok.G'night.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
*
"Dia ada apa-apa ke dengan Hang Jebat tu?"
Apeh hanya menjungkit bahu. "Does it matter?"
"Bukan budak tu dah ada awek ke?"
"So?"
Apa ke hal pulak adik aku nie kerek semacam pulak.Kening Afiq terangkat merenung Apeh di sebelah.
"Apa?" Apeh pulak mengangkat kening.Kemudian dia sengih sumbing. "Kenapa?Along takut hilang Kak Ana ke?"
Segala patah kata mati di hujung lidah dengan pertanyaan tak tersangka itu. "I said nothing."
"Reality bites."
Reza Hafez memang dah grown-up.Afiq mengeluh perlahan di dalam hati. "Angah,where's the fire?"
"Where's the flood?"
"Where's the catch?"
"Where's your answer?"
Afiq merengus perlahan sambil menala pandangan keluar tingkap.
"The curse backfires." Apeh menggumam rendah sebelum membawa mug ke bibir buat kesekian kalinya.
Posted at 08:17 pm by hlovate
5tahun5bulan[PartIII]~Episode5
Jo menongkat dahi ke meja dengan sebelah tangan. Alahai.. pening.. pening... Benda-benda subjektif nie memang payah... Aie yang masih bersila di atas katil menunggu jawapan dipandangnya.Kening Aie terangkat bertanyakan jawapan.
“Pending boleh tak?”
“Cekodok punya budak!” Bart Simpson di katil melayang ke arah Jo. “Aku tunggu punya la lama macam tu kau jawab!”
Bart Simson disambut dengan sebelah tangan.Jo sengih.Kemudian dia bangun sambil menggeleng. “Aku tak reti la benda-benda macam nie.”
Aie menjulingkan mata ke siling.Dia menggeleng perlahan.Exasperate. “Jo.Han.Na...He.Likes.You.Do.You.Like.Him.Or.Not.” Sepatah-sepatah dituturnya.Dia memandang semula wajah Jo. “There you go.Semua single syllable.Faham tak kehendak soalan?”
Jo ketawa.Dia duduk bersila di sebelah Aie sambil memeluk Bart.Mereka sama-sama merenung keluar tingkap. “Frankly speaking,Aie.Nie first time la aku kena jawab soalan pelik macam nie.” Dia menjulingkan mata.
Aie hanya ketawa. “C’mon Jo...Grow up.” Lengan Jo disikunya perlahan. “So.You like him or not?”
Jo menggaru pelipis. “Entah.”
Aie menekan dahi. “Aku tak tau nak rephrase soalan aku macam mana dah.OK.Tukar soalan.Kau suka dia ke Hang Jebat tu?”
Jo berpaling terkejut. “Kau putus fius ke...brain kau kurang oksigen...Dang Wangi dia kat Liverpool tu kau nak campak mana?”
“Kau nie memang tak paham kehendak soalan la,Jo.” Aie dah rasa nak cekik Jo yang muka blur. “Saja je kau nie...” Lengan Jo dicubitnya perlahan.
Jo ketawa. “Alemak..Sheesh!Sejak bila kau pandai main piat-piat nie?”
“Johanna!!” Aie dah tension. “Cut it out boleh tak?”
Jo sengih kelat.Perlu ke aku berkata-kata?
“Tolong la,Jo.Sampai bila kau nak lari dari kenyataan nie?”
Sengih lagi. “Lari dari kenyataan tu definisi aku untuk tidur la ,Aie.”
“Oh my God this girl...”
Jo ketawa lagi.Kemudian diam.Earphone di telinga kanan berlagu suara Bob Marley.No Woman No Cry.Dia senyum tawar.Teringat sesuatu.Kamudian nafas panjang dihela.
“Jo...” Aie dah gaya macam budak kecil minta dibelikan aiskrim.
Senyum tawarnya tak padam.Perlahan dia melepas nafas berat.Membuang pandang ke luar tingkap seketika.Don’t shed no tears.“Aku tak percaya lelaki,Aie.”
***

I like the word =| .solitude.solitude.solitude.tapi tang antisoc tu..hmm..ahaha..ntah.i love the company of others,thanks.company of other people kira essential.mana boleh hidup jadi lone ranger.friends are great company,yeah.but company of a soul mate...hah ha..humour me.*sigh* nie mesti overdose dengan interview aie semalam..
Jo merenung skrin laptop.Teringat sembang dengan Aie semalam.Dia menghela nafas panjang.
Zaman sekolah menengah.Form 1 sampai Form 5.Pengalaman mengajar,boys are not to be trusted in relationships.But they made great friends. Mann,Syameer,Iwan,Dani,Pa’ish antaranya.Kawan-kawan yang baik.Sangat baik.Teringat kata-kata Mann; ‘we live for one and die for all’.Dan dia termasuk di bawah nama ‘one and all’ itu.Tapi bila masuk part relationship,kelima-limanya boleh buat team MVP Player Romeo Conference.
Jo mengacau warm root beer di dalam mug.Silanya dikemaskan di atas kerusi studi.Pandangannya merenung kosong langit subuh di luar.Bittersweet Symphony-The Verve berlagu di telinga kanan.
Form 1;Mann pernah couple dengan Wani,tapi clash within seminggu sebab dapat tahu Shogun actually minat kat Wani.Shogun,one of his best friend.Mann let go Wani sebab nak ‘serah’ pada Shogun.Dan kata-kata Mann masa tu; “Jo,kalau suruh aku pilih antara perempuan dengan brotherhood,aku pilih yang last tu.”
Form 3.By the year,team MVP tu dah entah berapa kali bertukar couple,kakak angkat,adik angkat macam tukar baju lepas main basketball.Dah jenuh dia bersuara.Marah,tegur,memacam.Kawan baik memang la kawan baik.Tapi kaum yang dibuat main tu kaum sendiri jugak.
“Girls are to be valued.”
Lima pasang mata mengalih pandang ke arahnya.Jo angkat kening sebelah. “What?!Betul apa.”
Syameer senyum sumbing. “Depends.”
“Jenis budak perempuan macam mana.” Mann memutar pen di tangan.
Dani angguk. “Attitude macam mana.”
“Muda lagi,Jo.” Iwan sengih mengusik. “Game baru nak start.”
“Typical guys.” Jo menggumam rendah. “Cekodok punya player,spanar punya member.”
“Girls are to be valued,aku setuju.Tapi depends dengan keadaan la.”Pa’ish angkat kening double-jerk. “3 outta 5,budak perempuan sekolah nie give-in dengan first offer je.Kalau playing hard to get pun,8 outta 10 memang akan dapat jugak within 2 minggu.” Dia senyum nipis ke arah Jo. “Takkan nak salahkan kitorang kalau diorang yang desperately cheap.”
Mata Pilot Shaker patah ditekan ke buku Amali Kimia.Bibir diketap menahan marah.“Korang memang too much.” Dingin Jo bersuara.Matanya memaku pada rajah elektrolisis.
“Mangkuk tom yam,kau Pa’ish.Yang kau bagi cikgu Amali Kimia nie marah kenapa?Homework tak siap lagi nie!” Dani mencengil.
Pa’ish hanya senyum nipis segaris. “Aku tak habis cakap lagi.Macam aku cakap tadi,girls are to be valued,tapi depends.” Dia terhenti sejenak. “At least kitorang respect the untouchables.Aku rasa kau dah cukup kenal kitorang kalau kau nak marah pun,Jo.Kitorang value kau.Sebab you’re one of the few yang memang deserve to be valued and respected.Kau ada attitude sendiri,kau ada stand sendiri,kau bukan cheap and desperately friendly.Aku treat kau sebagai kawan,bukan sekadar perempuan.”
Johanna was untouchable di bawah dua nama.Nama classmates yang menjadi taiko sekolah,dan di bawah nama sendiri.Jangan ada yang kacau Johanna unless nak bersoal jawab dulu dengan taiko-taiko kelas 13.Johanna beraura ‘don’t mess’.Tambah menjadi superskeptic terhadap relationship dengan pengalaman keliling yang membuatkannya dia pantang dengan lelaki konon nak berkawan.Berkawan my tapak kasut!
Mungkin itu yang membuatkan hypotheses Bat ada betulnya. Philophobia.Takut jatuh cinta sebab terasa semua lelaki macam tak boleh nak dipercaya.No change, I can't change I can't change, I can't change,But I'm here in my mind,I am here in my mind.Bittersweet Symphony masih berlagu.
Bila masuk Seremban,Yaya cuba mengubah persepsinya.Guys kolej dengan boys zaman sekolah lain.Masuk kolej nie dah matang.Oh ya ya...grown-up sangat la tu.Zaman sekolah tengok ‘Player Remaja the Movie’ lima tahun.Masuk kolej tengok sequel ‘Girls Are My Trophies’ pulak even bukan starring the same actors.Typical lelaki!
Dia merenung jauh.Sepanjang di kolej dia sebenarnya cuba mengajar diri bahawa bukan semua lelaki tak boleh dipakai.Tapi tetap susah juga kepala nak menerima.Dia hanya boleh compute guys made good friends,but not to be trusted in relationships.Bila kawan-kawan sendiri mula berpasang-pasang macam DNA karyotyping,dialah orang yang paling allergic bila itu je topik yang jadi bahan bualan.Tapi dia turut tumpang gembira bila ada antara kawan-kawan yang hubungan mereka ‘bertahan’.Maybe guys are to be trusted after all.Bila diorang dah besar.
Dan sekarang...Jo mengukir senyum tawar.Teringat kembali.Maybe guys are to be trusted after all....not.Getar hati masa itu masih terasa.
“Bila Along betul-betul nak serius dengan Kak Ana nie?”
Langkahnya nak menuju ke pintu keluar terhenti mendengar suara di porch.
“Apa Angah cakap nie...” Suara Along.Tenang tak beriak.
“Betul-betul la.Along serius ke tak dengan Kak Ana nie?”
“Kitorang tak ada apa-apa.” Masih dengan nada yang sama.
Bad move,Jo.Darah terasa berderau turun bila tersedar diri yang menjadi bualan.Better gerak sekarang.Jangan eavesdropping orang bercakap!Namun kaki seolah terpaku di lantai.
“Tak ada apa-apa Along kata?!”Nada suara Apeh naik seoktaf. “Punya la sakan call selang seminit,itu ini,sakat lawak,konon caring bagai nak rak.Tu tak ada apa-apa ke?”
Terdengar suara Along ketawa. “Angah...Harmless flirt tak bawak meaning apa-apa.”Ketawa Along masih bersisa. “Brotherly love.”
Jo menggigit bibir bawah.Mug berisi warm root beer dibawa ke bibir.Pagi Along nak hantar dia balik ke rumah lepas jaga Nina sakit.Yang mentakdirkan dia mendengar perbualan itu.Yang membuatkan Johanna sedih,terlalu sedih yang dia sendiri tak faham kenapa perlu sedih begitu sekali.Dan masa tu balik ke Aberdeen seolah suatu bless.Dia sendiri tak tahu kenapa dia rasa macam tu.Tapi jauh di ceruk hati dia tahu kenyataannya;lari dari Along.
Balik ke Aberdeen buat dia fikir kembali.Macam tak percaya dia bercerita semula pada Yaya dengan air mata meleleh.Dan lepas tu dia marah pada diri sendiri kerana menangis sebab benda bodoh.Mula-mula lepas balik semula ke Aberdeen,everytime Along call dan hantar email memang terasa berasap yang entah dari mana bahangnya.Terasa nak campak phone keluar tingkap pun ada.Gaya macam besar sangat effect Along dalam hidup.Dia membuka langkah baru lepas tu.Worst case scenario,dia ada abang.Brotherly love.Baris itu melintas kembali.Dan lepas tu dia layan Along macam biasa.Rasanya as long tak nampak muka Along,dia masih boleh Emmy nominee.
Tapi bila Along depan mata macam masa dia datang visit hari tu....Segalanya teringat balik.Memang terasa awkward petala ke lapan.Namun bersyukur sebab ada Iyan.Dia banyak ‘lari’.Along lagi banyak sembang dengan Iyan pasal abang Payed dari bersembang dengan dia.
Tiba-tiba terasa evil semacam.Sengih sumbingnya masih di bibir.Jemari mula berlari di Syntap mousepad dan keyboard.Tiba-tiba... terasa nak letak balik pic nie bila segalanya mula teringat kembali.

Hmm..that’s when the evil in you speaking.
Di luar matahari mula bangun tidur.Kilau pewter di atas meja study mencuri pandangan.Kiss the cook and love the doc.
Jo sengih sumbing.Warm root beer diteguk menuruni rengkung.I ain’t affected by harmless flirt.
5tahun5bulan[PartIII]~Episode6
Air mata dikesatnya dengan belakang tangan.Sebaknya rasa....
Sampainya hati Along buat macam tu...Telapak tangannya naik lagi ke muka,menyeka air mata yang meleleh di pipi.
“Jo,makan jom.Aku dah ma..”Kata-kata Aie terhenti dengan tangan masih di tombol pintu.Berubah wajah cerianya melihat muka kawannya yang sorang tu beranak sungai dengan air mata. “Kau kenapa nie?!”Dia melangkah ke katil.
Jo menggeleng laju.Dia kini mengesat baki air mata dengan kedua belah tangan.
Pandangan Aie yang mencerun bertukar redup. “Kau nie Jo...Kenapa nie....”Dia duduk di sebelah temannya itu.Bahu Jo diraih dan digosok perlahan. “For God’s sake..Open-up sikit boleh tak?” Lembut dia memujuk. “Berapa kali nak cakap kalau simpan sensorang tu boleh bagi cirrhosis kat liver kau tu...”
Pecah ketawa kecil dari bibir dengan saki-baki air mata masih meleleh di pipi. “Dasyat la ko nie Aie...Silibus anat physio merentas kehidupan harian.”
Aie sengih. “Biasa...”Bahu Jo digosoknya lagi. “Kenapa kau nangis sampai macam nie?”
Jo menggeleng lagi. “Tarappappa.”
“Jo...”
Air matanya terasa nak meleleh lagi. “Kena marah dengan Along...”Tertahan-tahan dia bersuara.
Terdiam.“Kena marah dengan Along?”Aie mengulang perlahan.Pelik.
Jo mengangguk.Kepalanya dilentok ke bahu Aie.Bibirnya diketap menahan esak.Johanna is losing it because Johanna menangis sebab kena marah.Johanna is losing it because Johanna menangis sebab terasa hati.Dan yang paling penting Johanna is losing it sebab Johanna menangis in the first place!Stupid,stupid silly Jo.Kenapa menangis?!
“Along buat sampai macam mana nie...” Dahi Aie berkerut.Jo yang dikenalnya bukan budak leleh.Naik flight sengih berbunga meski meninggalkan family tercinta.Jejak ke bumi Aberdeen dengan gelak ketawa.Menyambut raya pertama kali di rantau orang dengan ceria tanpa setitis air mata. “Jo...Along buat apa nie?”
Jo melepas nafas berat.“Tadi dia call.Cakap je la sekarang nie hectic. Assignment...study nak cope...lepas tu pasal busy dengan society.Itu..ini..pastu cakap je la aku still lagi tulis blog...net surfing...bla..bla....”Jo berhenti menarik nafas. “Dah tu je cara yang aku ada nak unwind.Karang aku pergi clubbing ikut Bat karang baru tau.”Gumamnya rendah.
“Along marah sebab kau surf net?”Kening Aie terangkat sebelah.Lagi pelik.
“Dia marah aku busy sangat dengan benda-benda side vision nie.Takut sampai study pun terjun laut konon.”Sebelah tangannya mengesat air mata. “Siap naik-naik suara lagi tu.”Sambungnya lirih. “Dah la aku tengah tension nak exam lagi sebulan.Dengan study tengah berselirat.Tengah sakit-sakit kepala lagi tu.Sesuka hati je nak fire.”
“Lepas tu kau pun nangis?”
Jo mengetap bibir menggeleng. “Tak kisah pun kena marah...” Mata terasa hangat balik. “Tapi dia tak marah Iyan pun...” Air mata yang tadi dah kering meleleh kembali.
“Tak marah Iyan?”Kening Aie yang terangkat naik makin tinggi.Sejak bila pulak...
“Along kan baik dengan Iyan.”
“Sejak bila?”
“Lepas Along datang hari tu.”Jo menarik tisu dari bungkusan di tepi bantal. “Tadi Along call cakap dengan Iyan dulu.”Hidungnya dikesat dengan tisu. “Aku dengan Iyan pun sama je.Sama-sama on society,sama-sama net freak.” Sambungnya datar. “Tapi dengan Iyan Along cakap baik-baik je.Tau la Iyan tu pandai.Aku tak macam dia.”
“Apa kau cakap nie...”Rambut Jo yang jatuh ke dahi diselaknya ke belakang telinga.
“Iyan yang cerita tadi lepas aku abis kena marah tu.Iyan cerita gelak-gelak je.Along cakap dengan dia;study la elok-elok jugak.Jangan sampai nanti study ke mana,apa ke mana.Jaga diri baik-baik.Sibuk-sibuk tu, kesihatan kena jaga.” Jo mencebik. “Scenario aku sama je dengan Iyan.Yang dia nak marah fire-fire aku tu kenapa?Buat perabih duit je call jauh-jauh kalau takat nak marah aku.”
Aie menarik senyum tawar segaris. “Kira kau nangis bukan la sebab kena marah dengan Along,tapi mainly sebab terasa hati dia buat double-standard macam tu,right?”
“Maunya aku tak kecik ati.”Jo menggumam sambil menyeka baki air mata di pipi. “Apa dia ingat aku orang gaji dia lagi ke dia nak marah-marah?Memang Serbia.” Saya menangis sebab abang saya marah saya.Saya menangis sebab abang saya adik tirikan saya.Saya.Menangis.Sebab.Along.Marah.Adik.Dia.Period.
“Isk...Jangan la kau sumpah pulak Along tu..He meant well.”Aie cuba memujuk.
“He meant well substantia nigra.” Jo merengus perlahan. “Dopamine betul.”
“Haa..kata orang.Kau pun sama je neurotransmitters merentas kurikulum dan kehidupan seharian.”
Jo sengih tawar. “OK.Aku dah OK.”Dia menegakkan badan. “Aku dah stress,dah nangis.Sekarang lapar,nak makan.”
Aie menggeleng.Jo memang boleh jadi actress berjaya.Emotion boleh switch on and off anytime.
“Jom makan la Aie.”Dia dah bangun. “Kau masak apa?”
And when she switches off,she shuts off the rest of the world from her territory too.Aie akhirnya turut sama bangun. “Spaghetti and meatballs.”
“Suits my mood.”
“And sambal tumis ikan bilis.”
“Oh yeah....Italiano Malaysiana.”
***
Pen di tangan diputar tanpa tujuan.Fikirannya menerawang entah ke mana.Jo mengeluh perlahan.That’s it!Aku tak boleh nak concentrate dah.Buku Physiology yang tebal lebih 2 inci di hadapannya ditutup dan dimasukkan de dalam backpack.Pen di tangan dicampak terus ke dalam pencil case.Kerusi ditolak ke belakang dan buku nota terus dicapai dari meja in one fluid motion.Tanpa berpaling ke kiri kanan dia terus melangkah keluar library.
“Jo.”
Pandangannya beralih dari sekawan merpati di atas ke arah si tuan punya suara.Sedikit terdongak dia dari silanya memandang Bat.
Bat senyum segaris sebelum meletak backpack di tangan ke tanah.Kemudian dia sama turut bersila di sebelah Jo.
Kening Jo terangkat sebelah.Liar matanya memandang ke kiri ke kanan. “Kau nak mati kena bunuh dengan Fakhrul ke?”
Wajah Jo dipandangnya. “Kenapa?”Selamba dia bertanya.
Nampak dek mamat Badan Tarbiyah tu karang free je kena sound pasal duduk berdua macam nie.Dah la aku pun allergic condition macam nie. “Karang kena sound sampai cair telinga aku nie memang aku campak kau masuk tasik la.”Jo menggumam rendah.Kacau daun aku tengah angin tak betul.
“Down kenapa?”Bat bertanya terus.Kata-kata Jo dibiar tak dijawab.Pandangannya menala pada merpati sekawan di hadapan mereka.Teringat cerita Aie masa di library semalam.
“Bila masa aku down.”Datar.
“Kalau tak,takkan kau tinggal library macam Taufan Andrew sapu US.”
“Datuk Panglima Hang Jebat,maka adalah kiranya itu bukan urusan tuan hamba.”Selamba Jo bersuara.Sebelah tangannya menongkat dagu di atas sila.
“Tuan Puteri Hang Li Jo,maka adalah kiranya urusan patik juga sebab Sultan Mansur kat Malaysia.Jauh.Tak boleh nak tengokkan.”
“Short circuit la kepala kau nie.”
“Down kenapa?”
Diam.Jo mengadah langit.Dia menggigit bibir bawah. “Frankly speaking,Bat. You’re not the kind of person yang aku akan confide.”Jujur dia memberitahu. “Aku tak kenal kau.”
“Faham.”Bat akur. “Apa yang aku boleh tolong?”
Entah kenapa mata panas tiba-tiba.Oh damn!Apakah gerangan halnya tiba-tiba nak meleleh nie...Get real,Jo! “Aku nak balik la,Bat.”Tanpa memandang wajah Bat dia bersuara dan terus bangun.Backpack dicapai dari tanah dan langkahnya terus dihayun pergi.
***
Mr.Brightside-The Killers membuatkan kepalanya turut menari sama.Window popup Y!M tiba-tiba muncul di skrin.
fakhrul : Sabda Rasulullah (s.a.w.):"Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kpd mu: Suruhlah (manusia) berbuat ma'aruf dan cegahlah mereka dari kerja² mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu Aku tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu Aku tidak menolong kamu lagi." (Hadith riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)
Erk!Jo menggigit bibir bawah.Terasa straight kena kepala.Tengah lagha dengan The Killers.Dia mengeluh perlahan.Namun tangannya berlari di atas Syntap.Capsule Hitz.fm hilang dipangkah.Seketika kemudian Asma’ulhusna berlagu di headphone straight dari IKIM.fm Malaysia.I need all the help that I can get.Jo menarik nafas panjang.
Ya Allah..payah..mampu ke Jo?
Remember Johanna,He said it in al-Baqarah.Kekadang sesuatu yang kamu sukai tu buruk untuk kamu,dan yang kamu tak sukai tu baik untuk kamu.Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui.
Jo mengangguk sendiri.Tapi...mampu ke?
Dia takkan memberatkan kita dengan apa yang kita tak mampu.
Angguk.
And verily after each difficulty there’s a relief.
Angguk lagi.Moga dalam turbulence macam nie ada kemudahan yang bakal tiba.Ameen.
5tahun5bulan[PartIII]~Episode7
This’s just too interesting to be true...
| What Lies Behind Your Eyes?" - Results: |
|  |
| In your eyes, people can't seem to see anything because your eyes are covered up by tears! You are constantly hurt and depressed... No one seems to understand how you feel because everyone is scared to get close to you... You long to be able to reach out and tell someone everything, and all of your problems... But you have no one to tell, or they just don't seem to want to hear what you have to say. You've been hurt many times that you don't seem to have any tears left to shed, or if you do, they're an endless river flowing... You've started to hide and bottle up all or your problems and feelings, hoping that maybe they just will go away... You want company, but at the same time, you're scared of it. Your sanctuary is your room where you can just be alone and try to throw away all of your aching pains. You're dark and mysterious and people like you for that reason. Even if you think you're all by yourself in the dark, someone is always there with you. Your special someone wants to admit and show their feelings towards you, but they're afraid of how you'll take it. Get out more and enjoy life because, it is far too long to frown your way through :) |
In your eyes, people can't seem to see anything because your eyes are covered up by tears![I’m not a crybaby ..no!! !hari tu mesti sebab hormonal imbalance!!] You are constantly hurt and depressed...[constant ?dun I have a life at all? duh…] No one seems to understand how you feel because everyone is scared to get close to you [will they ever understand anyway ?kalau along betul faham tahap tension aku takdenye dia fire aku kaw2 ari tu]... You long to be able to reach out and tell someone everything, and all of your problems[yes…Yaya..wish u’re here…]... But you have no one to tell, or they just don't seem to want to hear what you have to say.[another yes…] You've been hurt many times that you don't seem to have any tears left to shed, or if you do, they're an endless river flowing..[err…must’ve missed this part before I wrote that first line above. kinda true. but I haven’t been hurt that much,no. depressed, maybe yes.]. You've started to hide and bottle up all or your problems and feelings, hoping that maybe they just will go away..[I just dunno how to let it out!for God’s sake…]. You want company, but at the same time, you're scared of it[caught guilty,yes]. Your sanctuary is your room where you can just be alone and try to throw away all of your aching pains[hmm..yeah..now2..this quiz is really good..touché!]. You're dark and mysterious and people like you for that reason[really ah?dark and mysterious?macam angel vampire tu je.]. Even if you think you're all by yourself in the dark, someone is always there with you[yes…Him.and no one else.and Yaya is sooo jauuhhh!!]. Your special someone wants to admit and show their feelings towards you, but they're afraid of how you'll take it[not a very good quiz after all.i dun’ve a special someone.hee..seram!]. Get out more and enjoy life because, it is far too long to frown your way through :)[I dun frown much la…straight face n serious maybe.tapi bukan aku aci selamba je ke?haiyoh…]
Conclusionà this’s one of the best quiz ever :|
Aie diam.Nak bagi ke tak?
“Aishah...Dengar tak nie?”
“Dengar..dengar..”Aie menjawab datar sambil mengangguk.
“Cepat la sikit dik oi.Buat call dari Malaysia bukan murah.”
“Dah tau bukan murah yang perabih duit call nak marah-marah anak dara orang tu kenapa?” Dingin suara Aie.Tak peduli la!Yang kau marah tu kawan aku!
Afiq terdiam. “Kenapa dengan Ana....”
Aie menjulingkan mata. “Ada ke orang yang happy kalau kena marah?”
Dia terdiam lagi. “Bagi Along cakap dengan dia.”
“Nak marah lagi?”Tanya Aie menyindir.Berhari-hari kawan aku yang sorang tu down.Nasib baik Along jauh kat Mesia.Kalau tak aku fire straight face to face je.
“Aishah,panggil Ana.”Datar Afiq menyuruh.
“Kalau Along buat Jo nangis lagi....”
Ana menangis?Riak wajah Afiq terkejut.Selama nie kat rumah kena ‘dera’ macam mana pun tak pernah tengok dia mengamuk merampus.Meleleh air mata apatah lagi.Physically hard,emotionally soft? “Panggil Ana,Aishah.”
“Kalau Jo na...”
“Along janji,no.”Afiq lebih cepat memotong. “Call her,Aishah.Please.”
Aie mengeluh perlahan.Along should’ve known better anyway. “Jo!”Dia melaung dari meja telefon ke arah bilik.
“Ana sihat?”
“Mm.”
“Study okay?”
“Mm.”
Diam.
“Along call kenapa nie?”Datar dia bertanya.
Afiq diam.Meski jauh beribu kilometer bukan di depan mata dapat dikesan aura Ana yang berjauh hati. “Ana marah Along ke nie...”Tanyanya perlahan.
Riak wajah Ana tenang tak berkocak. “Mana ada...”
“Ana terasa hati Along marah hari tu?”Perlahan Afiq bertanya.
“Tak..”Jo mengetap bibir bawah.
“Ana sedih ye?”
“Ada ke orang happy kena marah...”Dia menggumam.
Afiq senyum pahit. “Aishah cakap Ana nangis,betul?”
Jo termati kata-kata.Aie...kau memang nak kena flying-saucer dengan aku la,Aie....
“Ana...”
“Yes,Along.”Jo menjawab dengan tone biasa. “Along call kenapa nie?Ana kena study.” Terasa macam kurang ajar pun ada.Dah tu?Bukan hari tu dia ke yang siap naik suara dua tiga oktaf suruh aku fokus study?
“Ana...”Afiq menarik senyum segaris meski terasa dingin suara gadis itu.Tu dah balik gaya asal la tu. “Kalau orang marah,tandanya sayang. Faham?”Lembut dia bersuara tiba-tiba. “I’m sorry.”
Kelu sekejap lidah.Along nie...Kot ye pun nak buat aku feel better tak payah la sebut term-term yang aku allergic nie.Brotherly love tahap apa nie? “Kalau nak tegur bagi peringat tu boleh je cakap baik-baik.Tak payah marah-marah pun,bukannya orang tak faham.”Jo menutur datar. “Dengan Iyan boleh je cakap baik-baik.”Sambungnya menggumam. “Dopamine!”
Dopamine?Kening Afiq berkerut seketika.Namun mendengarkan baris ayat Jo sebelum bahasa entah apa yang sepatah tu membuatkan dia menarik senyum tawar segaris.Dengan Iyan boleh je cakap baik-baik. “Ana,merajuk eh?”
Darah terasa menyerbu ke muka. “Siapa yang merajuk?” Jo menggumam rendah.
Afiq tak menjawab.Hanya bibirnya mengukir senyum segaris.
Jo menggigit bibir bawah.Memang muka rasa macam kena simbah dengan minyak Cap Kapak. Kantoi menangis.Kantoi merajuk.Ngaa...
Afiq berdehem perlahan. “So...nak study la nie?”
Jo tak terus menjawab. “Along call kenapa?” Datar dia bertanya.
“Nak dengar suara.”Rendah Afiq menjawab.
Terdiam.Tak tau nak kata apa.
“Tiba-tiba pulak dengar ada orang merajuk kena marah...” Afiq menyambung. “Nasib baik tergerak hati nak call.Kalau tak mau ada orang tu tak boleh nak concentrate study.”
“Nonsense.” Ana bersuara sepatah.
“Aishah takkan marah Along for nothing.”
Good for you,Aie tolong marahkan Along untuk aku.Tapi sah jugak Aie memang nak kena flying saucer dengan.Flying belanga pun doesn’t sound half bad.Ada ke kantoikan aku trang tang tang cenggini.
“Feeling better?”
Senyap seketika. “Ana OK je.” Toneless dia menutur.
“Senyum sikit.”
“Kalau senyum pun bukannya Along nampak.” Jo mencebik.
“When you’re speaking through the phone,do it with a smile.I can sense it from your voice.”
Diam.
“Johanna?”
“Saya,Tuan Afiq Hafizi.” Sarcastic.
Dah datang dah angin selamba aci redah dia tu...Namun dia mengalah.Kepala digeleng perlahan.Johanna yang dah pandai merajuk menangis?Interesting... “Pergi la sambung study.Along call lain kali.” Rendah dia bersuara.
Haiyoh...Guilty..guilty...Lain macam je suara Along.Aku kecik hati dengan dia,nie dia pulak nak kecik-kecik hati dengan aku.Dia mengeluh perlahan.Aci taram je la Jo. “OK.”
Diam sejenak. “Anyway..”
“Hmm?”
“Ingat apa Along cakap tadi?”
Huh? “Yang mana?” Jo menggumam.
“Kalau orang marah,tanda sayang.”
Automatik darah menyerbu ke muka.
“Pergi la sambung study.Jaga diri.Assalamualaikum.” Talian mati.
Dan wajah Johanna Latfy tidak mampu ditafsir riak.
I hate benda-benda complicated yang pelik lagi memelikkan sebegini!I.Ain't.Affected.By.Harmless.Flirt.
5tahun5bulan[PartIII]~Episode8
Headphone wireless berpusing di telunjuk kanan dengan mata menatap skrin laptop.Hari nie free,tader class.Heaven!Jo senyum tawar.Yea..yea...but you’re stuck with a 20 pages case report.Pandangannya berlari di atas senarai playlist.Holy Quran.Juz Amma.Nasheed.RIP.Unnamed.
Jo menghela nafas berat.Dia menggigit bibir bawah.I’m sorry Johanna.Dragging yourself back into this...Jemarinya berlari pada Syntap Mousepad.RIP.Rest In Pieces.Dia senyum sumbing.I’m quoting Saliva[nama band]*.Siapa yang nak bother dengan classic Rest-In-Peace phrase tu?RIP ain’t good enough untuk keadaan sekarang.Berderet lagu Fuel,Powderfinger,Linkin Park, Audioslave, Nickleback,Green Day,Switch Foot,The Verve,Creed dan entah apa band lagi menyapa mata.Sorry,Johanna.Dia melepas nafas lagi.Cursor menghala ke folder Unnamed.It has been quite a while,girl.Seketika kemudian The Unnamed Feeling-Metallica menggegar gegendang telinga.
Now,let’s get the ball rolling.
***
15 more pages to go.Jo mengurut pangkal hidung sambil memejam celik mata.Enter Sandman-Metallica sedang melalak di telinga.Penatnya....Popup di skrin tiba-tiba mencuri pandangan.
Yahoo!Mail Alert.From:Jebat Iskandar.Subject:...
Keningnya terangkat sebelah.Demam ke apa Datuk Panglima Hang Jebat nie nak hantar email tengah matahari nak naik macam nie?Jo merengus malas.Lambat-lambat dia membuka Inbox folder.
JOHANNA,I WANT YOU TO READ.REALLY READ.GOT IT?
Whoa...Rahang bawah rasa jatuh sikit bila tulisan itu menerjah keluar dari skrin ke dalam fokus pandangan.Hang Jebat,aku belum rabun lagi!
Read Slowly...
Have you ever wondered which hurts the most?
Saying something and wishing you hadn't?, or
Saying nothing and wishing you had?
I guess the most important things are the hardest things to say. Don't be afraid totell someone you love them. If you do, they might break your heart...if you don't, you might break theirs.
Have u ever decided not 2 become a couple because you were so afraid of losing what you already had with that person?
Your heart decides whom it likes and whom it doesn't.
You can't tell your heart what to do. It does it on its own........when you least suspect it, or even when you don't want it to.
Have you ever wanted to love someone with everything you had, but that other person was too afraid to let you?
Too many of us stay walled up because we are too afraid to care too much...for fear that the other person does not care as much, or even at all.
Have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?
We tell lies when we are afraid... afraid of what we
don't know, afraid of what others will think, afraid of what will be found out about us.
But every time we tell a lie, the thing we fear grows stronger.
Life is all about risks and it requires you to jump.
Don't be a person who has to look back and wonder what they would have done, or could have had.
* What would you do if every time you fell in love you had to say good-bye?
*What would you do if every time you wanted someone they would never be there?
*What would you do if your best friend died tomorrow and you never got to tell them how you felt? (even if it is that you don't care anymore)
*What would you do if you loved someone more than ever and you couldn't have them?
*What would you do if you never got the chance to say I am friends with all of my family and they know I love them?*
People live, but people die. I want to tell you that
you are a friend.
If you died tomorrow (God Forbid)
You would be in my heart.
Would I be in yours?
If you care about me as much as I care about you
you will send this back
We might be best friends one year, pretty good friends the next year, don't talk that often the next, and don't want to talk at all the year after that.
So, I just wanted to say, even if I never talk to you again in my life, you are special to me and you have made a difference in my life,
I look up to you, respect you, truly cherish you , most of all I CARE about friends
Send this to all your friends, no matter how often you talk, or how close you are, and send it to the person who sent it to you.
Let old friends know you haven't forgotten them, and tell new friends you never will.
Remember, everyone needs a friend someday you might feel like you have NO FRIENDS at all, just remember this e-mail and take comfort in knowing somebody out there cares about you and always will..
I care about YOU !!
Now this’s Jebat talking ;p
This ain’t just another forwarded email Yea..though corny as it sounds,I DO mean all those above. Especially to a philophobic psych Hang Li Jo like you *straight face*
And by the way,tutup mulut[I know ur rahang musti dah nak cecah lantai dah].Enough of your jatuh rahang bawah ;p kang jadik permanent kang,irreversible ;D
Jo menjulingkan mata sambil menggeleng.Namun senyum yang menarik pinggir bibir terukir juga tanpa mampu ditahan.You and your high cholesterol words,Datuk Panglima…
***
“Teruk kau nie…” Adi mengesat peluh di dahi dengan arm-guard. “Kot ye pun nak naik hantu tak payah la smash batang hidung aku!”
Afiq sengih selamba. “Aku terr…Bukan se…ngaja.” Botol air dicapai dari sports-bag.
Bad dan Zaid hanya ketawa. “Haru kau,Fiq.Mau kena saman tu.” Bad sengih.Raket badminton diputar di tangan.Wajah Afiq yang tersungging sengih sumbing dipandangnya dengan hujung mata. “Yang kau muka ayan tu kenapa?” Tiba-tiba dia menyergah.
Afiq hanya menjungkit bahu. “Mana ada aku ayan.” Perlahan dia meneguk air.
Zaid memetik-metik jari. “Farina!”
Huh?!Kening Afiq terangkat sebelah.
“Bukan...”Kini Adi turut memetik-metik jari cuba memikir. “Shafrina?”
“Serena...Macarena...” Bad menjulingkan mata.
“Kemende korang merapu nie...” Afiq bersuara malas. “Nak lepak mapley ke tak nie?” Dia menjeling jam di tangan.10.40 malam.Namun 4 court di dalam dewan itu masih meriah dengan pencak badminton yang masih tak sudah.
“Hah,got it!Sabrina?!” Kali nie Adi muka confident. “Kau gaduh dengan awek sampai hidung aku jadi mangsa,Fiq.Tayar Goodyear betul kau nie.”
“Shahira,kalau kau nak bukak cerita Bristol.” Bad melepas nafas malas merenung Adi. “Kau nie pun Adi...cerita zaman Jepun yang kau bawak tu apahal?Over.” Pandangannya beralih pada Afiq wajah tak beriak. “Ana.”
“Sejak bi....” Zaid dengan Adi dah jatuh rahang bawah.
“Apa jadi?Gaduh?” Bad dah lebih dulu memotong.
“Budak-budak...” Dismissive.Afiq kembali merenung jam di tangan. “Cepat la yok,gerak.” Dia membaling shuttle ke arah Adi. “Orang kalah,jangan buat lupa nak belanja.”
“Apahal?”Suara Bad tiba-tiba memecah sunyi di dalam kereta.
Afiq mematung tak menjawab.Hanya tangan kiri mengawal stereng sementara tangan kanan menongkat kepala ke pintu kereta.Matanya memaku ke jalan kosong.
“Fiq.”
“Takde la apa pun.” Datar Afiq menutur sambil menjeling side-mirror. “Aku terr...marah dia.Dan secara logiknya dia te...rasa hati dengan aku.” Seolah sarcastic dia menyambung.
“Kau marah dia apahal?”
Tangan kanan mengambil alih kerja mengawal stereng. “Aku suruh dia study.”
Bad hanya mengangguk. “Kau serius ke dengan dia?” Tiba-tiba dia bertanya.
Afiq melepas nafas perlahan. “Tak pernah ada apa-apa pun dengan dia.” Wajah Bad dipandangnya sekilas. “Kau rasa macam mana?” Dah tiba masa masa kena tanya Relationship-Assessment Officer Kehormat.
Bad tak terus menjawab.Wajahnya tenang tak beriak merenung jalan.Afiq Hafizi memang bermasalah kalau nak menafsir keadaan dan perasaan.Sepanjang kenal dari persediaan UM sampai Bristol sampai la hari ini,memang mamat nie fail semedang.Kalau tak fail pun,lari dari kenyataan.Dan tugas seorang Badiuzzaman sebagai sahabat tak terhenti pada tukang share nota,tukang tolong memasak,tukang sparring badminton,tukang jadik housemate dari dulu sampai sekarang.Job descriptionnya juga termasuk assess condition sahabatnya sorang nie bila dalam relationship sebab Afiq memang takkan sedar kalau ada perubahan pada diri sendiri.Aci redah aje jadi apa pun.Dan kerana buta keadaan atau buat-buat buta keadaan jugak la yang jadikan Afiq Hafizi seorang heartbreaker tanpa niat.
“Kau rasa macam mana?” Rendah Afiq mengulang sambil tangan kiri meraup wajah.
Afiq Hafizi bukan player kerana muka.Heck...semua orang ada muka.Tapi tak semua orang ada trait yang boleh charm orang keliling dengan ramah-sakat-mesra-alam gene dalam DNA dia.
Mungkin dalam sejarah,ini kot yang paling nampak perubahan kronik over time.Masa tau si Ana tu bakal overseas graduate,boleh tahan jugak down walau cuba nak diselindung.Konon baik punya cover...fail.First time cakap dengan Ana kat Aberdeen,boleh nampak la mood tu macam alam lepas kena hujan.Dan nampaknya effect Ana tu makin besar.Ana terasa hati dengan dia pun sampai bagi impact macam nie?Sampai batang hidung Adi jadi mangsa shuttle dalam ke'konon'taksengajaan.
“Kau rasa apa dengan dia?”
Afiq hanya menjungkit bahu. “Tak rasa apa-apa pun.”
“Gotcha.” Bad sengih tawar. “Fail nak menipu.”
Huh?!Sekilas Afiq merenung Bad.So right Fiq...who’re you kidding la? “Mana kau tau?” Last thread of defense.
“Too quick an answer.” Matter of fact punya tone.Bad menekan CD player menukar lagu.Wonderwall-Oasis berlagu menggantikan solo gitar Malmsteen.
“Lesung batu...Aku tengah dengar Fugetta tu...” Afiq menarik senyum tawar.
“Sorry mate,24/7 dengan Malmsteen kau tu,tak cukup kat rumah,dalam kereta lagi....Penat aku!” Bad sengih. “And by the way,aku rasa kali nie betul kau serius.”
5tahun5bulan[III]~Episode9
HangLiJo:that's just sooooo corny =))
jebat_iskandar:hah ha...be my guest.but the take home message kau dapat ke tak nie?
HangLiJo:*grins*jebat iskandar poyo
jebat_iskandar:johanna...*stern-face*.in case kalau kau lupa,aku nie setahun tua tau.respect my daulat.
HangLiJo:yes datuk panglima ;p
jebat_iskandar:aku kena buat checkup kau nie baca bebetul ke tak.so,which hurts the most?saying sth and wishin u hadn or saying nothing and wishin u had?
Jo sengih tawar.He's in the I'm-your-personal-psychiatrist-mode.
HangLiJo:depends.kau?
jebat_iskandar:i'm the one interrogating la *smug*
HangLiJo:intrerrogate?!aper ingat aku nie POW* ke?
jebat_iskandar:wuteva.back to the question.
HangLiJo:depends dengan keadaan
jebat_iskandar:johanna *stern-face* cuba serius sikit.u really need to talk this out
HangLiJo:*roll eyes* suuurre
jebat_iskandar:when do u said sth and wish u hadnt?
HangLiJo:when i told u that u're one superb tukang masak,sbb lepas tu u're very full of urself :D
Bat menghela nafas berat.Budak sorang nie memang la...
jebat_iskandar:johanna latif...
Alamak!Dia dah marah.Jo sengih.
HangLiJo:yes datuk panglima?
jebat_iskandar:enough tricks.cuba keluar dari comfort zone tu,and face the reality.u're done with the denial phase
Diam.
Bat menghela nafas panjang.
jebat_iskandar:u know i meant well,do u?
Jo menggigit bibir bawah.Dia menghela nafas berat.
HangLiJo:yea
jebat_iskandar:when do u said sth and wish u hadnt?
HangLiJo:when i told abah i dun like the frilly pink dress he bought me.i was eight
jebat_iskandar:and saying nothing and wishing you had?
HangLiJo:bat…kena buat ke semua nie…
jebat_iskandar:jo,i.wanna.help
HangLiJo:kau nak go thru all the lines one by one?
jebat_iskandar:Saying nothing and wishing you had?
HangLiJo:pass
jebat_iskandar:no,jo
HangLiJo:bat,please
jebat_iskandar:aint letting u go this time.saying nothing and wishing you had?
HangLiJo:telling the ppl around me that i care bout them.
jebat_iskandar:dan kenapa u never did?
HangLiJo:bat…
jebat_iskandar:jo,spill.dh dekat 3 tahun dah kita kawan,kan.
HangLiJo:aku rasa that thing's embarrassing.
jebat_iskandar: i.eà showing feelings is embarrassing?
HangLiJo:kinda
jebat_iskandar:kenapa rasa macam tu..
HangLiJo:just because.aku tak tau nak handle emotion.bat,can we cut it out?
jebat_iskandar:selagi tu kau lari,selagi tu dia kejar,jo
I guess the most important things are the hardest things to say. Don't be afraid to tell someone you love them. If you do, they might break your heart...if you don't, you might break theirs.
And I dun wanna have both.
jebat_iskandar:Have u ever decided not to become a couple because you were so afraid of losing what you already had with that person?
HangLiJo:and who is THAT person la
jebat_iskandar:who do u've in mind?
HangLiJo:nobody
jebat_iskandar:liar
HangLiJo:bat,i'm done
jebat_iskandar:no,we're not
HangLiJo:jebat
jebat_iskandar:johanna
Have you ever wanted to love someone with everything you had, but that other person was too afraid to let you?
No.
Too many of us stay walled up because we are too afraid to care too much...for fear that the other person does not care as much, or even at all.
Couldn't agree more
jebat_iskandar:jo,kau tau aku takkan spill on you,kan
HangLiJo:i know
jebat_iskandar:then kenapa kau nk stop?
HangLiJo:bat,i'm pretty fine la.no need sumer nie
jebat_iskandar:we tell lies when we are afraid... afraid of what we don't know, afraid of what others will think, afraid of what will be found out about us.yes?
HangLiJo:since you sound so much like benton wesley the fbi profiler,apa kata kau profile je terus personality aku from a to z
jebat_iskandar:jo...
HangLiJo:jebat iskandar,read me.i know u care.thanks.i know u wont spill on me for all the roti jala in the world.thanks.i know u wanna help a hopeless-undecided-confused-johanna.thanks.i know u wanna do me good.thanks.tapi aku tau aku takkan dapat see you straight in the eyes again lepas aku torn down all my walls.
jebat_iskandar:you're afraid of the cold hard truth,jo
HangLiJo:sure.i'm a coward.i'm afraid of myself and what can be more hopeless than that.happy?
jebat_iskandar:jo,kau tau aku tak nak benda nie end up jadi macam nie
HangLiJo:call it a wrap then
jebat_iskandar:jo,u know i wanna help,and u really need one
HangLiJo:of course aku tau,kan aku dah cakap.but i really dun feel like having one now.period.
jebat_iskandar:since when u're narcissistic as hell?!
HangLiJo:and since when you say that in my face?!
jebat_iskandar:i'm sorry for you.
jebat_iskandar has signed off.
Jo memejam mata mengadah siling.Kedua belah tapak tangannya meraup wajah.God...what have I done!Smooth,Jo.Sekarang you're losing both Along and Bat.
Kerusi ditolak ke belakang.Perlu ke semua jadi macam nie?Matanya ditebar ke keliling bilik.Yeah right...I'm losing Along and Bat.But I'll never lose God.Real Player yang masih berdentum dengan The Memory Remains-Metallica dimatikan.
Langkah diatur ke bilik air.Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Ar-Ra'd verse 38 menerjah kepala.Pesan mak yang kadang-kadang lupa bila dikambus Korn dan Metallica.
Dan memang selalunya macam tu la.Bila tengah gelisah baru terasa nak close dengan God.
Ouch.
But He loves you no matter what.
Ameen.Pintu bilik air ditolak terbuka.
_____________________
*POW-prisoner of war
5tahun5bulan[III]~Episode10
Have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?
Jo merengus perlahan.Good job,Bat.Now you're haunting me.
'What is Your Problem'- Results:

You are the depressed/dreamer one.very comforting to know*rolled-eyes*. You either lost somebody you love or somebody broke you heart so bad that you can't pick up the shattered pieces without hurting yourself.*sigh*too much drama and i'm no prima donna.You think nobody can heal your wounds but don't stop looking because you never know who loves you enough to try hell,the one special guy could be right in front of your eyes and you don't even know it.the only thing in front of me right now is this ridiculous quiz. You also love to day dream because it seems like the only place that makes you happy. But little do you know that people all around you are trying to make you happy and you won't let them in fearing you'll get another heartbreak or get hurt worse...why do i keep on getting this line.. But just try and if things go wrong just brush it off and try again.everything's screwed.i just happen to campak Along ngan Bat klua. It never hurts to try. who can guarantee that?One more thing never let that lost love one leave your heart.keep them in forever and keep their memory alive.if you're talking bout Along n Bat the bygones,they aint dead yet.
i'm depressed and hopeless,why dont we celebrate?[ignore me.i'm just feeling a tad bitter and sarcastic]
Ada la dah nak dekat tiga hari kes dengan Bat,dekat nak seminggu kes dengan Along.No calls from Bat,no emails from Bat,no SMS from Bat,only silence.Sama kes jugak dengan Along.Jo menggendang palmrest laptop.Wonder where's the silver lining la.Matanya kembali meniti result quiz.Seketika kemudian hujung telunjuknya kembali berlari di atas Syntap mouse pad.
Seminit berlalu dan kini dia menongkat dahi merenung skrin sambil menggeleng perlahan.I really need a psychiatrist.
Whats Your Personality(with PICS)" - Results:

You're a very depressed, lonely person.suprise..suprise... Something happened to you that changed your point of view on life or maybe you always been this way.alright...i'm johanna impossible versus kim possible.You don't have any friends because you don't see the point in making them,they will just leave anyway so why bother or maybe you just don't want them.okay,now that'sway too much. But try and stay positive there are people who love you, so don't push them away they just want to help. You might be scared to make friends because you think they might hurt you, but they won't, good friends always stay together so try and make some.
good[note the sarcasm].and u dun've to make me feel worse by reminding me that i lashed at my best friend
"Aie!!"
"Apa dia?!" Suara Aie melaung balik dari kitchen.Seketika kemudian pintu bilik terkuak.Aie berdiri di depan pintu dengan bungkusan dried guava di tangan. "Apahal?"
Kepala Jo condong ke kiri merenungnya. "Kau sayang aku tak?"
"Kau demam." Dahi Aie berkerut.
"Kau free kan?"
Lambat-lambat Aie mengangguk dengan kerut di dahi yang masih tak hilang.
"Jom jalan gi Lidl.Aku teringin nak makan kebab dekat Goktug."
Kening Aie terangkat tinggi. "Pergi Lidl semata-mata nak makan kebab?"
"Aku belanja." Jo bangun dari kerusi studi. "Otak aku dah rasa macam kena campak dalam vacuum chamber.Need fresh air."
*
Phone cordless di tangan dilambung dari tangan kiri ke kanan berulangbalik.TV yang entah bercerita apa dipandang kosong.To do or not to do...
"Kau ayan apa?"
Hampir phone cordless tu jatuh terus ke lantai.Mujur sempat disambar tangan kiri.Afiq berpaling ke belakang.Bad berjalan dari dapur ke depan TV dengan mangkuk Doritos.
"Yang kau dok lambung-lambung phone tu tetengah malam dekat nak pagi nie pekehal?Dah takde kerja?" Bad bersila di sebelahnya.
"Yang kau nie pekehal tak tido lagi?"
Bad merenungnya pelik. "Kau gila ke apa?Aku nak tengok bola."
Betul jugak.Ceh...Phone diletak ke lantai. "Boleh la join kau sekaki." Afiq menutur sendiri.
Bad merenung phone dan Afiq silih berganti. "Kau nak call dia,eh?"
Afiq menjungkit bahu.
"Call je la.Apa masalahnya?"
"Aku tak tau nak cakap apa." Afiq merengus perlahan.
"Aduss!" Bad menepuk dahi. "Bagi sini biar aku yang cakap."
*
"Jo,kita nie nak makan kebab untuk breakfast ke,lunch ke,brunch?" Aie merenung Jo yang sedang melihat list beverages.
"Tak kisah la." Jo tak angkat muka. "Boleh je apa-apa pun."
"Yang kau tetiba ngidam nak makan kebab nie kenapa?"
Jo sengih selamba sambil menutup menu. "Aku nak jalan je sebenarnya."
*
Bad merenung phone di tangan. "Pekehalnya nie...Tak berangkat pun." Dia memandang Afiq. "Tak ada orang kat rumah nie kot.Kau ada number mobile dia?"
Afiq merenungnya kembali. "Tak ada orang angkat?" Tak ada rumah?Ke mana pulak tu?
"Ada mobile number dia,kan.Meh sini."
*
Hati-hati dia menambah gula ke dalam teh panas tu.Dikacau perlahan takut tertumpah.Tumpah atas meja taper lagi.Kalau tumpah atas aku?Nganga la.
Aie masih merenung Jo tak lepas.Mesti ada something jadi.Kalau tak takkan nak buat kerja gila datang sini semata-mata nak jalan ngan makan kebab.Boleh je kalau nak jalan kat tepi Don.Kan sungai depan rumah je.Isk...musykil.
"Allah!" Jo menepuk dahi.
"Apa?!"
"Lupa la tadi nak tinggal note dekat Noni ngan Iyan.Noni taper la sebab dia punya group-discussion habis petang.Iyan nie balik dari library tengah hari kan?" Jo mengetuk meja dengan hujung jari. "Hantar mesej kat diorang,Aie."
"Handset kau mana?" Kening Aie tinggi terangkat.
Eheh..oopsie. "Aku tertinggal."
*
"Dapat voice message je nie..." Bad merungut. "Handset pun tak angkat." Dia kembali memandang Afiq. "Tengah lecture kot?"
"Lecture pekenama hari Ahad."
"Tak pun..."
...Jo saja tak nak angkat call.Afiq menyambung dalam hati sambil menelan liur.Biar benar budak nie.Parah benar marahnya.
"Teruk ke kau marah dia hari tu?"
Mana diri sendiri nak tau teruk ke tak.Afiq menggeleng tanda tak tahu sambil menjungkit bahu.Handset di tangan dipandangnya. "Tapi housemate dia kata sampai menangis la jugak." Rendah datar dia bersuara.
"Sampai nangis anak dara orang kau buat?!"Bulat mata Bad. "Biar benar kau nie!"
Afiq menepis dengan tangan kanan. "Selalu dia tak macam tu.Kalau dulu kat rumah aku tu dia OK je kalau buat macam mana pun.Muka toya selamba je selalu."
"She's a grown lady,la."
Afiq melepas nafas perlahan.Sebelah tangan meraup wajah. "Aku nak tidur la." Dia dah bangun melangkah ke bilik.
Posted at 11:16 pm by hlovate
5tahun5bulan[III]~Episode11
Kertas-kertas A4 yang berterabur di atas meja dipandang kosong.Bibirnya melepas nafas perlahan.Berselirat rasa urat-urat kepala.MSAA*'s family day...nak cari volunteer untuk Nott's games lagi...Penat!Case untuk psychiatry lagi...Bat mengeluh perlahan.Lama-lama nanti sesilap aku pun masuk psych ward!
We might be best friends one year, pretty good friends the next year, don't talk that often the next, and don't want to talk at all the year after that.
So, I just wanted to say, even if I never talk to you again in my life, you are special to me and you have made a difference in my life...
Sure did.Bat memutar pen di tangan.You're special to me and have made a difference in my life.And now we're not talking.Dia bangun dari meja studi melangkah ke arah tingkap yang menghadap Union Street.Dari jauh boleh nampak stesen bas dan keretapi yang orang keluar masuk tak berhenti tu.Bahu kirinya disandar ke bingkai tingkap.
Hang Li Jo...memang membawa perubahan dalam hidup,macam Hang Li Po buat masa menjejak tanah Melaka zaman Kesultanan Melayu dulu.Dah jenuh bertekak,bergaduh,ber-tu,ber-nie sepanjang tiga tahun nie.Dan dia tak pernah cross limit sampai macam nie.Melangkau dinding batu terjal tinggi dengan barbed-wire di puncaknya yang mengelilingi Johanna Latif sebagaimana Hang Li Po dulu dikelilingi pendekar diraja.Invading her space.Dalam kata lain,friendship suicide. Kerja gila...yang dipaksa.
You have made a difference in my life...
Tiga tahun.Night life dah berubah tak macam kat Malaysia dulu.Dah tak jejak Chiqazz atau mana-mana club atas alasan apa pun.Unwind kalau kepala berselirat sangat pun...
"Pergi la main bola dengan si Fakhrul tu.Budak tu kaki bola tu.Kau tendang je bola tu hilang la tension.Tak payah masuk club,perabih duit je."
Johanna...bukan semua orang boleh maintain muka selamba macam tak kisah apa macam dia tu.Kalau nak dengar second opinion yang straight forward,Johanna Latif la orangnya yang kena dicari.Tanya la soalan silibus mana spesis apa pun.Tapi emotions dan pasal diri dia sendiri memang a total no-no.Bukan mudah gadis itu untuk keluar dari dinding terjal yang memagari ruang yang hanya dibenarkan untuk dirinya sendiri itu.
Dia ingat lagi kata-kata Jo suatu ketika dulu.
“Treat aku macam kawan,bukan macam perempuan.” Hampir dia jatuh rahang mendengarnya masa tu. “Aku tak nak Dang Wangi Liverpool nanti terasa hati.”
“Ada difference ke?”
“Ada.” Jo menutur selamba. “You could’ve a friend and a girlfriend at the same time,but a girl and a girlfriend wouldn’t work out.”
Dan memang betul.Ada difference untuk sayang pada seorang kawan dan seorang perempuan.
What would you do if your best friend died tomorrow and you never got to tell them how you felt? (even if it is that you don't care anymore)...
What would you do,Jebat Iskandar?
***
Aie dan Iyan menjeling jam di tangan.Kemudian memandang Apeh yang sedang menanti call bersambut.Apeh menggeleng.Takde,dia memberitahu tanpa suara.Kening Aie dan Iyan sama terangkat.Mana ke pulak...
"Hello.Assalamualaikum." Apeh tiba-tiba bersuara.Bibirnya mengoyak sengih memandang Aie dan Iyan.
Jo membetulkan letak earpiece sambil berjalan keluar entrance hospital. "Waalaikumsalam.Apeh?"
"Iye." Sengihnya masih tak padam. "Kak Ana kat mana nie?"
"Royal Aberdeen."
"Royal Children's ke Royal Maternity?"
"Children." Jo melangkah ke bus stop. "Akak baru keluar.Kenapa call?"
"Apeh dengan Kak Aishah ngan Kak Iyan nie.Kat City Centre.Koffee Kafe.Nak join?" Tolong la cakap tak nak.
Jo sengih tawar. "Akak nak balik la,Apeh.Penat sangat la dari pagi sampai tengah hari kat hospital tu." Matanya berlari pada jadual bas. "Kak Aie ngan Kak Iyan kat situ?"
Good. "Yep." Apeh mengangguk pada Aie dan Iyan.Dah nak balik,ujarnya tanpa suara.
Aie angkat sign OK.Dia mencapai handsetnya di meja.
"Lain kali la kita minum sama,OK?"
"No hal." Apeh memerhati Aie yang laju menekan keypad menulis mesej. "Kira Kak Ana terus balik la nie?Ada bas ke tu?"
"Akak balik ikut City Centre kot." Jo menarik sedikit hujung lengan baju kurung untuk menjeling jam di tangan. "Around lagi lima minit bas sampai la.Akak naik 40 sampai City Centre lepas tu amik 20 nak balik rumah.Tanya Kak Aie ngan Kak Iyan,diorang nak balik sekali dengan akak tak?Kalau nak balik sekali boleh tunggu kat station City Centre."
"Kejap,ye."Apeh menurunkan handset seketika. "Kak Aishah ngan Kak Iyan nak balik sekali dengan Kak Ana?Apa dia?Tak nak?Nak beli tandoori dengan pasu bunga?Okay..." Lancar bibirnya menutur dialog sendiri.
Dahi Jo sedikit berkerut mendengar bait-bait ayat yang terputus tu.Pasu bunga?
Aie ngan Iyan tahan gelak bagai nak gila.Apeh maintain muka toya selamba.Handset kembali dibawa ke telinga. "Diorang kata Kak Ana balik dulu.Diorang nak pergi beli tandoori dengan pasu bunga."
"Okay..." Jo mengangguk.Pekehal pulak nak beli pasu bunga.Nak letak kat mana? "Apeh,bas akak dah sampai.Send my regards kat diorang.Kita jumpa nanti bila-bila,kay."
"Okie.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Talian dimatikan.
"Dah hantar?" Laju Apeh bertanya.
"Done." Aie sengih sambil menggeleng.
Iyan merenung jam di tangan. "Sekarang pukul 12.30.Lebih kurang dalam pukul 1.30 kira okay kot.Dia pun dah chill kat rumah."
"Done.Dah bagi tau tadi,1.30." Aie meletak kembali handset ke meja.
"Kak Aishah,Kak Iyan.Thanks tau."
"No hal."
"Sekarang nie everything kira up to Along la."
*
Say O Muhammad:Tell me!If (all) your water were to sink away,who then can supply you with flowing (spring) water?
Bibirnya baru habis membacakan ayat terakhir al-Mulk,rutin selepas solat bila loceng pintu tiba-tiba berbunyi.Jo berkerut dahi.Dah balik ke budak-budak nie?Tafsir diletak di atas meja study.Dengan telekung dia melangkah ke living room.
"Who's there?"
Tak berjawab.
Angkatan Book of Mormon nak buat sermon dakwah ke nie?Jo menjengket pada peephole.Ek?
"Bat?" Teragak-agak dia menegur di balik pintu yang dibuka setengah kaki. "Apa kau buat kat sini?"
"Hey." Bat senyum tawar segaris dengan kedua belah tangan di dalam saku jeans. "Aku dari uni...Thought jalan...Passing..."
Jo menghela nafas perlahan. "Diorang yang lain tak ada nie."
"I know the rule of the house." Bat ketawa tawar terpaksa. "No men calling at the door,no men stepping over the threshold,though terms and conditions applied." Wajah Jo yang tak beriak dipandangnya. "Three years la,Jo."
Bibirnya mengukir senyum tanpa perisa.
Diam sejenak.Bat menekan batang hidung dengan jari dan telunjuk. "I'm...sorry." Rendah dia menutur.Jo dipandangnya sekilas. "I'm sorry."
Jo diam. "'Tsalright." Dia menutur off-handed. "I'm sorry too." Sambungnya perlahan.
"Shouldn't have ventured into that." Bat memandang hujung koridor.
"And I shouldn't have snapped." Jo senyum tawar.
"Friends?" Pandangannya ditala ke wajah Jo.
"Sure." Jo mengangguk.Bibirnya mengukir senyum segaris.
"Excuse me?Number 209?Miss Mohd Latif?"
Bat dan Jo sama-sama mengalih pandangan ke arah koridor menghala ke tangga. "That would be me." Jo menjawab sambil membuka ruang pintu sedikit luas.
Lelaki Scottish separuh umur itu mengukir senyum. "You've a delivery,love." Dia menghulurkan bouquet bunga di tangannya. "And I need your autograph here." Bibirnya mengukir sengih mengusik sambil menghulur clipboard elektronik di tangannya.
Seketika Jo dan Bat berpandangan sebelum Jo teragak-agak menyambut bouquet ros merah jambu itu.Siapa ke pulak yang nak buat lawak propanolol bagi bunga kat aku nie?!Dahi Jo kusut berkerut.Sebelah lagi tangannya mencapai clipboard dan pen.
"Seems like somebody from the other side of the world took all the trouble to make you happy." Pakcik delivery tu mengenyit mata sambil menyambut clipboard dari Jo. "Have a nice day!" Ujarnya sebelum berlalu. "And you too,young man." Dia mengangguk pada Bat.
"To you too." Serentak Jo dan Bat menjawab.
Pandangan mereka kembali jatuh pada pink roses di tangan Jo.
"Uuu...Johanna's getting roses." Bat angkat kening double jerk dengan sengih mengusik.
Muka Jo memang blank. "You know Datuk Panglima?This is just so funny that I forgot to laugh." Dia membuka envelop pada plastik bunga tu. "I'm in my telekung,and somebody send me this?!" Jo menggeleng macam bunga tu pinggan pecah yang orang bagi buat hadiah"It's bunga!" Jo menjulingkan mata. "And it's PINK!"
"Suits you." Bat sengih menahan ketawa.
"Oh,shut up." Kad di dalam envelope itu ditarik keluar.
I know you hate pink
and I'm sorry
Along
"Siapa yang hantar?" Jo yang dah bulat mata dipandangnya.
"Some madman from Quantico." Toneless Jo menutur.
Bat mengangguk dengan sengih know-it-all. "But every time we tell a lie, the thing we fear grows stronger."
"I thought we've agreed not to venture into that.Again." Mata Jo mencerun.
"Menjunjung perintah,Tuan Puteri." Bat mengetuk dahi dengan hujung telunjuk kanan. "Hamba mintak diri dulu." Bat menapak setapak ke belakang. "And tell Sultan Mansur,he's pretty brave la to send Hang Li Jo the much despised satin slippers,though all the other ladies love 'em." Bat angkat kening double-jerk. "But then again,Hang Li Jo is a lady too.Good day,Jo."
"May Allah bless you,Jebat Iskandar." Sebelum aku tuju je dengan stiletto Noni nie.
_______________________
*MSAA-Malaysian Students' of Aberdeen Association
Posted at 11:54 pm by hlovate
5tahun5bulan[III]~Episode12
"Along wrote what?!"
Entah naik berapa oktaf suara Apeh kat Aberdeen.Afiq menanggalkan arm guard di lengan kanan.Dicampak terus ke dalam bakul laundry.Tuala muka yang dibawa keluar dari sports bag juga dicampak ke sana.Dia menjeling jam sambil melangkah ke almari baju.
"Memang tempah tiket maut betul la...Nak baik ke tak nak nie?"
Hampir tengah malam.Baru sampai rumah.Raket di tangan diletak di rak atas.Tee dan pelekat dicapai dari rak baju lalu dibawa ke katil.Lambat-lambat dia duduk melabuhkan diri.Jam di dinding dipandang lagi.Malaysia sekarang tengah malam.Aberdeen...around petang.Afiq melepas nafas perlahan.Nak mandi pun badan panas lagi.Dia bangun dari katil melangkah ke ruang tamu.
"Hilarious...hilarious..." Jo dah putus nafas dalam ketawa. "Petala ke lapan..."
Iyan,Noni ngan Aie pun dah sakit perut gelak.Noni nak sampai berair mata. "Lawak tak tahan..."
Baru setengah jam tengok Kiamat Dah Dekat dah rasa macam kena laughing gas.
"Tapi mesej bagus gila.Aku suka." Aie sengih sambil capai mangkuk chips.
Yang lain hanya mengangguk dengan tumpuan kembali pada skrin.Fandi tengah goreng Saprol pasal ba'da Asar.
Phone rumah tiba-tiba berbunyi.Adoi...kacau.Jo meraba tangan mencari phone di atas meja di sebelah sofanya.Yang lain tak berpaling.
"Hello."
"Hello.Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam.Mau bicara sama siapa,ya?"
Huh?Afiq merenung phone di tangan.Bila masa pulak budak-budak nie ada bibik duduk kat rumah? "Ana ada?"
Ek?Jo mengalih pandang dari skrin.Adus!Terkeluar slang Indo la pulak.Riak wajahnya berubah.Along! "Ana nie." Datar perlahan dia menjawab.Housemates nya yang lain memandang sekilas.Dalam dunia nie dia bahasakan diri Ana dengan sorang manusia je.Tak payah tanya pun boleh figure out.
"Ana kat mana tu?" Rendah terdengar suara Afiq bertanya.
"Rumah." Petang Sabtu tengah spring.Takkan nak pergi uni saja-saja.Matanya mengerling Aie,Iyan dan Noni yang kini nampaknya tak ambil pusing.
Afiq diam.Apa yang nak cakap tadi pun,entah.
Jo menggigit bibir bawah.Haila abang bunga sorang nie...Along call kenapa,long...Dia bangun dari sofa.Langkahnya menghala ke bilik.Tak reti aku nak react macam mana.Hari tu marah orang.Lepas tu call balik keluar line pelik-pelik.Lepas tu buat lawak antara benua hantar bunga. "Along call kenapa?" Pintu bilik ditutup sebaik tubuhnya melepasi pintu.
"Ana sihat?" Soalan Jo dibiar tak berjawab.
"OK,alhamdulillah." Kenapa suara aku toneless macam robot? "Along sihat?" Ikut protokol.Dia duduk di birai katil.
"OK jugak,alhamdulillah."
Pandangannya jatuh pada pink roses dalam gelas tinggi yang penuh separuh diisi air.Dah sehari semalam di atas meja studi.Ada yang baru nak kembang.Ada yang dah kembang penuh.Mencemar duli bilik aku dengan ke'pink'an yang jatuh dari langit.
"Kalau nak bagi kembang cepat letak Panadol dalam bekas air tu." Aie yang cakap.
Rahang bawah jatuh. "Pharmaco ajaran mana kau belajar tu?"
"Universal truth."
Gila ke apa.But yeah...aku mana pernah ada experience handle bunga.Tapi dibiar je roses tu dalam air biasa.Buat membazir Panadol je.
"Dapat tak delivery yang Along hantar tu." Suara off-handed Along menyentak lamunannya kembali ke telefon.
"Hmm?Ada." Off-handed jugak dia menjawab.Takkan nak buat gaya gushing-blushing terharu kot,dah orang pun tanya macam tu.Dah la the note pun...hailoh...diingatkan sekali lagi,Johanna.Sarcastic is his middle name la.
Bukan tak terasa nak letak line yang proper.Tapi tak tau nak dituliskan macam mana.Hantar bunga is something yang memang dia tak pernah buat.Hantar bunga ke balik sana dunia lagi la tak pernah terfikir.He meant to say sorry,tapi tak tau nak cakap macam mana.Dan Bad dengan geliganya kata,'hantar la bunga,sebab semua perempuan suka bunga.'Dan dia pula bersetuju,dia pun tak tahu entah kenapa.Sebab cuba nak melahirkan perasaan?Entah.Rasa macam awkward pulak.Dan ditawarkan tindakannya yang terasa terlebih gula itu dengan note yang meletakkan dirinya masih seorang sarcastic Serbian,bak kata Ana.
"Ana marah Along lagi?" Datar dia bertanya.
"Kenapa ye sampai Along hantar bunga..." Selamba Jo tak menjawab.
Afiq senyum tawar.She's back. "Why?Tak suka?I was trying to be sweet."
"Ha.Ha.Ha." Jo menjulingkan mata.Mula nak keluar aura sakat keji dia tu la. "Along,it's bunga.B-U-N-G-A."
"So...?" Sengaja Afiq kembali bertanya dengan enam harkat.
"And it's pink.P-I-N-K." Sengaja juga Jo menekan,mengeja. "Bunga,pink,and Johanna tak boleh letak in one sentence la."
Afiq ketawa ."You just did.Letak all those three in one sentence." Bibirnya mengukir sengih mengusik. "Gotcha."
"Mati kena gelak kat sini tau tak..." Jo buat muka. "Dah la masa delivery tu Bat pun ada depan pintu."
"Bat buat apa kat rumah?" Suara Afiq berubah nada.
"Ada hal.Bukan masuk rumah pun.Mana ada guys boleh masuk rumah nie."
"I see." Afiq mengangguk. "Bagus pun roses tu sampai time dia ada kat sana." Gumamnya rendah.
Ek? "Apa dia Along cakap?"
"Naa..nothing." Cepat Afiq memotong. "Along rasa pink suits you,la."
"Along..."Suara Jo bergetar warning. "Tu disgrace namanya tu..."
"Pink is so...ladylike?..em..feminine?" Bibirnya kembali mengukir sengih mengusik. "So ladylike and feminine like a Johanna la."
"Along...Baling dengan kuali baru tau.Perli la tu."
"Sampai ke hati,cik?"
"Sampai je,tuan."
Ketawa Afiq pecah lagi. "OK la.Along nak mandi nie.Baru balik main badminton.Nanti bila-bila Along call lagi,kay."
"Okie.Kirim salam kat Nana,Nina ngan papa Along nanti."
"Sure."
"Along."
"Hmm?"
"Thanks." Bibir Jo mengulas senyum pada pink roses di atas meja studi.
Afiq mengukir senyum pada bulan sabit di dada langit. "My pleasure."
Malam nie boleh tidur lena.Wajah di Aberdeen dan PJ sama ceria berbunga.
***
"Jo."
"Hmm?"
"Aku tanya sket?"
"Shoot." Pen di tangan berlari mengubah perenggan alcohol metabolism kepada flow-chart.
"Status kau dengan Along apa sebenarnya?" Aie menanti reaksi Jo.
Kilometriko Sports III terhenti di tengah equation.Alcohol to....Namun riak wajahnya tak berubah.Pen di tangan kembali meneruskan larian.Acetyldehyde. "Kalau mengikut istilah Friendster,it's complicated." Tanpa mengangkat wajah dia bersuara.Converted by alcohol dehydrogenase in the liver.
"Complicated macam mana tu?"
Jo mengalih wajah dari A Primer of Drug Action. "Lagi complicated dari alcohol metabolism." Dia sengih selamba. "Wei...study la!"
"Lari dari kenyataan!" Scrap paper bergumpal di tangan dibaling melepasi meja makan ke arah Jo.
Jo mengelak sambil ketawa. "I'm real."
"Betul-betul la,Jo."
Diam.Pen berlari terus.Namun kemudian terhenti.Dilepas di dada buku nota.Jo mengangkat wajah sambil menghela nafas berat.Aie dipandangnya. "Aku pun tak tau,Aie."
Dia dan Along tak pernah bercakap pasal chenta jiwa raga bakul ke apa.Dia dan Along tak pernah bercerita pasal perasaan,meski dah seribu satu jenis cerita mereka kongsi.Dia dan Along tak pernah admit apa-apa,tak pernah declare apa-apa,tak pernah janji apa-apa,dan tak pernah buat move apa-apa.
Hantar bunga tu bukan move ke?
No,tu brotherly love namanya tu.Suara di dalam kepala cepat menepis.
Apart from the harmless flirt ngan brotherly love bak kata Along kat Apeh dulu tu je la.Jo senyum sumbing pada mug warm rootbeer di tangan.Dia menjeling jam di tangan.Hampir pukul 11 pagi.Rumah dah sunyi.Aie dengan Iyan pergi hospital untuk case.Noni ada lecture.Dan bila sunyi sensorang macam nie la aku mula akan start fikir memenda luar silibus nie.Datang tak payah berjemput.
Macam tak percaya je diri sendiri tengah fikir hal soal hati perasaan nie.Growing up,Jo...growing up.Johanna dah besar.Dah besar dan berubah over time.Johanna sekarang tak lagi cringe bila tengok novel,filem dan lagu Melayu.Meski tak la menjadi die hard fan,tapi sekadar OK.Dah boleh pegang handbag walaupun high-heels dan cinema pantang disebut.Dah pandai menangis bila jadi benda-benda luar alam.
Johanna dah duduk Aberdeen tiga tahun.e-Books Harun Yahya yang abah bagi pun dah habis lebih setengah list. Dah mula belajar nak consistent dengan satu juzuk Quran seminggu.Thanks to Aie.Belajar untuk jaga diri.In a way...Fakhrul banyak membantu,walau bukan secara direct.Manusia memang kena diingat selalu.Kalau dulu rasa nak cair skrin laptop dengan tazkirah tiap-tiap hari.Tapi sekarang dah rasa macam staple diet je.
Johanna sekarang dah 23 tahun.Dah patut menjadi seorang young lady yang reason dan logic tak pernah lari dari kepala.Tapi tak jugak...kadang-kadang berfikir aci redah jugak ikut perasaan.Dia mengadah siling kitchen sambil menghela nafas panjang.Dan sekarang Johanna tengah memikir soal hati perasaan.Another pertukaran fasa dalam hidup yang complicated nie.Belajar nak mengenal hati dan perasaan sendiri.Mug di tangan diletak ke meja.Malas dia mengalih perhatian pada piring berisi di depannya.Tangan kanan mencapai sudu.Peach cobbler dibawa ke mulut.
Peach cobbler.Along.Bat.
Peach cobbler is sweet.
Bat is sweet,and he's a best-friend.
Along is sarcastically sweet,and he's a....?
Pening kepala.Malas nak fikir.Jo menarik sila ke atas kerusi meja makan tu.Jo,you seriously need sugar right now.Sudu peach cobbler dibawa lagi ke mulut.
5tahun5bulan[III]~Episode13
"Abah nak pindah balik kampung." Jo sengih. "Bye-bye la,Along.Kalau emergency nak kena masak kat rumah tu kena cari Mak Atun je la."
Afiq diam. "Apa dia?" Rendah dia bertanya.
"Abah kan dah nak pencen tahun nie.Abah kata nak pindah balik Perak.Duduk rumah lama kat kampung tu."
"Biar betul."
"Betul la nie." Jo menjulingkan mata.Apa ingat aku kaki goreng ke?Aku goreng-menggoreng nie kat dapur dengan Examination Hall je.Lain tader.
"I see..."
"Along bukak la iklan siap-siap kalau nak orang gaji." Jo sengih lagi.
Diam.
"Along?"Eh..line putus ke?
"Here." Nada suara Afiq tak dapat dibaca. "Kesian la Nana dengan Nina nanti." Tiba-tiba dia menyambung.
"Ek?"
"Kalau bising kata rindu dengan Kak Ana diorang tu,Along nak buat macam mana?"
Jo ketawa. "Time diorang cuti Along hantar diorang stay rumah Ana la."
Afiq melepas nafas perlahan sambil merenung keluar tingkap.Betul la kalau budak-budak tu rindu Kak Ana diorang boleh nak dihantar ke sana.Kalau Along diorang yang rindu macam mana?Boleh ke tumpang duduk jugak rumah pakcik dengan makcik? "Kalau Along?"
Ek?Jo muka blur.Kalau Along apa... "Kalau Along apa?"
Selipar Jepun betul...tersebut ke mulut la pulak...Handset di tangan terasa nak dihentak ke kepala. "Kalau Along hantar diorang,lepas tu Along nak duduk mana?" Laju itu yang meluncur keluar.
Loh... "Along balik la KL."
"Tak boleh tidur rumah Ana ke?"
"Along putus fius ke apa?!Along tu lelaki la."
"Dah tu.Abah kan ada."
Teringin nak kena lipat dengan abah ke Along nie. "Along teringin nak kena kejar dengan parang ye,Long."
"Siapa yang nak kejar?"
"Abah."
"Abah Ana dengan Along dah kamceng.No prob."
***
Haila...memang kamceng sangat la tu.Jo menggeleng sambil menarik hujung cadar di atas double bed tu untuk ditegangkan.Sekilas dia memandang kalendar di dinding.Tak sampai seminggu pun duduk rumah,jejak Tanah Melayu.Macam-macam dah jadi.Abah dah pencen.Rumah dah pindah awal tahun.Kira balik summer break nie balik Perak.No more KL.Yang si Nana ngan Nina,hari kedua dia sampai ke rumah dah hantar perutusan kata nak datang holiday.Sakan korang ye...
"Tak kira...nak datang jugak...Dekat dua tahun tak jumpa Kak Ana nie..."
Jo membetulkan letak bantal di kepala katil.Bantal guling kekabu kerja tangan opah diletak di tengah.Bibirnya mengukir senyum tanpa sedar.Jangan nanti budak-budak tu berebut bantal guling,sudah.Esok dah nak sampai.Jo menebar pandangan ke keliling bilik.Tin aerosol air freshener dicapai dari lantai.Sambil melihat kalau-kalau ada sawang di siling,tin aerosol di tangan digoncang malas.
"Datang sini tolong akak kemas rumah la.Jadik orang gaji,nak?"
Citrus Burst semerbak disembur ke tengah udara.
***
"Aku macam tak sedap hati la,Ya." Jelas suaranya berbunga cuak di tanah Perak sampai ke Tasmania. "Seram aku.Tak pernah dibuatnya mak buat camni."
Yaya ketawa kuat. "Takat macam tu je takde apaper la."
"Nothing to you..." Jo menggumam geram. "Kalau mak kau yang cakap aku pun tak rasa apa.Nie masalahnya mak aku..."
Maunya tak seram.Tak sampai sejam sampai ke rumah dari KLIA mak dah sebut pasal doa bagi cepat jodoh.Lepas tu dok mention anak orang nie kawin..anak orang tu bertunang...anak orang nun nikah..Siap dok jeling-jeling hint-hint.Tak cukup tu mak dok sebut cerita pulak pasal anak teruna mana entah.Yang jiran belakang rumah,yang jiran kat kampung,yang anak kawan abah,yang anak sedara kawan abah,yang anak kawan dia,yang tu,yang nie,yang buat aku naik seram...
"Kira good news la tu." Ketawa Yaya masih bersisa. "Tu namanya mak kau dah bagi green light."
"Green light apa?" Jo muka blur.
Aduss.Yaya tepuk dahi. "Green light nak kawin la tu." Payah betul budak nie.
"Kau putus fius ke apa?!" Suara Jo naik seoktaf.Meremang terasa belakang tengkuk.
Ketawa Yaya pecah lagi. "Cik kak oi,jadi-jadi la allergic tu.Nanti la aku call mak kau.Time kenduri aku next year kita join venture je la.Nikah sekali...kenduri sekali...Meriah pun meriah.Save budget pun ye."
"Ya..." Suara Jo bergetar warning. "Kau jangan nak buat kerja gila,Ya.Apa kau ingat nie benda buat main ke?Buatnya mak ingat kau serius tetiba je ada rombongan depan rumah pagi esok."
"Lagi senang cerita." Selamba Yaya menutur. "Tapi rasanya tak payah tunggu pagi esok pun kot.." Rendah Yaya menggumam.
"Apa dia kau cakap?"
"Na..nothing." Yaya menahan sengih. "Along still kat sana kan?"
"Sembang apa ntah dengan abah kat bawah,tengah siap nak balik KL tu.Nina dengan Nana kat bilik sebelah,tengah unpack."
"Tengah ada guests kat rumah kau boleh gayut dengan aku?!" Suara Yaya di Tassie naik seoktaf. "Teruk punya host!"
Jo hanya ketawa. "Dah tu...Takkan bestfriend sendiri call nak reject kot? 'Sorry,I'm a busy host'.Mau kau yang nangis kat Tassie."
"Naa...no wonder I love you."
Ketawa Jo masih tak habis. "Jangan cakap kuat sangat.Dengar dek Mr.Mirul terus dia mintak putus tunang nanti."
"Pergi turun bawah la,buat aku rasa bersalah je dengan Along."
"Hah ha.Don't be."
"Jo."
"Hmm?"
"Jangan lupa kirim salam kat abang ipar aku tu,tau.Bye.Assalamualaikum."
"Ya!"
Talian dah mati.
Jo menggeleng perlahan sambil menjulingkan mata. "Waalaikumsalam,budak bertuah."
***
"Yang tu pokok nangka,yang sebelah tu pokok sukun." Jo menunjuk dengan handle pencakar di tangan.
"Pokok sukun tu pokok apa?" Nina di kirinya berkerut kening. "Macam nama kartunis dalam Ujang tu je." Dia bercekak pinggang melihat pokok yang melangit di depan rumah tu.
Aduss...Jo menepuk dahi dengan ketawa yang pecah. "Nie la bebudak KL." Nana di kanannya dipandang. "Pernah dengar a pokok sukun before?"
Nana geleng jungkit bahu.
"Buah sukun tu..." Jo menunjuk ke arah buah hijau yang bulat di tengah pokok dengan telunjuk. "...orang buat goreng,kalau dah potong-potong goreng tu nampak ala-ala cam ubi goreng la.Tapi taste lain sikit."
"Ooo..."
Jo mengesat peluh di pelipis dengan hujung telunjuk.Selendang hitam-kelabu yang lepas ke bawah sedikit menari ditiup angin.Belakang baju terasa basah dengan peluh.Mengah dibuatnya kemas laman.Assisstant yang dua orang tu pun sama worn-out.Jo menggeleng senyum dalam hati.Orang suruh duduk tepi diam-diam tak nak.
"Kak Ana,tengok?" Nana tiba-tiba mencapai tangan kirinya.Jo hanya membiarkan.
Hujung lengan baju Jo sedikit ditarik dari pergelangan tangan "Lawanya." Nana memandang wajah Jo. "Kak Ana beli kat mana nie?" Bracelet kristal amethyst di tangan Jo tu dibeleknya.
Jo memandang sekilas. "Hadiah birthday Abang Bat bagi." Ujarnya acuh tak acuh membahasakan Bat.
"Ooo...gelang tanda,eh?" Nina pulak mencelah bertanya.
"Banyak la tanda-tanda." Jo menjulingkan mata. "Girlfriend sumpah setia dia kat Liverpool tu dia nak campak kat mana?River of Don?River of Dee?Sungai Perak?"
Ketawa pecah. "Kak Ana bila nak kawin nie,Kak Ana."
Jo memandang Nana yang merenungnya. "Entah." Dia menjungkit bahu dengan sengih selamba. "Tader orang nak la,Nana."
"Kalau Along nak,Kak Ana nak tak?"
Jo ketawa lucu. "Kalau dia nak sangat suruh dia hantar rombongan."
"Betul nie?"
"Along tu orang besar.Hal dia jangan kacau." Jo memandang Nina dan Nana bersilih ganti. "Kalau nak suruh dia cepat nikah,cakap dengan dia.Jangan tarik Kak Ana enter frame gambar pulak."
"Dah tu?Orang lain dia tak nak.Dia nak Kak Ana je."
Jo memandang Nina sekilas sebelum melontar pandangan kembali pada pokok sukun.Bibirnya mengukir sengih tanpa perisa. "Along tu kan kuat melawak.Cakap dia jangan dengar sangat."
Nina dan Nana dah tak tau nak cakap apa.
*
Teh ais dalam gelas tinggi separuh pun tak habis lagi.Nasi goreng kampung di pinggan baru luak dua tiga suap.
"Kau ayan apahal?"
Suara Bad yang menegur menarik fokus pandangannya ke depan. "Aku tengok bola." Sekilas dia memandang skrin TV gerai Pak Long yang sebesar alam tu sebelum membawa sudu berisi ke mulut.
Bad berpaling ke belakang ke arah TV. "Mana ke bolanya...tu tengah iklan National Geo tu." Afiq kembali dipandangnya.
"Tadi." Malas dia menjawab.Pura-pura kembali khusyuk dengan nasi di pinggan.
"Fiq...kau jangan buat lawak bola dengan aku,Fiq..." Bad menggeleng sambil menjulingkan mata. "Aku tuang je Truth Serum aku nie atas kepala kau nanti."
Afiq sengih sumbing pada pinggan nasi. "Truth serum?Kau nie terlebih doses Harry Potter nie,Bad."
"Dalam Harry Potter tu Veritaserum la."
"Whatever."
"Whatever taraver." Bad menepis kata-kata Afiq. "Kau ayan apahal?Nasik aku dah nak habis kau setengah sudu pun tak luak."
"Hiperbola la tu setengah sudu..." Ketawanya pecah. "Dah nak setengah pinggan nie."
"Cut the crap."
Afiq memandang wajah Bad sekilas sebelum kembali meletak sudu dan garpu ke pinggan. "Aku cadang nak apply buat Master." Gelas teh ais ditariknya.
Riak wajah Bad sedikit terkejut. "Bila?"
"Lagi setahun kot." Dia mengacau teh dengan straw.
"Kau nak apply mana?"
Afiq tak menjawab.Teh diteguk perlahan menuruni rengkung.
5tahun5bulan[III]~Episode13['cont]
“Hah!I know already!” Bad memetik jari. “UK.Aberdeen.” Dia menepuk dahi. “Should’ve figured that out earlier la,Bad...Dense Bad,dense...” Dia menggeleng sendiri.
Afiq tak berubah riak.Dia kembali mencapai sudu dan garpu. “Agak-agak too much tak kalau aku cakap dengan dia...”
“Nak sambung study kat sana?” Bad terlebih dulu memotong. “No hal...apa nak kacau.”
“Bukan...”
“Dah tu?”
“Kalau aku cakap aku nak kawin dengan dia.”
“Give me a break la,Along!” Jo merengus kasar.Ini namanya lawak bersiri back to back dari siang ke malam yang sebenarnya sesen pun tak lawak langsung.
Afiq melepas nafas perlahan. “Ana...betul la nie.”
“Siapa nak kawin dengan Along?!”
“Along nak kawin dengan Ana.” Tanpa riak suara di hujung talian itu mencecah telinga,mengulang kembali apa yang dikata sebelumnya.Dia sendiri tak tau couragenya datang dari mana untuk call atas tujuan tu.
“Shut up!” Logik dah hilang dari kepala.Guys and their sick sense of humour. “I’m done talking!” Suaranya dingin keluar sepatah-sepatah.Talian diputuskan handset terus dimatikan.Tubuh dihempas ke katil.Handset dicampak ke tepi bantal.Tanpa diminta pipi mula berlinang dengan air mata.Perlu ke semua lelaki macam nie?
Tak funny pun lawak cenggini.Ke...it was just so funny that I forgot to laugh?Hah!Sejak bila pulak berjangkit sarcastic macam Along.Sekilas dia menjeling handset mati.Putus fius ke apa call orang tetengah malam buat lawak bodo nak ajak kawin.Hujan tak ada,ribut tak ada,intro proposal tak ada,sign tak ada.Tau la suka buat lawak sakat seantero alam given any time.Ingat benda nie boleh buat lawak macam main aci lut ke?Brotherly love pun tadernye la buat lawak spesis cenggini.
Walaupun ada satu suara jauh di belakang kotak fikiran cuba mengatakan Along serius.Along bukan buat lawak sukun.Namun suatu suara lagi cepat menepis dengan mengingatkannya kembali kata-kata Along pada Apeh dulu.
Tetapi satu suara lagi berkeras menyatakan dia sendiri yang lari dari kenyataan.Cuba menolak reality.Philophobia yang terbukti betul.
You don’t want me,Along.I’m broken.Ana bukan Miss Perfect yang akan masak and wait upon your hand and foot.I’ll just snap back at you whenever my migraine kills me.I’m dependant on my pills kalau sakit kepala full-blown,will that make me an addict?I’m still fighting over my inner conflict to change for good.Ana bukan 24/7 mencari solace dengan Him kalau terjadi apa-apa.Ana tak sekuat tu.No matter how hard I tried,kadangkala masih mencari solace palsu dengan Korn dan Metallica.Headbanger yang masih tak mati dalam diri.I tried to be good,do good.Hanya pada yang termampu dibuat.Maybe I’m a Miss Goody-Two-Shoes.Or Miss Hypocrite?Or Miss Multiple Personality Disorder?Or Miss Bipolar?
Dan kalau betul pun tadi Along serius macam officer FBI tengah meeting sekalipun,kepala tak dapat nak berfikir ke arah itu.Dia belum menjadi yang terbaik untuk diri sendiri,apatah lagi nak menjadi yang terbaik untuk orang lain.
Dan mungkin betul.Mungkin betul dia philophobic.Tak dapat menerima perasaan.Takut dengan perasaan.Tak pandai nak handle hal-hal hati perasaan.
Air mata diseka dengan belakang tangan.Lambat-lambat tangannya mencari MP3.Jo mengadah siling di balik tirai air mata.Be strong,Johanna.Dia menggigit bibir bawah dalam mencari.Seketika kemudian suara Dawud Wharnsby Ali menyapa di telinga kanan.Will You Hate Me?
You smile in the two way mirror of my eyes.
I put on my faith like I wear a disguise.
You can’t see my soul, see the life that I live.
But I show you the mask of the best I can give.
I’ve hid here, afraid, like a child behind,
the truth of the thoughts that clutter my mind.
What if you knew, about all that I do?
The things that I think... the me that is true?
Diri sendiri bingung kenapa dia menangis.Menangis untuk diri sendiri kerana wallow in self pity?Atau menangis kerana cuba lari dari kenyataan?
Would you call me a hypocrite? Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Would you just walk away, afraid the me I’ve tried to hide,
would too closely resemble the truth of you that lies inside?
Atau menangis kerana tak dapat memberi peluang pada diri sendiri untuk membuka ruang buat orang lain?
I’ve been looking for answers since becoming adult,
not looking for dogma to live like a cult.
I’ve been looking to live, I’ve been living to find,
freedom from cages that limit my mind.
I’ve been running and hiking and dreaming of flying,
but falling and stumbling never shadowed my trying.
So now here I am before God and you,
showing my face and my true self to you.
I’m not scared of God, I trust God understands,
but I’m wandering if you will still offer your hands.
Atau menangis untuk Along sebab tak dapat memberi Along jawapan yang nak didengar.Apatah nak memberi jawapan,Along nak bersuara pun dah dipotong dulu.
Will I scare you? Upset you? Frustrate you? Irrate you?
Challenge your lifestyle or weaken your trust?
Or will you see my effort? My passion? Sincerity?
Will you see just a little of yourself in me?
Will you take off your mask so we can both be free?
Sebab kenyataan yang melibatkan hati dan perasaan terasa baginya seolah sesuatu yang begitu menakutkan.
Would you call me a hypocrite? Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Would you just walk away, afraid the me I’ve tried to hide,
would too closely resemble the truth of you that lies inside?
Pintu bila tiba-tiba diketuk perlahan.Jo tersentak dari baringan.Kelam kabut dia mengesat mata dengan kedua belah tangan sambil bangun.
“Siapa?” Kalut dia membetulkan suara sambil melangkah ke pintu.
“Nana nie.”
Jo menarik nafas panjang.Get a grip,Jo.Sempat dia mengesat hujung mata buat kali terakhir sebelum membuka pintu. “Kenapa,sayang?” Kusut riak wajahnya ditawar dengan senyum plastik tanpa perisa.
Nana merenung wajahnya sejenak.Kemudian senyum tawar. “Along nak cakap.” Ujarnya sambil menghulur handset di tangan.
Bulat mata Jo merenung Nana dan handset di tangan gadis itu silih berganti.Rahang bawah terasa sedikit jatuh.
“Kak Ana,please.” Nana merenung wajah Jo separuh merayu.
Jo melepas nafas berat.Pandangannya kembali jatuh pada handset di tangan Nana.Jangan libatkan adik-adik dalam hal nie,Jo.Lambat-lambat handset di tangan Nana dicapainya.Kemudian matanya beralih kembali ke wajah gadis itu.Dia memaksa senyum tawar. “Thanks.Now pergi tidur.Dah lewat nie.” Lembut dia menyuruh.
“Kak Ana...” Kata-kata Nana terhenti. “Please...” Sambungnya mengharap. “Don’t shut him off.”
Jo mengukir senyum pahit. “I won’t.Promise.Pergi tidur,k.”
Nana mengangguk perlahan sebelum teragak-agak melangkah pergi.
Jo menutup pintu bilik.Handset Nana di tangan yang masih bersambung talian dipandangnya.Nafas berat dihela.Handset dibawa ke telinga. “Along,I’m sorry.” Dia menelan liur. “Ana nak tidur.” Handset dimatikan terus tanpa mendengar balasan dari hujung talian.
Langkah berat diatur ke katil.Sensation yang begitu familiar terasa mengasak kepala.Blood vessels di kepala mula nak dilate tak cukup ruang.Suprise...suprise...Jo melepas nafas perlahan sambil menekan kedua belah pelipis dengan hujung telunjuk dan ibu jari kiri.Handset di tangan diletak di atas night table.Kepala terasa makin sesak.Jo mengadah siling gelap.Kemudian pada tin box di atas night table.Sedatives macam devil tengah menggoda.
Go to hell,devils.Boleh brace lagi yang nie.Kepala dihempas ke bantal.Bibir tanpa suara mengulang selawat syifa’.
5tahun5bulan[III]~Episode14
Matanya merenung kosong ke hadapan.Earphone di telinga kanan berlagu Lullaby-Bond.Good job with the remix,girls.Canon in D by any other name is just as sweet and nostalgic.Jo menghela nafas berat.Suit my mood.Melancholic.
"Melamun."
Jo tersentak.Dia mengangkat muka.Afiq menggeleng kepala merenungnya. Bungkusan plastik di tangan dihulur ke arah Jo sebelum dia turut sama duduk di kerusi yang diselangi meja dari gadis itu.Ruang menunggu masih tak sunyi dari manusia.
"Thanks."Jo senyum tawar.Original Whopper dibawa keluar dari bungkusan.Carton air dan Onion Rings diletak di atas meja kecil itu. "Lapar..." Ujarnya rendah pada diri sendiri.
Afiq hanya senyum menggeleng.Diajak makan,geleng kepala.Tak nak tinggal luggage.Ditanya nak makan apa,anything but Pizza,KFC and McD.Sebab?Diorang pro-Israel.Nak tercabut telinga dengar budak bertuah nie cakap macam tu.
"Pro-Israel?"
Angguk. "They're killing our Muslim brothers and sisters kat Palestine tu.Ana tak reti nak buat networking untuk bankrupkan George Soros.Nie je yang boleh dibuat kalau nak tolong tak bagi diorang lagi kaya." Tenang selamba je dia menjawab.
"Fast food lain?"
"Dunno." Jo jungkit bahu. "Tiga tu je yang Ana tau terang-terang support Sharon.Burger King alright kot sebab Ana ada baca article kata diorang cancel semua contract dengan Israeli franchisee." Wajah Afiq dipandangnya sekilas. "Ana tak cakap Along jahat kalau Along nak makan KFC,this's just my lil' own way.No offense."
Afiq senyum segaris. "Nak makan apa nie?"
Dan akhirnya Burger King.Bila ditanya Burger King pro-Israel atau tidak Jo hanya menjungkit bahu.Maybe yes,maybe no.Asal-usulnya USA jugak.Tapi dalam keadaan macam nie,pilihan apa yang ada?Cross-out segala yang nyata tak nak,pilih la mana yang tinggal.
Ana...
Viopipe tiba-tiba berlagu dari handset.Whopper dipegang dengan sebelah tangan sementara tangan sebelah lagi membawa handset ke telinga.Afiq hanya memerhati.
"Assalamualaikum." Jo mengukir sengih tawar. "Aie,kau kat mana nie?"
"Kat rumah lagi.Pukul 5 nanti aku bertolak." Aie merenung jam di dinding. "Kau kat mana tu?Dah sampai?"
"Yep.KLIA already."
"Dengan siapa?"
Terdiam sekejap.Sekilas dia memandang Afiq di sebelah. "Dengan Along."
Giliran Aie pula senyap. "Dengan Along,mak ngan abah kau...or Along je."
"Along je." Datar Jo menutur.Wajah Afiq dipandangnya lagi. "Kan hari tu aku dah cakap mak dengan abah susah nak hantar.Aku naik KLIA Ekspress dari Ipoh pagi tadi."
"Along tunggu kat KLIA?"
"Err..yep." Kemudian dia merendahkan suara. "Aie,datang la cepat sikit."
Aie mengeluh perlahan. "Bukannya aku yang bawak kereta Jo.."
Jo mengangguk lemah. "Faham."
"Take care,kay."
"Right."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Handset kembali diletak ke dalam saku jeans.Jo melontar pandang kosong ke arah jadual penerbangan yang terpapar di skrin-skrin yang bersusun.Tanpa sedar dia melepas nafas perlahan.
Maka ditakdirkan dia stuck kat sini berdua dengan Along.Abah tak sihat.Tak dapat nak hantar ke KLIA dengan kereta dari Perak.Dia pun risau kalau nak bagi abah drive sensorang macam tu tanpa co-pilot.Ngah Duan yang selalu jadi co-pilot abah pun tengah busy.Abang Sham pun ada hal.Mak tak reti drive.Betapa jenuhnya dia nak convince mak ngan abah yang dia OK je kalau nak ke KLIA sensorang dengan bas ekspres Triton tu.
Actually,bukan part tu yang susah sebenarnya.Part yang susah bila nak convince mak ngan abah tak payah la suruh sesiapa tunggukan kat KLIA.Tapi betapa diamond nya abah berkeras jugak nak dia berteman.Dan abah sendiri yang call Along tanpa tanya dia dulu.
Dan aku nak kata apa lagi dah?
Lepas tragedi phone call hari tu...dia yang mintak maaf sendiri.Masa Along datang pick-up Nana dengan Nina kat rumah hari tu.Tapi mintak maaf atas sebab tinggi suara je la.Tinggi suara dengan orang yang lagi tua,namanya kurang ajar.Sekali pun orang tu Along yang Serbia macam mana pun,dia still lagi tua.Still deserve dihormati.Dan sekadar itu.Lepas tu...no more phone calls or whatnot.Dan dia pun tak nak in touch dengan Along buat masa nie.Lawak Along dah melangkau territory.Off limit.Segalanya berserabut.
Sekali abah buat decision ala Hitler macam tu.History.
Tapi time tunggu kat KLIA nie Along buat gaya macam biasa je.Dia just follow suit.Tapi tipu la kalau tak rasa everything keras awkward semacam.
Sekali lagi dia melepas nafas perlahan.
"Melamun."
Tersentak dari fikiran.
"Dah nak beku Whooper kat tangan tu." Afiq menggeleng.
Jo membawa burger sejuk tu ke mulut tanpa sepatah kata.
*
Hati entah kenapa dipagut sayu.Berkali-kali dia cuba menelan air liur yang terasa berpasir.Payah juga terasa.
"Ana.."
Pandangannya masih pada Aie dan keluarganya di tepi fountain.Kemudian beralih pula pada Iyan dan family.Masing-masing buat drama air mata peluk dengan family.Jo menarik nafas yang terasa berat untuk mengisi peparu.Semua orang ada family...Aku je tader...Haiyoh..sejak bila sentimental sangat nie,Jo.
"Ana...apa sedih nie..." Afiq menegur lembut.Pandangannya turut mengarah mengikut mata Jo.Kemudian beralih kembali ke wajah gadis itu.Nyata keruh menahan perasaan.Mata yang sentiasa bersinar ceria itu kini hilang cahaya dalam berkaca. "Ana..."
"Mana ada Ana sedih." Antara terkeluar dan tidak Jo menjawab.Pura-pura dia sibuk mencari passport dan boarding pass di dalam sling-bag. "Mana pulak passport dengan boarding pass nie..." Dia menggumam sendiri.
Afiq menarik senyum segaris. "Johanna,sini." Passport dan boarding pass Jo di tangan digoyangkan. "Kan Along yang pegang tadi."
"Yea,sure." Pandangannya masih pada sling bag.Jangan nangis la,Jo!Buat malu je depan Along nie.
"Na."
"Hmm?"
"Ana balik summer break tahun depan,kan?"
Kali ini Jo mengangkat muka. "Kenapa tiba-tiba Along tanya benda nak jadi lagi setahun nie?"
"Ana balik ke tak nie?"
Jo hanya mengangkat bahu dan menggeleng. "Tak sure.Lepas tu dah final year."
"Ana janji dengan Along,summer break next year Ana balik,kay."
Kening Jo terangkat sebelah.Apahal pulak nie...
"Ana balik...Kita tunang."
Terasa nadi seolah disambar arus bila patah-patah kata Afiq mencecah telinga.Darah terasa menyerbu ke muka.Payah Jo menelan liur.Apa dia Along cakap tadi?Biar benar?
"Ana?" Teragak-agak Afiq bersuara. "Dengar tak Along cakap nie?"
Dengar.Tapi buat-buat tak dengar boleh tak?Along tersilap makan ubat ke apa keluar proposal macam tu tetengah KLIA nie.Muka memang sah rasa macam kena sembur dengan minyak Cap Kapak.Panas!Pandangan pun dah tak tau nak ditala ke mana.Hari tu buat lawak Telekom Malaysia.Hari nie buat lawak Lapangan Terbang Antarabangsa?
Afiq menarik nafas panjang.Mengejut...I know.Dulu dia menyatakan hasrat dalam phone call,phone call boleh direject dimatikan.Ditelan pahit ketika itu kerana dia tahu salah sendiri.Mana mungkin kalau logik di kepala orang buat proposal ala Mary Poppins jatuh dari langit tanpa signal.Out of the blue. "Along cakap betul nie.Along bukan main-main,buat lawak ke apa." Tenang hati-hati dia menutur memandang reaksi Ana. "Along serius." Dan betapa dia berharap gadis di hadapannya dapat memahami yang dia bukan dalam mode sakat lawak.Hati telah ditetapkan.
Biar benar...biar benar...tolong la nie mimpi ke apa ke...Tak tau nak buat gaya ngan expression muka macam mana.
"Along dah cakap dekat mak dengan abah..."
Now aku terasa macam nak layangkan backhand.Kenapa aku tak tau sepatah apa pun pasal benda nie?!
"Tapi keputusan kat tangan Ana.Kalau Ana setuju,summer break tahun depan Ana balik,kay." Wajah Jo yang beku tak beriak dipandangnya. "Along tunggu."
Kenapa lidah aku dah terasa macam hilang fungsi tak reti nak bercakap nie...
"Jo!!" Laungan Aie tiba-tiba terdengar memanggil dari tepi fountain.
Jo cepat mengangkat wajah.Aie dan Iyan mengisyaratkan jari ke arah eskelator.Dia hanya mengangguk kembali sambil mengangkat sebelah tangan tanda meminta mereka menunggu seketika.Teragak-agak dia mengalih pandangan pada Afiq yang masih berdiri di sebelah.
Afiq merenungnya kembali dengan pandangan tak tertafsir.Jo cepat kembali melarikan pandangan ke arah eskelator menghala ke tempat menunggu.
"Macam mana kalau Ana tak balik?" Perlahan dia bertanya sambil menggigit bibir bawah.
"Along still hormat keputusan Ana."
Masya-Allah...Tak dapat nak terima kenyataan aku dah grow up sampai tiba masa untuk keadaan macam nie.
"Ana ada masa setahun untuk fikir,kay." Lembut perlahan suara Afiq mencecah telinga. "Ana fikir dulu."
Lambat-lambat dia mengangguk. "Tapi Along nie dah fikir habis ke..." Tak tahu dia menutur untuk siapa.
"Along dah fikir habis."
"Tapi Ana bukan macam yang Along..."
"Ana." Wajah Jo direnungnya. "God led me to you."
Jo menelan liur memandang kasut di kaki. "Give it a thought,please?" Lembut suara Along meminta jelas di telinga.
Afiq menghulur passport dan boarding pass. "Along harap Ana balik." Bergetar suara Afiq menutur.
Tangan terasa terketar menyambut passport dan boarding pass. "Ana...Ana pergi dulu.Doakan Ana selamat sampai." Sekilas dia memandang wajah Afiq dengan senyum plastik. "Assalamualaikum." Kakinya dah melangkah.
"Ana."
Teragak-agak dia berpaling mendengar suara itu memanggil.
Renungan Afiq singgah ke matanya."Along sayang Ana."
Langkahnya laju dihayun ke arah Aie dan Iyan yang menanti di tepi eskelator tanpa menoleh ke belakang.Tak sure heart beat dah masuk gear 5 ke gear reverse.
"Kenapa muka kau merah macam Tomato Man?" Kening Aie terangkat sebelah.
"And she looks dazed." Iyan pulak merenungnya pelik.
Kedua belah tangannya memaut lengan Aie dan Iyan kiri-kanan menuruni eskelator. "I feel woozy."
Posted at 12:42 am by hlovate
5tahun5bulan[III]~finale
Nafas panjang dihela dengan pandangan menebar jauh.Jo mengukir senyum nipis segaris merasa panas matahari yang tak seberapa di muka.Di sana-sini bunga kembang mekar bermacam warna.It's spring!Dan dia duduk sendirian di bawah pokok maple Seaton Park itu dengan berteman Little Ballads-Wordsworth & Coleridge di tangan dan bungkusan baked macaroni serta termos hot choc.
Semuanya sebab Ju'a,yang sampai dia boleh tergamak nak memegang semula Wordsworth & Coleridge di tangan.Cousin bertuah tu...Namun bayang redup melintas wajah bila teringatkan Ju'a dan arwah Abang Shah.
Entah kenapa tiba-tiba teringat Along.Dah menjejak spring,dan hingga kini pun masih tak terdengar cerita lelaki itu.Baik dari phone mahu pun email.No phone calls,no emails.Sampai Aberdeen dari Malaysia dulu pun tak bagi tau kat Along.Dah hampir tujuh bulan.Aie,Iyan,dengan Noni pun dah naik pelik.Bat pun tak kurang bising.Apeh pulak tak menyebut apa-apa.Mungkin dah tahu sendiri dari Along.Hanya Yaya di Tassie je yang tau cerita sebenar dari mulutnya.Menjerit Yaya kat Tassie time tu.Rasanya boleh dengar sampai ke London dengan pitch suara macam tu.
Jo menggigit bibir bawah.Tipu la kalau kata tak rindu Along langsung....walaupun tak bersebut di mulut.Mana ada orang yang boleh buat lawak sarcastic macam dia,buat gaya Serbia macam dia,buat gaya abang baik macam dia,bagi semangat untuk study macam dia bagi.Mana ada orang lain yang boleh ganti tempat Along.Tipu la kalau kata tak terasa something yang kosong.Selepas bertahun dengan rutin tunggu call dan baca email,tiba-tiba sepi macam nie.You'll never miss the water till the well runs dry.So true...Aching pain yang sampai kekadang menangis sendiri tengah-tengah malam.Jo menggeleng perlahan sambil mengadah pendangan ke langit.Dah berapa kali dah menangis sebab Along?
Tapi hal yang Along suruh fikirkan tu bukan hal main-main.Meski walau apa yang orang keliling nampak dia masih lepak off-handed macam selalu,namun tak pernah sehari pun harinya berlalu tanpa fikirkan soal tu.Biar dah hampir tujuh bulan.Dan solat sunat istikharahnya yang dibuat cukup 40 kali pun meletakkan betapa dia mengambil serius soalan luar silibus Along tu.
Growing up dan discovering diri sendiri.Jo mengadah langit.Emotions memang complicated.Perasaan memang susah nak define.Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum lucu.Teringat.When was it masa aku pernah ada crush dengan Bat?Was it first year?Ke second?Susahnya nak compute keadaan masa tu.Boleh pulak jadi kat kawan baik sendiri.Dah berpunya pulak tu.Haru!Tapi ye la.Over time baru kita discover,there're more than a million way dan sebab untuk rasa attach dengan somebody.Bukan satu. Boleh jadi sebab suka, dependent, comfort, protection, cinta, sayang... Dan masa tu baru kita boleh letak the right people in the right places dalam hati.Dan Bat memang tempatnya sebagai best friend.Kawan yang baik.
"Along sayang Ana."
Tak perlu dengan karangan berkajang.Dengan perkataan tiga patah dan renungan Along masa tu cukup untuk mengatakan itu bukan gesture yang fall under brotherly love.
Dan kadang-kadang kita akan takut nak terima kenyataan.Be it the one yang kita nak,atau pun tak nak.
Sekarang dah tengah spring.Lepas nie nak menjejak summer.Summer genap setahun lepas balik summer break tahun lepas.
Jo melepas nafas perlahan.Lyrical Ballads kembali dibuka.Dah lama tinggal poems since college.Sebab Ju'a,aku tengok balik words Wordsworth ngan Coleridge nie.Tengah-tengah ala melancholic nie..Elok sangat la tu.
"Kak Juan cuba try baca The Female Vagrant.Ada satu stanza yang Ju'a rasa suit dengan kes akak." Boleh terbayang Ju'a sengih nakal di hujung talian.
Masa tu tak ambil pusing.Tengah sibuk dengan hospital.
"Stanza 8."
The Female Vagrant.Stanza 8.Kini baru teringat kembali.Dia menyelak muka surat kembali ke page contents.The Last of The Flock yang tadi baru separuh dibaca dibiar tak bertanda.
...there was a youth whom I have loved so long,
that when I loved him not I cannot say.
'mid the green mountains many and many a song
we two had sung,like little birds in May.
when we began to tire of childish play
we seemed still more and more to prize each other:
we talked of marriage and our marriage day;
and I in truth did love him like a brother,
for never could I hope to meet with such another...
***
Pandangannya dilontar keluar tingkap.Langit gelap tak berbintang langsung.Jo mengalih pula mata pada glass frame di sebelah frame berkembar tiga.Gambar Along,Apeh dan dia dengan Bridge of Don tersergam di belakang.
If it's fated,siapa kita untuk menolak?
Lyrical Ballads di atas meja studi dibuka pada page yang bertanda.
The Female Vagrant.Stanza 8.
...there was a youth whom I have loved so long,
that when I loved him not I cannot say.
'mid the green mountains many and many a song
we two had sung,like little birds in May.
when we began to tire of childish play
we seemed still more and more to prize each other:
we talked of marriage and our marriage day;
and I in truth did love him like a brother,
for never could I hope to meet with such another...
Jo menarik pen dari pencil case.Pilot hitam itu berlari di bawah line terakhir.
and that's why I have to go back for the summer?
Dia menarik senyum segaris.Tiga tahun tujuh bulan.Dalam tiga tahun tujuh bulan nie macam-macam dah jadi.Growing up.Learning.Changing.Ada lagi setahun sepuluh bulan.Apa saja boleh jadi dengan masa.Anything at all.Dan sekarang rasanya dah sampai masa untuk giant step.
Life is all about risks and it requires you to jump.
"Assalamualaikum.Abah?"
"Ye."
"Juan nak balik cuti summer nie,boleh?"
1007:21122005
TJ
thanks,plain
thanks,pain
thanks,torture
thanks,suria
thanks,stardust
thanks,sunset
life mengajar kita utk wat decision
either live well,or live hell
may Allah bless