5tahun5bulan[PartI]~Episode1
“3 bulan je.”
“Lama tu..Kamu tahan ke nanti..”
“Belajar la mak. Rasanya tak la macam masuk kem askar. Lagipun sementara je.” Ketawa. “ Selain tu dapat jugak cari duit lebih.”
Wanita separuh abad itu menggeleng kepala. “Abah balik nanti bincang dengan dia.”
***
Dia termangu sebentar di ruang tamu rumah dua tingkat itu.Bukan kerana crystal chandelier yang tergantung dari siling berukir itu.Bukan kerana perabot jati yang menyesakkan ruang di depannya.Bukan kerana Faculties of Mind yang berdentum dari tingkat atas macam terlepas dari speaker fun-fair.Tapi termangu bila mendengar kata-kata lelaki di hadapannya itu.
“Awak rasa mampu?”
“Masak, laman, rumah, baju....” Dia mengulang.
“...dan anak-anak.”
Lambat dia memberi reaksi. “Berapa orang, encik?”
“Tiga.Yang paling muda perempuan 13 tahun,lepas tu perempuan jugak.15 tahun.Yang lelaki tu 17 tahun.”Encik Latfy menjawab tenang.Namun pandangannya cuba mentafsir riak di wajah di hadapannya. “Awak boleh cuti hujung minggu dua kali sebulan.”
Dia mengangkat muka. “Insya-Allah saya cuba.”
“Bagus.Awak cuma perlu tolong Mak Atun kalau waktu siang.Tapi malam-malam awak uruskan sendiri.Mak Atun tak tinggal sini.”
Angguk.
“Saya tunjukkan di mana bilik awak.”Encik Latfy bangun. “Siapa nama awak tadi?”
“Err..Ana.”
“Ooo...Kak Ana,ye?”Dia sengih. “Tu Nina,adik kecik.”Dia menunjuk ke arah adiknya yang duduk di hujung meja makan. “Tu Nana.Adik kecik tak jadi.”Dia menunjuk pula pada yang di sebelah Nina.
Ana sekadar mengukir senyum merenung anak muda di hadapannya itu.Sengih nakalnya masih berbunga. “Yang nie?”
“Saya Maradona.”
Ketawa pecah di meja makan itu.
“Gila la Angah nie.” Nana menjulingkan matanya. “Panggil je dia Boya.”
Nina masih lagi terkekeh-kekeh ketawa. “Boya Dona.”
Ana menggeleng sambil ketawa. “Angah?”
Anak muda itu geleng sambil sengih. “Apeh la,kak.”
***
Ana sibuk membilas pinggan mangkuk yang telah siap bersabun.Hari ini hari keduanya di rumah ini.Mak Atun sedang menggantung kuali bertangkai yang dah siap berbasuh.Mujurlah Mak Atun tu memang baik dan helpful.Kalau tak...Huu...Mau nangis aku!
“Mak Atun dah lama ke kerja sini?”
“Dah dekat 15 tahun dah.Sejak dari Cikgu Raihana ada lagi.”
Ana angguk. “Begitu....”
“Rumah Mak Atun kan kat belakang je. Memang senang. Pagi-pagi Mak Atun datang lepas sarapan, kemas rumah, basuh baju, masakkan untuk diorang. Petang lepas buat minum petang Mak Atun balik la.”
Kening Ana sedikit berkerut. “Abis tu kenapa Encik Latfy bukak iklan nak orang gaji sepenuh masa pulak dalam dua tiga bulan nie?”
“Dua tiga bulan nie dia sibuk ke sana ke mari.Bisnes dia tu tau aje la.Tambah pulak tahun nie Angah tu SPM. Nana tu PMR. Kalau takde orang tunggu malam-malam,entah apa la jadi budak-budak tu. Dulu ada jugak anak sedara Cikgu Raihana tu jenguk-jengukkan. Dah pindah ke Johor pulak dia.” Panjang lebar Mak Atun bercerita. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan. “Kesian Mak Atun tengok budak-budak tu. Sejak Cikgu Raihana meninggal 10 tahun dulu memang pandai sendiri je nak bawak diri. Nak harapkan Along diorang tu, lekat kat rumah pun payah. Tapi nasib baik la dia tu rajin jugak nak menjenguk-jenguk ke sini.”
Ana menghabiskan basuhannya. Keningnya sedikit terangkat. “Encik Latfy kata ada 3 budak je kat sini.” Dia berpaling merenung wajah Mak Atun.
Mak Atun bangun sambil mengelap tangan pada tuala lap. “Along tu belajarnya ke sana-sini. Duduk asrama. Kalau ikutkan dia memang tak nak dia tinggalkan rumah, tinggalkan adik-adik. Tapi dah ikut hasrat mak ayah, ikutkan jugak la. Nie lepas nie entah ke rantau mana pulak, Mak Atun pun tak tau.”
“Along tu baya mana, Mak Atun?”
“Ntah la. Ada baya kamu kot. Tak pun tua dua tiga tahun”
***
Malam di rumah itu sunyi. Encik Latfy ke Penang. Ana berteleku di meja depan menunggu Nina menyiapkan homework. Dari bilik Apeh di atas suara Chester menjerit sampai ke bawah. Nana sejak lepas makan malam dah hilang ke dalam bilik.
“Kak Ana...Kak Ana ada adik?” Tiba-tiba Nina bertanya.
Ana tersentak. “Adik?” Dia bertanya semula.Kemudian dia menggeleng. “Takde.”
“Abang kakak?”
Ana senyum. “Pun takde.Kak Ana anak sorang la.”
Mata Nina bulat. “Waa...Mesti Kak Ana manja,kan?”
Ana ketawa kecil. “Mana ada. Hmm...Kak Ana baru tau. Nina ada along,ye? Siang tadi Mak Atun bagi tau kat Kak Ana.”
Nina angguk. Namun wajahnya sedikit berkerut.
Mata Ana cepat menangkap perubahan di wajah gadis kecil itu. “Kenapa, Nina rindu Along?”
Nina angkat muka. “Ala...nanti esok lusa Along balik jugak...Cuti dia dah mula minggu lepas lagi.Tapi dia dok rumah sewa, tak pun gi rumah kawan. Nanti balik la tu. ”Suaranya seperti cuba memujuk diri sendiri. “Tapi nanti Along nak pergi belajar lagi jauh. Kat UK. Lagi la payah nak jumpa.”
“Along Nina tu nak jadi apa?”
“Dia engineer.”
Engineer.....
***
Kacang panjang sebesen di depannya dibasuh dengan air lalu. Ana meletakkan sayur yang telah berbasuh itu ke dalam tapis besar. Mak Atun di sebelahnya sibuk membasuh ikan dengan asam keping. Kemudian dia menarik pula besen plastik berisi ketulan ayam yang sudah siap berpotong. Diambilnya setengah cawan tepung gandum lalu dicurah ke dalam besen itu. Macam kata petua orang tua-tua, nak hilangkan bau hanyir. Sedang dia menggaul ayam dengan tepung itu tiba-tiba terdengar suara orang lelaki memberi salam di pintu depan. Dia dan Mak Atun berpandangan.
“Nanti kejap Mak Atun tengok. Benggali jual kain agaknya.” ujar Mak Atun sambil membasuh tangan. Seketika kemudian dia menghilang ke pintu depan.
Ana terus menggaul ayam. Terdengar suara orang bercakap di pintu depan. Kemudian pecah ketawa Mak Atun dan seorang lelaki. Mak ai...Takkan Mak Atun bersuka-ria ngan Benggali jual kain kot! Pili air dibuka dan ketul-ketul ayam itu dibilasnya. Kata Mak Atun tadi nak buat masak merah. Suara Mak Atun berbalas cakap dah masuk ke dalam rumah. Dahi Ana berkerut. Ah...sudah! Sampai masuk ke dalam pulak! Kerut di dahinya makin bertambah bila terdengar suara lelaki itu menghala ke arah tangga. Tiba-tiba Mak Atun melangkah masuk semula ke dapur.
“Along dah balik.”
Mata Ana bulat. “Along tu lelaki ke?”
“Laa...Kamu tak tau ke?”
“Ana nak pakai tudung dulu.” Tangannya dibasuh sebelum dia menghilang ke bilik sebelah mencari tudung.
Afiq melontar tubuh ke katil. Rumah sunyi. Ye la... Budak-budak tu sure pergi sekolah. Dia memejam mata sejenak. Leganya hari nie cuti....Ini la masa nak menjenguk rumah. Bukan dia tak suka duduk di rumah sejak mula berkerjaya...namun mungkin kerana sudah terbiasa jauh dari rumah,tak betah bila tiba-tiba kena duduk di rumah ini. Pergerakan mungkin rasa terbatas. Kalau duduk rumah sewa, senang. Member ramai. Nak gerak ke sana-sini senang. Bukannya keluar merambu, sekadar nak lepak pergi gerai mamak pekena teh tarik pukul 2 - 3 pagi. Kalau duduk rumah, alamat la. Bukan jugak dia tak ambil berat pada Apeh, Nana, dan Nina. Pantang ada cuti dan kelapangan, pasti dia akan jejak juga ke rumah ini. Kadangkala selang sehari dia ke sini selepas kerja. Malam baru balik ke rumah sewa. Along tak lupa janji, mama....
Ana menuang campuran bawang putih, bawang merah, dan cili kering yang telah di’blender’ tadi ke dalam kuali untuk ditumis. Berdesir bunyinya apabila mencecah minyak panas. Semerbak baunya memenuhi ruang dapur. Sesekali dia mengesat matanya yang terasa berair. Aiseh....nie yang aku lemah kalau bab memasak nie...Tangan kanannya ligat mengacau dengan sudip.
“Mak Atun, masak apa?”
Keras sekejap tubuh Ana bila mendengar suara lelaki itu menyapa dari belakang. Namun dia tak ambil pusing. Along tanya Mak Atun, bukan tanya aku.
“Mak Atun, masak apa?” Suara itu bertanya lagi. Kali ini betul-betul di sebelahnya.
Tersentak Ana dibuatnya. Pantas dia menoleh ke kiri.
Wajah lelaki itu nyata terkejut. Rahang bawahnya sedikit jatuh bila melihat wajah Ana. “Ek?Mak Atun dah muda balik?” Tiba-tiba soalan itu yang terkeluar dari bibirnya. Sumpah dia ingatkan Mak Atun bila tengok dari belakang tadi. Dengan kain batik, baju kurung kedah, tudung...
Bengong apa mamat nie? Ingat time-warp tu wujud ke? Dahi Ana berkerut mendengar soalan bodoh itu. Namun matanya masih lagi merenung wajah lelaki itu.
“Along?”
Mereka sama-sama mengalih pandangan ke arah pintu dapur. Mak Atun tercegat di situ sambil dengan memegang secekak serai di tangan kiri dan sebilah pisau di tangan kanan.
Afiq sengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia mengalih semula pandangannya pada Ana. Ana pula kembali mengadap kuali. Tak pernah tengok perempuan ke Along nie? Afiq melangkah ke arah meja makan.
Siapa tu? Mulutnya bertanya tanpa suara pada Mak Atun.
Mak Atun menggeleng. “ Nie Ana. Orang gaji baru.”
Sekali lagi tubuh Ana keras. Orang gaji?! Hatinya merengus. Tapi memang betul la pun. Memang la orang gaji. Aku orang gaji?! Ana berperang dengan hatinya sendiri.
“Ana orang sini ke orang Indon, Na?”
What?! Ana terasa nak menyiram isi kualinya bila mendengar soalan Along itu. Ada gaya orang Indon ke aku?!
“Ana, Along tanya tu.”
“Tak, saya orang Filipina.” Selamba dia menjawab tanpa berpaling ke belakang.
Kali ini dahi Afiq pula berkerut. Ai...loyar buruk pulak budak nie. Dia merenung Mak Atun. Mak Atun sekadar tersengih. Dia memang dah maklum dengan perangai Ana yang memang kuat lucu dan selamba.
Afiq menggigit bibir. Ooo...Loyar buruk kau ye. “Dah kawin, Ana?”
Ana menjeling sambil mengambil pinggan untuk mengisi sayur goreng. “Dah. Dah anak dua dah pun.”
Kali ini Mak Atun ketawa. Dia menggeleng kepala. “Along, dah...dah...Pergi duduk kat depan tu. Nanti tak siap kami nak memasak. ”Kemudian dia berpaling ke arah Ana. “Along tu memang macam tu.. Kuat menyakat. Macam kamu jugak.”
Ana sekadar menarik senyum nipis.
Afiq bangun. “Sayang dah kawin. Kalau tak boleh jugak Along nak masuk line.” Ujarnya selamba sebelum menghilang ke ruang tamu.
Posted at 12:14 pm by hlovate
5tahun5bulan[PartI]~Episode2
Apeh mengeluh lanjut. Dia mendepangkan kedua belah tangannya di atas settee sambil matanya mengadah siling. TV yang terpasang tak dihiraukannya. Papa out of town lagi. Along dah balik PJ.
Ana mengalih pandangannya ke arah anak muda itu. Nina masih lagi sibuk dengan latihan subjek Sainsnya. Nana pula sedang melakar peta minda. Itu pun setelah dipujuk berkali-kali oleh Ana memandangkan PMR yang makin hampir. Read and recall! Perlahan-lahan Ana bangun dari kerusinya.
“Nie kenapa mengeluh nie?” Tanyanya lembut sambil duduk di sebelah Apeh.
Huh? Tersentak Apeh mendengar teguran itu. Terkejut. Kemudian dia menarik sengih. “Takde apa la kak,bosan.”
Ana merenungnya dengan sebelah kening terangkat.
Apeh sengih. Hish!Gerun aku Kak Ana nie. Ngalahkan boleh baca isi kepala orang!
“Apeh..”
“Iye Kak Ana...” Jawabnya dengan manja dibuat-buat.
“Nie apahal nie? Ada prob cakap ngan akak.”
Apeh sedikit mencebik. Nie sejak bila busy body lak Kak Ana nie. Dah orang gaji tu buat la gaya orang gaji...
“Takde apa...Frust tak dapat tengok Ryan Guettler.” Hah!Amik kau! Nak sangat dengar. Sure siapa Ryan Guettler pun kau tak tau!
Ana mengangkat kening. Kemudian dia menarik senyum nipis segaris. “Kenapa pulak tak dapat? Esok kan closing ceremony. Esok kan baru finals untuk bike stunt in the park.”
Bulat mata Apeh merenung Ana.
Ana sekadar tersengih merenungnya kembali. “Tapi akak tak layan sangat la scene bike nie. Akak prefer skate.” Kemudian dia mengeluh perlahan sambil merenung TV. “Akak pun frust jugak. Nak jugak tengok Henry Sanchez, Pa’din ngan Joe Ipoh live act...” Sambungnya perlahan.
“Akak.....” Kata-kata Apeh putus.
Ana memandangnya kembali. Alamak! Apa aku dah cakap?!
“Akak...”
Ana ketawa. “So,apa yang masalahnya? Nak pergi tengok, tengok je la. Kenapa? Papa tak bagi?” Cepat-cepat dia memintas.
Apeh kembali kepada muka susah hatinya. “Bukan...” Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. “Latih tubi banyak sangat....Bio..Chem..Physics...Add Maths...Maths...Lagi pun...” Dia terhenti.
Ana merenungnya dengan kening terangkat.
“Papa tak tinggal extra sen la.” Dia sedikit merengus.
“Banyak sangat ke latih tubi tu?”
“Banyak gila. Bangang punya banyak.” Apeh merungut. “Tau la weekend. Tapi pada-pada la sikit.”
Ana bangun. “Kalau macam tu, kita start malam nie.”
Ek?! Apeh pelik merenung Ana.
“Akak tolong. On Sunday pun.Sampai siap.”
“Akak...”
Ana mengalih pandangannya ke arah Nina dan Nana tanpa menghiraukan panggilan Apeh. “Esok Nina ngan Nana nak ikut Kak Ana ngan Angah tak?”
Tiga pasang mata merenung Ana.
“Pergi mana?” Serentak Nina dan Nana bertanya.
“Bukit Jalil.” Ana berpaling semula ke arah Apeh. “Akak sponsor.”
***
“Macam sial....Sempoy betul orang gaji kau tu!”
Apeh sekadar tersengih mendengar kata-kata Mann semasa di Bukit Jalil untuk menyaksikan Asian Extreme Games. Jangan katakan kau. Aku pun terkejut!
“Coolio giler! Aku ingatkan sumer orang gaji orang kampung apa...” Zed pula menambah sambil merenung Kak Ana si orang gaji yang duduk dua line di hadapan mereka dengan adik-adik Apeh.
“Akak tau,nanti malu pulak kalau orang tengok Apeh jalan dengan kitorang.You go ahead with your clan,biar akak jalan dengan Nina ngan Nana.”
Apeh makin geleng kepala. Serius Kak Ana best! Pandai dia ikut dress code keadaan. Pakai jeans dengan long sleeve tee. Mujur dia tak pakai baju kurung! Tapi...Mana dia belajar reti-reti speaking pulak nie..Aahh...Peduli hapa aku. Janji Kak Ana memang best!
“Ei! Melamun pulak. Dah..Sambung.” Suara Ana mengejutkannya kembali ke alam nyata.
Apeh sengih sambil memutar pen di tangan. Dia tunduk dan kembali menyambung membuat soalan topikal Biologi yang ditugaskan. Nasib baik malam Jumaat hari tu dah habiskan Maths dengan Add Maths. Nasib baik la topikal je. Bukan past years punya paper! Senang sikit nak buat. Menda tengah strong melekat dalam kepala.
Ana merenung jam di dinding. 11 malam. Nina dan Nana sudah lama lena. Sejak pukul 10.00. Letih berjalan siang tadi agaknya. Puas hatinya melihat wajah Apeh ceria. Puas juga hatinya dapat tengok Ryan Guettler live. Meski tak dapat melihat persembahan Joe Ipoh dan Pa’din kerana skate in the park mula lewat,namun dia tetap berpuas hati. Rengusan Apeh tiba-tiba mengejutkannya.
“Kenapa?” Tanya Ana dengan kening terangkat.
“Jantung asbestos nie.” Rengus Apeh sambil merenung rajah jantung di depannya. “Mana la nak ingat segala arteri,vena,darah itu ini.Hee...” Dia mencampak pen ke atas buku yang terbuka itu lalu bersandar.
Ana mencapai sebatang pen dan sehelai rough paper. “Meh sini akak tunjuk macam mana nak ingat.” Ana mula melakar rajah jantung yang telah disimplify ke atas rough paper itu. “First key dia,pulmonary vein bawa darah dari lungs, kan?” Dia mengangkat muka.
Apeh diam merenungnya. “Kak Ana,umur Kak Ana berapa?”
Ana sekadar senyum tawar. “20.” Dia meneruskan melukis. Kemudian menulis label dan anak panah.
“Kak Ana ambil SPM?”
Ana angguk. “Nie tengok nie. Sekarang nie ingat. Oxygenated blood kena left. Meaning the walls of the ventricle kena la tebal.”
“Kak Ana ambik Bio?”
Angguk lagi.
“Pulmonary vein akan bawa oxygenated blood dari peparu. Masuk left atrium.” Ana menunjukkan dengan hujung pen di tangannya.
“Kak Ana Science Stream?” Nyata Apeh tak ambil pusing apa yang ditunjuk Ana di dalam rajahnya. “Kenapa Kak Ana tak sambung belajar?”
Ana merenung wajah Apeh. Dia menarik senyum tawar. “Apeh...Akak tengah ajar nie. Tak dengar pulak dia.”
“Akak duduk mana?”
“Apeh...”
“Akak tak pernah cerita pun pasal akak.”
Kali ini Ana merenung tepat ke mata Apeh. “Reza Hafez Mohd.Latfy, tugas akak kat sini untuk jaga Apeh, Nina, dan Nana. Akak tak ada rekod jenayah dan tak pernah ditahan ISA. Tak payah la tanya macam akak nie bekas banduan.” Tenang dia menjawab.
Apeh serba-salah. “Sori,Kak Ana.” Namun hatinya membuak-buak ingin tahu. Yang pastinya, Kak Ana bukan orang gaji biasa! Dia amat pasti tentang itu! Mana pernah aku dengar ada orang gaji boleh tolong ajarkan Add Maths macam kacang goreng!
Ana bersandar lesu di kepala katil. Penat! Tiba-tiba dia bingkas bangun. Nokia 3200 bergetar di bawah bantalnya. Dia tersenyum bila melihat nombor yang tertera di skrin.
“Assalamualaikum. Yaya!”
“Waalaikumsalam. How’s your day?”
“Bawak bebudak tu gi X-Games.”
Ketawa. “Ooo...Menyelam minum air ye!”
Ana turut ketawa. “Jadi la. Hmm..Ada news tak?”
“Sebab tu la pun aku call nie. Interview tu on the 15th. Dapat confirmation surat tu siang tadi. Schedule pun siap ada. Yours is at 12.30.Panel 2.”
“Yours?”
“Panel 3. Same time.”
“Mantap...” Ana ketawa.
“So, be there.”
“Eh, venue kat mana?”
“Sama ngan WA dulu.”
5tahun5bulan[PartI]~Episode3
Pagi itu suasana agak riuh. Nana menjerit-jerit memarahi Apeh. Apeh pula muka masam mencuka. Nina sekadar menikus memerhati.
“Angah keji la! Tak respect privacy orang ke?!”
Ana diam mendengar sambil menuang teh ke dalam cawan.
“Bagus pun angah baca! Angah tak suka Nana kawan dengan budak tu! Nak kawan cari laki lain!” Tegas Apeh menjawab.
“Angah jerk la angah!!”
“Nana...depan rezeki tak baik cakap macam tu.” Perlahan Ana menegur.
Nana menjeling. “Kak Ana orang gaji jangan masuk campur!! Nie hal Nana...” “Nana!!” Suara Apeh memetir. “Sapa yang ajar jadi kurang ajar nie?!” Sepasang matanya berbara.
“Apeh...Nana....”
“Nana dah kenyang. Tak nak breakfast.” Bingkas dia bangun dari meja makan itu dan terus mencapai beg.
Apeh memejam mata sejenak. Toast yang tinggal separuh tak dihabiskannya “Apeh pegi dulu,kak.” Dia turut bangun. “Nina?”
Nina sekadar menurut bangun.
“Kami pergi dulu, kak.”
“Apeh...”
Apeh berpaling. Dia menggeleng. Tanda tidak mahu berbicara. Ana mengangguk tanda memahami. “Take care.”
***
Kusut fikiran Ana memikirkan apa yang berlaku semasa sarapan pagi tadi. Apa yang dah jadi sebenarnya? Semalam bukan main bergelak ketawa lagi si Nana tu. Yang si Apeh pun anginnya tak de la macam ribut semalam. Tangannya terus menjemur kain basuhan. Namun fikirannya masih ligat berfikir. Nasib baik angah baca. Baca apa? Diari? Surat? Tiba-tiba telefon di dalam rumah menjerit berdering memanggilnya. Ana kelam kabut meninggalkan basuhannya di dalam bakul dobi di bawah ampaian lalu berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Mak Atun tak datang lagi. Pukul 11.30 nanti baru datang agaknya.
“Hello, assalamualaikum.”
“Siapa ye?” Tanya suara itu selepas diam sebentar.
Dahi Ana berkerut. Nie lelaki gatal mana pulak nie?
“Ana?”
Ana tersedar. “Saya. Siapa nie?” Tanyanya sedikit kasar.
“Mak ai...Garangnya!”
“Nie siapa nie?! Nak buat crank-call you’ve got the wrong number la. Go somewhere else and get drowned!”
Suara di hujung talian itu senyap terus. Talian terus dimatikan di hujung sana. Ana senyum puas hati. Ambik kau! Suka-suka hati nak kacau anak dara orang. Tiba-tiba darahnya tersirap. Ek? Alamak. Nie bukan call through handset aku nak suka-suka hati fire orang tak kenal. Tapi kalau Encik Latfy mesti dia bagi tau dulu siapa dia. Lagi pun dah kenal dah suara dia. Nie mamat nie tadi gaya lelaki miang mana je...Suara orang memberi salam di pintu belakang mengalih fikirannya dari panggilan itu tadi. Mak Atun dah sampai...
Ketika sedang menyiang kangkung Mak Atun tiba-tiba menepuk dahi. “Allah..Nasib baik Mak Atun teringat.”
“Kenapa?” Ana pelik. Tetiba je Mak Atun nie
“Along balik hari nie. Kita masak lebih sikit untuk malam nanti. Along tidur sini terus. Esok dia pergi kerja dari sini je.”
Dahi Ana berkerut. Tidur sini?! Tak pernah dibuatnya dah dekat sebulan aku duduk sini dia nak tidur sini masa aku ada. Kalau ada pun, kira dia take over jaga rumah pasal aku cuti balik rumah time weekend. Aiseh...Leceh! Hatinya merungut.
Tengah hari itu pulang dari sekolah Nana terus berkurung di dalam bilik selepas makan. Apeh yang pulang agak lewat nampak sedikit baik anginnya berbanding pagi tadi. Selepas melayan mereka makan tengah hari Ana berkemas sambil dibantu Nina. Kemudian dia ke belakang mengangkat kain di jemuran. Dibawanya ke ruang tamu untuk dilipat. Apeh tersandar di depan TV.
“Dah Zuhur?” Ana menegur.
“Dah.”
Ana duduk di atas karpet lalu mula melipat kain. Nina mula memanjat tangga.
“Kak Ana, Nina nak tidur kejap,penat. Nanti Kak Ana tolong kejut.”
Ana mengangguk. “Okay.” Dia berpaling ke arah Apeh. Masih leka dengan TV. Ingin ditanya mengenai hal pagi tadi, tapi lidahnya terasa berat. Mungkin nanti...Dia meneruskan kerjanya melipat kain.
“Angah..”
“Saya.”
“Kak Ana lupa nak bagi tau. Along nak balik petang nie. Dia tidur sini.”
Apeh mengangguk malas. Nyata fikirannya melayang ke lain.
Ana masih meneruskan kerja. Dalam kotak fikirannya berputar hal Nana, interview, macam-macam hal lagi...
“Kak Ana...”
Ana mengangkat muka dari jeans yang dilipatnya. Dia mengangkat kening. “Apahal.”
Apeh menghela nafas. Seolah berat untuk berbicara. “Kak Ana tolong tengokkan Nana tu.”
Renungan mata Ana lembut. “Pasal pagi tadi? Apa dah jadi sebenarnya?”
Apeh seolah mencari kata-kata. “Actually, there’s this one guy....minat kat Nana. Dia bagi letter kat Nana. Budak Form Four.”
“Siapa nama dia?”
“Dan. Daniel.”
Ana masih mendengar dengan wajah tenang. Tiada riak untuk ketawa atau memandang remeh hal itu. “Then?”
“Apeh tak suka mamat tu. Kaki shisha...entah benda apa lagi dia buat. Muka memang la handsome. Tapi perangai macam sial nak buat apa. Buat merosak adik je.” Rengusnya. “Apeh terbaca letter tu, masa nak ambil CD dalam bilik Nana. Geram sangat Apeh koyak je terus. Buang.”
“Tu yang Nana mengamuk tu?”
Apeh angguk sambil menggosok belakang tengkuknya. “Memang la budak tu hotshot. Tapi Apeh tak suka dia. Budak rosak.” Dia berpaling ke arah Ana. “Kak Ana tolong slow-talk ngan Nana?”
“Akak cuba la. Itu pun kalau dia nak dengar cakap akak.” Suara Ana merendah. “Akak kan orang gaji.”
Riak wajah Apeh berubah. Serba-salah. “Apeh mintak sori on behalf Nana.”
“Naa..” Ana ketawa kecil. “Perempuan. Biasa la. Emo.”
Deruman kereta masuk ke dalam porch membuatkan mereka berpandangan.
“Along.” Ujar Apeh sepatah.
Afiq melangkah keluar dari kereta dengan briefcase. Lengan bajunya sudah berlipat hingga ke siku. Tali lehernya sudah dirungkai sejak memandu tadi. Dia membuka pintu yang tak berkunci. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Serentak Ana dan Apeh menjawab. Ana cepat-cepat menghabiskan lipatannya yang terakhir. Memang dia tidak betah kalau ada Afiq di dalam rumah. Tambah pula tanpa kehadiran Cik Latfy dan Mak Atun. Rasa janggal dan segan bila ada lelaki yang boleh dianggap abang itu di dalam rumah. Dah la mulut tu kuat je nak komen nak demand itu ini. Nasib baik la dia tak duduk kat rumah nie hari-hari. Itu pun.........
“Tawar maut milo kau nie, Ana.”
“Berapa kati letak garam dalam sup nie?”
“Buat agar-agar batik. Along teringin la.”
“Ada ke orang letak kulit lemon dalam kek? Tak pahit ke?”
“Bancuhkan Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.”
“Nie letak apa dalam cheesecake nie rasa semacam je?”
“Buatkan Along ice-lemon tea, Ana.”
“Cepatnya Along blah?” Apeh memberi ruang Afiq duduk di atas settee di sebelahnya.
“Along kerja luar hari nie. Cabut terus.”
Ana menjengkel dalam hati. Belum duduk lagi dah nak demand. Dia tak menjawab. Terus dia bangun membawa susunan baju yang telah siap berlipat ke bilik belakang.
***
Makan malam sunyi. Nana masih dengan mood hurricanenya pagi tadi. Dia yang paling awal meninggalkan meja. Ana dan Apeh berpandangan. Apeh jungkit bahu. Afiq sekadar memerhati. Dia merenung pula Ana yang sedang melayan Nina makan.
“Ana tak makan sekali?” Tiba-tiba dia bertanya.
“Nanti.” Jawabnya sepatah.
“Along, esok cuti ke?” Nina pula tiba-tiba bertanya.
Afiq geleng. “Tak.”
“Nasib baik Along sound awal-awal. Kalau tak alamat tak cukup lauk la malam nie.” Ujar Apeh pula sambil mencapai sudu sup sayur.
“Tu la.” Afiq menolak pinggannya ke depan setelah menghabiskan suapannya yang terakhir. “Siang tadi Along try call. Sekali silap number. Free je kena sembur.”
Apeh ketawa. “Pakai handset pun boleh silap number ke?”
“Tau apa minah tu cakap?” Tanya Afiq berteka-teki sambil menuang air ke dalam gelas. “Nie siapa nie?! Nak buat crank-call you’ve got the wrong number la. Go somewhere else and get drowned!” Ujarnya mengajuk. “Kena Along call Mak Atun pulak nak bagi tau.”
Ana terpaku terus di kerusinya. Terasa darah menyerbu ke muka. Alamak?! Along ke tu?!
“Fullamak...Gila punya garang!” Apeh ketawa panjang. “Abis tu Along cakap apa ngan dia?”
“Tak terkata apa.” Afiq sengih sebelum meneguk air.
“Hmm...perempuan..Emo...” Ujar Apeh sambil turut menarik gelasnya yang telah berisi.
“Oik. Sejak bila pandai nie?” Afiq merenung Apeh.
Apeh jungkit bahu sambil bangun. “Kak Ana yang cakap.”
Afiq menarik senyum nipis segaris merenung wajah Ana yang tidak dapat ditafsir riaknya. “Macam tu ye,Na?”
“Nina dah habis?”
5tahun5bulan[PartI]~Episode4
Teh dibancuh dalam teko tembikar sederhana besar. Cawan-cawan disusun di depan kerusi. Kemudian dia meletakkan senduk ke dalam mangkuk nasi goreng. Apeh masuk ke dapur sambil tersengih. Sudah bersedia dengan seragam sekolah.
“Morning Kak Ana.” Sapanya sambil menarik kerusi.
Ana senyum membalas. “Morning.” Dia meletak pula pinggan-pinggan di depan kerusi.
Nana dan Nina melangkah masuk serentak.
“Hai Kak Ana.” Tegur Nina. Nana masih dalam mode bisu.
Ana senyum lagi. Teko berisi teh tadi diangkat lalu dituang isinya ke dalam cawan-cawan yang telah tersedia. Ketika itu Afiq melangkah masuk.
“Ana, Along tak minum hot tea.”
“Kopi O, kurang gula, campur honey.” Selamba Ana menjawab tanpa merenung wajah Afiq. “Siap.”
Afiq sengih kelat. Terasa tersindir. Dia berbalas pandang dengan Apeh yang turut tersengih. Tanpa bersuara dia menarik kerusi. Adik-adiknya dah mula makan.
Selesai menuang teh Ana meletakkan kembali teko ke tempatnya. Kopi Afiq yang telah siap dibancuh tadi diletakkan di depan tuannya.
“Terima kasih.”
Ana sekadar mengangguk. Dia beralih pula ke sinki dan mula membasuh.
“Ana makan sekali?” Pelawa Afiq.
“Dah sudah.” Balas Ana pendek tanpa beralih dari kuali menggoreng nasi tadi. Memang dia tak betah kalau bersembang dengan Afiq. Sentiasa cuba dielakkannya. Bimbang nanti dicap bukan-bukan nak mengayat anak teruna tuan rumah. Buat haru je nanti.
Apeh dah sudah menghabiskan nasinya. Berturut-turut dengan Nina dan Nana. Memang selalu begitu. Breakfast kena cepat, nanti tertinggal bas. Apeh menjeling jam di tangan sekilas. Dia meneguk teh yang masih berbaki lalu menyorong kerusi ke belakang.
“Apeh gi dulu.” Dia bangun.
“Nina pun.” Sambung Nina sambil turut bangun bersama Nana.
“Okay.” Ana membilas tangan lalu menghantar mereka hingga ke muka pintu depan. “Jaga diri.” Sempat dia berpesan sebelum menutup pintu dan kembali ke dapur.
Afiq santai menghabiskan nasi gorengnya. Sesekali dia melamun merenung ke luar tingkap. Ana kembali semula mengadap sinki. Basuhan yang terhenti tadi disambung semula. Ruang dapur itu sekadar diisi sepi.
“Along dah sudah.”
Ana tak menjawab. Sekadar mengangguk kecil dengan wajahnya masih di sinki.
“Along pergi dulu.”
Angguk lagi.
“Ana?Along nak pergi dah nie.”
Ana menoleh sekilas. Dia mengangguk. “Okay.” Basuhannya masih diteruskan.
“Tak nak hantar Along sampai depan ke?”
Badan Ana tegak.Mamat nie dah terhilang skru ke apa? Teragak-agak dia berpusing. Afiq berdiri seolah menantinya di muka pintu dapur. Riak wajah lelaki itu selamba seperti biasa. Dahi Ana berkerut dan bibirnya diketap.
Ketawa Afiq pecah tiba-tiba. “Baru sakat sikit pun dah berkerut-kerut muka tu.”
Mata Ana mencerun. Wajahnya makin kelat. Haru punya mamat. Aku baling dengan kuali nie baru tau langit tinggi rendah!
***
Dedaun kering yang gugur dari pokok mempelam dan rambutan di depan rumah itu disapunya. Ana leka bekerja. Namun di fikirannya berputar seribu satu macam hal. Pejam celik dah sebulan kat sini. Lagi dua bulan nak habis. Sebulan RM400. Kira lumayan la tu walaupun penat. Tiga bulan dah seribu dua. Kira lepas la kalau nak buat belanja. Sesekali dia senyum sendiri. Kalau kat rumah nak basuh pinggan sebijik pun liat, nie dok rumah orang habis semua kerja kena buat. Padan muka! Belajar sikit pahit cari duit tu.
Deringan telefon dari ruang tamu menyentak lamunan Ana. Berlari-lari anak dia masuk ke rumah. Penyapu lidi ditinggalnya di tengah laman.
“Hello. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Ana diam. Kali nie dia sudah cukup mengenali suara itu. Cukuplah sekali dia tersilap.
“Ana?”
“Along.” Ucap Ana sepatah. Datar.
Ketawa Afiq pecah di hujung talian. “Ingatkan tadi nak kena sembur lagi.”
Tanpa sedar bibir Ana turut mengukir senyum.
“Kat mana tadi.”
“Luar.”
“Buat apa?”
“Sapu laman.” Dahi Ana berkerut sedikit. Takkan call nak supervise kerja aku kot! “Kenapa Along call? Along balik sini ke hari nie?”
Afiq diam sejenak. “Ana masak apa?”
“Tak masak lagi.”
“Agak-agak?”
Dahi Ana berkerut lagi. Mamat nie demam ke? “Sambal belacan dengan ikan masin je.” Selamba dia menjawab. Untung-untung kau tak balik!
Ketawa besar Afiq. Berani betul budak nie. “Okay la. Along balik.”
Wajah Ana layu. Haru.... “Along nak tanya tu je?” Suaranya sedikit keras. Nyata dia tidak senang bila berbual tanpa isi begitu. Lain la kalau dengan member yang kenal. Beria-ia la aku lari-lari tadi. Nasib baik tak tergolek tersepak kaki kerusi. Ingatkan perutusan penting apa la. Sekali nak tanya tengah buat apa dengan nak masak apa je!
“Tak..” Kali ini nada suara Afiq berubah sedikit. “Kenapa dengan Nana? Dari semalam sampai pagi tadi Along tengok lain macam je.”
Mendengarkan kata-kata Afiq Ana menjadi lebih relaks. Nak tanya pasal Nana...Hal penting la nie kiranya. “Dia gaduh sikit dengan Apeh.”
“Kenapa?”
Cerita Apeh kepadanya diceritakan semula kepada Afiq. Di hujung talian Afiq menarik senyum nipis segaris. “So?”
“Nanti la Ana slow-talk dengan Nana. ”Ana menjeling jam di dinding.Allah! Dah 11.30. Patut dah mula nak masak. “Along,Ana nak masak dah nie.” Dia meminta diri.
“Mm..Pergi la masak. Nanti tak makan Along.”
Di hujung talian Ana mencebik dan menjelirkan lidah. Helleh...Mentang-mentang aku orang gaji dia. “Ye,tuan.Assalamualaikum.” Gagang terus diletak tanpa mendengar salamnya bersambut.
5tahun5bulan[PartI]~Episode5
Suasana di gerai tepi jalan itu hingar dengan gelak ketawa dan suara dari televisyen yang masih lagi menyiarkan siaran perlawanan Arsenal vs Juventus. Afiq mengacau teh tarik di depannya sambil mendengar bualan Adi dan Bad yang masih tak sudah.
“Kalau la nak sambung, berbaloi ke?”
“Aku rasa dah nekad je.” Bad sengih. “Wei, Fiq. Kau amacam?”
Afiq sengih. Kemudian dia mengeluh perlahan. “Entah la. Rasa macam nak. Tapi nanti tinggal pulak lagi adik-adik aku tu. Lagi pun...” Dia terhenti berteka-teki.
Adi mengangkat kening. “Lagi pun apa?”
“Lambat lagi la aku kawin macam tu.” Sambung Afiq sambil ketawa besar, disambut pula dengan ketawa Bad dan Adi.
“Kau dah ada calon ke?” Bad bertanya dengan ketawa yang masih bersisa. “Awek banyak. Tapi satu pun tak lekat. Hampeh!”
“Gila...Dah fikir kawin tu.Seram aku!” Terhinggut-hinggut bahu Adi mengikut rentak tawanya.
“Aku nak cari budak kampung je la. Senang sikit. Tak banyak songeh. ”Afiq mengangkat kening. “Aku balik rumah, dia dah siap masak. Sakit pening aku, dia jaga.”
Adi dan Bad berpandangan. Mamun ke pekenama pulak si Afiq nie. Gaya serius semacam je. Dah kemaruk sangat nak berbini ke?
“Kau biar benar. Budak kampung mana kau nak cari macam tu?” Bad menggeleng kepala. “Budak kampung zaman sekarang nie pun mana main camtu dah. Takdenye yang kau nak jumpa pakai baju kurung kedah dengan kain batik lagi dah kat tengah KL nie.”
Mata Afiq memandang jauh. Lepas jalan raya yang berselirat dengan arusnya. “Ada....”
***
Ruang tamu rumah itu sunyi. Cuma deru kipas angin dan detik jam sahaja yang berbunyi. Cahaya yang menerangi hanyalah dari lampu di landing tangga dan lampu dapur yang melimpah dari pintunya. Ana menghela nafas berat. Dahinya berkerut sambil dia membasuh kuali bertangkai yang digunakan menggoreng ikan untuk makan malam tadi. Cerek yang tiba-tiba berbunyi menarik perhatiannya. Segera dia membilas tangan dan mematikan api dapur. Dia termenung sejenak kemudian mengalih pandangannya ke arah ruang tamu. Lambat-lambat dia mengatur langkah. Dari cahaya yang ada cukup untuk dia melihat sekujur tubuh berbaring dia atas settee dengan tubuh diselimuti selimut nipis. Tuala basah yang diletakkannya tadi masih ada. Sepasang mata masih terkedip-kedip merenung siling.
“Along?”
Afiq mengalih fokus pandangannya ke arah Ana.
“Air dah masak. Tadi Along cakap Along nak minum. Along nak Ana bancuhkan apa?” Ana bersimpuh di sebelah settee. Hati-hati tangannya menarik tuala di dahi Afiq. Panas lagi dari tadi! Hatinya berdetik. Direndam dan diperahnya tuala itu di dalam besen kecil yang sememangnya diletakkan di bawah meja sejak siang tadi. “Along? Along nak minum apa?” Ulangnya sambil meletakkan semula tuala itu di dahi Afiq, hati-hati. Matanya merenung wajah yang sedikit lesu itu.
“Along tak selera la, Na.Tekak pahit.” ujar Afiq perlahan dengan dahi berkerut.
“Ana bancuhkan Along Milo?” Ana mencuba lagi, sedikit memujuk. Dah la tadi makan sikit je bubur nasi tu. Nanti datang gastrik pulak, lagi haru! “Tak pun Along nak sup ayam lagi?”
Afiq geleng. “Along tak nak...”
Ana mengeluh perlahan. “Nanti perut kosong.”
Afiq merenung wajah Ana yang masih setia menanti di sebelahnya. Tekaknya terasa perit namun dia sendiri tak pasti apa yang mampu menghilangkan dahaganya. Tubuhnya terasa menggigil di bawah selimut nipis itu, namun mata dan nafasnya terasa begitu hangat. Serba-serbi tak kena!
“Along sejuk la, Na. Bagi la Along pakai comforter. ”Entah dah berapa kali dia meminta. Tetapi jawapan yang diterimanya...
“Tak boleh. Kena bagi panas dalam badan tu keluar.”
Gila agaknya budak nie. Afiq merengus. Dah la pasang kipas sampai speed 5. Tak bagi pakai selimut, tak bagi pakai sweater, tak bagi pakai socks pulak tu! Selimut nie pun lepas dah aku gertak tak nak makan baru dia nak bagi pakai. Menyesal aku balik rumah! Kalau aku tau macam nie baik aku duduk je rumah sewa tu. Lantak la apa nak jadi pun jadi la. Janji aku senang hati. Ini....
“Along tak nak apa-apa. Ana pergilah tidur.” Ujarnya sedikit kasar.
Ana diam. Terus dia bangun dan menghilang semula ke dapur.
Afiq kembali merenung siling. Kepalanya terasa berpusing. Dia meraba leher. Terasa begitu panas berbanding tapak tangannya. Dia memejam mata sejenak, berharap untuk memujuk mata itu tidur. Namun memang sia-sia sejak tadi. Mungkin sebab badan terasa begitu tidak selesa. Derap tapak kaki yang menghampiri mencecah gegendang telinganya. Ana kembali dengan membawa dua termos dan dua buah mug lalu diletakkannya di atas meja tamu.
“Along?”
Afiq sekadar memerhati kosong tanpa menjawab.
“Termos nie Milo,yang nie sup.” Ana menunjuk. “Kalau Along terasa nak nanti Along tuang aje. Air masak dalam botol tepi settee.” Ana menambah. Pandangannya menyorot wajah Afiq. Serba-salah menggigit hatinya. Memang dia tahu, kalau demam mestilah sejuk. Tambah lagi bila melihat Afiq yang sedikit menggigil dan resah. Tapi by right memang macam nie! Kalau berbungkus nanti haba dalam badan tu terperangkap tak boleh keluar. “Along?” Tegur Ana perlahan bila melihat lelaki itu masih membisu sejak tadi.
Afiq mengangguk lemah. Kepalanya terasa makin berpusing. Tekaknya terasa makin perit. Entah apa yang diperkatakan oleh Ana tadi sepatah pun tidak dapat dicernanya.
Ana teragak-agak menapak pergi. Risau juga dengan keadaan demam yang macam tu. Dah la tadi pun tidur meracau. Terlampau panas agaknya. Nie dah tak boleh tidur pulak. Hai...Dia menapak perlahan menuju ke biliknya. Tak sampai sepuluh langkah dia menapak, tiba-tiba namanya dipanggil.
“Ana....” Serak suara Afiq memanggilnya.
Bergegas Ana berpatah balik ke belakang. Sedikit cemas air mukanya. “Along?”
“Along rasa nak muntah lagi.....” Begitu payah dia cuba bangun.
Tanpa berfikir panjang Ana terus membantu lelaki itu menegakkan badannya. Sebelah tangan pula mencapai besen plastik kosong yang diletakkannya di sebelah besen air jaram. Diletakkannya besen itu di hadapan Afiq. Wajah Afiq berkerut bila terasa tekaknya semakin meloya namun isi perutnya masih belum terluah..Teragak-agak Ana mengurut belakang Afiq. Akhirnya terkeluar juga bubur nasi dan milo yang ditelan waktu makan malam tadi.
“Ada rasa nak muntah lagi tak?” Jemari Ana lembut menekan bahu Afiq.
Lelaki itu menggeleng. Sedikit lega terasa badannya. Segera Ana menarik tuala bersih di atas meja lalu dihulur kepada Afiq. Kemudian air masak dituangnya ke dalam mug.
“Kumur.” Ujar Ana sepatah, tenang. Namun hatinya digigit serba-salah. Allah...apa aku dah buat tadi? Limit Jo...Limit!
Bagai anak kecil Afiq menurut. Tuala yang digunakan untuk mengelap mulutnya tadi diambil oleh Ana. Perlahan-lahan dia berkumur menghilangkan rasa payau dalam mulut kemudian diluah semula ke dalam besen di hadapannya.
“Dah.”
Tanpa sepatah kata besen berisi di hadapan Afiq itu dialihkan oleh Ana ke bawah. Kemudian dia mengambil mug kosong lalu sup ayam di dalam termos dituangnya. Dihulurkan kepada Afiq.
Afiq menggeleng. “Tak nak.” Lagaknya seperti anak kecil dipaksa makan ubat.
“Perut tu kosong. Muntah lagi tu.” Ana cuba memujuk. “Makan.” Sedikit tegas kata-katanya.
Afiq mencapai malas mug di tangan Ana. Ana segera bangun lalu menghilang ke dapur dengan besen dan tuala kotor. Afiq meneguk sup di tangannya perlahan-lahan.Sejenak dia memejam mata. Mama....
5tahun5bulan[PartI]~Episode6
Apeh sedikit resah. Serba tidak kena dibuatnya. Ini semua Along punya pasal! Nana mengetap bibir. Turut sama terasa bahang rasa bersalah. Mungkin disebabkan kelakuannya turut menambah beban kepada masalah ini. Nina memandang abang dan kakaknya silih berganti. Kemudian padangannya beralih kepada wajah Ana. Macam mana nie?! Kak Ana demam! Teruk!
Ana menggeleng perlahan. “Tak payah la buat muka macam ada bencana alam... Breakfast kan Kak Ana dah buat tu. Pergi la makan..” Ujarnya cuba memujuk. Namun kepalanya terasa makin berat dan berpusing sejak subuh tadi. “Nanti lunch nanti Kak Ana masak la. Takkan kebulur korang...” Guraunya.
Apeh sengih tawar merenung wajah lesu Ana yang terbaring di atas katilnya. Memang dia susah hati! Mampu ke Kak Ana nak masak macam nie?! Hari nie Sabtu. Mak Atun tak datang pasal pergi Klang ada orang kahwin. Masalah....
“Kak Ana...kami call Along la.” Nina memberi usul.
Mata Ana bulat. Pantas dia menggeleng. Baru dua hari lepas seksa aku menjaga dia demam. Sampai aku pun kena tempias. Nanti panggil dia terus jatuh demam panas aku agaknya!
“Tak payah. Cuma akak nak mintak tolong je.” Ana memandang Apeh. “Apeh, tolong belikan Kak Ana ubat dekat farmasi depan tu boleh?”
Pantas Apeh mengangguk. Dia beralih kepada Nana dan Nina. “Nana basuh kain, nanti terus jemur. Nina, sapu laman dengan kemas dapur. ”Pandangan Apeh jatuh semula ke laman wajah Ana. “Kak Ana tak payah masak la. Apeh beli terus kat luar je.”
Ana geleng. “Kak Ana masak.” Muktamad.
Apeh mengeluh perlahan. “Ubat apa nak beli nie?”
Perlahan-lahan Ana bangun. Dia mencapai sebatang pen dan sekeping flyer dari meja di tepi katilnya. Agak lama dia menulis sesuatu. Kemudian diserahkannya kepada Apeh.
Hampir terkeluar mata anak muda itu membaca senarai di depannya. Nexcare Ice, Panadol Actifast, Cirrus 1 repetab, Immigrant 3pc,Propanolol 40mg?! Tambah keliru lagi apabila Ana menghulurkan dua keping not RM50.
“You guys keluar dulu, bagi akak rest kejap,kay?” Kata-kata Ana mematikan persoalan di lidah Apeh.
Sebaik sahaja pintu ditutup Ana menarik tudung di kepala lalu disidai ala kadar di kepala katil. Selimut yang ditarik ke paras dada tadi dilurut hingga ke hujung kaki. Dia memejam mata sejenak. Memang badan terasa seram sejuk, tapi kalau nak baik cepat kena macam nie! Perlahan tangannya mencapai tuala basah di dalam besen yang dibawa Apeh tadi lalu diletakkan di dahi. Kepala yang berdenyut sakit dipujuk dengan jemari di pelipis. Akhirnya dia lena tanpa sedar.
“Kak Ana tidur.” Ujar Nana sebaik sahaja keluar dari bilik Ana.
“Lama dah?”
Nina mengisi sup ayam ke dalam periuk kecil untuk dipanaskan. “Sejak Angah keluar tadi la.”
“Nasik dah masak ke belum?”
“Dah.”
“Buatkan bubur nasi la untuk Kak Ana.”
Bahunya terasa digerak perlahan. Berkali-kali terdengar namanya dipanggil. Dengan payah Ana membuka mata. Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap bilik menyilaukannya. Wajah Nana mengisi ruang pandangan.
“Kak Ana, makan ye?”
Dahi Ana sedikit berkerut. Seolah cuba memikirkan maksud kata-kata itu. “Dah pukul berapa dah nie?” Tanyanya sambil cuba bangun.
“Baru pukul 1. Lepas Kak Ana makan nie boleh makan ubat terus. Angah dah beli dah ubat Kak Ana tu.” Nana meletakkan dulang berisi mangkuk bubur nasi di atas riba Ana.
Tiba-tiba riak wajah Ana berubah cemas. “Akak tak masak lagi!”
Nana ketawa. “Kalut la Kak Ana nie. Lauk dah beli dah tadi.”
Wajah Ana kesal. “Kan akak dah kata akak nak masak...” Dia menggeleng. “Bubur nasi nie pun beli ke?” Mangkuk di ribanya itu dilihat dengan dahi berkerut. Macam bubur nasi kat kedai je nie. Elaborated semacam dengan chicken broth lagi tu.
“Masak la...” Nana sengih.
Ana senyum tawar. Sedikit sebanyak sejuk hatinya melihat Nana mahu ketawa dengannya sejak krisis tempoh hari. “Nana masak?” Ana bertanya mengusik dengan kening terangkat.
“Kalau Nana masak pun kenapa? Tak percaya?”
“Biar benar...Kalau macam tu Kak Ana resign la.”
Nana ketawa lagi. “Bukan Nana la.”
“Dah tu?”
“Along.”
Nana keluar dari bilik itu....diikuti Ana! Riak wajah Ana selamba dan tenang dengan kain batik, baju kurung kedah dan tudungnya seperti biasa. Meski wajahnya sedikit pucat dan lesu namun dia terus menuju ke dapur. Terhenti sebentar dia di pintu dapur melihatkan Afiq sedang membasuh di sinki. Apeh pula sedang membilas pinggan bersabun di sinki sebelah.
“Kak Ana dah makan, Nana?” Apeh bertanya sambil menoleh ke arah pintu dapur. Bulat matanya. “Ek? Kak Ana buat apa bangun nie?!”
Afiq turut berpaling mendengar kata-kata Apeh. Sekilas dia memandang wajah Ana. Kemudian kembali ke arah sinki meneruskan basuhannya yang terhenti seolah tiada apa-apa berlaku. Ana melangkah masuk ke dapur.
“Kak Ana dah sihat. Dah la tu Apeh, pergi naik atas siap nak zuhur. Biar Kak Ana sambung.”
Dahi Apeh berkerut. Dia baru hendak membuka mulut untuk membantah. Namun bila melihatkan riak wajah Ana yang serius dan berkeras dengan kata-katanya dia terdiam. Dia berpaling pada Alongnya meminta pendapat.
“Pergi naik atas. Dah nak masuk waktu dah pun.” Ujar Afiq tanpa beralih dari periuk yang digunakan untuk memasak bubur nasi tadi.
Apeh jungkit bahu. Kemudian dia membilas tangan lalu melepasi Ana menuju ke tingkat atas.
“Betul dah sihat?”
Ana angguk namun matanya masih pada Afiq yang membelakanginya. “Thanks sebab belikan ubat tu.”
“No prob.” Apeh menghilang ke ruang depan sebelum memanjat tangga ke tingkat atas.
“Terus sihat makan bubur nasi Along ye?” Suara Afiq tiba-tiba memecah hening di ruang dapur itu.
Berkerut wajah Ana mendengarnya. Macam menyindir je bunyinya mamat nie. Gaya aku suruh je dia masak untuk aku! Memang dia tak suka terhutang budi! Tambah-tambah pula bila dengan orang jenis mengungkit macam nie! Dia melangkah ke sinki. Tanpa sepatah kata dia membilas pinggan-pinggan yang ditinggalkan Apeh tadi.
“Saya dah sihat. Along tinggal la tu. Saya sambung.” Datar suara Ana tanpa memandang wajah Afiq.
Lelaki itu tidak memberikan reaksi. Terus menyambung basuhannya. Kata-kata Ana dibuat tak endah. Selesai membilas periuk nasi dia membilas tangan. Kemudian dia berpaling ke arah Ana.
“Sini kejap. Bagi Along rasa dah baik ke belum. ”Bersahaja Afiq bersuara sambil menghulur tangan kanannya ke dahi Ana.
Refleks Ana mengelak. Hampir dia menepis tangan Afiq dengan tangan yang bersabun. Bulat matanya merenung Afiq.
“Apa Along nie?!” Suara Ana meninggi.
Nyata riak wajah lelaki itu terkejut dengan reaksi Ana. “Along nak rasa panas lagi ke tak je dahi tu. Yang nak bukak langkah silat dengan Along tu kenapa?!”
“Dah sihat.” Pendek Ana menjawab. Keras. Cepat-cepat dia membilas pinggan terakhir. Gila ke hapa?! Pantang keturunan aku lelaki bukan muhrim sentuh sesuka hati!
“Lepas Zuhur nie siap. Along bawak pergi klinik.”
“Tak payah susah-susah. Dah sihat.” Ana membilas tangan.
“Yang degil sangat nie kenapa?” Nada suara Afiq sedikit meninggi.
Ana tidak menjawab. “Kalau Along nak balik pun tak apa. Saya dah sihat, dah boleh jaga rumah dan adik-adik Along.” Dia mengelap tangan pada tuala dapur. Kemudian terus dia melangkah keluar dapur meninggalkan Afiq yang masih merenungnya.
Sepanjang hari itu dirinya dipaksa agar berkerja. Kepala yang terasa pening berpusing dan berdenyut sakit cuba tidak dihiraukan. Suhu badan yang sekejap sejuk dan sekejap panas itu membuatkan dia rasa tidak selesa. Dua kali dia muntah siang itu. Terpaksa diluahkan di bilik airnya sendiri agar tiada siapa yang menyedari, meskipun ketika itu dia sedang mengangkat kain di jemuran di luar rumah. Namun dia terpaksa agar Afiq yakin yang dia sihat dan bolehlah cepat lelaki itu tinggalkan rumah ini! Nak dihalau terang-terangan karang buat gila pulak. Ini rumah dia takkan aku orang gaji nak halau.. Walaupun begitu sampai ke malam Afiq masih belum menunjukkan gaya nak balik....
“Kak Ana, biar Nana la basuh nie.” Nana berdiri di sebelah Ana di sinki selepas makan malam. Dah la tadi berkeras jugak Kak Ana nak masak. Padahal along dah nak keluar beli lauk dah.
Ana menggeleng sambil senyum tawar. “Kan ini kerja Kak Ana. Pergi naik atas, study.”
“Muka Kak Ana pucat lagi...”
“Akak dah sihat.” Ana merenung lembut wajah Nana. “Pergi study. Nanti bad report sampai kat papa.” Ujarnya mengusik.
Nana sengih. Gaya Kak Ana kaki report je. Dia akhirnya mengalah lalu keluar meninggalkan dapur. Kalau tak kerana Along suruh tadi pun memang dia nak tolong Kak Ana berkemas, tapi Kak Ana memang keras betul. Kalau dah tak nak tu..tak nak la..
Bunyi dentangan periuk ke sinki yang agak kuat membuatkan Nana berpaling kembali ke belakang.
“Along!!!”
Wajah Afiq riak cemas dan resah. Doktor masih lagi memeriksa Ana yang belum sedar di tempat pembaringan. Pembantu wanita yang berdiri di sebelah doktor itu sekejap-sekejap memandang ke arahnya. Begitu juga dengan doktor yang memeriksa Ana. Sesekali mereka bersuara rendah. Kemudian memandangnya semula. Sejak dia meluru ke dalam klinik dengan langkah ribut mendukung Ana yang pengsan tadi lagi. Mujurlah kerana hampir tengah malam Poliklinik 24 Jam itu tidak berpesakit! Diserbunya bilik doktor itu hingga tidak sempat hendak mendaftar! Mau doktor tu tak muka terkejut! Dan yang pelik pembantu klinik itu pun tak meminta untuk dia mendaftarkan Ana. Mungkin pasal nampak macam emergency sangat agaknya. Nasib baik pun! Nama penuh Ana dengan IC dia mana aku tau! Bergegas keluar dari rumah tadi pun cuma berkain pelekat dan bert-shirt. Mujur sempat menyambar handset dan wallet. Kaki pun aci sarung selipar jepun je.
“Panas sangat ni. Tapi tak serius. Dehydration.” Akhirnya doktor lelaki separuh umur itu bersuara. “Terlampau penat jugak. Dia tak rehat ke?”
Afiq mengeluh perlahan. Ana... “Dia berkeras nak masak jugak tadi.”
Pembantu klinik itu merenungnya lagi. “Encik tak tolong dia masak ke?”
“Haya.” Suara doktor itu seolah-olah menegur. “Fix the medications.” Arahnya.
Gadis berbaju kurung pesak biru laut bertudung putih itu menjungkit bahu kemudian melangkah ke arah bilik menyimpan ubat.
Doktor Muhammad duduk di kerusinya menghadap Afiq. “Tiada apa yang serius.” Ulangnya lagi. “Cuma bagi dia rehat yang cukup. If possible one whole day. Bagi dia makan supplement pills yang saya akan saya bekalkan nanti. Pastikan juga dia makan makanan yang berkhasiat.”
“Itu je?”
Doktor Muhammad mengangguk. “Itu sahaja.” Dia mengalih pandangan ke arah Ana yang masih terbaring tidak sedar. “Bawak balik macam mana nie?”
Afiq bangun melangkah ke arah Ana. “Macam tadi nampak gayanya.” Perlahan dia memangku tubuh Ana di pembaringan lalu didukungnya. Doktor Muhammad sudah sedia membuka pintu.
“Terima kasih,doktor.”
“Sama-sama.”
Keluar dari bilik itu dilihatnya gadis pembantu klinik tadi sedang berdiri di depan kaunter. Tangannya memegang sebungkus plastik berisi ubat.
“Kereta encik kat mana? Saya tolong bukakan pintu.” Ujarnya bersahaja bila melihat Afiq.
Afiq sedikit tergamam. “Err...Sentra maroon depan tu.”
Gadis itu terus melangkah ke arah kereta yang diletak betul-betul di depan klinik. Pintu sebelah penumpang yang tidak berkunci itu dibukanya. Kemudian dia berpaling ke arah Afiq sambil menapak ke belakang, seolah mengisyaratkan Afiq mendudukkan Ana di situ. Dilihatnya segala tingkah laku Afiq begitu hati-hati. Mendudukkan Ana. Kemudian merendahkan tempat sandar. Selepas itu membetulkan letak kepala. Apabila Afiq kembali berpaling ke arahnya gadis itu menghulurkan bungkusan plastik di tangannya.
“Ubat.” Ujarnya sepatah.
Afiq menyambut. “Berapa nie?”
“Nak bayar ke? ”Tanya gadis itu dengan nada selamba.
Dahi Afiq berkerut. “Bayar la!”
“Tak payah la.”
Kerut di dahi Afiq bertambah. “Ada pulak! Berapa nie?” Nyata dia rasa kurang senang.
Gadis itu senyum nipis. Pandangannya dihala ke wajah Ana. “RM20.00”
Afiq menarik dua keping not 10 dari walletnya yang diletak di atas dashboard kereta lalu dihulur kepada gadis pembantu klinik tadi.
“Terima kasih.” Ucapnya.
Gadis itu mengangguk.
Afiq membuka pintu tempat pemandu lalu melangkah masuk. Enjin kereta dihidupkan. Gadis itu masih berdiri di tepi kereta.
“Saya balik dulu.Terima kasih.” Afiq menurunkan handbreak.
“Encik.”
Afiq merenung wajah gadis itu yang seolah menyimpan sesuatu. “Isteri encik tu cantik. Jaga baik-baik.” Dia menghadiahkan senyum nipis sebelum melangkah masuk ke klinik.
Dahi Afiq sedikit berkerut. Apa-apa aje la..!!
5tahun5bulan[PartI]~Episode7
“Mau tak gila!”
Memang gila!
“Abah aku dah muka pelik habisan. Jangan katakan dia. Aku pun terkujut. Tapi nasib baik aku teringat. Just play along la.”
“Dah tu abah kau buat apa.”
“Dia risau. Tapi dia tak tanya banyak. But still...lepas tu memang aku kena explain habisan la.”
Ana menggeleng. “Gila...”
Yaya ketawa di hujung talian. “Tu la. Terkejut aku. Takkan tiba-tiba kau kawin tak bagi tau aku.”
Teringat dia ketika Afiq meluru ke dalam klinik malam itu. Memang terkejut dibuatnya. Dah la masuk macam perompak. Aci pakai pelekat dengan t-shirt je. Dukung orang tak sedar diri pulak tu. Dah la orang tak sedar tu tengok-tengok kawan aku!
“Tolong, doktor!”
Riak wajah Doktor Muhammad nyata terkejut melihat wajah Ana. Dipandang wajah anak muda yang masih memangku gadis itu.
“Kenapa nie?”
“Dia pengsan. Siang tadi dia demam.”
Dahi Doktor Muhammad masih berkerut. “Baringkan atas bed tu.” Dia mengambil stetoskop di mejanya kemudian melangkah ke arah Ana yang sudah dibaringkan Afiq. “Dia nie siapa?” Tanyanya ketika mengambil tekanan darah Ana dengan dibantu Haya.
“Isteri saya.” Laju kata-kata itu meluncur dari bibir lelaki itu.
Hampir sahaja Doktor Muhammad terlepas cermin mata yang baru hendak disarung ke mata. Haya mujur sahaja tidak terlepas tawa.
“Janji dengan aku jangan bagi tau mak dengan abah. Cakap jugak dengan abah kau jangan la dia bukak isu nie dengan abah aku. Buat masalah negara je nanti.”
“Right...” Yaya mengangguk. “Dah la siap dukung kau tu. Lagi la aku rasa nak pengsan. Nasib baik time tu kau tak sedar. Kalau tak...” Tawa Yaya masih berbunga.
Ana mengetap bibir. Terasa darah menyerbu ke wajah. “Aku lipat 18!”
Kali ini ketawa Yaya pecah. “Sampai ke hati? Abang tu sikit la punya baik. Handle with care tu. Kalau dapat dia...bertuah tau.”
“Kau gila ke hapa!” Ana mencengil. Namun kotak fikirannya memang disesakkan oleh Afiq.
Dia cuma tersedar pagi itu bila terasa sejuk yang teramat. Bila membuka mata dirasanya seolah tiada perubahan. Sekelilingnya memang gelap. Bila agak lama barulah mata dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Dalam bilik rupanya. Jam loceng di atas meja di tepi katil menunjukkan pukul 4.30. Seluruh tubuh terasa kebas tidak boleh bergerak. Fikirannya juga terasa berpusing. Bila masa pulak aku ada kat sini. Bukan tadi aku tengah basuh pinggan ke? Perlahan-lahan dia meraba dahi. Tangannya tersentuh tuala lembap. Dia meraba pula kepala. Tudung masih ada. Nie apahal pulak aku tidur pakai tudung nie? Pintu bilik yang tiba-tiba terbuka menjawab persoalannya.
“Nasib baik record kau memang dah ada kat klinik abah. Aku pun tak nak tanya. Sure dia tak tau punya. Nanti buat lagi kalut dia je.” Suara Yaya mencecah gegendang telinganya lagi. “Dasyat la kau. Jampi apa kau pakai sampai abang tu sanggup jaga kau sepanjang malam?”
Itu pun dia tahu daripada Apeh.
“Along tidur bawah semalam nak jaga Kak Ana.”
Patut la pukul 4.30 pagi boleh masuk bilik aku nak ganti tuala basah. Tapi ngeri betul la...
“Mana aku main jampi-jampi ni. ”Ana sedikit ketawa. “ Yaya...”Nada suaranya berubah. “aku tak suka la in debt macam nie..”
“In debt apa pulak. Kan dulu kau dah jaga dia demam?’
“Pasal aku orang gaji dia.”
“Ala apa salahnya dia jaga pun.”
“Ek?”
“Kan kau isteri dia. ”Ketawa Yaya pecah lagi.
Borang-borang di hadapannya itu diselak lagi satu persatu. Namun pen di tangannya masih belum dilarikan di atas kertas-kertas itu. Afiq mengeluh perlahan. Pen dilepaskan di atas meja. Kemudian dia menyandar di kerusi dengan kedua belah tangannya di temukan di belakang kepala. Pandangannya dibiarkan menembusi siling. Satu demi satu hal berputar di kotak fikirannya. Kerja, papa, arwah mama, Apeh, Nana, Nina, hal yang nie pun satu...Akhirnya dia mencapai handset di atas meja. Butang dail ditekan.
“Assalamualaikum. Along?”
Afiq senyum nipis. “Waalaikumsalam. Papa sihat?”
Encik Latfy ketawa sambil menutup surat khabar. “Sihat. Kamu telefon nie semata-mata nak tanya papa sihat tak je?”
Dahi Afiq sedikit berkerut. “Laa..Bukannya Along tak pernah call nak tanya papa sihat ke tak.”
“Mana la tau kot kamu call kali nie nak bagi tau kamu nak berbini ke pulak.”
Afiq ketawa besar. Ke situ pulak papa aku nie! “Along nak tanya pasal sambung study tu.”
“Hmm..kenapa?”
“Along rasa macam tak nak sambung je.”
Dahi lelaki separuh umur itu berkerut. “Kenapa pulak tiba-tiba nie? Bukan dulu kamu yang kata nak sangat sambung lagi. Kenapa? Dah seronok pegang duit tak nak belajar dah? Ke..kamu nak kawin?”
Tebiat ke pekenama pulak bapak aku nie?! Dari tadi asyik cerita bab kawin je. “Adik-adik tinggal. Along tak sedap hati la.” Dia meluahkan alasannya.
“Along, papa busy untuk 3 bulan nie je. Sementara nak start business baru tu. Habis tu papa duduk rumah pergi office macam biasa. Lagi pun Ana kan ada nak tengokkan budak-budak tu.”
“Ana tu...?” Nada suara Afiq seolah mencebik. “Boleh percaya ke dia tu...” Sambunganya rendah.
“Ye la. Siapa lagi. Yang kamu gaya tak puas hati tu kenapa? Bebudak kat rumah nie tak complaint kamu pulak yang kebih-lebih.” Encik Latfy menggeleng. “Along...Kalau kamu dah nak sambung belajar tu, sambung. Scholarship pun dah ada. Syarikat dah support. Nak tunggu apa lagi?”
Afiq mengeluh perlahan. “So papa suruh Along sambung la nie?”
“Yes.”
“Hmm..Nanti la Along fikir balik. By the way, papa kat mana nie?”
“Tengah tunggu flight kat KLIA. Papa kena pergi Medan. Lepas tu India. Lepas tu Penang. Eh, bukan papa dah bagi tau minggu lepas ke?”
Afiq sengih tanpa sedar. Betul jugak...Kan papa dah bagi tau Khamis lepas..Fikirannya mula berkira-kira. “Okay la papa. Take care la macam tu. Nanti Along tengok-tengok la rumah tu.”
Salam bersambut dan talian dimatikan. Afiq merenung handset di tangan. Tanpa sedar bibirnya mengoyak senyum. Jemarinya menekan butang dail sekali lagi.
Mata Ana bulat. Mamat nie nak bunuh aku ke? Dia menjeling wajah selamba Afiq dengan ekor mata. Sejak tragedi dia dijaga Afiq semasa demam terasa makin alergi dengan mamat tu. Matanya kembali menatap helaian kertas di depan mata. Kemudian pandangannya beralih pula pada barang-barang yang masih di dalam plastik yang diletak di atas kaunter formica.
“Along tak nak dengar alasan. Along nak, Ana masak.” Lelaki itu bangun dari duduknya di meja makan di ruang dapur. “Dinner, dessert. Meaning tak payah susahkan Mak Atun pasal Mak Atun akan tolong untuk lunch je. Barang Along dah siap beli. Kalau tak masak...siap la. Along report kat Encik Latfy.”
Eh..Nak mengugut pulak. Ana merenung wajah Afiq dengan riak kurang senang. Nyata wajah lelaki itu masih dengan riak selamba. Sebaik sahaja Afiq menghilang ke ruang depan, Ana kembali membaca senarai di depannya.
ISNIN
Asam pedas ikan tenggiri
Kangkung masak belacan
Telur dadar
Ayam masak kicap
Puding laici
SELASA
Ikan cencaru sambal belacan
Sup sayur
Daging masak halia
Kailan ikan masin
Puding karamel
RABU
Gulai tempoyak
Ayam masak merah
Bayam tumis
Ikan merah goreng
Chocolate cheese cake
KHAMIS
Tom yam campur
Ikan siakap kukus
Daging rebus
Air asam cicah
Sagu mata ikan
JUMAAT
Mee hailam
Carrot cake
Puding nenas
SABTU
Bihun sup
Agar-agar batik
AHAD
Kari ayam
Sambal tumis udang
Broccoli goreng
Ikan keli bakar
Puding kastad
Sah mamat nie nak bunuh aku! Tak pun nak cari alasan berhentikan aku kerja! Tahap demand dia dah sampai ke langit ke tujuh! Ana menghela nafas berat. Kena mintak bantuan skuad tambahan!!
Berkerut dahi Apeh melihat kertas yang bertampal di pintu fridge.
“Sejak bila pulak rumah nie pakai menu?” Dia menoleh ke arah Ana.
Ana duduk di meja makan sambil memegang segelas air kosong. Dia jungkit bahu. “Entah. Tanya Along.” Jawabnya sambil lewa.
“Oo..” Apeh mengangkat kening. “Okay jugak. Tau jugak minggu depan nak makan apa.” Bibirnya mengoyak sengih. “Meaning minggu depan Along balik rumah tiap-tiap hari la?”
“Entah. Tak tau dia.” Ana senyum tawar. “Oo..Apeh pun ada hati nak dera akak jugak, ye?”
Apeh ketawa. “Bukan la sampai macam tu...” Dia merenung kembali list menu itu. Tak aci betul la Along nie..Tiap-tiap hari ada favourite dia pun. “Kak Ana tau ke masak semua nie?”
Ana mengangkat kening dua kali. “We’ll see.”
5tahun5bulan[PartI]~Episode8
Hari bersilih ganti dan pergi. Hari ini hari Sabtu. Bihun sup dengan agar-agar batik. Hingga ke hari ini ‘tugasan’ yang diberi oleh Afiq dilaksanakan sehabis baik agar mulut lelaki itu tertutup rapat..Itu pun...
Nie bukan asam pedas nie. Dah macam masam-kelat-pedas je
Masin sangat la nie...Lain kali nak letak garam banyak mana timbang la dulu
Nak bagi kitorang kena diabetes ke Ana oi...
Kurang rasa la. Garam pun tak terasa. Puasa ke hari nie?
Daging nie liat nie..Tak rebus lama..
Sup yang telah direneh sejak siang tadi dipanaskan. Ana menjeling jam dapur. Hampir pukul lapan. Bihun yang telah dicelur petang tadi telah ditoskan di dalam tapis besar. Dia melangkah pula ke arah peti ais. Pintu fridge itu dibuka. Agar-agar batik yang dibuat petang tadi dah keras. Ana menghela nafas lega. Sejak rumah nie pakai menu makan tengah hari dengan makan malam asing-asing sepenuhnya memang dia terasa penat sampai dua kali ganda. Tengah hari memasak lagi. Walaupun ada Mak Atun tapi takkan nak biar orang tua tu masak sendiri. Petang dah nak buat dessert. Nak masak baru lagi... Memang Serbia betul la mamat tu!
“Dah siap?”
Terasa terhenti nadinya. Gila! Bagi salam la lain kali! Dijeling Afiq yang berdiri di pintu dapur dengan ekor mata. Apa pulak yang dibuatnya kat sini? Nak observe?
“Tengah panaskan. Nak makan sekarang ke?”
Afiq geleng. Dia melangkah ke arah meja makan lalu duduk. “Makan macam biasa la. Lepas Isya’” Matanya memerhati Ana yang sedang menyenduk sup ke dalam mangkuk kecil. Dilihatnya tingkah laku gadis itu memang tenang dan bersahaja.
Ana merungut dalam hati. Apahal pulak tengok orang macam pesalah jenayah nie. Mangkuk kecil yang telah diisi sup itu kemudian diletakkan di hadapan Afiq. Kemudian dia menghulurkan sudu. Riak wajah Afiq sedikit bingung. Direnungnya wajah Ana dengan kening terangkat.
“Nak buat apa nie?”
Ana dah kembali ke peti ais mencari air gula dan kordial. “Rasa. Nanti kurang garam la, asam la, belacan la, gula la, cuka la, esen vanila la.. ”Gumam Ana perlahan. Namun cukup kuat untuk mencecah gegendang telinga Afiq.
Anak muda itu tersenyum sumbing. “Macam perli Along je.” Disudunya sup itu dah dihirup perlahan.
“Tak cakap nama Along pun.” Air gula dituang ke dalam jag yang telah tersedia berisi air.
Senyap.
Kordial mangga pula dituang ke dalam jag. “Nak tambah apa-apa lagi tak?” Isi jag itu dikacau dengan sudu panjang.
Senyap lagi.
Kali ini baru Ana mengalih pandangannya mencari Afiq. Ai..takkan sedap sangat sup aku tu sampai bisu dibuatnya kot! Baru terperasan yang Afiq sedang merenungnya dengan senyum nakal terukir di bibir.
Kening Ana berkerut. Nie apahal gaya lelaki miang pulak mamat nie?! “Apahal?”
“Gaya nak cari gaduh je.”
Ana kembali mengadap jag. Dibiar kata-kata Afiq tidak bersambut. Dicapainya pinggan lalu diisi air separuh penuh. Jag berisi air mangga itu diletakkan di tengah-tengah pinggan. Tak nak bagi dihurung semut!
“Ana tak aci betul...Tak cakap terima kasih lagi kat Along.”
“On what reason.” Gumam Ana rendah. Dia melangkah ke sinki dengan sudu panjang di tangan.
“Apa Ana cakap?” Dahi Afiq sedikit berkerut. Telinga kurang dapat menangkap kata-kata Ana.
Sudu panjang dibasuh. “Terima kasih sebab apa?” Tanyanya sambil lewa.
“Pasal jaga Ana demam hari tu.”
Hampir terlepas sudu di tangan. Apahal pulak yang tiba-tiba ungkit balik cerita ngeri tu? “Terima kasih.” Ujarnya tenang dan selamba meski hatinya terasa berombak. Aku tak nak ingat dah!
Tanpa sepatah kata tuala basah di dahi direndam ke dalam besen di atas meja. Kemudian diperah perlahan dan diletakkan semula ke dahi. Ana kelu tanpa kata di perbaringannya..Ini mimpi ngeri ke apa nie?! Afiq membuka tutup flask. Sup ayam yang direneh dalam pressure cooker sebaik sahaja ti ba di rumah tadi dituang ke dalam mug.
“Boleh bangun?Minum nie.”
Ana angguk. Namun dia tak bergerak.
“Along keluar dulu. Ada apa-apa panggil along kat luar.”
Terima kasih. Kata-kata itu hanya meniti hujung lidah.
“Kasih diterima.”
“Sup tu nak tambah apa-apa lagi tak?” Ana berpaling menghadap Afiq. Tersedar dari ingatannya.
Afiq merenung mangkuk sup di depannya kemudian beralih pula pada wajah Ana seolah sedang mempertimbangkan sesuatu. “Macam nie la. Bila Along rasa sup nie Along rasa macam nak ajak Ana kawin. Nak tak?” Tanya lelaki itu dengan wajah selamba.
Hampir terguling Ana ingin ketawa mendengar jawapan itu. Namun wajahnya tetap tidak beriak. “Along dah lupa. Ana kan dah kawin. Dah ada anak dua pun. ”Api dapur yang memanaskan sup dimatikan. Kemudian dia melangkah keluar meninggalkan Afiq. “Isya’ dah nak masuk.”
“Ana...”
Ana terhenti melangkah. Dia berpaling semula ke belakang.
“Sup nie berminyak sangat la.”
Senyum di bibir Afiq hampir memaksa Ana mencapai mug di atas rak untuk dicampak ke wajah lelaki itu.
***
Ahad.
Ana menjeling menu di atas fridge. Huh! Hari last nak lepas seksa! Jam sudah menginjak pukul 11.30pagi. Puding kastad sudah siap dimasukkan ke dalam fridge untuk disejukkan. Ayam dah disiang dan dibersihkan. Nana dan Nina senyap di dalam bilik atas. Apeh bertapa depan TV dengan PS2. Di laman terdengar Afiq sibuk mencuci kereta.
Ana menuang air sejuk ke dalam gelas. Dia duduk di kerusi meja makan. Perlahan-lahan dia meneguk air. Memang sepanjang minggu nie dia penat! Along memang Serbia. Bibirnya menggumam. Tak paham aku. Lunch masak lain...Dinner masak lain...Masak sekaligus kan senang. Gaya saja nak dera aku je. Ingat kerja aku masak je ke? Kemas rumah lagi, basuh-sidai-lipat-gosok baju lagi, bagi ikan makan lagi, siram pokok bunga lagi, sapu laman lagi, malam nak kena berjaga lagi.... Ana melepaskan pandangannya keluar tingkap. Tapi macam tak percaya je aku boleh masak semua tu. Senyum kecil terukir di bibirnya.
“Senyum sorang-sorang makruh.”
Hampir terlepas gelas di tangan. Ana menggeleng dalam hati. Memang la... Kena darah tinggi aku duduk rumah nie!
Afiq melangkah ke dalam dapur. “Ada apa-apa nak dimakan tak?” Dia bertanya sambil menarik kerusi berhadapan dengan Ana.
Ana mengangkat kening. Lapar lagi?! Gila....Pagi tadi baham nasi lemak macam tak cukup pinggan. Siap tambah dengan roti telur lagi tu.
“Kenapa?” Afiq merenung wajah Ana. Pelik ke aku mintak makan?
“Along lapar lagi?”
“Ye Cik Ana.” Afiq mengesat peluh di dahi dengan belakang tangan. “Agar-agar batik semalam ada lagi tak?”
Ana angguk. Segera dia bangun. Gelas diletakkan ke sinki. Baki agar-agar batik semalam dikeluarkan dari fridge dan dibawa ke kaunter formica.
“Nak juice sekali,Ana.”
“Dalam fridge.” Ana tak angkat muka dari pisau pemotong dan agar-agar batiknya.
“Tolong buatkan.”
Ana menghela nafas. Memang manja! Pisau pemotong dilepaskan. Dia melangkah ke fridge mengambil carton Peel Fresh. Sempat dia mencapai mug di atas rak. Diletakkannya di depan Afiq. Tanpa sepatah kata jus oren itu dituang ke dalam mug.
“Nak ais.”
Ana menggigit bibir. Sah nak kena siram mamat nie. Wajah selamba Afiq tidak direnungnya. Dia kembali ke fridge mengambil ice-tray. Bekas ais itu diletakkannya di hadapan Afiq. Kemudian dia melangkah semula ke kaunter formica meneruskan kerjanya yang tergendala.
Afiq ketawa dalam hati. Senyap je ikut apa aku kata. Kena demand itu ini pun diam je. Kena condemn pun dia diam aje. Tapi sesekali membalas tu boleh tahan jugak pedasnya. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.
“Senyum sorang-sorang makruh.”
Termati senyuman di bibir Afiq. Ana meletakkan piring berisi agar-agar batik di atas meja makan.Tenang dan selamba.
“Ana, duduk.”
Dahi Ana sedikit berkerut. Nie apahal tiba-tiba serius semacam nie. Nak tak nak kerusi yang didudukinya tadi ditarik semula. Dia duduk. Kedua belah tangannya diletakkan di atas riba. Dia tunduk merenung meja.
Afiq meneguk jus. “Tak payah masak la hari nie.”
Huh?! Ana angkat muka. Riak wajahnya berubah.
Nyata perubahan wajah Ana dikesan mata Afiq. Namun dia tetap bersahaja. “Makan luar la hari nie.” Dia meneguk lagi airnya. “Ana dah masak ke?”
“Baru siang....” Jawapan Ana tergantung. Nasib baik aku tak start masak lagi!
“Tak pe la tu...” Afiq meletakkan mug. “Dah, pergi siap.”
Ek?!
“Kenapa?”
“Siapkan apa?”
“Ana la pergi siap. Kita keluar sekali. Suruh diorang semua siap sekali.”
Maju Junction tak begitu sesak. Tengah bulan! Normal la tu.
“Apeh nak cari Tony Hawk Pro-Skater baru. Yang Underground punya.”
“Nana nak cari baju.”
“Along, Nina nak teddy bear baru.”
Dari kedai ke kedai mereka tawaf kompleks beli-belah itu. Afiq sabar melayan kerenah adik-adiknya bermanja. Namun dia sedar yang kini seolah-olah dia bersaing; dengan Ana! Apeh nak beli Tony Hawk Pro-Skater pun consult dengan Ana. Nana pilih baju, tanya Ana dulu baru tanya dia. Nina pun sama! Sampaikan pandangannya semua dikira second opinion dan cuma dicari bila nak bayar bil. Bertuah punya adik-adik! Paling ketara dilihat adalah antara Apeh dan Ana. Mesra bergelak ketawa. Sampai jalan pun beriring. Tapi apa nak pelik...betul jugak. Apeh sebelah kanan, Nana sebelah kiri. Nina sebelah Apeh. Sekali pandang macam adik-beradik berjalan dengan kakak. Akhirnya dia yang berjalan sendirian di belakang.
“Angah!”
Keempat-empat mereka terhenti melangkah. Serentak mereka berpusing ke belakang.
“Bawak Nina dengan Nana pergi Kenny Roger’s dulu.” Afiq merenung jam di tangan. “Order sekali untuk Along dengan Kak Ana.”
Dahi Ana berkerut. Nie apahal pulak nie. Nyata Apeh, Nana, dan Nina turut pelik.
“Along nak bawak Kak Ana pergi mana?”
Afiq tidak menjawab. Dia merenung Ana. “Jom beli groceries.”
“Nak beli apa nie?” Ana merenung deretan frozen goods di hadapannya. Dari tadi Along nie bisu je tolak troli kosong. Kata nak beli groceries.
“Ana ambil aje la apa pun. Along bayar je.” Afiq menjawab malas.
Pulak! Kalau macam tu baik aku beli macam biasa kat mini market seberang jalan depan rumah tu. Tanpa selindung disuarakan rasanya pada Afiq.
Afiq merengus perlahan. “Ambil aje apa nak beli.”
Ana menggigit bibir. Apahal moody semacam tiba-tiba pulak. Tadi okay aje. “Along nak makan apa?” Tanyanya perlahan seolah memujuk.
Senyum di bibir Afiq muncul tiba-tiba. “Ana nak masak untuk Along?” Direnungnya wajah Ana sekilas sebelum dialih pada deretan barangan di depannya.
“Bukan selama nie memang masak untuk Along ke?” Buat-buat lupa pulak...
Senyum di bibir Afiq masih belum cair. “Blueberry cheese cake.” Dia mula menolak troli. “Carrot cake,karipap,steak and kidney pie,triffle,bihun hailam....” Wajah serius Ana di sebelahnya dijeling lagi.
Tepung gandum, philadephia cheese, whipped cream, blueberry yogurt, castor sugar, telur, juice, Chipsmore, butter, carrot, majerin, kentang, serbuk kari, strawberry, jelly, swiss roll, bihun, cili merah....
“Ana!”
Ana tersentak.
Afiq menggeleng. “Mengelamun. Penat je Along cakap sorang-sorang.”
“Tengah ingat ingredients.” Sos tiram, daging, black pepper...
Kening Afiq terangkat.
“Ingredients?”
“Tu semua benda yang Along nak makan tu.”
Riak wajah Afiq sedikit terkejut. “Ana nak masak betul-betul ke nie?”
Riak wajah Ana pula yang terkejut. “Along nie...betul-betul la.”
Afiq ketawa. Pertama kali medengar Ana merungut di hadapannya. “Ana tahu ke nak masak semua tu?” Pandangan matanya lembut menyapa wajah gadis itu. “Betul nak masakkan untuk Along?”
Ana menjeling. Nak buat lawak pulak. “Kalau Along nak, Ana buatkan la.” Datar.
“Marah Along, ya?” Sengih mengusik berbunga di bibir Afiq.
Ana tidak memberi reaksi. Dia berhenti di hadapan aisle dairy products. “Along betul-betul la nie.” Dia merenung wajah Afiq. Sungguh aku tak faham mamat nie.
Afiq ketawa. Gaya manja la pulak Ana nie. “Kalau dah nak masak untuk Along, buat aje la. Jangan letak racun tikus dalam tu bagi Along makan, sudah.”
Hampir Ana turut ketawa namun ditahan. Tangannya mencapai philadephia cheese, whipped cream, butter dan marjerin tanpa mempedulikan Afiq yang masih merenungnya.
“Tepung.” Ana melangkah ke tempat membuat kek.
Afiq menolak troli. “Ana belajar masak dengan siapa?”
“Mak.” Tepung gandum diletak ke dalam troli. Kemudian dia mencapai castor sugar.
“Semua tu?”
Angguk. Paket cinnamon powder diletak di atas paket gula. “Dari kawan dengan buku pun ada jugak.”
“Yang Ana masak last week, semua buat sendiri?”
Boulevard of Broken Dreams-Green Day
I walk a lonely road The only one that I have ever known Don't know where it goes But it's home to me and I walk alone I walk this empty street On the Boulevard of Broken Dreams Where the city sleeps and I'm the only one and I walk alone I walk alone I walk alone I walk alone I walk a... My shadow's the only one that walks beside me My shallow heart's the only thing that's beating Sometimes I wish someone out there will find me 'Til then I walk alone I'm walking down the line That divides me somewhere in my mind On the border line Of the edge and where I walk alone Read between the lines What's ****ed up and everything's alright Check my vital signs To know I'm still alive and I walk alone I walk alone I walk alone I walk alone I walk a... My shadow's the only one that walks beside me My shallow heart's the only thing that's beating Sometimes I wish someone out there will find me 'Til then I walk alone I walk alone I walk a... I walk this empty street On the Boulevard of Broken Dreams Where the city sleeps And I'm the only one and I walk a... My shadow's the only one that walks beside me My shallow heart's the only thing that's beating Sometimes I wish someone out there will find me 'Til then I walk alone...
5tahun5bulan[PartI]~Episode8~cont
Angguk lagi. “Kenapa?Tak percaya?” Jenuh aku berguru jarak jauh dengan mak pakai telefon!
Mereka melangkah pula ke tempat barang runcit.
Afiq senyum. “Mana la tau. Beli kat kedai depan tu ke...Suruh Mak Atun tolong masakkan ke...”
Sekilo kentang ditimbang. “Kalau bukan Ana yang buat mesti sedap. Takde la Along komplen je.”
Afiq terdiam medengar jawapan Ana. Rendah dan perlahan mencecah gegendang telinganya “Ana kecil hati dengan Along?”
“Mana ada.” Mana ada tak ada! Abah pun tak pernah complaint kalau aku masak tau!
“Ana masak sedap...Along saja je mangusik. Tak sangka Ana ambil hati.” Tiba-tiba Afiq bersuara. Ikhlas.
Kelu Ana mendengar pujian tulus itu. Serbuk kari yang hendak dimasukkan ke dalam troli terhenti di tengah jalan. Tanpa diminta pandangan mereka bertemu.
“Pandai la Along. Puji-puji nak suruh Ana masak.” Ana sedikit mencebik. Menyembunyikan debar di hati yang entah datang dari mana. “Nanti bila masak ada je yang tak kena.”
Afiq tidak bersuara. Sekadar menjawab dangan senyuman yang kembali berbunga di bibir.
Kening Ana berkerut. Angau overboard mamat nie! Ngeri aku! Terus dia melangkah ke aisle cakes and rolls meninggalkan Afiq dan troli yang kini separuh terisi.
5Tahun5Bulan[Part1]~Episode9
Apeh memutar pen di tangan. Soalan Add Maths di hadapannya buatkan dia pening kepala! Akhirnya dia merengus geram. Kerusi meja studi di tolak ke belakang. Pen dan buku latihan ditarik dari meja.
“Nak pergi mana tu?” Afiq yang sedang meneliti paperwork di atas katil mengangkat muka.
Apeh berhenti di muka pintu. “Buat Add Maths kat bawah.”
Afiq angkat kening. Hairan. Apeh tak ambil pusing. Dia terus melangkah keluar.
“Kak Ana!!!!” Laungan Apeh dari tangga memanggil Ana membuatkan kening Afiq terangkat lagi.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11.30. Afiq menguap kecil. Paperwork di tangannya baru habis dibaca. Esok meeting dengan Mr.Tan dari Teguh Bina. Siang tadi meeting dengan Encik Daud dari Petronas. Dia bangun dari katil. Mana si Angah nie dari tadi tak naik-naik? Langkahnya mengarah ke pintu.
Apeh sengih senang hati. Siap jugak akhirnya! Dia merenung wajah Ana yang jelas kepenatan.
“Kak Ana penat eh? Sorry. ”Sengih Apeh serba-salah. Pening kepala Kak Ana nak explain kat aku sampai faham. Dah la siap bancuhkan nescafe lagi tu. Dia pun dari siang tadi tak rehat-rehat langsung.
Ana senyum selamba. “Akak Iron Lady la. Kebal.” Matanya menala ke arah jam di dinding. “Dah lewat dah nie. Pergi naik atas tidur.”
Apeh mengangguk. Memang dia mengantuk!
“Angah, bila nak tidur?”
Ana dan Apeh sama-sama berpaling ke arah tangga. Afiq berdiri bercekak pinggang.
“Dah siap dah...Nak naik la nie.” Apeh mengemas barang-barangnya. “Night, Kak Ana. Assalamualaikum.”
Ana mengangguk. Salam Apeh dijawabnya di dalam hati. Afiq masih berdiri di kaki tangga. Ana bangun dari kerusinya. Mug nescafe Apeh yang sudah kosong dibawanya ke dapur.
“Ana.”
Teguran itu membuatkan Ana terasa tubuhnya keras sekejap. Aku la...Memang alergic betul la kalau ada Along dalam rumah nie...Tambah-tambah pulak kalau dia overnight macam nie. Entah pasal apa dia tidur kat sini tengah-tengah minggu nie pun aku tak paham kenapa.
“Bancuhkan Along Milo.” Perlahan Afiq meminta.
Ana menurut tanpa sepatah kata. Mug baru diambil. Serbuk Milo disudu. Air panas dari flask dituang. “Along nak gula ke honey?”
“Apa-apa je la.”
Sejenak Ana memandang wajah Afiq. Sejak bila jadi jenis tak kisah nie? Pandangan lelaki itu menala keluar tingkap. Entah apa yang dilihatnya di luar yang gelap tu pun Ana tak tau. Botol Australian Honey dicapai. Dua sudu besar madu itu dikacau ke dalam Milo yang berkepul asap nipis. Mug berisi itu kemudian diletakkannya di hadapan Afiq.
“Along penat.” Ujar Afiq tiba-tiba. Dia mengurut pangkal hidung dengan telunjuk dan ibu jari.
Ana diam. Tidak begitu pasti dengan maksud Afiq.
Afiq mengeluh perlahan. Kehadiran Ana seolah-olah tidak diendahkan seketika. Ya Allah...Memang hari nie dia penat. Sebab tu dia balik ke rumah nie. Semua benda tak payah buat sendiri. Tapi kalau nak, boleh je kat rumah sendiri pun macam nie. Senang je caranya. Kawin!
“Along...?” Ana teragak-agak memanggil. Hanyut semacam je Along nie. Aku yang berdiri macam tengah dalam perbarisan Hari Kebangsaan depan dia pun dia buat macam tak nampak je.
“Tolong kawin dengan Along esok.”
Hah?! “Along gila apa nie?!” Laju kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Kening Ana berkerut. Mencerun matanya.
Afiq tiba-tiba ketawa sambil menggeleng. Astaghfirullah....Buat malu diri sendiri betul la Afiq! Apa yang kau dah melalut nie....“Tolong iron baju Along untuk esok. ”Mug Milo dicapai.Airnya diteguk perlahan.
Riak wajah Ana masih tak berubah. Mamat nie silap makan ubat ke apa?!
“Ana....Dengar tak Along cakap?”
Ana mengangkat kening sebelah.
“Mana bajunya?”
“Dalam bilik.”
Mata Ana bulat.
“Nanti la kejap...Along ambil kat atas.”
***
Weekend. Tanpa Ana.
Keempat-empat mereka bersandar di hadapan TV. Shaolin Soccer masih belum habis dari tadi.
“Boring la Kak Ana takde...” Nina tiba-tiba bersuara perlahan.
Apeh sengih tawar. “Bagi la peluang Kak Ana rehat....balik kampung...jumpa mak ayah...jumpa pakwe dia...” Kepala Nina digosok lembut.
“Kak Ana mana ada pakwe la.” Nana menyiku Apeh dengan mata masih di TV.
“Mana Nana tau?” Apeh membalas kembali dengan sikunya.
“Tau la.” Bahu Apeh ditolak.
Pandangan Ana lembut. “Tak worth it la...Kalau gaduh dengan adik beradik sendiri sebab boy. Rugi tau.”
Nana mengeluh perlahan. “Dan tu handsome sangat la Kak Ana....Lagi rugi tau kalau buat sombong je.” Dia menongkat dagu di meja study.
“Ada gambar dia? Kak Ana nak tengok boleh?” Sengih nakal Ana tiba-tiba terukir di bibir.
Nana senyum malu. Namun dia mencapai album di atas meja. “Yang nie.” Nana duduk di sebelah Ana di atas katil. Album yang terbuka itu diletakkannya di atas riba Ana.
Ana mengangkat kening dua kali. “Gorgeous.” Ujarnya sepatah. Wajah Nana yang masih berbunga senyum dipandangnya sekilas sebelum matanya kembali menatap gambar 4R itu. Memang good-looking mamat nie.Tall, tanned, trendy!
“Kan?”
“Memang good-looking.” Ana mengangguk. “Inside good-looking jugak tak?” Dia mengalih pandangan pada Nana.
Nana merenung dinding sejenak. “Not actually baik as in alim la...” Tubuhnya direbahkan terus ke atas tilam. “Tapi dia sangat gentleman la Kak Ana...”
Ana menggeleng perlahan. “Look is only skin deep,tau.Dalam mau kira.”Hidung Nana dicuitnya perlahan.
Nana ketawa. “Pakwe Kak Ana macam mana?”
Ana jungkit bahu. “Takde orang nak.” Ujarnya dengan sedih yang dibuat-buat. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.
Bantal kusyen melayang ke kepala Nana dek kerja Apeh. Sengaja menyakat!
“Along! Tengok la Angah tu!” Nana menolak bahu Apeh lebih kuat dari tadi.
Afiq menggeleng. Malas nak masuk campur.
Apeh menjelir lidah. Ketawa. “Padan muka Along tak layan.”
“Boring la Along nie...” Nana kembali duduk berpeluk tubuh. “Dengan Kak Ana lagi best.”
“Kalau Kak Ana ada pun mesti di menangkan Angah punya.” Apeh kenyit mata.
Wek! Nana menjelir lidah. “Perasan!”
Afiq melepas nafas perlahan. “Sayang sangat korang dengan Kak Ana tu....” Matanya masih di TV.
Nana, Nina dan Apeh berpandangan.
“Ala Along....Bukan kitorang je yang sayang dengan Kak Ana.” Apeh bersuara sambil tersengih pada Nana.
“Along tau papa pun sayang dia jugak.” Afiq bersuara malas.
“Along pun sayang Kak Ana, kan?” Tiba-tiba Nina yang dari tadi senyap bersuara.
Tersirap terasa darah ke muka. Afiq membulatkan mata. “Nie siapa ajar nie?”
Apeh, Nana dan Nina ketawa.
“Muka Along dah merah.” Nana mengusik.
Afiq menjulingkan mata. Pandangannya ditala ke TV. “Mana ada.”
“Kalau tak takkan sampai tiap-tiap hari sanggup ulang-alik datang sini.” Apeh berbalas pandang dengan Nana. “Tak pernah dibuat. Siap suruh Kak Ana masak semua favourite dia tu.”
“Along nak kawin dengan Kak Ana, ye Long?” Nina mengadah wajah Afiq di sebelahnya.
“Along nak kawin dengan siapa pun apasal korang yang sibuk.” Nada suara Afiq sedikit marah. Namun senyum kecil tersungging di bibirnya.
Serentak ketawa Apeh, Nana dan Nina pecah lagi.
“Nak kitorang cakap dekat Kak Ana?”Apeh angkat kening dengan sengih nakal.
Afiq menekan dahi. Adinda-adinda aku nie la... “Jangan kacau Along, jangan kacau Kak Ana. Full stop. Kalau tak Along suruh papa potong allowance.” Serius. “Bising hal orang lain, masing-masing nak exam tak sedar. Pergi naik atas baca buku.”
Apeh dan Nina berpandangan. Ah sudah...Along dah marah. Nina merenung wajah abang dan kakaknya. Akhirnya mereka semua sama-sama membisu. Pandangan ditala semula kepada aksi Stephen Chow. Namun yang nyata fikiran Afiq tika itu bukan lagi di dada TV.
5Tahun5Bulan[PartI]~Episode10
For God’s sake!
Ana menekan pelipis dengan kedua belah ibu jarinya. Helaian bertaip di hadapannya ditolak tepi. Pen di tangan diletakkan. Klip besar di belakang kepala dilepaskan. Rambutnya yang sedikit keperangan jatuh terurai ke bahu.
Dia penat! Kalendar di tepi meja dibeleknya. Dah dua bulan lebih aku kat sini. Ana menghela nafas berat. Minggu depan....Dia memejam mata sejenak. Belakang lehernya diurut lembut dengan tangan kanan. Ya Allah..berilah hamba-Mu kekuatan...
Truttt!!!!Truttt!!!Trutt!!!!!
Huh?! Ana tersentak. Telefon?! Jam loceng di atas meja direnung. Dah 12.45, dekat nak pukul 1 pagi!
Truttt!Truttt!!! Telefon di ruang tamu itu masih menjerit.
Ana kelam kabut. Encik Latfy sekarang dekat Australia. Ya Allah...Jauhilah segala bencana dari rumah nie...Sepintas dia berdoa sebelum bergegas keluar.
Truttt!!!
“Hello. Assalamualaikum.” Cemas suara Ana memberi salam.
Sunyi seketika.
“Hello?”
“Ana?”
Dada Ana berdebar tiba-tiba. “Along? Kenapa nie?” Cuak.
“Dah tidur?” Afiq bersandar di kepala katil. Soalan Ana dibiar tak berjawab.
Ek? Kening Ana terangkat sebelah. “Err..Tak.”
“Tak tidur lagi? Kenapa?”
Ana merenung gagang. Along nie buang tebiat ke tiba-tiba call tengah-tengah malam. Tak sempat tunggu esok ke?! Dia sedar ke dia cakap dengan siapa nie?
“Along, nie Ana nie.” Sepatah sepatah Ana menuturkan. Along silap dengar agaknya. Ana jadi Nana, tak pun Nina.
“Along tau.” Perlahan kata-kata itu mencecah gegendang telinga Ana.
Ana menggigit bibir. “Kenapa Along call?” Datar.
Afiq mengadah siling. “Entah.” Dia menarik nafas panjang. “Teringat rumah.” Bibirnya mengukir senyum nipis. “Tiba-tiba terasa nak call.”
Dahi Ana berkerut. Malapetaka mana la pulak yang datang buat Along jadi macam nie?! Rasa tengah cakap dengan orang tak betul je!
“Tak sempat tunggu esok ke. Apeh, Nana dengan Nina dah tidur dah.”
Afiq menggeleng perlahan. “Entah...Rasa macam tak sanggup nak tunggu esok je...”
Diam. Kerut di dahi Ana bertambah lagi. Nyata dia kurang senang namun tidak pasti apa yang harus dilakukannya untuk menamatkan talian.
“Along nak cakap apa lagi?Ana nak tidur. Esok nak bangun awal.” Seperti bertih jagung meletup kata-kata itu berterabur keluar dari bibirnya.
Senyuman di bibir Afiq melebar. Ana... “Ana masak apa esok?”
“Ana masak apa pun Along kisah apa. Along bukannya balik pun.”
Ketawa Afiq pecah tanpa dipaksa. “Baru seminggu tak jumpa dah marah ke?” Dia merenung keluar tingkap bilik. “Along outstation la, bukan saja tak balik.”
“Who cares.” Ana menjulingkan mata. “Masalahnya Along yang beli groceries hari tu kata nak makan itu ini. Bila dah buat dia yang tak ada nak makan. Lepas tu nanti mengungkit...Salahkan Ana jugak. Masak tak ingat Along la. Bla...bla...”
Senyum di bibir Afiq masih belum cair meski dimarah begitu. “Peach cobbler.”
Huh?!
“Buatkan peach cobbler esok.”
Ana mencebik di hujung talian. “Esok tea dengan sardine roll.”
“Along teringin sangat nak makan peach cobbler esok.”
“Dah janji dengan Apeh. ”Muktamad!
“Ana...peach cobbler?”Pintanya lembut.
“Along nie...boleh tak cakap tu pakai suara elok-elok sikit?!” Suara Ana berubah nada. Serius. “Esok tea dengan sardine roll. Along nak peach cobbler, Ana buat lain kali. Ana nak tidur sekarang nie.” Sejenak dia berhenti. “Assalamualaikum.” Gagang terus diletakkan.
“Aah...Heaven!” Apeh menggigit sepotong sardine roll.
Nana menjulingkan mata. “Gila...Gaya macam tak pernah makan sardine roll je.”
“Kak Ana memang best la Kak Ana...” Nina berpaling ke arah Ana. “Semua Kak Ana pandai masak. Dasyat betul.”
Ana ketawa. “Pandai la korang nak ayat Kak Ana. Makan aje la.”
Deruman enjin di porch rumah mematikan ketawa Ana.
“Along!” Nina dah terlebih dahulu menolak kerusi dan berlari ke ruang depan. Nana dan Apeh berpandangan. Nana angkat kening. Apeh sekadar tersengih.
Ana merenung kedua-duanya. “Apahal nie?”
“Nina...” Apeh mencapai sepotong lagi sardine roll. “Biasa la. Kalau dah ada Along orang lain dia mana nampak dah.” Sambungnya selamba sambil mengunyah.
Ana mengangkat kening sebelah. Namun dia tidak bertanya lanjut. Segera dia bangun menuju ke arah peti ais.
“Bertuah...Makan apa sedap sangat sampai Along balik pun buat dek...”Suara Afiq menegur dari pintu dapur.
Apeh dan Nana sekadar tersengih. “Makan,Along.”
“Apa tu?”Tanya Afiq sambil duduk.
“Sardine roll.” Nana meletak piring kosong di hadapan Afiq.
Afiq sekadar merenung kosong piring di hadapannya. Kemudian dia menggeleng. “Along tak nak makan.” Dia mengerling Ana yang sedang membancuh sesuatu di kaunter formica. “Along dah kenyang.” Kemudian dia merenung jam di tangan. “Along saja je drop-by. Along balik dulu.”
Ana mengangkat muka dari ice lemon tea yang dibancuh.. Wajah Afiq yang tidak beriak dipandangnya. Lelaki itu kini sudah bangun.
“Dinner?” Tanya Apeh hairan. “Tak nak minum dulu?”
“Along ada hal.” Dia merenung lagi jam di tangan. “Kalau ada apa-apa hal,call Along.” Afiq sudah melangkah ke pintu dapur.
Nana, Nina dan Apeh serentak bangun mengekori langkah Afiq ke pintu depan.
“Nina.” Ana memanggil perlahan.
“Along busy ke sekarang?” Nana berdiri di muka pintu melihat Afiq menyarung kasut.
Afiq mengangguk.
“Bila Along balik lagi?” Apeh bersandar di bingkai pintu.
“Bila-bila Along free nanti Along balik.” Afiq menyeluk poket mencari kunci kereta. “Mana Nina?” Dia menjengah ke belakang Apeh dan Nana.
Nina tiba-tiba muncul dari dapur. Dia bergegas ke pintu depan. Bekas plastik di tangannya dihulur kepada Afiq.
“Kak Ana kata Along lupa peach cobbler.”
***
Suasana di meja makan itu ceria. Encik Latfy sesekali menggeleng melihat telatah Apeh yang tak habis-habis mengusik Nana. Afiq dari tadi agak senyap. Kepenatan agaknya.Dia mengagak.
“Isnin dengan Selasa depan Along busy?” Encik Latfy memandang Afiq di hadapannya.
Afiq mengangkat muka dari pinggan nasi. “Schedule biasa.Kenapa?”
“Ana mintak cuti starting Sabtu sampai Selasa.” Wajah Ana yang tenang di sebelah Nina dipandangnya sekilas. “Weekend nie papa ada kat rumah.Tapi start petang Isnin papa kena pergi Kelantan. Sampai Jumaat. Along overnight kat sini Isnin dengan Selasa,boleh?”
“Ana cuti kenapa?”Pertanyaan ayahnya seolah tidak didengar. Wajah Ana direnung tajam.
Riak wajah Ana tidak berubah. “Ada hal nak uruskan.”
“Kak Ana nak bertunang ye.” Apeh tiba-tiba mencelah. Dia sengih mengusik.
Bulat mata Ana merenung Apeh. Pecah ketawa Apeh, Nana dan Nina.
“Angah...” Afiq menegur. “Hal orang-orang tua jangan menyampuk.”
“Dengar tu Along cakap.” Encik Latfy merenung anak keduanya.
Apeh mengangguk sambil mengangkat tangan kirinya. Namun sempat dia mengenyit mata ke arah Ana.
“Angah!”
5Tahun5Bulan[PartI]~Episode11
Josenyum ceria sebaik melangkah keluar.
“How was it?” Zahrul bertanya sambilturut mengukir senyum.
Jo ketawa. “Aku taram je. Go babbling all theway. Tapi gayaconvincingla kot.Aku tengok Mark tu gayabestje dengar.”
Farha yang turut mendengar ketawa.“Jangan tertipu nganinterviewer....”
“Yeah...” Jo dan Zahrul sama-samamengiyakan.
Zahrul merenung jam di tangan.“Eh,aku gerak dulu la. Aku dah kenamasukwaitingdah nie. Farha,jom.”
“Oh,okay.” Farha turut melihat jam ditangan.
“Good luck. All the best!” Jo sempat melambai. Dia berpusingke belakang untuk mencari Shazia yang memegang begnya sebelum dia masuk ke dalambilik temuduga tadi. Buk! Dahi Jo sedikit berkerut apabila lututnya terasa peritdihayunbriefcaseyangkeras dan berat itu.
“Uh..sorry.”
Jo mengangkat wajah. Buat seketika dia tergamam. Lidah kelu. Bulat matanya. Masa seolahterhenti berdetik.
Pandangan mata Afiq menyorot tubuhitu atas dari atas ke bawah. Dariselendang Italy tanah hitam berbunga merah-kuning-putih turun ke suit berwarnahitam turun ke high-heels berkilat, dan naik semula ke wajah yang bersapukanpowder dan lip-balm itu.
“Apa Ana...”
“Jo!!” Satu suara melaung di belakangnya.Afiq dan Ana sama-samaberpaling.
Shazia dan Syah melangkah ke arahmereka.
“Your mum called justnow,” Shazia ketawasebaik sahaja menghampiri. “She was so anxious. Better call her after this. Your handset is in the bag.”
“How was it?” Syah pula bertanya sambiltersengih.
Ana teragak-agak menjawab. Namun dia tetap berlagak selamba.“Prettytoughla.”
“Jo,you got Prof.Markkan?Mark and Dunes?” Tanya Shazia sambil menghulur begAna. “Kau kenamedical issuestak?”
Ana menjulingkan mata.“Kena...Arteriosclerosis. Amik kau!” Ujarnya sambil ketawa. Pandangan Afiq yang mencerun tajam tidak diendahkannya. “Korang kenaapa?”
“Aku kenahospital negligencedenganbedside manners.” Syah sengih. “Tapi Shazialabest.”
Shazia ketawa terus. “Aku kenacasestudypasalgeneticscreening. For or against abortion. My baby was diagnosed with DownSyndrome. Yada..yada...”
“What’s your pick?” Ana sengih. “For?”
“Jo!” Shazia menjulingkan matanya.“C’monla. Aku nie kan beretika.” Shazia tiba-tibaterperasan akan kehadiran Afiq di situ. “Jo...that’syour...?”
Ana berpaling ke arah Afiq yangmasih berdiri dan memerhati. “Oh....” Dia menjungkit bahu. “That’s my...err..Along.”
Shazia dan Syah buat muka pelik. “Oisayang. Awak tu bukan anak sorangke.”
“My neighbour.” Itu yang terkeluar daribibirnya.
“Kitorang gerak dulu la,Jo.Anyway, you balik dengan apa nie?” Syahmerenung jam di tangan.
“Abah datang kot.”
Shazia dan Syah angguk.“Anyway, Letter ofGood Conducttubagi settle cepat la. ResultWalesAberystwyth dengan Sotonby the end of themonthkeluarkot. Babai!Take care.” Ujar Syah sebelumberlalu.
“Handsome.” Ujar Shazia rendah sambiltersengih nakal pada Ana.
Ana mengukir senyum terpaksa sambilmelambai. Kemudian senyum itu terpadamsendiri apabila cuma dia dan Afiq yang berdiri di hadapan pintuballroomNikko Hotel tempatinterviewnya tadi. Mata Afiq masih tajam merenung wajahnya. Ana resah. Nak dihayun langkah pergi,nanti dikata kurang ajar.
“So.” Akhirnya suara Afiq memecah sepiantara mereka. “Jo,” Seketika diaterhenti. “kita pergicoffee housedulu?”
Mereka duduk berhadapan.
“Coffee.” Ujar Afiq pada pelayanitu.
“Decaf coffee.” Ujar Ana tenang sambil menariksenyum nipis kepada pelayan itu, menyembunyikan gemuruh di hatinya. Macam mana boleh kantoi dengan Alongnie?!
Afiq bersandar di kerusi denganjemari kedua belah tangan ditautkan di hadapannya. Matanya mencerun merenung wajah Ana dihadapannya. “Ada apa-apa Ana nak cakap? Oh..sorry. Jo?”
Ana menghela nafas panjang. Apa masalah mamat nie gaya perli-perlipulak. Mentang-mentang la hari tumerajuk dengan aku pasalpeach cobbler. Aku simbah dengan kopi nie karangfreeje. Ingat nie kat rumah bapak dia ke?! Diamengerling wajah Afiq dengan ekormatanya.
“Ana?” Suara Afiq mencecah gegendangtelinganya. “Along tanya nie.”
Ana merenung wajah Afiq. “Ana adainterview.”
Afiq angkat kening. “Kerja kilangke?”
Ana ketawa sinis. Hina aku ke mamat nie. Dia duduk tegak sambil menyilang kaki. Aku pantang betul orangarrogantnie. Tangan kanannya ditegakkan di atas armrestdan telunjuknya menongkat pelipis. “Mr.Afiq Hafizi Mohd Latfy,though you’re a professional, Idoubt if there is any right for you to insult me and myintelligence.”Ujanya tenang.
Afiq mengukir senyum nipis. Namuntidak matanya. “Impress me.”
Ana menjulingkan mata. Fed-upaku! “Apa Along nak sebenarnya nie?”
“The whole story?”
Ana menarik cawannya dan menegukkopi pahit itu sebelum menjawab. “Hallo, my name is Johanna MohdLatif.I am a UK-bound student, sponsored by MARA. I’ve just finished my Uni of Aberdeeninterview. Also waiting for the resultfor Southampton and Wales Aberystwyth.” Hampir senafas dia melafazkannya. “Hmm..lupa.I also work as amaidkat rumah CikLatfy. Puas hati?”
Lama Afiq terdiam mendengarkata-kata Ana. Hanya matanya yang masihmerenung sejak tadi. “Kenapa Ana takpernah cakap selama nie?” Lembut suara Afiq bertanya.
Ana merenung tepat ke wajahAfiq. Kenapatonesuara Along macam tu? Dahinyaberkerut sedikit. “Kenapa Ana nak cakap?”
“Kenapa Jo tak cakap.” Afiqmembetulkan. “Orang gaji aku bakal doktor rupanya....”Sambungnya perlahan. “Papa Along tautak?”
Ana geleng. Air mukanya sedikit cemas. “Please, jangan cakap.”
Afiq mengangkat kening.“Kenapa?”
“Nanticomplicated.”
“Kenapa Ana kerja jadimaid?”
“Nak cari duit.”
Afiq menghela nafas panjang. Dia merenung ke luar tingkap.
Dahi Ana berkerut. Nie apahal gaya fikir masalah negara jenie....Ngalahkan aku fikir masalah aku je. Lorat betul la mamat nie.
“UK?” Tiba-tiba Afiq bersuarasemula. Namun matanya masih belumberalih dari tingkap yang menghala ke air pancut di depan lobihotel.
Ana teragak-agak menganggukmengiakan.
“Bila dapat keputusaninterview?” Mata Afiq kini beralih ke lamanwajah Ana.
Ana merenung cawan yang tinggalseparuh isinya. “Hujung bulan nie, insya-Allah.” Teragak-agak dia mengangkatwajah. Mata Afiq masih belum melepaskanwajahnya. “Kenapa Along tanya?”
“Ye la. Nanti Ana tak ada siapa nak bagi makanorang-orang kat rumah tu.” Selamba Afiq menjawab. “Kalau dah tahu macam niesenang. Boleh cari calon orang gajibaru.”
Sedikit berdesing terasa kata-kataitu di telinga Ana. Terasa agak sinisnada Afiq di pendengarannya. Dahi Anasedikit berkerut mendengar jawapan itu.
“Ana minta maaf.” Akhirnya diabersuara. Lembut dan tenang mencecahgegendang telinga Afiq.
Afiq mengangkat kening. “Kenapapulak nak mintak-mintak maaf nie?”
Apahalsarcasticsemacam mamat nie. Simbah dengan kopi nie betul-betul baru tau!Mentang-mentang la aku nie orang gaji dia. Namun tiada apa yang terluah di bibir Ana. Biarlah...bukannya aku buat jenayah pun. Aku pergiinterviewke..nak belajar ke..bukan mintakpakai duit dia! MARA yang tanggung! Dia sekadar menghantar pandangannya ke arahlukisan pemandangan yang tergantung di dinding. Nyata dia tidak mahu melihat wajah Afiq waktu itu.
Sepi makin membeku di meja itu. Setiap detik yang berlalu seolah merangkakmengalahkan kura-kura berjalan. Anamakin menggelisah. Dia nakbalik!
Handsettiba-tiba melagukan Minuet inG. Kedua-dua mereka sedikit tersentakapabila keheningan itu berderai pecah. Tenang Ana mencapaihandsetnya dari dalam beg. Pandangan mata Afiq pada setiap gerak lakusedikit merimaskannya.
Salam bersambut. Afiq cuma memerhati. Ana lebih banyak mendengar. Sesekalimengangguk mengiyakan. Seketika kemudiandahinya berkerut. Namun kemudianwajahnya dipaksa tersenyum. Salambersambut dan talian dimatikan.
“Siapa?” Spontan Afiqbertanya.
Ana menyimpan semulahandsetdi dalam beg. “Abah.” Jawabnya sepatah. Kemudian dia menghela nafas panjang. “Along,Ana nak mintak diri dulu. Ana nakbalik.”
Afiq diam. Reaksinya seolah masih banyak yang ingindisoalsiasat. “Abah dah sampai?”
Ana geleng malas. “Tak dapatdatang. Nak naikcab.”
“Rumah Ana kat mana?”
Terdiam Ana sejenak. “Bangi.”
“Along hantar.” Nada suara Afiqmuktamad.
Mata Ana bulat. Terasa lehernya seperti terjerut. Tak nak duduk dengan dia dah!! Hatinyamenjerit. Tingkah laku Afiq hari inimembuatkannya serba tak kena.Terasa macam orang salah je! Dah la siapsindir-sindir perli-perli orang lagi tu. Dia mengetap bibir melihatkan Afiq melambai ke arahwaiter. Setelah pembayaran dibuat lelaki itu bangun sambil mengangkatbriefcase. Ana masih membatu di kerusinya.
Mata Afiq tajam merenung Ana yangmasih tak bergerak. “Ana.” Panggilnya, mengisyaratkan gadis itumengikutinya.
“Ana balik sendiri.” Ujarnyadatar.
“Along nak hantar.” Meski ucapan ituberbentuk pelawaan namun di telinga Ana terdengar seperti arahan!
Ana geleng. “Anabalik sendiri.”Ulangnya lagi sedikit tegas. Matanyamenentang mata Afiq. Nyata dia tak sukadipaksa begitu!
Afiq tidak menjawab. Mata mereka sekadar saling bertentang tanpasepatah kata. Ana menghela nafaspanjang. Pandangan matanyadilarikan.
“Ana balik sendiri.” Sekali lagi Anamengulang. Namun dengan nadaberlainan. Seolah meminta Afiq memahamiyang dia benar-benar ingin pulang sendiri.
Lelaki itu merengus perlahan. Akhirnya tanpa sepatah kata dia mencapaibriefcasedan menapak pergi.
5Tahun5Bulan[PartI]~end
Ana mengurut leher perlahan. Macam tak percaya. Cuma tinggal kurang dua minggu je lagi dia akan berbakti di rumah nie. Lagi dua minggu jugak result interview untuk Aberdeen dengan Wales Aberystwyth akan keluar. Result finals minggu lepas keluar. Alhamdulillah, keputusannya fulfill requirement dari MARA untuk fly. Hampir sahaja dia menjerit happy di bilik tengah-tengah malam tu jugak semasa Yaya meberitahu keputusannya yang dilihat secara online. Malam tu jugak dia telefon mak dan abah. Malam tu jugak dia buat sujud syukur. Sepanjang hari pun asyik senyum memanjang. Melarat berhari-hari. Sampai Apeh, Nana dan Nina pun naik pelik. Tapi sejak tragedi terserempak dengan Along kat Nikko Isnin lepas....
“Nanti Kak Ana dah tak ada...Sunyi la...” Nina menguis nasi di pinggan.
Apeh dan Nana yang dari tadi tidak bersuara mengangkat muka.
Ana senyum tawar. “Jangan cakap macam tu. Along dengan papa kan ada.”
“Kak Ana tak nak sambung kerja terus ke Kak Ana? Balik kampung pun buat apa...” Nana merenung kembali nasi di pinggan.
“Kak Ana memang dah janji untuk 3 bulan je.”
“Tak dapat tunggu Apeh SPM?” Rendah Apeh bertanya.
Ana menggeleng. “Tak dapat, Apeh.” Ana mengeluh perlahan. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia terus kerja sampai Nana PMR, sampai Apeh SPM. Tapi apakan daya. By August mesti sibuk. Preparation untuk beli barang-barang. Nak settle agreement dengan MARA. Nak settle hal dengan universiti. Insya-Allah kalau ada rezeki ke UK, by September dah fly.
“Lepas nie Kak Ana nak buat apa?” Nina memandang wajah Ana.
Ana tak menjawab. Sekadar tersenyum merenung wajah mereka satu persatu. “Makan la. Bercakap je dari tadi tak habis-habis. Kerja sekolah tak buat lagi.”
Afiq menggendang meja dengan pen di tangan. Dia merenung kalendar di atas meja. Dah berapa lama tak balik rumah nie...Nina, Nana dan Apeh entah dah berapa kali bergilir menelefon bertanya bila nak balik, kenapa tak balik, tak nak balik-balik? Dia mengeluh perlahan sambil mengadah siling.
“Kak Ana masak peach cobbler hari nie.”
“Tak nak balik ke hari nie? Kak Ana masak bihun hailam.”
“Along, esok Kak Ana nak buat karipap pusing nie. Singgah rumah tak?”
Balik-balik Kak Ana. Itu ini Kak Ana. Kak Ana masak tu... Kak Ana masak nie...Semua Kak Ana. Masalah!!
Ana membawa keluar bakul pakaian kotor dari bilik Apeh. Perlahan-lahan dia menuruni tangga. Rumah sunyi. Baru pukul 8.30pagi. Nina, Nana dan Apeh dah ke sekolah. Mak Atun tak datang lagi. Dia melangkah ke arah bilik belakang yang menempatkan washing machine. Bakul pakaian dikosongkan. Serbuk pencuci dituang dan butang start ditekan. Ana termenung sejenak. Hari nie nak masak apa...
Ikan bawal ada. Perhaps masak masam manis? Broccoli, cauliflower, baby corn, carrot...Sup sayur? Ayam pun ada. Masak kica....Jantungnya hampir terhenti bila tiba ke pintu dapur.
Afiq memusing mug berisi jus di hadapannya. Dia duduk membelakangkan pintu menghadap sinki. Santai merenung keluar tingkap. Kehadiran Ana disedarinya namun dia masih tidak berpaling.
Dia buat apa kat sini?! Dekat seminggu tak balik rumah nie tetiba pagi-pagi week day jatuh dari langit ke sini apahal?! Tak kerja ke? Ana menggigit bibir. Tak dengar pun bunyi kereta masuk. Dah la tengah perang dingin. Afiq dilihatnya sekadar bersarung jeans dan tee. Dia teragak-agak sama ada untuk masuk ke dapur atau terus keluar dari rumah. Tapi nanti macam kurang ajar je.Tapi karang...buat lemas je karang aku masuk dapur nie. Ana berpusing ke belakang.
“Ana.”
Langkah terhenti. Ana menghela nafas berat. Apa pulak....Lambat-lambat dia berpusing.
“Along tak breakfast lagi nie.” Afiq masih tidak berpaling.
Ana menarik nafas panjang. Nak breakfast la pulak....Dia masuk ke dapur. Mangkuk berisi bihun goreng diambil dari bawah tudung saji di atas kaunter formica. Diletaknya di hadapan Afiq. “Tapi dah sejuk tu. Masak pagi tadi.” Ujarnya datar sekadar berbahasa.
Afiq tak menjawab. Masih lagi memusing mug di tangan.
Ana melangkah ke arah rak lalu mencapai pinggan dan sudu garpu. “Along nak minum apa?” Pinggan dan sudu garpu di tangan diletak di atas meja makan.
Afiq mengangkat wajah merenung wajah Ana. Geleng.
Sah angin dia tak betul. Baik aku selamatkan diri dulu.
“Masak apa tengah hari nie?”
“Tak tau lagi.”
“Dah tak sabar-sabar nak resign ke nie?”
Ana sedikit berasap. Dijelingnya wajah Afiq dengan hujung mata. Nak cari pasal ke apa nie?! Afiq nyata selamba menyuap bihun ke mulut tanpa menghiraukan riak di wajah Ana.
“Yang Along tu buat apa kat sini. Pergi la kerja.” Ana menggumam rendah sambil membuka peti ais. Kau tanya aku nak masak apa ye...
“Peduli la Along nak balik ke tak nak. Rumah Along. Suka hati la bila masa pun Along nak balik. Ana kisah apa?”
Terangkat wajah Ana dari freezer. Along... Kasarnya bahasa... Sejak bila jadi macam nie? Mulutnya terkunci untuk menjawab. Sedar dia hanya sebagai orang gaji. Ayam dan ikan bawal dibawa keluar untuk defrost. Sabar Jo, dah tak lama dah kau duduk rumah nie. Dah tak lama dah kau nak duduk bumi Malaysia nie... Lepas nie tak tengok muka dia dah...
“Tau la bakal jadi overseas graduate. Tapi takkan la lupa sekarang nie awak tu orang gaji. Nak membebel-bebel bising satu rumah.” Datar suara Afiq.
“Apa masalah Along nie?!” Sabarnya dah habis. Ana berpusing menghadap Afiq. Tajam renungannya singgah di wajah Afiq. “Kalau Along nak marah dengan Ana sekali pun, at least jangan libatkan adik-adik Along. Dah berapa lama Along tak balik tengok diorang? Call pun tak. Harapkan diorang yang kena call Along. Diorang terasa neglected Along tau tak? Nana dengan Apeh tahun nie major exams. Along tak fikir ke?” Dingin Ana bersuara.Tak peduli apa sahaja fikiran atau tindakan Afiq atas kata-katanya tadi.
Afiq tidak menjawab. Sekadar matanya merenung wajah Ana. “Jangan busy body boleh tak?”
“Fine!” Ana kembali membuka fridge. Fed up aku tengok muka mamat nie!
Dan dia tidak berpaling bila kerusi ditolak ke belakang dan bunyi enjin kereta menderum meninggalkan rumah.
Sunday, 27 April 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)