5tahun5bulan[PartII]~Episode 1
####jangan letak expectation tinggi2,ye.the story may be lame n monotonous, sorry.perhaps i should’ve change the title to ‘a girl’s diary’ ßtapi nie dah jadi title utk citer baru.ehehe.enjoy reading btw.but seriously,lotsa sorry in advance la kalau the cerita gone bosan along the way.###
###this entry is specially dedicated to kak nadia,kak ee,kak eita yang ot tengah bertapa.kat malaysia sekarang dah 1st of june,kan?tak payah la tunggu sampai end of june *sengih-gelak-terguling*###
Matanya berlari meniti barisan sneakers di atas rak.Smart!Sepasang Converse hitam menarik perhatiannya.
“Err…assalamualaikum.”Satu suara tiba-tiba menegur dari belakang.
Jo teragak-agak berpaling.Mamat miang mana yang nak kena backhand dengan aku nie?
“Kak Ana?!”
“Apeh!”
Riak wajah anak muda itu nyata gembira. “Ala Kak Ana....Rindu la!!”
Bibir Jo mengoyak sengih. “Akak pun rindu korang jugak....Sorang?”
Apeh mengangguk.Kemudian dia sengih nakal. “Akak?Sorang je?”
Jo mengangkat bahu. “Cari apa nie?”
“Jalan.Bosan duduk rumah.Akak cari apa?”
“Jalan.Bosan duduk rumah.”
Ketawa pecah.
“Akak belanja minum,jom.”
“Haa...Nie yang lagi sayang nie!”
“Rumah OK?”
Apeh mengangguk dan menggeleng. “Okay la.”Watermelon juicenya diteguk perlahan. “Papa sekarang dah ada kat rumah.Tapi rindu jugak la Kak Ana punya cooking.”
Jo ketawa. “Pandai la...”
Apeh sengih. “Betul la..Nina tu selalu je bising.Kak Ana masak tu...masak nie...Nak suruh Apeh masak mana reti.”Dia ketawa.Kemudian wajahnya berubah riak tiba-tiba. “Kak Ana....Along kata Kak Ana nak study kat overseas,betul?”
Terasa berderau turun darah dari wajah. “Apa Along cakap.”
Apeh sengih mengusik. “Apa yang cuak sangat?”
“Apeh...betul-betul la nie.”
“Betul tak?”
“Apa yang Along cakap?”
Apeh jungkit bahu. “Along cakap Kak Ana nak jadi doc.Nak study kat UK.Ooo...Tipu kitorang haa...”Dia sengih mengusik merenung wajah Jo. “Dapat U mana?”
“Aberdeen.”
“Gila seronok....Bila Kak Ana nak pergi nie?”
“September,insya-Allah.”
“Date?”
“Tak sure lagi.”
“Nanti dapat date bagi tahu,tau.”Apeh sengih. “Nanti kitorang hantar kat KLIA.”
Jo ketawa. “Ye la tu.”
Apeh tiba-tiba mengeluarkan handset. “Kak Ana,bagi number.Nanti senang nak contact.”
“Nak buat apa?”Dahi Jo berkerut.
“Laa...nak contact la.Takkan nak jual tepi jalan.Sebelum Kak Ana fly at least kalau ada apa-apa kat rumah tu...Kot kitorang kebulur tak makan ke...Kira panggil Kak Ana la.”
Jo menggeleng.Memang kaki menyakat betul la Apeh nie. “012-3456789.”
“Right...”Apeh menekan keypad. “Kak Ana.....”
“Apa lagi...”
“Rumah Kak Ana kat mana eh?”
Jo senyum nipis. “Kenapa nak tau?”
Apeh mencebik. “Nak main aci nyorok lagi la tu.”
Jo ketawa. “Sebelah taman rumah korang.”
“Angah jumpa Kak Ana tadi.”
“Kat mana?!”Serentak Nina dan Nana bertanya.
“Sogo.”
“Tak acinya....”Nina mencebik. “Nak jumpa Kak Ana jugak..”
“Ajak la Kak Ana datang tengok kita,Angah.”Nana memandang Apeh. “Dia tak rindu kita ke?”
“Dia sibuk.Kan nak kena uruskan hal dia nak belajar tu lagi.”
“Nina rindu Kak Ana.”Nina bersuara kecil.
“Bila-bila boleh call dia.”
Nina dan Nana sama-sama ternganga.Afiq yang dari tadi tak ambil pusing mengangkat muka dari Berita Harian.
Apeh angkat kening double-jerk.Wajah Alongnya dipandang dengan hujung mata. “Tadi Angah mintak handset number dia.”
***
Jo merebahkan diri ke katil.Ala spread eagle.Dah lama benar rasanya tak lepak relax macam nie.Dia meregangkan tangan ke atas.Huh!Luxury abis rasanya.Handset dicapai dari tepi bantal.Ada misi yang kena diselesaikan!
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”Suara Yaya menjawab macam baru bangun tidur.
Jo menggeleng. “Syahid underground ke nie?”
“Hmm..”Yaya menggumam malas. “Semalam balik lambat la dari klinik abah.Apahal kau call nie?”Dia menggosok mata dengan telunjuk.
“Lusa teman aku shopping.”
“Oh no...not again!”
“Oh yes...my shopping spree ain’t over yet.”
“Sejak zaman bila pulak la yang kau nak takeover title aku jadi shopaholic nie Jo...”Yaya menggumam sambil menggosok mata yang kelat. “Hmm..Pukul berapa?”
“11?”
“On.”
“Sayang kau,Yaya.” Jo sengih. “Assalamualaikum.Bubbye.”
“Right.Waalaikumsalam.” Talian dimatikan.
Handset diletak semula di tepi bantal.Jo sengih sendiri.Done satu hal.Maka kita selesaikan hal yang lain pulak.Dia bangun ke arah meja studi.Laptopnya diangkat dan dibawa ke katil.Dia bersila sambil menongkat dagu menunggu loading.Walkman dicapai dari night table.Californication-Red Hot Chilli Pepper berlagu dari headphone.Jemarinya kini berlari di keyboard.
It’s the time for my blog!
Quiz for the day.
Are you GOTHIC, PREP, PUNK,UNIQUE (girls only)" - Results:
rock!
You are PUNK! U like being around those who are really close to u. You get depressed most times but you just wanna live!You have a lot of feelings and thoughts inside that you keep to yourself! sometimes you don’t know who to trust. You have friends that believe in you and know the real you, which means the most.
I’m a what?!Huhu...Mak ai...ska-punk-princess-wannabe-a-la-avril ke nie? Mak’s gonna kena high blood pressure kalau anak dara dia yg sorang nie jadik minah punk.terror n horror!nauzubillah min zalik.and oh yeah...depressed tu kira normal la tu.especially masa kena layan kerenah along serbia tu dulu.ngeee...and yes..sumer tu aku simpan kat dalam.kang aku fire along tu kang tak sempat dia nak tepis,hangus je cam ari tu.isk..tak mintak maaf lagi ngan along nie...haila..and yes,i dunno who to trust.but i’ve Him,yes.no matter what.come hell or high water. =)
5tahun5bulan[PartII]~Episode 2
***dan tetiba terasa nk letak lagi satu entry....ahaha..putus fius alredi.sorry.***
Matanya laju berlari meniti baris-baris ayat di skrin laptop.Sebelah tangannya menongkat dagu dengan tangan kanan yang ditegakkan di atas sila.Dahinya berkerut penuh konsentrasi.Sesekali dia menarik mug berisi Milo yang kini dah sejuk ke bibir.Mata dah rasa pedih menuntut tidur tapi hatinya keras tak berganjak nak menamatkan bacaan.Go Jo..go!Lagi sikit je!Walkman tengah memutarkan I’tiraf-Raihan.Dah entah berapa kali tape yang satu tu dimainkan depan belakang sejak bangun tidur lepas I’sya tadi.
Tamat...Waa...Bibirnya yang berbunga senyum dari tadi masih tak cair.Dia menarik bantal peluk ke riba.So sweet...Senyum makin mekar di bibir.Nak tergelak pun ada.Sungguh mengkagumkan.Johanna baca novel Melayu!Dia menggosok mata yang dah terasa kelat dengan telunjuk.Sambil itu tangan yang sebelah lagi mencapai handset.Patut la!Dah dekat pukul 3 pagi!Telapak tangan kanan dibawa ke mulut menahan kuap.Dia termenung sebentar.Kemudian bibir mengukir sengih lagi. Haa...Putus fius!Ngalahkan orang angau. Bahana blog hopping,jatuh tangga cinta dengan RADHA Kak Anis.Gila kau,Jo.Tau dek Yaya mau mati kena gelak.Dah la baca cerita Melayu.Tangkap lentok sengih tak abis pulak tu.Masalah!
Jo mengalih laptop dari katil ke lantai.Kemudian dia membuka sila dan turun dari katil melangkah ke bilik air.Di sinki dia mencapai berus gigi.Dia merenung kembali wajah di cermin.A grown-up Johanna.Sepintas kata-kata itu menerjah fikirannya.Cuak tak Jo,umur dah nak masuk 20?Berus gigi dibawa ke mulut.Cuak jugak.Dia menjawab sendiri.Baca RADHA gila punya rasa close to heart.Tapi cuak bukan sebab cuak nak belajar kat overseas.Cuak bila fikir pasal relationship. Huh!Complicated!Kenapa tiba-tiba fikir pasal relationship?Lagi la putus fius.Nie semua bahana baca novel Melayu nie..Isk..
Berus gigi dibilas di bawah air lalu.Kemudian diletak ke dalam bekasnya di tepi cermin.Baru nak melangkah keluar bilik air tiba-tiba dia terhenti.
Jo,dah 3.30 pagi,tadi dah tidur.
Nak buat apa?Dia tanya soalan bodoh pada diri sendiri.
Dey,girl!Ada peluang tu qiyam la.Nak kata buat selalu,sebulan pun tak sekali.
Aiseh..malas ma...
Namun tangannya dah membuka kembali membuka pili air.
Masa kecik-kecik dulu mak pernah kata...Nanti bila Hari Akhirat nanti,kalau Allah tanya Juan pernah buat tak tahajjud,taubat,tasbih,hajat,solat-solat sunat semua tu..Boleh la nanti Juan cakap Juan pernah buat.Paling tak sekali seumur hidup.
Masa tu kecik lagi.Tak paham sangat.Bila besar sikit,masuk hostel,masuk kolej baru belajar buat betul-betul.Bukan macam masa sekolah rendah aci redah.Itu pun kalau kat hostel buat sebab under program kerohanian sekolah dengan kolej.
Dan bila cakap balik dengan mak...Kiranya kalau dah buat sekali,lepas tu tak buat pun takpe ye,mak?
Dan mak cakap balik..Kalau dah buat sekali,bagus la tu.Tapi kita tak tau Allah terima ke tak.Bila dah tau cara apa salahnya buat selalu.Buat sendiri tak payah tunggu kena hambat dengan warden.
Dan bila masuk kolej baru berlajar nak buat qiyam sendiri.Tu pun sebab-sebab nak exams.Time tu la khusyuk tawadduknya buat qiyam.Ngaa...Player betul!
Fake it till you make it.Rasulullah pun pernah kata ada antara amal yang kena dipaksa sebelum jadi part of the bone and the blood.
Dia melangkah masuk ke bilik.Sejadah dihampar di sudut bilik.Telekung dicapai.Betul jugak.Tak pernah salah untuk sorang hamba tu bersyukur.Macam bercinta,tak perlu ada reason untuk jatuh cinta.It’s just there.Just happen.Kalau nak qiyam,sepatutnya tak perlu ada specific reason untuk qiyam.Tanda syukur. Ngaa...Dasyat jugak kau Jo bagi tazkirah kat diri sendiri.Farha mesti buat sujud syukur la kalau tau anak usrah dia buat reasoning macam nie*.Sambil tu...mintak dipermudahkan urusan kat tempat orang.Mintak ampun dosa banyak-banyak...Termasuk dosa kutuk Along dalam hati.Suara dalam kepala tiba-tiba menyambung.Sekali dengan dosa fire dia hari tu.
Jo merengus perlahan.Nie pekenama hal tetiba teringat Along pulak tengah pagi-pagi buta nie.Musti the devil playing!Telekung disarung.Bibirnya melafaz An-Nas.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Katakanlah aku berlindung dengan Allah pemelihara manusia
Raja yang menguasai sekalian manusia
Tuhan sekalian manusia
Daripada bisikan syaitan yang bersembunyi
Yang membisikkan kejahatan ke dalam dada dan hati manusia
Daripada bangsa-bangsa jin dan manusia
Dadanya diurut perlahan mohon dikesankan ayat-ayat itu ke hati.Tenang.Allahuakbar.
***
Apeh melangut di meja study dengan buku latihan topikal Kimia terbuka tak berusik di depan mata.Rumah sunyi.Dah tengah malam.Rindunya dengan Kak Ana...Bunyi gersik kertas di belakangnya membuatkan dia tersedar.Lambat-lambat dia berpaling.Alongnya tengah menghadap proposal di atas katil.
“Along.”
“Hmm?”Afiq tak mengangkat wajah.
“Angah plan nak sambung study overseas la,Long.”
Afiq mengangkat muka. “Apa dia?”
“Angah nak sambung study overseas.” Yakin Apeh menutur.
“You’re sticking to medic or been thinking about papa’s business?”
“Angah nak buat medic macam Kak Ana.”
Riak wajah Afiq beku.Dia kembali menatap proposal di tangan. “Nak pergi Aberdeen jugak ke nie?” Datar dia bertanya.
“At least Kak Ana ada kat sana.”
Afiq tak menjawab.Hanya mengangguk.
“Angah miss Kak Ana la,Long.Nina dengan Nana pun.” Apeh mengeluh perlahan.
Mata Afiq tak berganjak dari baris-baris kata di tangannya. “Nak suruh Along buat apa?Kidnap dia bawak datang sini?”
“Menarik jugak,Long.” Apeh sengih. “Tu la..Dulu orang suruh kawin dengan Kak Ana tak nak.Kalau tak kan senang?Ada je Kak Ana kat sini pagi petang siang malam.”
Afiq mengalih pandangan ke wajah Apeh yang masih tersengih.Mencerun matanya. “Kalau nak jejak bumi Aberdeen tu,start study sekarang.”
Apeh mengangkat kedua belah tangan.Whoa..Dah tersilap venture masuk territory bahaya. “Okay..okay...” Dia kembali berpusing ke meja mengadap esei pentitratan.
*bila tulis tang nie baru teringat ala deja vu pernah baca sth along this line kat blog org.baru teringat.suatu ketika dulu kat blog kino.nampak gayanya frequency ngan wavelength kepala kita ala2 dekat nk sama la kot.eheh.
5tahun5bulan[PartII]~Episode3
Wajahnya disembam ke bantal.Ya Allah...Sebelah tangan meraba mencari Nexcare di tepi bantal.Ditekannya kuat di atas kepala.Sakit...Jo mengetap bibir.Sakit sangat...Bengong dah kepala aku nie...Tadi lima jenis medication dan supplement pill ditelan sekaligus.Pandai je la doktor nak mengabiskan duit abah.Dia sempat mengomel.Eh..takkan la nak marah bapak Yaya kot.At least better lagi Pak Cik Muhammad dari Dr. Fahmi tu.Prescribe ubat macam la aku nie kena brain tumour.Berjela!Migraine pun nak kena makan ubat yang kalernya varies ngalahkan Smarties ke?Tapi ada ke yang si Pak Cik Muhammad pulak siap kata aku nie macam orang kena malnutrition je.Jo mengubah posisi tubuhnya agar berbaring pula. Telunjuk dan ibu jari tangan kanannya kuat mencengkam pelipis dengan tangan kiri pula kuat menekan cold pack ke kepala.Tak tahan...Nak Valium...Jo,nak bunuh diri ke?!Terdengar suaranya sendiri bergema di dalam kepala. Allah..Tak tahan.Kau nie la kan sakit kepala...Datang tu kot ye pun bagi la one-week notice.Boleh jugak aku nak buat persediaan mental fizikal.Handset di tepi bantal tiba-tiba berbunyi. Tangannya yang free meraba mencari handset.Siapa pulak nak call tengah-tengah kepala tak betul nie...
“Hello.Assalamualaikum.”Talian dijawab tanpa memandang nama pemaanggil.Datar Jo menutur dengan wajah kembali disembam ke bantal.
“Waalaikumsalam.” Teragak-agak suara lelaki itu menjawab. “Kak Ana?”
Kepala Jo terangkat.Dia merenung skrin.Apeh... “Apeh!” Bibirnya mengukir sengih tawar.
“Bunyi muffled semacam je.Kak Ana kat gua mana nie?” Apeh ketawa.
Nexcare Coldpack masih ditekan ke kepala dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memegang handset ke telinga.Perlahan-lahan dia memusing badan agar berbaring. “Gua mana pulak...Gua caya sama lu?”
Apeh ketawa besar. “Ooo..tido eh?Kantoi la anak dara tido sampai tengah hari.”
“Bertuah punya adik...”Ketawa Jo turut pecah.Denyut di kepala terasa hilang entah ke mana. “Siapa yang selalu bangun lepas matahari dah bangun kat rumah dulu?”
“Ouch...Kena batang idung seniri.”
Sengih Jo masih tak padam. “Sihat?”
“OK.” Ceria suara Apeh menjawab
“Nana ngan Nina?”
“OK.”
“Papa?”
“OK.”
“Happy semacam je nie.Call kenapa?” Jo bertanya mengusik. “Jatuh cinta ke?”
Ketawa Apeh pecah lagi. “Rock abis la Kak Ana nie...” Dia terhenti sejenak. “Kak Ana..”
“Apa dia?”
“You missed something la.”
Kening Ana terangkat sebelah.Matanya mengadah siling. “What?”
“Tak nak tanya ke Along sihat ke tak?” Di hujung talian bibir Apeh berbunga sengih mengusik meski nada suaranya innocent habisan.
Jo sengih tawar. “Kenapa?Along demam ye?Nak suruh Kak Ana balik rumah jaga dia ke?”
Sengih Apeh masih tak padam.Rock selamba abis la Kak Ana. “Tader la..Saja je tanya.Dia sihat je.”
“Kenapa call nie?”
“Saja.Bosan dok rumah.Dulu ada jugak Kak Ana kalau nak ajak sembang.Tak pun kalau dah bosan petala ke lapan tu boleh je turun dapur tolong Kak Ana masak.Nak study pun cam bengong je.Dulu boleh jugak Kak Ana temankan stay-up.Tolong ajar...bancuhkan nescafe...”
Hilang kata seketika.Jo senyum tawar. “Apeh rindu akak ye..”
Apeh hanya menjungkit bahu. “Dah tu...”
“Kan boleh je kalau nak masak sendiri.Tak pun tolong Mak Atun masak.Nak stay-up pasang la radio tu kalau dah bosan sangat.Nescafe kan boleh bancuh sendiri...”
“Tak sama la,Kak Ana...” Apeh sengih tawar. “Kak Ana tak rindu kitorang ke?Bila nak datang sini lagi?”
Mata Jo bulat.Datang sana? “Apa kerja pulak Kak Ana kena datang gi sana?”
“Jumpa kitorang la.Kak Ana tak rindu kitorang ke?”
“Rindu la,Apeh..Tiga bulan pagi petang siang malam tengok muka korang je.”
“Dah tu...Datang la Kak Ana..Bukan jauh pun.Kak Ana reti drive kan?”
Jo hanya mengangguk tak menjawab.
“Kalau tak reti drive boleh je Apeh suruh Along ambilkan.”
Huh?!Nak buat lawak antarabangsa pulak Apeh nie... “Susah la Apeh kalau akak nak pergi sana.”Perlahan dia menutur. “Tak proper.Faham kan?”
Apeh terdiam.
“Dulu lain...Dulu Kak Ana kerja.” Lembut dia cuba memujuk.
“Nina dengan Nana nak jumpa akak...”
Jo menghela nafas panjang. “Korang datang sini la...Tak pun kita jumpa kat luar,leh?”
Mata Apeh kembali bersinar. “Bila tu?”
Ek eh..Excited pulak budak nie. “Nak datang sini ke nak jumpa kat luar?”
“Mana-mana yang senang la.Kitorang nak jugak jumpa Kak Ana sebelum akak fly.Nanti dah sampai Aberdeen tu nak jumpa cemana.Bukannya dekat macam Arau-JB.”
Jo ketawa. “Akak try fix dulu,nanti akak call balik bagi tau.Boleh?”
“On.”
***
“Nak beli apa lagi nie,Jo?” Yaya mengesat peluh di hidung dengan tisu. “Gila la bila kau dah naik hantu shopping.Aku yang shopaholic pun kalah.”
Jo sekadar mengukir sengih. “Sekarang kau tau la macam mana seksanya aku dok kerja teman kau gi shopping tu.”
Yaya ketawa. “Lapar la,Jo.Makan dulu jom.”
“Sure.Kenny,nak?Aku tengah musim Kenny nie.” Jo angkat kening double jerk. “On me.Tapi next outing,lunch on you.”
Yaya sengih. “No hal.Next time keluar kita makan burger stall tepi jalan je.”
“Gila kedekut.”
Ketawa mereka pecah sambil langkah dihala ke arah premis Kenny Roger’s.
“I’ll miss all these.” Jo tiba-tiba bersuara sambil merenung keluar melihat orang lalu-lalang.
Yaya angkat muka dari pinggan. “These?What?”Keningnya terangkat sebelah. “Garden salad?Fruit salad?Cheesy pasta tahap tak ingat nie?Ice lemon tea?”
Jo menjulingkan mata. “Oh yeah..the ice lemon tea alright.” Wajah Yaya dipandangnya sekilas. “When you’re off to Tasmania tader dah outing macam nie.Nak keluar ngan aku,datang Aberdeen.”
Wajah Yaya berubah riak.Dia mengukir senyum tawar. “I’ll miss you like orang gilak.”
“Bet you will.”
“And you’ll miss me like orang gilak kuasa dua.”
Ketawa mereka pecah. “Gila perasan!Kalau kau tu bf aku masuk akal jugak.”
“Whoa...” Yaya angkat dua belah tangan sekali dengan fork and knife. “Kau dah ada bf tak bagi tau aku,huh?Macam nie la kata best friend.” Matanya mencerun. “Memang aku tikam kau bebetul la ngan knife nie kalau kau ada bf tak bagi tau aku.”
“Gila brutal.Sampai ke hati.” Jo mencebik sebelum sengih selamba.
“Sampai.Dun try me.” Yaya angkat kening double-jerk.
“I’ll miss you like orang gilak,alright.” Jo menggeleng.Garpunya dibenam ke dalam fruit salad.
“And that abang baik too.”
Huh?!Wajah Jo terangkat. “Abang who?”
“Alala...”Yaya menjulingkan mata.Kiub honey dew dibawa ke mulut. “Kura-kura dalam perahu..pura-pura tak tau...Sudah gaharu cendana pula..dah tau lagi mau tanya...Garden salad cheesy pasta..siapa lagi kalau bukan dia..”
Mata Jo bulat terkedu.Kemudian tawanya pecah. “Kau gila ke apa?!Badi sastera mana kau dapat nie,Ya?!” Dia menggeleng “Seram aku.Since when you’re talking in pantun enam kerat la?”
Yaya muka selamba. “Well..y’know me.” Anak mata sahabat di depan direnungnya. “We’re going 20,Jo.”
“So right...”Jo melepas nafas perlahan.Dia meletak garpu di tangan.Straw ice-lemon tea dikacau di dalam gelas tinggi. “20,huh?”
“That Along seems like a good guy.”
Kening Jo terangkat sebelah.Namun dia senyum selamba. “Where’s the fire?”
“Kena fikir pasal masa depan.”
“Gila...Kau nak suruh aku kawin dengan dia?”
“Lagi gila...Dah fikir kawin.” Yaya ketawa. “Gotcha!”
“Asbestos.” Jo menutur sepatah.
Riak wajah Yaya kembali berubah serius dalam lembut. “Aku rasa aku happy je kalau kau end up dengan Along tu.”
“Apa kau punya idea luar petala nie.”Jo menjulingkan mata. “Tak ada issue lain ke?Contohnya.Akan ada gerai mamak tak kat Aberdeen tu?”
“Grow up,Johanna.” Yaya membenamkan garpunya ke dalam fruit salad Jo. “You have to start thinking bout relationship.”
Jo menjulingkan mata. “Dan kenapa tiba-tiba keluar pasal Along?”
“Sebab first time aku tengok kau dengan somebody yang...well...”
“Aku pernah dengan sesapa ke sebelum nie?”Jo tanya soalan bodoh.
Mata Yaya bulat. “Pernah ke dengan siapa-siapa sebelum nie yang aku tak tau?”
Jo sengih. “43 orang dalam rekod tu kau tak tau ye?”
Buat lawak lagi. “Oo..kira kau bukan clean record seperti yang kusangka ya.” Yaya dah gaya macam Siti Tanjung Perak.
“Relationship equals hampeh and buang masa.”
“Itu cinta monyet.”
“Dah tu?Ada phase masuk cinta gorilla ke?”
“Aku suka kalau kau dengan Along.”
“Hmm..really?” Jo bertanya malas.Straw ice lemon tea ditarik ke bibir. “Apa ingat nie DNA karyotyping ke nak buat pair-pair sesuka hati.”
“Dari gaya kau cerita,macam dia suka kau,kau suka dia je.”
“Haiyoh..stop it la,Ya.Dulu masa kat kolej kau dok kata macam tu jugak pasal aku dengan Naim la,Ardi la,Kuyau la.Aku sekuman pun tak rasa apa-apa.” Really?Kepalanya tiba-tiba bertanya.
Yaya mengeluh perlahan. “Apaper la,Jo.Tapi janji dengan aku.Kalau kau end up dengan sesapa pun,let me know.Even time tu 3.30 pagi kat Tasmania.”
“If I found that somebody dalam tempoh 5 tahun 5 bulan sebelum kita sama-sama balik Malaysia for good nanti.” Jo sengaja menekan kata ‘if’ itu.Yaya direnungnya. “You know me.I might ended up dengan arranged marriage je nanti.”
Yaya sengih. “Aku still suka jugak kau dengan Along.” Dia menongkat dagu.
“Dream on.Gaya aku pernah ada apa-apa je dengan dia.” Jo menjulingkan mata.
“Tak pernah.Tapi maybe akan ada.”
“Nonsense.” Garpunya dibenam dia dalam mangkuk fruit salad Yaya. “Dia Serbia,aku pejuang keamanan,remember?”
5tahun5bulan[PartII]~Episode4
Matanya berlari meniti senarai di tangan.Kemudian mengarah pula pandangan ke arah luggage 38” di hujung kepala lutut.Alamak ai... dilema.. dilema... Buku-buku yang bersusun di depannya dipandang sambil menggaru kepala yang tak gatal.Set Scarpetta ada 12.Set Virginia Andrews ada 5.Jeanne Ray nak bawak jugak.Sidney Sheldon takkan nak tinggal?Dan Brown dengan Stephen King takkan nak dianaktirikan.Tu set LOTR dengan Harry Potter tu takkan tak nak bawak?John Grisham?Mak!!Dilemanya!!
Handset dicapai.Earpiece hands-free disumbat ke telinga.Nombor didail.
“Hello.Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.Ya!”
“Jo...Dun tell me kau nak ajak aku pergi shopping lagi..”
Jo sengih. “Kau tengah buat apa tu?”
“Pening kepala la aku nak packing nie.Baru timbang tadi macam dah dekat 40 kilo je.Gila betul.MAS nie kejam la.Ada ke limit 30kg je.Aku nak duduk Tassie tu 5 tahun.” Yaya merungut sambil matanya meniti di atas list barangan.
Ketawa Jo pecah. “Aku ingatkan aku sorang je yang tengah pening.” Dia menongkat dahi dengan tangan yang diletak di atas sila. “Ya...Set buku-buku aku je dah dekat nak 10 kilo Ya...”
“Masya Allah...Kau nak hangkut semua ke collection kau tu?!”
“Tak la semua.Favourite je.”
“10 kilo!” Yaya menjulingkan mata. “Think wise,girl.Dengan 10 kilo tu baik la kau isi dengan ikan bilis ke...Stok Seri Aji ke...Brahim’s ke...Takkan nak hidup makan buku kot!”
Jo sengih selamba. “Aku rasa aku boleh hidup je makan roti ngan salad.Tapi aku tak boleh hidup la tader buku nak baca.”
“Nanti kau baca la buku-buku physiology ke...anatomy ke...”
“Gila!”
Ketawa Yaya pecah lagi. “It’s about time kau kena ikut perubahan semasa la,Jo.Come..come..follow me...”
Jo ketawa dengan kening terangkat. “Tak paham la bahasa kau nie.”
“Baca la e-novel.Senang.Bawak laptop je.”
Mata Jo bulat. “Uhuh...Kau silap cakap ke?Ingat tak kau tengah cakap dengan siapa nie?E-novel ada cerita Sheldon ke?”
“Aiseh...Get a life la Johanna...” Yaya menjulingkan mata. “Tak mati la baca novel Melayu.”
“Novel pure sastera aku on.Mushy lovey-dovey cerita buku tu aku alergic.”
“Ahah.The all-time-malay-novel-skeptic.”
“Okay.One exception.RADHA is different.It’s filling.”
“Haa..see?”
“Ye la..ye la...Aku cari la nanti.Suggestions?”
“You can start dengan RADHA punya webpage.Kan banyak links.Try la mana yg kau rasa cambest.”
“Ada Dan Brown tak kat situ?”
“Johanna!!!”
***
I’m gonna miss my buku!!!!Shame...shame...Nasib baik tak kena je dengan abah sebab nak hangkut jugak buku-buku tu!Abah kata pergi sana nak buat medic,bukannya nak buat literature.Aiyoh...abah nggak ngerti!My books are my staple diet.As serious as insulin doses for those who’re diabetics!
Been flippin thru some blogs for e-novels.Novel Melayu.*sheesh*.Tapi to take it on the bright side,jumpa couple of e-novels/books yg kira on la dengan aku.
H.G Wells punya sci-fi complete works
Philip K.Dick’s World Jones Made
Aldous Huxley’s Brave New World..ahaha..munkin akan betul2 wat literature kat Aberdeen nanti..
King’s punya Black House dengan The Collectiveßat least save setengah kilo dari luggage tu
John Grisham’s The Summons
Heinlein’s Tunnel in the Sky
Pastu e-books Harun Yahya pun bersusun abah dah bagi.huhu..abah...Taper la.Abah nak anaknya berfikir.Insya Allah dibukakan pintu hati la nak baca semua tu.
And the e-novels Melayu..hmm...mungkin kena time betul-betul dah tader menda nak baca selain buku-buku medic,baru aku cari.
Today’s quiz cam interesting.Ala gothic la pulak aku skarang.Dulu punk. *LOL*.Nie kalau mak ngan abah tengok sesilap dua2 geleng kepala.
| What type of teenager are you?" - Results: |
|
|
| the sad teen. Everything in life is damn miserable. You constantly look over your shoulder and wonder who is judging you...even when you are alone. So naturally, you have become a little paranoid and pessimistic. Your personality can be one dimensional but confusing. You are constantly bored with life and wish that something could spice it up. You have a unique view on life and have identified the problems with school society (Ex...what makes popular people, how the student mind works...) You would rather be alone because you hate being hurt. You tend to think that no one understands you, not even your parents / guardians / friends. But that is just the opposite! The people who love you want to help, but they don't know how because they have a feeling that they will say something wrong and turn you away. You have to let them know that you are willing to hear what they have to say...and it might do some good to listen to them. Some fields you might consider going in when you are older...Judge, author, songwriter, producer, therapist, psychologist, philosopher, or forensic scientist. You need a job where you can express yourself and your views on life. Or you need a field where you can judge others and predict what is going on in others life. Either way... you have the personality to get you a good job that will support you throughout life. |
the sad teen[huh?!]. Everything in life is damn miserable. You constantly look over your shoulder and wonder who is judging you...even when you are alone. So naturally, you have become a little paranoid and pessimistic [whoa..aku rasa aku nie die hard optimist.kalau tak masa kena dera ngan along dulu mesti aku dah lari balik rumah without a second thought]. Your personality can be one dimensional but confusing [weird?]. You are constantly bored with life and wish that something could spice it up[I’m pretty happy,thank you]. You have a unique view on life [ahaha..yes]and have identified the problems with school society (Ex...what makes popular people, how the student mind works...) [nay…]You would rather be alone because you hate being hurt[huh?maybe sumtimes]. You tend to think that no one understands you, not even your parents / guardians / friends. But that is just the opposite! The people who love you want to help, but they don't know how because they have a feeling that they will say something wrong and turn you away. You have to let them know that you are willing to hear what they have to say...and it might do some good to listen to them.[iye ke?]
Some fields you might consider going in when you are older...Judge, author, songwriter, producer, therapist, psychologist, philosopher, or forensic scientist.[kenapa doctor tader kat sini?!] You need a job where you can express yourself and your views on life [ah..a doc can]. Or you need a field where you can judge others and predict what is going on in others life. Either way... you have the personality to get you a good job that will support you throughout life.[ahaha..that’s comforting]
***
Ketawa mereka dari tadi tak habis.Jo dah tak lalu nak menggeleng kepala.Dia meletak sepotong pizza ke dalam pinggan Apeh.
“Makan la.Dari tadi bercakap je.” Ujarnya dengan ketawa bersisa.
“Wek!Padan muka.” Nana menjelir lidah pada Apeh. “Nasib la.Three girls and a guy.You go down la Angah.”
“Helelele...” Apeh sengih selamba sambil membawa pizza ke mulut. “Kak Ana geng Angah.”
“Mana...”
Ketawa pecah lagi.
“Nanti jangan lupa tau pasal kenduri doa selamat tu.Next Sabtu.”
“OK.” Apeh,Nana dan Nina mengangguk.
“Jangan lupa cakap kat papa.”
“Yes ma’am.” Nana angguk.
“Along?” Nina memandang wajah Jo.
“Ye la.Along sekali la.” Jo senyum segaris.Meski terasa tersirap darah di dada bila sebut pasal Along.Kalau la budak-budak nie tau aku perang dingin dengan Along diorang...
“Nanti Kak Ana hantar surat tau dari sana.”
Jo mengalih pandangan pada Nina. “Apa kelas tulis surat...”Dia sengih. “Baik akak call.Lagi cepat.”
“Ala..nanti boleh collect stamp dengan poskad.”
“Aaa..OK..OK..”Jo angkat kedua belah tangan tanda surrender. “Insya Allah.”
Nina sengih. “Sayang Kak Ana.”
Pandangannya beralih pula pada Apeh dan Nana di hadapannya. “Apeh dengan Nana study elok-elok,kay.Janji dengan akak straight As.” Serius dalam lembut dia menutur.
“Sure.” Apeh merenungnya kembali dengan sengih kembali terukir di bibir. “Carikan rumah siap-siap.Two years to come,Apeh join Kak Ana kat sana.”
Jo angkat kening double-jerk. “My wish,young man.Akak tunggu.”
“Nana pun nak ikut jugak la.”
“Make sure PMR flying colours.Then SPM sky-high.Lepas tu kita kasi gegar bumi Aberdeen.”
“Ala...Nina kena tinggal.” Nina mencebik.
Ketawa mereka pecah lagi.
“Nina duduk sini je la dengan Along.”Apeh sengih mengusik.
“Ala..Nanti kalau Along kawin dengan Kak Ana kita semua duduk sama-sama jugak.” Nina buat muka pada Apeh.
Mata Jo bulat.Menyerbu terasa darah ke muka. “Nina!!!”
Dan ketawa di meja itu pecah lagi.
***
Hati-hati dia menatang mangkuk besar berisi sup ke meja ruang depan.Ruang tamu dah penuh dengan orang.Sebaik sahaja mangkuk sup itu diletak ke meja dia segera kembali berlalu ke ruang dapur.Yaya yang sedang membancuh teh di dalam cerek mengangkat muka ke arah pintu dapur.
“Ramai dah orang?”
“Ramai.” Jo mengesat tangan ke tuala dapur.
“Abang baik tu dah datang belum?”
“Dia datang ke?”
Kening Yaya terangkat. “Ada tanya aku pulak.”
Jo jungkit bahu. “Tatau.”
Yaya tiba-tiba mengukir senyum memandang ke arah pintu dapur.
Huh?!Kening Jo terangkat sebelah.Teragak-agak dia berpaling.
“Memang rajin la.”
Mata Jo bulat. “Anak teruna datang sini buat apa?!”
Apeh hanya ketawa.Dia melangkah masuk. “Ala...Bukannya ada sign tulis pun kat depan tu ‘no men allowed’.”
Jo menggeleng sambil ketawa kecil. “Yaya,nie Apeh.Apeh,Kak Yaya.My best friend.”
Yaya mengangguk dengan senyum segaris. “I can see the resemblance.”
Ek?Muka Apeh pelik. “Resemblance apa?”
Yaya sekadar tersengih. “Where’s the family?”
“Papa sembang dengan ayah Kak Ana.” Apeh dah menarik kerusi. “Nana dengan Nina kat depan.”
Yaya dan Jo berbalas pandang.
“Along tak datang?” Selamba Yaya bertanya.
“Along kata dia out station.”
5tahun5bulan[PartII]~Episode5
KLIA sesak.
“Along mana?” Rendah Jo bertanya pada Apeh.
Apeh merenung wajah Jo.Senyum Kak Ana ada.Hatinya bersuara sendiri.Riak wajahnya jugak ceria tak memberi tanda apa-apa.Tapi mata Kak Ana...Apa tu? Terkilan?
“Apeh.” Kening Jo terangkat sebelah. “Tengok akak macam tak pernah tengok orang.”
Sengihnya tawar. “Lawa la Kak Ana hari nie.Gila la...Kalau gi rumah macam nie mati-mati takdenye Apeh bagi jadi orang gaji.”
Jo ketawa. “OK apa pakai suit macam nie jadi orang gaji.Orang gaji terhormat.” Dia mengenyit mata.Seketika kemudian pandangannya diangkat melepasi bahu Apeh ke arah crowd yang sesak di depan kaunter itu.Seolah mencari sesuatu.
“Along...Dia busy.” Perlahan Apeh menutur.
“Ah.” Jo menala semula pandangannya ke wajah Apeh.Dia mengangguk faham. "Tak apa la tu.Nanti kirim salam akak kat dia.” Dia menarik senyum segaris.Tapi hati menelah sendiri.Along still marah pasal hari tu...Doa selamat tak datang...Hari nie busy pulak..Biarlah...Kenapa Jo?Does it matter?
Tak.
“Kak Ana,jaga diri tau.”
Jo senyum nipis segaris. “Apeh,jaga diri.Jaga adik-adik.”
“Apa Kak Ana nie...”Apeh ketawa. “Orang patutnya line tu cakap kat Along la.Apa Apeh pulak yang kena.”
“Dah Along tak ada kat sini...” Jo sengih.
“Jangan lupa tulis surat tau,Kak Ana.” Ujar Nina bersungguh-sungguh.
“Sure.Insya Allah.” Jo mengangguk.Jam di tangan dijeling sekilas.Almost time.
“Jo!”
Dia memanggung kepala di celah crowd.Aishah melambai dari hujung sebelah sana sambil menunjuk ke arah jam.Jo mengangguk faham.Sepintas rasa menerjah.Missing everything already la...Hatinya mengeluh perlahan.Yaya dah selamat sampai Tassie minggu lepas.Dan sekarang gilirannya pula nak meninggalkan tanah air tercinta.
“Akak dah kena pergi nie.” Dia senyum nipis.Pandangannya ditala pada mak,abah,Encik Latfy,Ayah Ngah,dan Wan Ngah yang masih rancak bersembang.
“Kak Ana...” Nina mengetap bibir bawah.Namun air matanya meleleh juga ke pipi.
“Laa...” Jo menggeleng perlahan. “Jangan la nangis sedih-sedih macam nie.” Tubuh Nina diraihnya ke dalam pelukan. “Nanti akak balik.Study rajin-rajin,okay.Dengar cakap papa,Along,Angah,dengan Kak Nana,tau.”
Nina hanya mampu mengangguk.
Tubuh kecil itu dilepaskan. “Come,Nana.One big hug for you.” Jo sengih ke arah Nana.
“Akak..”Tertahan suara Nana di telinganya.
“Kalau ada crush baru,let me know.Bagi akak tapis dulu.” Bisiknya rendah.
Ketawa Nana pecah juga meski air mata bergenang.
“Apeh...”
“Nak peluk jugak...” Apeh buat muka.
Bulat mata Jo. “Nak merasa backhand akak ke nie?”
Ketawa pecah.
“Take care,Apeh.”
Angguk.Matanya dah hilang sinar. “Jangan lupa kami.”
“I won’t.” Mereka kini sama-sama melangkah ke arah family yang berkumpul. “Mak..abah..”
Semua pandangan di situ berpaling.
“Juan kena pergi dah nie.”Jo sengih. “Karang tertinggal kapal terbang,abah nak hantar macam mana.”
Encik Latif ketawa. “Juan berenang la sampai Aberdeen.Abah tak mampu la nak sewa private jet nak hantar.”
Jo turut pecah ketawa. “Abah nie...Ada ke suruh anak berenang.” Dia kembali berpaling ke arah family Aishah.Kawan sekolejnya tu tengah buat drama air mata.Aiseh... “Juan nak kena pergi dah nie.”
“Study elok-elok.” Tangan abah disalam dan dicium.
Jo mengangguk happy. “OK.”
“Jangan tinggal solat dengan Quran tu..”Mak pulak berpesan sambil tangannya pula disalam dan dicium. “Juan..dengar tu?”
“Dengar mak..” Jo sengih. “Mak nie..”
“Nanti kalau balik cuti nak kerja lagi tak?” Encik Latfy tiba-tiba bersuara.
Jo berpaling. “ Tapi kalau saya balik nanti gaji kena dalam pound la,tak aci kira Ringgit Malaysia.”
Ketawa pecah lagi.
***
“Tu budak mana tu?”
“Seremban.”
“Different.”
“Stylo coo....lio...”
Sengih. “Dress code with an attitude huh?”
“Johanna.”Kay angkat kening double jerk.
“Yes?”
Aie dah ketawa bagai nak gila. “Kau tau?Aku rasa macam dah masuk zaman Kesultanan Melayu Melaka balik nie tau.”
Jo angkat kening sebelah. “Kenapa?”
“Imagine orang nama Hang Jebat!”Aie dah mengangkat kedua belah tangan ke atas.Ketawanya masih tak habis. “Aku nak jadi Tun ‘Aishah’ Teja la macam nie.”
“Yang mana?”Kening Jo terangkat sebelah memerhati kumpulan pelajar lelaki di sudut bilik orientasi International Student.
“Kalau kau nampak yang bawak keris tu,sure dia la tu.”
Ketawa mereka pecah lagi.
“Okay guys!Get into pairs now!”
Jo menarik senyum segaris tanpa perisa. “Jo.”
“Bat.”
Terasa nak terguling ketawa.Baik punya cover tak nak bagi tau nama penuh.
Kerek jugak budak nie...Bat mengangkat kening sebelah memandang wajah Jo yang nyata menahan ketawa. “Jebat Iskandar.”
Sengih yang ditahan berbunga jugak. “I’m Hang Li Jo.”
Loyar buruk minah nie...Namun dia sengih terpaksa. “Ampun tuanku.Maka ada kiranya bolehkah kita mulakan sesi ice-breaking?”
“Proceed,Datuk Panglima.”
“Age?”Bat merenung list soalan di tangan.Namun hujung matanya mencuri pandang gadis selamba di depannya.Kasut....bukan ladies sneakers punya type.
“19 going 20.You?”Apa jeling-jeling pandang-pandang nie...Teringin nak duet macam Siti Nurhaliza dengan SM Salim ke?
“20 going 21.”Jeans...Bukan straight cut.Mau 18”bottom.Selamba je geboy abis.
“Hometown?”Tak gaya orang Melayu tradisional pun.Gaya Hang Jebat pun tak ada.Dressing lepak je mamat nie.Aku ingatkan kot nama klasik dressing pakai tanjak.Dia sengih sendiri dalam hati.
“Melaka.”
Should have guessed that one!Ketawa terasa nak pecah ditahan bagai nak gila.Kalau dah Jebat tu mesti la Melaka.
Mata Bat singgah ke wajah Jo.Aku nampak kau nak tahan gelak...Memang selamba abis la budak nie.Tee...Independent.Independent gedabak. “Anything funny that you want to share?”Keningnya terangkat sebelah.
Jo mengukir sengih. “No offense,kay.But your name is..err...unique?”
Bat turut sengih selamba. “You should know the rest of the family.”
Huh?Kening Jo terangkat sebelah.
“We’re the Hang Lima Bersaudara.”
Erk!Rahang bawah rasa nak jatuh.Budak nie nak gula aku ke?
“No kidding.”Riak wajah Bat serius.Wajah Jo dipandangnya dalam. “Tuah Zulkarnain,Lekir Badiuzzaman,Lekiu Luqman,Kasturi Kushairi.”Hampir dia ketawa melihat wajah Jo.Macam nak jatuh rahang je aku tengok.
Biar benar...Akhirnya Jo menarik senyum segaris. “Well,in my case the family is not the The Hang Bersaudara la.Johanna is the only Hang Li Jo in the house.”
“I see.”Bat mengangguk. “So,is there any Sultan Mansur around?”
Dahi Jo berkerut tak faham.Wait sat...Kena revise sejarah Melaka.Hang Li Po datang dari China...pastu...Sultan Mansur...kawin ngan Sultan Mansur ke?Wajah Bat yang tak berubah riak dipandangnya.Budak nie tanya aku ada boyfriend ke?Ke..tanya aku dah kawin ke belum?
“Sultan Mansur still kat Malaysia ye?”Bat sengih selamba.
“I’m devoted to the China Emperor la.No sultan-sultan Mansur of Parameswara or whatever.”Off handed Jo menjawab.
Ketawa Bat pecah tanpa dipaksa.Witty and cool.Interesting.
“Time’s up guys!Move around now.Next partner!”
Jo dan Bat sama-sama mengalih pandangan ke arah Jacob yang bersuara dari tengah bilik.
“Nice meeting you,Jebat.”
“Bat.”
“Uh..sorry.”Jo menekan dahi. “Nice meeting you,Bat.”
“My pleasure,Johanna.”
“Jo.”
“Uh..Sorry.”Bat mengangkat kening double-jerk sambil mereka sama-sama bangun. “My pleasure,princess Hang Li Jo.”
5tahun5bulan[PartII]~Episode6
Orientation week dah lebih seminggu berlalu.Maka dah lebih seminggu juga bermulanya sesi akademik di bumi Aberdeen...yang sejuk tahap giga tak ingat!Baru autumn nak masuk winter pun dah rasa macam ngaa!!!Rindu matahari Mesia!! Macam mana la agaknya kalau MARA hantar ke Siberia ke...Alaska ke...Greenland ke...Moscow ke...Yang Moscow tu bunyi cam relevan tapi yang lagi tiga tu mungkin boleh overrule.Apa-apa je la yang kau merapu nie Jo.Mesti dah terlampau sejuk sampai neuron dalam kepala pun beku.
Rutin sampai ke hari nie satu pattern je.Kalau bukan dengan Basic Science of Medicine,mesti kena ngadap System 1.Community Course,coming soon.Kerja tiap-tiap hari kalau weekdays tader menda lain.Pagi lecture.Petang pergi lab anatomy.Lepas tu revision.And the cycle goes on...Ala monotonous.Tapi tak sempat nak bosan sebab banyak nak kena tengok.
Nasib baik la duduk kat South House Hillhead Halls nie dengan Aie.At least ada jugak kawan yang dah kenal.Even satu flat dengan Noni and Iyan,diorang bukan budak KMS.Dengan Aie pun bukannya kenal sangat masa kat Seremban dulu.Tapi kalau dah kat sini bertiga je budak Seremban,itu jugak la aku buat sedara sehidup semati kat bumi orang nie.Yang lagi sorang...Fakhrul Pak Aji tu.Malay dalam batch medic tahun nie ada la lima kerat.Aku,Aie budak MARA.Iyan budak JPA.Hang Jebat tu Petronas.Kay budak PNB.Fakhrul budak MARA tapi kaki engine.Noni pulak JPA sekaki dengan Fakhrul.
Group untuk anat lab sekali dengan Bat.Merangkap group untuk Community Course yang kena pergi melawat family baru dapat anak tu.Tapi Community Course session tu lambat lagi.Sekurang-kurangnya buat sekarang nie,pening kepala aku nak paham Scottish accent time lab tu ada jugak Hang Jebat tu aku nak tanya.Kerek-kerek aci redah dia pun at least kira jalan la nak buat kawan.
So far,happy.Dia berhenti berfikir sejenak....Okay..time for confession.Not actually happy.Not unhappy sebab homesick.Aku dah immune dengan homesick since umur 11.Tapi entah...pasal apa hari nie aku down semacam?
“Kenapa kau down semacam nie...Macam dah masuk mode underground je.”
Jo mengangkat wajah dari flowchart yang berselirat dengan anak panah. “Kemende?”Keningnya terangkat bertanya.Headphone di telinga dilurut ke leher. “Kau nak pergi gig underground?”
“Ingat aku putus fius ke?!”Aie menjulingkan mata.Dia melangkah ke arah katil. “Tengok kau hari nie angin semacam je.Kenapa?”
Jo sengih selamba. “Hormonal changes.”
“Jangan la sedih-sedih..Kau nie...Worst case scenario pun aku ada..”
Jo ketawa. “Kau nak buat apa...Baik aku cari Hang Jebat tu.At least kot dia tau silat.”
Aie menjulingkan mata.Tu dah masuk mode tak betul la tu.
Jo hanya tersengih.Lecture notes ditutup.Dia bangun ke meja study meninggalkan Aie di katil.Seketika kemudian jemarinya berlari laju di atas keyboard.
| What is your connection with darkness? (pics)" - Results: |
|
|
| Your connection with darkness is through your depression. Hated, sad and often feeling lonely, there is only a few that appreciate the real you. You tend to keep to yourself and away from the world since you don't want to be hurt and betrayed again. Music gives you the understanding you need to get through, it's your "therapy". Or you express yourself through art or writing. Chances are you're also an anti-social person, who only likes being with close friends, if even that. The world has finally showed it's true face for you and you wish life wasn't this miserable to live through. Maybe you'll find happiness in the future, but right now you're just hiding away from the world. Who needs people anyway? |
A yes-and-no-answer for all those above.Connection tu darkness tu..seram aku!Depression?Itu ke yang aku rasa sekarang nie?ntah...Hated?I aint hated.not that i know.sad?feelin really down sekarang nie.Often feeling lonely..well...yes..who else can I turn to kalau bukan to Him,and Yaya.or Aie.Tapi tak kenal betul lagi dengan Aie.Belum sampai masa nak confide dengan Aie.c’mon...i trust nobody but yours truly.Dan sekarang tak tau nak cakap dengan siapa...Karang call mak dengan abah karang buat susah ati diorang je...
And yes i’d prefer to stay away from the world coz i dun wanna be hurt or betrayed[again?]naa..aku tak pernah la tangled up dengan kesah2 chenta.oh yeah...i live on with music.and expressing myself thru whaattt?!!!art?gila tangan kayu tak reti melukih.writing?gibbering counts ke?huh!Anti-social part tu...rasanya tak la sangat.aku bukannya recluse.close friends dah cukup.at least Yaya faham kepelik2an aku.i aint typical,and aint abnormal either.the rest tu...mmg a real-no2.my life’s not that miserable even though well yes...mmg aku tengah miserable gila sekarang nie..but He did promise to help.Who needs people anyway?Well..I do,in a way.Thank you.
Aku miss Yaya!!Contact number dia tak dapat lagi.Kat Y!M pun tader.Maybe dia tercampak masuk ceruk mana kat Tassie tu yg sampai tader net connection.Nak cerita dengan Yaya...nak merapu dengan Yaya..Ya...
Persoalan hari ini.Kenapa aku miserable?Masalah..putus fius...tader concrete reason pun untuk miserable hari ni.Smile,Jo!Senyum plastik pun jadi la!Dan ingat pesan mak...ingat Tuhan selalu.waktu susah senang....
Jemarinya berhenti berlari.Dia berpaling ke arah katil di mana Aie sedang bersila dengan Valmer di riba.
“Aie.”
Aie angkat muka.
“Kau free tak malam nie?”
“Apahal?Paarrtteeyy?!”Aie sengih.
Jo turut sengih. “Midnight party qiyam plus tadarus nak?”
Aie menggeleng.“Aku dah agak....On.Kau kejut je.”
Ketawa. “Sebab tu aku sayang kau.”
Apeh SPM minggu depan.Handset dicapai.IDD card ditarik keluar dari wallet.Cekap tangannya mendail.Seketika kemudian dia menunggu talian bersambung.Mata nak lelap begitu degil.Lagi dua jam dah nak bangun qiyam.
“Assalamualaikum.”Suara di Malaysia menyapa di hujung talian.
“Waalaikumsalam.”Jo menjawab dengan ceria yang dipaksa. “Sihat?”
“Alhamdulillah.Siapa nie?”
Jo sengih tawar. “Apeh...Nie akak la.”
Diam.
Alamak!Cik Latfy ke?
“Ana sihat?”Lembut suara itu bertanya.
Air liur terasa berpasir.Jo menggigit bibir bawah.Berkira-kira nak menekan butang mematikan talian. “Along...”Perlahan dia menutur.
Afiq menghela nafas panjang sambil merenung ke luar tingkap. “Ana sihat?”Dia mengulang.
Dada terasa sebak tiba-tiba. “Mm..”Dia hanya mampu mengangguk.
“Lain macam gaya suara nie.Betul ke sihat nie?”Dahi Afiq berkerut bertanya.
“OK.”Suaranya antara terkeluar dan tidak.Tak tahu kenapa....Dengar suara Along macam tu lagi buat rasa sebak tiba-tiba.Air mata tanpa sedar meleleh perlahan dari birai mata.Nak datang ke Aberdeen dulu Along tak jejak pun KLIA.Tipu jika kata dia tak terkilan.Terbang ke bumi orang tanpa kata maaf.Kata terakhir yang didengar hanya tika berkasar.
“Ana...”Suara Afiq memanggil terasa makin mendera.
Jo menarik nafas.Cuba melapangkan saluran udara. “Along sihat?”
“Alhamdulillah.”Dia mengulang jawapan yang telah diberi tadi.Afiq terhenti sejenak. “Ana...Kenapa nie.”Telinganya cekap menangkap. “Ana nangis kenapa nie...”
“Mana ada Ana nangis,Along...”Jo memaksa tawa. “Static tu.Aberdeen-KL bukan macam Ampang-PJ.”
“Ana...”
Kenapa Along lembut suara sangat nie...Jo mengetap bibir.Erat dia memeluk Bart Simpson.Mata terasa makin hangat.Tengah vulnerable state nie menangis betul aku nanti...payah... “Along,Apeh mana?Ana nak cakap dengan dia.” Suaranya sengaja diceriakan.
“Papa bawak dia pergi keluar.Bagi relax sikit.Stress je tengok buku.”
Diam. “Nana dengan Nina ada?”
“Semua ikut sekali.Along tinggal sorang nie.” Afiq senyum tawar. “Ana pun tak ada nak teman Along.”Dia terhenti sejenak. “Seronok tak duduk sana?”
“OK.” Sepatah Jo menjawab.
“Ana sedih kenapa nie...” Perlahan Afiq mengulang tanya. “Homesick?”
“Mana ada Ana sedih.”
“Ana...”
Jo menggigit bibir bawah.Aku memang tak boleh la kalau tengah sedih-sedih orang buat gaya baik-baik sangat macam Along nie... “Along..”
“Hmm?”
“Along... busy lagi sekarang nie?” Tanyanya rendah.
Afiq terdiam.Kemudian bibirnya mengukir senyum tawar. “Kenapa Ana tanya macam tu?” Datar dia bertanya semula.
Jo hanya menjungkit bahu sambil memaksa ketawa. “Sampai kenduri doa selamat hari tu pun Along tak datang.Kat KLIA pun Along tak ada.Kalah YB kalau busy macam tu.”
Afiq ketawa hambar. “Betul la Along busy.” Half-half,huh Afiq? “Along ada field work.Kena outstation.” Volunteer nak pergi ceruk Tasik Banding... Kenapa? Bawak diri?Masalah...Mungkin sebab tak dapat terima diri jadi salah satu cast dalam Broadway Ana.Entah..
“Along..”
“Hmm?”
“Sorry.”
Kening Afiq sedikit berkerut. “Sorry kenapa.”
“Hari tu.” Jo terhenti sejenak. “Marah Along.Tak mintak maaf pun sebelum fly.Sorry.” Sambungnya menggumam. “Agaknya sebab Along tak ampunkan Ana sebab tu payah ilmu nak masuk kat sini.” Tambahnya sambil ketawa tawar.
Afiq turut senyum lucu. “Susah study?” Cold War.Lari dari kenyataan namanya kalau nak kata dia tak terkilan sekuman pun sebab tak memberi kata terakhir pada gadis itu sebelum terbang ke rantau orang.
“Mm.”Jo mengangguk sambil merenung keluar tingkap.
“Sedih sebab tension study la nie.”
Jo mengetap bibir bawah. “Susah nak paham...Ana tak dapat nak pick-up lagi Scottish accent tu.”
“Jangan la macam tu..Cepat sangat give-up nie...”
“Sedih sebab tak faham bahasa....”
“Susah kan kalau nak berbahasa dengan orang tak reti bahasa?”
Jo mengetap bibir bawah. “Along..!”
“Ek eh...merajuk..” Afiq ketawa. “Kena angin Aberdeen terus tak boleh kena sakat ye?” Giatnya. “Dulu kena cemana pun kira tahan je.”
“Along nie...”
Ketawa Afiq masih bersisa. “Okay..okay..Tak sakat dah..Nie Ana call pakai apa nie?Handset ke IDD?”
“IDD.”
“Bagi Along number handset.Dengan number rumah sekali kalau ada.”
Jo muka pelik. “Along nak buat apa?”
“Kalau ada apa-apa hal biar Along yang call.Duit scholarship tu simpan untuk benda lain.IDD pakai untuk call mak dengan abah je.”
Jo terdiam.
“Ana?Dengar tak Along cakap nie?”
“Mm.” Dia mengangguk kecil.
“What’s the number?”
“Ana tak ingat la,Long.” Jo sengih tawar. “Panjang sangat.Nanti Ana hantar SMS la number tu.”
“ Okay.Hang-up the phone,send me the number,I’ll call you back.Take my number now.”
“Sekarang?”
“Yes.”
“Along nak call balik right lepas nie?”
“Yes,Johanna.”
“Kenapa...”
“Sebab ada sorang budak kat Aberdeen tu tengah susah hati.Along nak make sure dia cerita habis apa yang dia rasa nak cakap,dan nak make sure lepas tu dia boleh tidur lena.”
5tahun5bulan[PartII]~Episode7
“Joooo...haannnn...naaaa!!!!!!!!!!!!!!!”
“Yaya!”
“Aahh..Aku rasa happy gila dengar suara kau sampai rasa macam nak menangis!”
Jo ketawa.Mata dah terasa basah,dada rasa berbuku.Air mata happy.Rindu sangat kat Yaya...Rindu sangat-sangat... “Putus fius la kau,Ya.” Dia menyeka mata dengan hujung jari. “Kau masuk daerah mana yang sampai aku nak contact pun tak dapat nie?” Dia bersila di katil sambil memeluk Bart Simpson di riba.
Yaya turut ketawa. “Jenuh aku jadi CIA agent nak cari contact number kau.Aku tader internet connection kat rumah lagi nie.Number kau nie pun aku call mak kau baru aku dapat.”
“How’s Tassie?”
“Sejuk giga!Aku nak balik!!Tengah hujung-hujung winter nak masuk spring nie pun aku tak tahan.Sejuk habisan.”
“Apa kau ingat Aberdeen nie macam Kuala Terengganu ke climate dia?” Jo menjulingkan mata.
“Eh,dah start belajar?”
“Dah start.” Jo menjulingkan mata. “Kau tu je yang bersukaria buat bridging.”
Yaya sengih. “Selain kau,Aie dengan Fakhrul siapa lagi Malay kat sana?Ramai tak?”
“Buat medic ada lagi 3 orang.Sorang buat engine.” Jo memikir. “And y’know what...aahh..you won’t believe this.Ada sorang mamat tu nama memang klasik gila.”
“Huh?” Yaya pelik. “Pekenama?Pateh Karma Wijaya?”
Jo ketawa. “Something along that line la.”
“Biar benar...Laksamana Hang Tuah?”
“Hang Jebat.”
“Gula overdose la nie.Takkan orang nama Hang Jebat kot.Ntah-ntah dia tersilap masuk time-warp tak...”
Jo ketawa lagi. “Jebat Iskandar.And the rest of the adik-beradik memang the Hang Lima Bersaudara.”
“Heaven...Really?”
“Uhuh.”
“Dah tu kau jadi apa?Tun Teja?”
Jo sengih sambil memintal hujung rambut. “Tun Teja tu Aie.Aku jadi Hang Li Jo.”
“Well-picked!” Yaya ketawa. “Hey,girl.” Nada suaranya sedikit berubah. “I miss you like orang gilak.”
“I know.”
“Say it,la.”
“Say what?Say Uu..la..la?”
“Mangkuk tingkat betul la kau nie...” Yaya menjulingkan mata.
Jo hanya sengih. “Ya.”
“Hmm?”
“Hari tu aku cakap dengan Along.”
“What?”
“Aku nak call Apeh,semua orang tader kat rumah.Along yang angkat.”
“Apa yang orang sembang?”
“Rasa macam ada abang yang sangat baik...” Jo merenung jauh keluar tingkap.
“Bless him...How did he do that?”
“Do what?”
“Find the key to your heart?”
“C’mon Ya...” Jo ketawa. “Kau buat meaning ambiguous gila.Aku kata dia baik je.”
“Hearing it from you.Hati tersentuh.A big ‘whoa’,Jo.” Yaya angkat kening dengan sengih di bibir. “Dulu kau kata dia Serbia,sekarang kau kata dia Mercy Malaysia?Jauh antara langit dengan teras bumi tu,Jo.”
Jo senyum tawar. “Nothing along that line la.Serius.”
“And how about that Hang Jebat guy?”
“Dia dah ada awek la kat Liverpool nu ha....By the way,kau nak jadi Dang Wangi?”
***
Lippincott tu dah ditutup.Enough for the day.Kepala dah tepu.Tinggal nak meletup je.Fuh...Jo mengurut leher perlahan.Apartment tu dah senyap.Dia menjeling jam.Hampir pukul 11.30 malam.Yang lain dah jenera agaknya.Buku biochemistry itu diletaknya ke dalam book-box.Seketika dia menatap skrin laptop.Bloggus....
| What kind of person are you? (with pix!)" - Results: |
|
|
| You're like me! The intelligent loner. You're shy at times but friendly, and you are never weak and always independent. You are incredibly intelligent (wise beyond your years) and have a talent for many things (sports, music, art). You have a kind and warm personality and enjoy the simple things. Like hanging out with friends and watching movies at home. But you're sometimes quiet nature makes you a bit of an outcast and a mystery to people. No matter how pretty you are or smart or athletic, you just can't seem to break into the crowd and be noticed. Don't worry, try to be more outgoing and speak out when you have more to say. Don't hide behind your books and sports and computer, get out there and get noticed. You also have deep desires in life and feel vulnerable and alone at times. Don't feel sad either, What helps me to express feelings and dreams that I can't say to people, is through my writing. Maybe you should try. |
You're like me! The intelligent loner[whoa..nama cambest.ala2 lone ranger]. You're shy[shy?!*raised brow*..or just antisoc?] at times but friendly, and you are never weak and always independent[full mark!!]. You are incredibly intelligent (wise beyond your years)[duh..see if I can make it thru my 1st med school exams] and have a talent for many things (sports, music, art) [ceh..tipu..okay..okay..main guli,main tenteng,tengok gymnastic artistic, NBA hardcore,basketball,dengar lagu 24/7 sampai ada orang tanya ‘are you using hearing aid?’ bila tengok earphone tak pernah berenggang dari telinga,and being meßit’s an art too,aite?]. You have a kind and warm personality and enjoy the simple things[ah sure…I hate frills and fluffs!and complicated neurological stuff too.ahaha.teruk punya budak medic.]. Like hanging out with friends and watching movies at home. But you're sometimes quiet nature makes you a bit of an outcast and a mystery to people[waa..gadis misterißindigo’s singin!]. No matter how pretty you are or smart or athletic, you just can't seem to break into the crowd and be noticed[yeah..i’m a wallpaper..err..or is it wallflower?heh!]. Don't worry, try to be more outgoing and speak out when you have more to say[I’d prefer to speak when I’ve or want to,thank you]. Don't hide behind your books and sports and computer[aah..c’mon sumtimes it’s better gibbering with ur laptop’s keyboard than with ur tongue], get out there and get noticed[I like it this way,thanks]. You also have deep desires in life and feel vulnerable and alone at times[Yaya…kenapa jauh sangat Ya…]. Don't feel sad either[okay..i’m working on it…], What helps me to express feelings and dreams that I can't say to people, is through my writing. Maybe you should try.[kalau aku boleh tulis novel ke..buat graffiti ke…tulis lagu ke…memang dah lama dah aku buat.tak payah bagi tau..nie yg mampu aku buat tulis ntahapahantah dalam blog je.does it count?]
Jo meraup wajah.Penat tapi tak mengantuk.Hujung telunjuknya berlari di Syntap Mouse Pad.Sungguh la aku nie patut kena diagnosis dengan penyakit yang dibawak dek Yaya....Blog yang dicarinya kini terpapar depan mata.Termos berisi Milo dituang ke dalam mug kosong.Dia membetulkan duduk agar bersila di atas kerusi studi.Dan matanya mula berlari.
.....Teringat kata-kata Jasmin.All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us la.Tak percaya tengok dia punya translation “.If you want to find solace and balm for the sore,the words will heal it straight away.Ayat memujuk macam dalam al-Insyirah and ad-Dhuha.Sooth you anytime.Sweet!”...
Bibirnya tanpa sedar mengukir sengih tawar membaca perenggan itu.Kesian kat diri sendiri sebab tak faham Bahasa Arab,kan Jo?Betul ke al-Insyirah dengan ad-Dhuha tu ayat memujuk?Pujuk siapa?Jo tanpa sedar menggaru kepala yang tak gatal.Oh yes...Dulu mak pernah kata masa Nabi dalam Tahun Dukacita,Nabi sangat sedih.Kalau tak silap masa tu la mak kata Allah turunkan al-Insyirah.Dengan ad-Dhuha sekali ye?Mak pun selalu je suruh baca al-Insyirah kalau susah hati.Main baca je tapi meaning tak pernah nak ambil tau.Taklid betul la kau nie,Jo.
Baris-baris kata dalam e-Novel Versus tu seolah dah tak nampak.Macam brain punya button ‘halt’ dah kena tekan.Tangan kanannya mencapai tafsir di meja study.What’s the meaning of al-Insyirah punya ayat la?
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?
Yang membebankan punggungmu?
Dan Kami muliakan namamu.
Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.
Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka bersusahpayahlah (mengerjakan lain pekerjaan)
Dan kepada Tuhanmu,berharaplah.
Macam tu....Tanpa sedar dia mengangguk perlahan.Even repeated twice!Verily after each difficulty there is a relief. Patut la mak suruh baca selalu...Tapi kalau baca selalu dan faham makna lagi bagi kesan kat hati,betul tak?Betul..Hati seolah mengiakan.Kena berguru dengan Fakhrul Pak Aji tu la nampak gayanya aku nie.Farha naqibahku...Kenapa pergi Monash?Jauh sangat aku nak tanya nie...
Jo melepas nafas perlahan.Poskad dengan gambar Bridge of Don yang dah siap ditulis untuk Nina itu dicapainya.Pen ditarik dari pencil case dan mula berlari.
p/s:verily after each difficulty,there’s a relief ;)
Apa salahnya share benda yang baru belajar,kan?Pandangannya kembali menala ke skrin laptop.Okay,Jo.Habiskan one entry hari nie,lepas tu kau baca love letters pulak!
5tahun5bulan[PartII]~Episode8
Begnya diletakkan ke atas rumput.Kemudian dia pula melabuhkan sila di atas bench batu panjang di bawah gazebo itu.Sejuknya nak winter!!!Hari nie forecast 5-8ºC.Vender yang berkilo di tangan diletakkan di sebelah.Lecture physio dengan anat bersambung.Petang nie ada anat lab session.Hmm...Jo menarik backpack ke atas sila.Tangannya menarik zip sebelum mencari lunchnya untuk hari itu.Botol mineral water dibawa keluar diletak di hujung lutut kanan.Kemudian ditarik keluar pula energy bar dan epal merah sebiji.Tangannya menadah membaca doa makan.
"Hi."
Tangan yang baru nak membawa Snickers Marathon ke mulut terhenti.Jo mendongak.
Backpack dah dilurut dari bahu ke tanah. "Baru nak makan?" Bat dah turut melabuhkan sila di sebelahnya.
Jo teragak-agak mengangguk. "Kau buat apa kat sini?" Nak kena backhand ke duduk dengan aku kat sini?
Kening Bat terangkat sebelah. "Oi cik kak.Petang nie bukan kita ada anat lab ke?" Matanya singgah pula pada energy bar di tangan Jo. "Kau makan tu je for lunch?"
Jo turut merenung Snickers Marathon di tangan. "Dengan nie..." Dia mengangkat pula epal yang tadi diletak di atas backpack.
Bat menjulingkan mata. "Kau diet ke apa?" Dia menarik tupperware dari dalam backpacknya.
"Kenapa kau sorang je?"
"Johanna...Sebab group anat lab petang nie memang kita dua je budak Malaysia.Orang lain dah balik tido." Bat merenungnya pelik. "Apa kena la kau tanya soalan pelik-pelik macam nie."
Jo merenungnya kembali dengan kening terangkat sebelah. "Kau tu la pelik.Tak pernah dibuat,tiba-tiba je datang join aku lunch hari nie.Nampak dek Fakhrul mau mati kena sound."
"Fine."Kedua belah tangannya diangkat. "Tak nak aku join,lain kali aku tak join.Tapi sekarang nie aku lapar,aku nak makan dulu." Sambungnya off-handed. "Grant memang buat kepala aku pusing la dengan lecture dia tu." Bat menggumam rendah sambil membuka tutup tupperware. "Belum lagi pusing nak jumpa dia petang nie kat lab."
Rasa yang tadi macam nak marah sekarang macam nak ketawa.Jo menggeleng perlahan sambil menggigit Snickers.Ingatkan aku sorang je yang tension.Ada teman rupanya.
"Nah."
Ek?Rahang bawahnya rasa nak jatuh. "Eh..tak payah la,Bat."
"Nak stay lagi dekat 4 jam makan energy bar dengan red apple.Nonsense." Bat meletakkan tutup tupperwarenya di depan Jo bila gadis itu tak menyambut. Wajah Jo dipandangnya. "Tak payah la nganga macam tu.Takkan nak suruh aku suap kot.Tu mana masuk dalam job description Datuk Panglima,Tuan Puteri Hang Li Jo."
Jo menutup mulut mencebik.Kemudian merenung makanan di depannya. "Steak and kidney pie." Tuturnya perlahan.Renungannya beralih ke wajah Bat yang dah membawa garpu ke mulut. "Kau beli kat mana nie?"
"Aku buat la,Jo."
"Kau buat?"
"Hmm.."Bat menjawab malas. "Tapi sori la.Aku tak bawak extra fork." Garpu berisi dibawa lagi ke bibir.
Snickers Marathon yang baru digigit akhirnya diletak di atas backpack. Tangannya sekali lagi ditadah membaca doa makan.Tutup tupperware itu ditatang dengan tangan kiri.Steak and kidney pie itu dibawa ke mulut dengan tangan kanan.
Reaksi wajah Jo dipandangnya dengan hujung mata.
Masya Allah mamat nie...Dasyatnya masak.Lambat-lambat dia mengunyah.
"OK?"
"Superb." Jo merenung Bat dengan kening terangkat sebelah. "Tipu la kau buat sendiri.Tak caya aku."
"Tak caya sudah."Bat hanya menjungkit bahu.
Biar benar...Rasa macam pie kedai. "Mana kau belajar nie.Kau reti masak ke?"
Bat menjulingkan mata. "What a question."
"Aku ingat Hang Jebat reti bersilat je."
"Aku merangkap tukang masak diraja."
Jo ketawa. "Kira merangkap tukang masak aku la tu.Aku royalty apa."
Ketawa Bat turut pecah. "Banyak lawa kau punya tapak kasut!"
"Tabik la dengan kau..." Jo menggeleng. "Mintak recipe?"
"Kau reti masak ke?" Kening Bat terangkat sebelah.Skeptic.
Ek eh mamat nie... "Apa..Ingat aku tangan kayu ke.."
"Anak sorang mesti spoilt brat la.Masak air pun tak reti agaknya." Bat senyum menyindir.
Riak wajah Jo selamba. "Oo..Kau tengok aku tak ada mata ye,group-mate.You wait and see la."
"Oh yes...Wait sampai Bridge of Don tu kena bom dengan Swiss Army." Bat menjulingkan mata.
"Hai lah Jebat...Kau tengok je la nanti.."
***
Iyan melangkah ke dapur sambil mengikat rambut dengan ekor kuda.Terangkat keningnya melihat Jo yang tengah memutar senduk leper di tangan.Headphone di leher berdentum dengan The Middle-Jimmy Eat World.
"Kau buat apa tu,Jo?" Iyan menarik kerusi dining.
Jo berpaling. "Uh..Hi Iyan." Senduk di tangan diputar lagi di hujung jari. "Buat apa?" Dia kembali mengadap mixing bowl. "Tengah buat Killer Choc Cake." Jawabnya dengan sengih selamba.
"What?!"
Sengih Jo tak mati. "Ala..bukannya nak bunuh korang.'Kill' as in 'dress-to-kill'."Mangkuk berisi chocolate chip dicurah isinya ke dalam mixing bowl. Senduk di tangan kini mula memukul batter. "Tolong pass baking tin atas meja tu,Iyan."
Iyan bangun melangkah sambil mencapai baking tin yang dah dileser dengan butter dan tepung. "Mimpi apa kau tiba-tiba nak baking nie?"
"Mimpi ngeri." Jo ketawa sambil tangannya makin ligat memukul batter. "Hah!Done!" Mixing bowl diangkat dan hati-hati isinya dituang ke dalam baking tin. "Tolong scrap dengan spatula tu,Yan."
"Sure." Iyan mencapai senduk leper itu dan mula menarik saki-baki batter di dinding mixing bowl yang masih dipegang Jo ke dalam baking tin. "Mimpi ngeri jenis apa yang sampai kau baking malam-malam nie..."
Jo angkat kening double-jerk. "You dun wanna know."
"Jo!!" Suara Aie tiba-tiba melaung dari ruang depan.
Iyan dan Jo sama-sama berpaling. "Yes?"
"Phone!"
Iyan dan Jo berpandangan. "Kejap!" Jo melaung balik.Mixing bowl di tangan diletak ke dalam sinki. "Leave it there,nanti aku basuh." Ujarnya pada Iyan sambil membawa baking tin ke oven.Mak ke..abah?Tak pun mesti si Yaya nie.Kek dah selamat masuk ke oven.Sekali lalu tangannya dibasuh di sinki.Sambil melangkah ke ruang depan tangan dilap pada jeans.
Aie masih memegang gagang telefon.
"Apahal kau tengok aku pelik semacam?" Kening Jo terangkat.Gagang yang dihulur Aie dicapainya.
"A guy." Aie bersuara rendah sebelum berlalu ke dapur.
"Apeh ke?"
"Nope!" Aie dah menghilang.
"Hello,assalamualaikum."
"Waalaikumsalam.Tengah buat apa?Baking?"
Jo sengih.Along... "Baru habis."
"Ana baking apa tu?"
"Choc cake."
"Bila nak balik Malaysia nak masak untuk kitorang nie..."
"Along nie...Belajar masak sendiri la.." Jo ketawa. "Harapkan orang masak je.Typical guy."
"Ek eh budak nie...Ada ke ngata orang pulak.Tanya sikit,hari tu dia demam siapa yang masakkan bubur nasi dengan chicken soup?"
"Mengungkit!"Jo sengih lagi. "Along sihat?"
"Alhamdulillah.Ana?"
"Alhamdulillah jugak.Tapi tak tahan la sini punya climate.Beku je.Nak study pun tak masuk." Ujarnya selamba. "Apeh,Nana dengan Nina OK?Papa Along sihat?"
"Semua OK.Apeh tu je tengah stress.Nana seksa dia dah lepas."
"Tension pulak..." Jo menggeleng perlahan. "Dia tengah buat apa tu?"
"Siap nak tuition Bio.Bising dia.Asyik kata kalau Ana ada,tak payah pergi tuition pun no hal.Study je kat rumah."
"Ana charge,tau." Sengih Jo menutur.
"Ye la tu...Study OK ke nie?"
Jo menggaru pelipis.Nie dia dah start buat quality check-up dah nie... "So far,alhamdulillah la."
"How's the accent?"
"Working on it."
"Penat la kitorang macam nie...Nanti Ana balik berabuk speaking dengan Scottish accent."
"Keji la Along nie..."
Afiq hanya ketawa. "Apa lagi cerita orang Aberdeen?"
"Hmm.." Jo memikir sejenak. "Hari tu kan..."
***
Handset tiba-tiba berbunyi tanda mesej masuk.Jo mengangkat muka dari buku anatomy di riba.Dia mencapai handset di tepi bantal.Bat.
Esok pergi anat lab sekali.Jangan lupa kau punya notes.Aku dah buat aku punya sketch.Esok share.Lepak tempat biasa?
Sure.
At least esok nak balik dari Marischal College ke Hillhead ada kawan!Dah la sekarang nie cepat je gelap.Sebelum nie aku aci best je ke hulu-hilir sensorang kalau dah tinggal sorang kat uni time Aie dengan Iyan dah balik.Naik bas sensorang nak balik pun kira redah je.Sejak tragedy kena sergah dengan homeless on the way nak balik dari uni last week,memang ala-ala trauma la jugak.
"Oit!"
Jo angkat muka.Kepala Aie terjengul di balik pintu bilik. "Assalamualaikum."
Salam Aie dijawab sambil menggeleng. "Oit dulu baru bagi salam.Haru la kau,Aie."
Aie sengih. "Petang esok kau punya lab kan?" Dia dah duduk di katil sambil menarik Bart Simpson ke riba.
"Yup." Handset diletak kembali ke tepi bantal.
"Nak aku stay sekali?"
"Taper la,esok kan kau ada study group lagi kat hall." Jo sengih tawar.Takkan susahkan Aie sampai macam tu sekali.Bukan kerja nak terkejar-kejar dari Foresterhill ke Marischal ke Hillhead macam nak wat triangular marathon pulak. "Aku balik sekali dengan Bat la esok."
Aie angguk. "OK." Jo dipandangnya. "Fakhrul tak bising?"
"Dah cair dah skrin laptop aku tu dengan tazkirah dia." Jo menggumam. "Apa dia ingat aku pun suka sangat ke nak ke hulu hilir dengan Hang Jebat tu kalau tader hal?Kot dia nak temankan aku time kena balik malam-malam tu taper la jugak."
Aie sengih. "Kau nie dasyat la,Jo.Siang dengan Bat,malam dengan Bart."
Huh?!Kening Jo terangkat sebelah. "Siang pun bukan tetiap hari,malam bila masa aku berkepit dengan dia?"
"Siang dengan Hang Jebat,tidur malam peluk Bart Simpson." Aie angkat kening double-jerk.
"Lawak respiration system kau hari nie." Jo menjulingkan mata sambil ketawa.
"Yang call kau tu tadi siapa?" Aie sengih nakal. "Sejak bila kau ada boyfriend aku tak tau nie?"
Jo terkedu.Ek? "Banyak la aku punya boyfriend...Tu abang Apeh tu."
"Aaa...Along Serbia yang kau kata tu?"
"The very the one la."
"Baik pulak kau dengan dia."
"Macam abang."Jo hanya menjungkit bahu.
"Betul ke..."
"Nie kau nie pun nak jadi macam Yaya ke?Tader kerja lain nak kacau aku dengan Along tu." Jo menggeleng.Dia mengurut pangkal hidung membawa ke mata.Mata dah pedih lama sangat baca buku. "Dia dah kerja,c'mon la.Awek sure keliling pinggang.Silap-silap dah bertunang apa dia."
5tahun5bulan[PartII]~Episode8[cont']
“Kalau tak berpunya kau nak ke?”
Jo ketawa. “Gila...Kau nak ke?”
“Good looking tak?”
“Hmm..”Jo merenung dinding cuba menimbang. “Biasa je.Average Malaysian Joe..Tak la drop-dead handsome membunuh macam Takuya Kimura kau tu.”
“Macam Takeshi Kaneshiro?”
“Putus fius ke apa.Kaneshiro tu piawai apa?Tak masuk list aku.”
“Kau tu Michael Jordan pun kau kata good-looking.”
“He is good looking.”
“Okay..okay..” Aie angkat tangan surrender. “Yang Along nie?Ada tahap Jordan?”
“Aku tatau la nak kata.Tapi boleh kategori OK la kot...Entah...Biasa je.Dua mata,satu hidung,satu mulut,dua telinga.”
“Masalah la kau nie.”
Jo hanya angkat bahu. “Dia macam Apeh la kot.Ada la resemblance tu.Tapi dia tinggi lagi.” Pandangannya menala pada frame berkembar tiga di atas night table.Di tepi kanan gambar dengan Yaya.Di tengah gambar dengan mak abah.Di tepi kiri gambar dengan Apeh,Nana,Nina dan Encik Latfy masa di KLIA.
Pandangan Aie turut memaku pada wajah Apeh. “Hmm..Kira OK.Pass!Boleh masuk aku punya list.”
5tahun5bulan[PartII]~Episode9
Matanya berlari meniti baris-baris kata di skrin laptop.Berkerut-kerut dahinya mencerna The Collapse of the Theory of Evolution in 20 Questions karya Harun Yahya itu.
Baru nak masuk chaper soalan 2.How Does The Collapse of the Theory of Evolution Demonstrate the Truth of Creation? Jo sengih.I really love you Harun Yahya.And Maurice Bucaille too.Walaupun tak ada bukti sahih yang kata Bucaille rivet masuk Islam,tapi aku harap itu la yang jadi.Fantastic chopstick sungguh la korang punya masterpieces.Groundbreaking!
Semalam abah telefon.Sembang punya sembang abah tanya buku Harun Yahya dah berapa dah khatam.Sengih-sengih kerang busuk je nak jawab.Baru habis dua.Perished Nation dengan The Evolution Deceit.Total material Harun Yahya je ada dekat 60.Abah kata dalam masa 5 tahun 5 bulan duduk Aberdeen bagi khatam semua.Ahaha..abah nie..Lawa je budget satu bulan paling kurang satu buku.Siap kata lagi nanti nak forward lagi e-Books,bagi list lagi panjang.Itu pun siap dah forward dah Shaikh Abdul Ghaffar punya Women's Rights.Nasib baik best!Tapi Black House-Stephen King tak tinggal jugak.Dan dah kena wabak si Yaya follow e-Novel.e-Novel Melayu pulak tu.Entah macam mana kena badi dia pulak...Haila...
Mata yang pedih digosok dengan telunjuk.Jo menjeling jam di tangan.Dah dekat nak pukul 10.00 dah...Patut la mengantuk.Dia bangun meninggalkan laptop sambil meregangkan tangan ke depan.Pre-reading untuk lecture esok dah settle.Langkahnya diatur ke katil.Dia merebahkan badan sambil menarik Bart Simpson ke dalam pelukan.Bart...Bat...Jo sengih tawar tanpa sedar sambil menggeleng.
"Alahai...takat choc cake macam nie aku boleh whip petik jari macam tu je la." Anak muda itu mencebik ke arah Jo dengan choc cake pembunuh itu di tangan.
Cebik-cebik pun habis jugak.
Tapi lepas tu dia pulak bawak choc cake...Yang memang tak dapat nak nafi lagi dasyat!Kalah Secret Recipe.
"Bat,parents kau kerja chef ke?"
Dan tukang masak diraja tu ketawa je. "Aku berdaulat." Dan lepas tu dia buat pizza pulak.
Jo servis dengan lasagne.
Bat balas servis dengan chicken pie.
Jo try tangkis dengan baked macaroni.
Bat smash terus dengan roti jala.
Last-last dia yang give-up. "Kau memang pandai masak la,Bat."
"You're telling me."
Tiap-tiap kali ada sesi lab anatomy jadi macam Iron Chef masuk pertandingan pulak.Masing-masing masak macam tak cukup dapur untuk lunch.Mamat tu memang dasyat la.Surrender aku dengan dia.Patut dia je yang kerja masak untuk Along.Mesti Along tak bising nak complaint.Kalau bising sure terus kena silat.Tanpa sedar bibirnya tersenyum sendiri.
Apa nie Jo...Mula merapu la nie...
Handset tiba-tiba menjerit.Jo tersentak.Siapa pulak yang call malam-malam orang nak tidur nie...Nama di skrin direnungnya.
"Hello.Assalamualaikum."
"Kau nie kan,Jo.Tiap-tiap kali aku call mesti suara kau macam drill sergeant nak bagi command tau.Tak boleh tone down lembut sikit ke?"
"Jawab salam dulu la Datuk Panglima."
"Waalaikumsalam,tuanku.Maka adakah boleh kiranya patik membuka bicara?"
"Kenapa nie?"
"Esok kau masak apa?"
"Masya Allah...Kau call nak tanya tu?!" Suara Jo naik seoktaf.
Bat sengih. "In your dreams la.Nie...Esok kau tolong photostate note lab untuk aku sekali,boleh?"
"Kau nak pergi mana?"
"Ada hal dengan MSAA.Tapi esok kita lunch macam biasa la."
"Hmm.."Jo mengangguk. "Right."
"Lagi satu."
"Apa dia?"
"Aku ajak Fakhrul sekali."
"Kau nak kena pancung ke..nak kena backhand?" Sepatah-sepatah Jo menutur. "Kau demam ke apa?"
"Dah dia bising asyik tengok kita makan berdua je.Aku ajak je la dia sekali.Esok dia ada lecture petang."
Jo menggaru kepala yang tak gatal. "Kau nie biar benar..."
"Tiada yang benar melainkan yang benar belaka."
***
Dia tak ambil pusing. "Here's the notes." Helaian kertas A4 itu diletak di hadapan Bat. "Dah buat background reading,kan?"
Bat hanya mengangguk dengan matanya meneliti outline untuk sesi anatomy petang itu. "Banyak jugak nak cover nie."
Jo hanya menjungkit bahu. "Medic ain't the dancefloor for waltz." Tupperware sardine roll dibuka lalu diletak di tengah meja. "Help yourself." Dia meletak pula tiga batang garpu.Kemudian mula membuka nota anatomy.Hari nie Alimentary.
Bat akhirnya meletak nota di tangan ke meja.Dia pula membuka tupperware. "Hari nie artwork aku dengan Fakhrul.Dumplings."
Jo sengih pada esofagus dan trakea. "Cute."
"Oh man...aku lupa bawak air." Bat menepuk dahi. "Aku pergi vending machine kejap."
"Sure." Jo hanya mengangguk tanpa mengangkat wajah.Okeh now...lamina propria..Sounds like popia,huh?
"Johanna."
"Jo."Datar dia membetulkan tanpa mengangkat pandangan dari muscularis mucosae.Contracts to increase exposure of the mucosal lining to content of the alimentary canal.Huh?Dah tak paham.Typo ke pekenama?
"Memang tiap-tiap minggu lunch sekali?"
Jo hanya mengangguk malas.Air gula air tebu,pura-pura tak tau.
"Balik Hillhead pun sekali?"
Angguk lagi.
Kening Fakhrul terangkat sebelah. "Kenapa mesti macam tu?" Rendah dan datar dia bertanya.
Kali ini Jo mengangkat wajah. "Fakhrul." Datar dia menutur. "Kalau saya kena kejar dengan orang homeless tepi jalan tu awak nak bertanggungjawab tak?"Dari sini nak ke Marischal satu hal.Dari Marischal nak balik Hillhead lagi satu hal.
Wajah serius gadis di hadapannya itu direnung.Johanna,Miss Independent. Kenapa perlu nak berteman dengan Bat sehari suntuk?
"Kalau tak ada concrete reason,saya pun takkan cari Bat." Riak wajahnya tak berubah. "Kitorang lunch,buat review.Bukannya berfoya-foya." Apa ingat aku tak ada kerja ke nak berfoya dengan Bat?Awek dia kat Liverpool tu nak campak mana?
"Niat tak menghalalkan cara."
"I know it's inappropriate.Tapi pilihan apa yang saya ada?Awak nak saya pun hang around dalam club dengan my girlfriend-group-mates sementara tunggu nak masuk lab?Dan kalau awak nak saya hang around sensorang,kalau sangkut dengan notes nie saya nak tanya siapa?" Tenang datar Jo bersuara.Choice apa yang aku ada? "Kalau Aie or Iyan ada,saya pun takkan cari dia."
"You're in my good book,Jo."
"Dah masuk bad book ke pulak sekarang nie?" Jo menggumam rendah sambil kembali tunduk menatap nota.Submucosa - this layer lies beneath the mucosa and is basically areolar connective tissue containing major blood vessels, nerves, and lymph nodes serving the alimentary canal.
"Bukan la macam tu.Jaga la diri."
"Sebab nak jaga diri la yang saya tak nak jalan sorang-sorang." Teringat balik masa kena sergah dengan homeless masa bas lalu dekat King Street.Bukannya tak pernah dengar cerita ada student perempuan yang kena tarik tudung dengan orang-orang tepi jalan tu.Kalau takat kena jerit,maki tu rasanya aku boleh tahan lagi.Tapi kalau kena kejar?Memang la jarang jadi.Tapi…nauzubillah min zalik la mintak dijauhkan!
Fakhrul mengeluh perlahan. "Saya rasa awak lebih faham keadaan diri awak sendiri."
"Very much so,sir.Yes,thank you."
"Cephalic phase." Suara Bat tiba-tiba menyergah.
"Stimulates secretion in anticipation of eating to prepare the stomach for reception of food." Tanpa mengangkat wajah Jo menjawab tenang.
5tahun5bulan[PartII]~Episode10
| ".:-|What is your true element?|-:. -With Anime Pictures and detailed answers-" - Results:
|
|
|
| Your element is Fire: Strong, hot tempered, powerful, and passionate. Well now lets see, being fire you are quite strong and powerful, people look up to you greatly and often seek your protection. You have the ability to gain many friends and you are always one people can count on to do what you say you will do. You are extremely loyal be it friends or family you'll stick up for them and you are never willing to put them in a position that could hurt them. You know what roll you play in life, leader, and you intend to let people know it. Not everyone is capable of leadership but you certainly have the willpower and flare to do it. You have quite a temper if it shows itself, one that can often lead you into trouble. Once your mind is made up there is no changing it but no one said that was a bad thing. |
Your element is Fire: Strong[Bionic women..waarrgghh!!angkat berat ke?], hot tempered[erk?really aa?], powerful[I’m da maannn!!!err..laayydaayy], and passionate[pada memenda yg aku ada interest,yes]. Well now lets see, being fire you are quite strong and powerful, people look up to you greatly and often seek your protection[macam betul.aku tak ada history kena buli.but wait…that record dah kena tarnish dengan Along!!*sheesh*]. You have the ability to gain many friends and you are always one people can count on to do what you say you will do[i.e..skema?maybe]. You are extremely loyal be it friends or family you'll stick up for them and you are never willing to put them in a position that could hurt them[170%]. You know what roll you play in life, leader, and you intend to let people know it[I know what I’m doing]. Not everyone is capable of leadership but you certainly have the willpower and flare to do it. You have quite a temper if it shows itself[fakhrul yang cari pasal dulu,kalau tak tader nye senang2 aku fire dia macam ultraman], one that can often lead you into trouble. Once your mind is made up there is no changing it[another 170%] but no one said that was a bad thing[happy to know that =)].
“Jo!”
“Ya!”
“I miss you like orang gilak!”
“Yeah…I know.” Jo sengih.
“Cakap la kau miss aku balik!”
Jo ketawa besar.“Dalam mimpi la...How’s Tassie?”
“Fasting month in Tassie is not half-bad.Yang spoil tader Pasar Ramadhan je.Sini Malay handful je.Takkan aku nak bukak gerai murtabak kot.”
Jo ketawa lagi. “You should’ve come to Aberdeen la,Ya.Aku masakkan kau beras Basmathi,tandoori dengan tikka tiap-tiap hari.”
“Gila...Kau bukak mapley ke kat sana?”
“Sini cakap je nak makan apa la.Kat Lidl tu segala macam Adabi,Maggi,rempah 1001 jenis semua ada.Mak aku anta parcel,semalam sampai.Kira on la ada segala baulu,dodol semua.” Jo berhenti tersengih. “Tapi hal Aie la yang paling dasyat sekali.”
“Apahal?”
“Kuih batang buruk kena confiscate.Sebab orang quarantine tu ingat macam heroine kot.” Jo ketawa. “Kan dah hancur berabuk.”
“Gila...” Yaya ketawa kuat. “Takkan la heroine nak hantar ikut pos.Tak pass logic la kastam UK.”
“Bila kau nak datang Aberdeen nie...”
“Apa kau ingat Aberdeen-Tassie macam KLCC-Masjid Jamek ke?”
Ketawa Jo pecah lagi. “Fine...I miss you la,Ya.”
Yaya pula ketawa. “Tak payah cakap pun aku tau.How’s Aberdeen?”
“Hmm..Bila bulan puasa nie,Iron Chef lunch version dah upgrade masuk iftar version V6 2.0”
“Laa...Dasyat la kau dengan Hang Jebat tu.”
“Dah tu..Kalau orang dah bagi takkan tak balas kot.”
“Gambar raya aku dah keluar Utusan.” Yaya ketawa lagi. “Opah siap gunting letak kat fridge tu...”
“Really?” Jo turut ketawa. “Gambar aku yang keluar tu Along kata macam dah kurus.Ada ke dia kata aku tak cukup makan kat sini sebab tak reti masak.Teruk betul.Dulu dia makan mak aku ke yang masak?”
Yaya sengih pada gambar mereka berdua di atas meja study. “Eh,Along apa khabar?”
“The last time aku sembang dengan dia macam tak sihat sikit.Mesia tengah panas hujan tak menentu.Macam nak demam katanya.”
“Ah..He must be wishing that he has his Ana by his side day and night now.”
“Apa cakap dah gaya Shakespeare nie...” Jo menggeleng.
“Mesti dia nak kau jaga dia time tengah demam macam nie.” Yaya sengih mengusik.
“Dan lepas tu aku pun demam sekali.” Jo menjulingkan mata.
“Dan lepas tu dia pun dukung kau bridal style masuk klinik abah aku.” Yaya dah ketawa.
Automatik terasa darah menyerbu ke muka. “Ei,Ya!Kalau kau tak ungkit balik tragedi tu tak boleh ke?”
Ketawa Yaya makin kuat. “If you fall,I’ll catch you.If I can’t,I’ll fall with you.”
“Kau nie dah overdose dengan e-Novel la aku rasa.”
“Well..ain’t a crime.Nak saman?Heh..malam sikit!” Yaya mencebik. “Eh...barang yang aku hantar tu dah sampai ke?”
“Dah...Kau nie kan Ya...Saja je...”
“I love you,Johanna.” Ketawa Yaya pecah lagi.
***
“Mak oi...bawak handbag tu!”
Aie dah hentam gelak tak ingat.
Riak wajah Jo selamba.Namun berasap jugak terasa kepala. “Bat,kau nak rasa jurus libas hikmat aku tak?” Handbag Billabong yang dihantar Yaya itu dihayun pusing di hujung telunjuk kanan.
Bat ketawa. “Jangan marah la,Jo.Hilang seri nanti.Puteri Hang Li Jo mana cemar duli libas Hang Jebat dengan handbag.”
“Aku libas dengan Wing Chun kau nie karang Bat...”
Ketawa Bat makin kuat. “Memang spoken like a true royalty from China la.Wing Chun tu...”
“Gerak la.”
Jo mengalih pandang pada tuan punya suara.Dia angkat kening double-jerk ke arah Bat.Padan muka!Kan dah kena sound dengan Fakhrul!Kay dah turut menarik sengih.Aie tahan ketawa.Wajah Fakhrul tak berubah riak di balik cermin matanya.
Jo dan Aie berpandangan.Nasib malang la kita pergi Lidl nie terjumpa dengan angkatan anak-anak teruna 3 fasa nie.Fasa aci redah,aci separa redah,aci tak redah langsung.Bat,Kay,Fakhrul.Aku kata Three Stooges.Aie kata Three Musketeers.Yaya yang dengar cerita je kat Tassie tu pulak knightkan diorang tu the Tiga Suku.
“Bas dah sampai.”
Jo tersedar ke alam nyata.Bas number 20 tu dah berhenti depan mata
“Masak apa hari nie?”
Jo berpaling terkejut.
Bat sengih. “Hi Billabong handbag-girl.”
“Oh..shut up!”
Bat ketawa. “Masak apa hari nie?”
Mereka berdiri di hadapan Chinese store menanti Aie yang tengah memilih entah apa di dalam.
“Fakhrul dengan Kay mana?”
“Carboot.Hari nie kan Sunday.Lama lagi nak tunggu diorang beli house groceries.” Bat memasukkan tangan ke dalam saku jeans. “Kau masak apa hari nie?”
“Turn Aie la masak hari nie.Tak tau dia nak masak apa.Berkurun dah tunggu dia kat luar kedai nie.Cari bahan macam nak buat nasik kerabu je gayanya.” Wajah Bat dipandangnya sekilas.”Kau masak apa?”
Bat angkat kening double-jerk. “Hari nie Kay masak.Tapi aku nak buat popia basah.”
“Hantar rumah?” Jo dah sengih.
Bat mencebik. “Apa ingat aku ada kontrak dengan kau ke nak buat delivery tiap-tiap kali aku masak?”
Jo jungkit bahu. “I’m Hang Li Jo,by the way.”
“Menjunjung perintah,buah hati pengarang jantung hamba.” Bat bersuara sarcastic.
“Aahh..Sheesh!Cut your bunga!”
Bat ketawa. “Apa marah aku?Kau yang start masuk zaman Kesultanan Melayu Melaka tu.”
Diam.Sama-sama melayan rasa melihat orang lalu-lalang.
“Bat.”
“Hmm?”
“Raya nanti macam mana,eh?”
“MSAA won’t let you down.” Bat senyum tawar. “The Raya celeb’ll be a blast. Promising everything you wish for raya.”Dia terhenti sejenak. “Except for buluh lemang and family,of course.”
Jo ketawa. “Bet you’ll cry,Bat.”
Bat menjulingkan mata. “Oh..look who’s talking.Anak sorang,anak manja. You’ll be crying buckets before I ever shed a tear.”
Kening Jo terangkat sebelah merenung Bat.Dia sengih selamba
5tahun5bulan[PartII]~Episode11
Mak oi!
Bat menggeleng kepala sambil ketawa kecil sendiri.Biar benar.Tak berkelip mata dibuatnya.Langkahnya diatur perlahan ke arah meja buffet yang sarat dengan hidangan Raya Celeb MSAA.
“Puteri Hang Li Jo baru lepas mandi bunga ke nie?”Tegurnya perlahan.
Jo mengangkat muka dari tangan yang sedang mencedok kuah roti jala.Keningnya terangkat sebelah. “Datuk Panglima,bulan terang ke hari nie yang tanya soalan macam tu?”
Lambat matanya melepaskan Jo.Baju kurung tanah merah jambu berbunga ungu-putih itu seolah membawa Puteri Hang Li Po ke alam nyata[kalaulah puteri China tu pernah berbaju kurung] di matanya.Tak pernah tengok Johanna Mohd. Latif yang macam nie.
“Femininnya kau malam nie.”Rendah Bat bersuara sambil mencapai pinggan.
Huh?!Apa selama nie bukan gaya perempuan ke?!“Insult ke compliment tu?”Kening Jo terangkat sebelah. “Kalau compliment,kuah roti jala nie masuk pinggan,kalau tak kau yang kena siram.”
Bat senyum segaris. “Compliment,Jo.”Lembut dia menutur.Ikhlas.
Wajah Bat dipandangnya dengan hujung mata.Segan la pulak tiba-tiba kena puji macam tu.Aku pakai baju kurung cekak musang cut simple habis tader glamer-glamer macam si Tun Account tu pun nak bagi compliment? “Datuk Panglima pun apa kurangnya.Spoil tader keris dengan tanjak je.” Selamba dia bersuara meski tangan terasa terketar meletak senduk.Jangan tengok aku macam kau tak pernah tengok perempuan,Jebat Iskandar.
“Mana nak lawan Sultan Mansur.”
Jo menjeling ke arah meja di hujung bilik. “Sultan Mansur tolak tepi.Fikir je pasal Dang Wangi kau kat Liverpool tu.Tapi aku rasa aura macam kau bakal kena pancung dengan Memanda Menteri Akhlak dan Agama,Datuk Paduka Fakhrul Radzi.”Bat dipandangnya sekilas. “Aku pergi dulu.”
“Jo.”
Langkahnya terhenti.Pandangan mereka bertaut.
Segala patah kata terasa hanya berada di hujung lidah.Bat senyum segaris. “Kau pakai baju kurung macam nie hari-hari la.”
Jo menahan ketawa. “If and only if kau pakai baju Melayu hari-hari.”
***
Raya pertama di bumi Aberdeen.Jo sengih tawar sambil merebahkan badan.Penat!Raya sakan berjalan sampai ke malam.Tak padan dengan sejuk winter!Telefon mak dengan abah pagi tadi,gelak ketawa riang gumbira.Tapi housemate yang lagi tiga semua pakat buat drama air mata.Tu belum masuk time takbir raya lagi tu.Haila...Bukan tak sedih,bukan tak sayang.Rindu jugak raya kat Malaysia.Tapi raya kat sini tambah pengalaman apa...
“Nie mesti tengah meleleh air mata la nie...”
Jo buat muka. “Along nie stereo la...Sikit-sikit kata orang nangis...sikit-sikit kata orang nangis..Apa ingat macam air paip ke?”
Afiq ketawa. “Tak sedih la nie?”
“Sikit je.” Jo sengih. “Rindu nak bakar lemang...anyam ketupat...kacau kawah rendang..main bunga api.. dodol...”
“Kan Along pos dodol sekali dalam parcel hari tu...”
Jo menjulingkan mata. “Orang miss nak kacau kawah dodol la.”
Dia menggeleng perlahan teringatkan Afiq.Along...Along...Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum nipis.Earphone di telinga kanan berlagu suara 4U2C menyanyi lagu raya.
Tiga hari sebelum raya parcel dari Malaysia sampai.Bukan dari mak dengan abah,tapi dari..well...Apeh,Nina dengan Nana kalau ikut nama sender.Tapi tak payah nak ada IQ sampai 180 kot kalau nak figure out Along pun ada saham jugak dalam parcel tu.
“Sini tak ada dodol la,Long.”
Habis segala jenis kuih tradisional dihantarnya.Aie dah terkekeh-kekeh gelak atas katil bila bukak parcel hari tu.Dodol,baulu,kerepek pisang,wajik.Nasib baik kuih bakar dengan kuih sepit pun dia tak hantar.Kalau tak alamat tinggal serbuk je.
“Dasyat la Along kau nie,Jo.Taram tradisional je semua.Hang Jebat tu pun baking Almond London.”
Haila Hang Jebat...
“Dalam banyak-banyak orang,siapa yang paling kau teringat pagi-pagi raya nie?” Aie yang bertanya.
“Dang Wangi aku kat Liverpool tu.”
Nasib baik pagi raya.Kalau tak mau kena sumpahan Hang Jebat di bumi Aberdeen.Macam nak putus nafas dia dan Aie menggelakkan Bat.Bertuah punya mamat.Orang time raya ingat mak ayah,ini dia boleh teringat dengan gf pulak.Nie la dia kalau orang tengah bercinta.
“Ala Jo...Kau pun apa kurang.Nama je kau cakap teringat kat mak abah.Tapi dalam hati...”
Mata Jo bulat merenung Aie. “Apa...”
Bat dah ketawa.Ahah!Payback. “Sultan Mansur mana,Aie?”
Aie angkat kening double jerk. “Should I breach the confidentiality or not?” Dia sengih nakal ke arah Jo.
“Say a word,you’re dead.”
Ketawa Aie dan Bat pecah serentak.Jo mengisyaratkan mereka merendahkan suara bila jelingan Fakhrul memanah dari meja dining di rumah Kak Hana dan Abang Daim itu.
“Sultan Mansur dia nama apa,Aie?”
“Aie...” Mata Jo mencerun. “Nama siapa yang kau nak sebut nie?”
“Ala..C’mon la,Jo.” Bat sengih. “Siapa Aie?”
“Aku pun tak tau siapa,takkan Aie tau.”Dahi Jo berkerut.
“A...” Aie merenung Jo sambil bibirnya kembali mengukir sengih mengusik.
“Kau putus fius ke apa...” Dia hanya menjulingkan mata sambil ketawa.
Tanpa sedar bibir mengukir senyum lagi.Teringat kat Along ke?Tak sempat nak teringat sebab dia dah call dulu.Jo menggeleng.Banyak la diorang punya Sultan Mansur.Sultan Mansur keturunan Serbia.Ada ke dalam sejarah Melayu?
5tahun5bulan[PartII]~Episode12
Dia merenung kembali wajah di cermin.Decent ke nie?Pintu bilik tiba-tiba diketuk dari luar.Tak sempat nak membuka mulut wajah Aie dah terjengul di balik daun pintu.
“Mak oi...Patut la tak keluar-keluar lagi.Hang Li Jo tunggu Tun Aishah Teja tolong berdandan ke apa?” Aie sengih.
“Formaldehyde la kau,Aie.” Jo menjulingkan mata.Brooch dipin membetulkan letak belah selendang di depan. “Decent tak nie?” Dahinya berkerut bertanya merenung Aie yang dah duduk di katil.
“OK.Pass.”Aie mengangguk sambil merenung Jo atas bawah. “Cepat la sikit.Hang Jebat dah tunggu tu.Kau nie pun..Kot ye berdaulat have mercy la sikit!”
“Putus fius la kau,Aie.” Jo sengih.Sekilas dia memandang wajah di cermin sebelum mencapai backpack di atas katil. “Aku pergi dulu.”
“Ei..” Mata Aie bulat. “Kau pakai macam nie,bawak backpack?!”
Jo terkedu. “Salah ke?” Formal shirt,slack and coat pakai backpack.Not a crime...
“Handbag Billabong yang Yaya hantar hari tu mana?”
Jo mencebik. “Buat lawak antarabangsa je aku nak bawak handbag.Dah la hari tu bagai nak gila kena gelak dengan Bat.Kau tu pun lapan kali lapan je.”
Aie ketawa. “Ala Jo...Dah dress formal macam nie bawak backpack spoil la.”
“Aku tak kisah.” Jo sengih selamba. “Balik nanti aku nak terus lepak library.” Dia dah melangkah keluar bilik. “Aku pergi dulu.Assalamualaikum.”
***
“A cute baby boy.” Jo mengukir senyum manis mengakhiri interviewnya.
“Like his papa.” Ibu muda itu turut mengukir senyum bahagia sambil meriba si kecil yang masih merah.
“Like his mama too.”
Helen ketawa. “You cheeky lil’ thing.” Dia membetulkan mitten Baby Danny. “How long have you been here?”
Jo senyum dengan mata masih pada Danny. “Hmm..almost four months?Or is it five?I'm losing it.” Dia ketawa.
“You like it here?”
Angguk. “Very much.”
Helen senyum lagi.Wajah gadis itu dipandangnya. “What’s the one you’re wearing on your head?”
Jo memandang wajah Helen. “Oh..this?” Dia memegang hujung tudung. “It’s called hijab.” Dia senyum segaris.
“Why do you wear a hijab?” Soalan Helen ikhlas satu pertanyaan.
Jo memikir sejenak.Payah nak explain nie...Make it simple,Jo.Ya Allah berikanlah aku ilham..Kemudian bibirnya mengukir senyum nipis. “It’s my obligation because I’m a Muslim.In a way,it's also like a banner to show that I'm a Muslim.In our religion it’s an order from God for the women to cover their bodies,including the hair.”
“Everytime,everyday?”
“Practically yes.” Jo mengangguk. “But you can take it off at home,in front of your immediate family.It’s just a no-no in front of strangers.Men specifically.” And non-Muslim women too.Dia menambah dalam hati.Pening si Helen nie karang..
“Ah..”Helen mengangguk. “Interesting.So,other men outside the family circle can’t see your hair?”
“Basically,yes.”
“How about your husband?”
Rahang bawah rasa nak jatuh. “Helen..I’m just 20.” Jo ketawa. “I’m not married..Yet.” Selamba dia menambah dengan ketawa bersisa.
“So,can your husband see your hair?”
“Yes.”
“How about your boyfriend?Do you have a boyfriend?”
Kening Jo terangkat sebelah.Do I have a boyfriend?Terasa sedikit berdesing soalan itu di telinga.Kenapa?Kalau pakai tudung tak ada orang nak ke?Kalau macam tu semua Muslimah yang pakai tudung jadi anak dara tua la macam tu.Tader orang nak sebab tak nampak rambut.Cenggitu?Sabar Jo..Kat Aberdeen nie non-Muslims bukan faham sangat pasal Islam.
“Do you have one?”
“Of course I do.” Laju kata-kata itu meluncur keluar dari bibir.Defiant dan defensive.Alamak Jo...Kemenda kau cakap nie?Sejak bila pulak kau ada boyfriend?Ala..kawan lelaki kira pass la tu.Bukan straight menipu.Darurat!
“Can he see your hair?”
“Not until we get married.”
“Is he okay with it?”
Dah mula rasa lemas dengan soalan-soalan Helen.Aku datang sini nak interview dia untuk Community Course.Nie aku pulak yang kena interview dengan dia?
“Well...yeah.He’s okay with it.” Jo hanya menjungkit bahu dengan wajah ditampal senyum plastik.Pandangannya dah menala ke lain. “He’s cool with it.”
“How could he understand?”
“Because he’s a Muslim like me.He understands the obligation.”
“Jo.”
Helen dan Jo sama-sama berpaling.Bat dah berdiri di tepi couch.Lelaki itu mengukir senyum segaris.
“Are you done?” Bat merenung wajah Jo.Lain macam je muka budak nie..
“Almost..”Jo memandang Helen dengan senyum segaris yang sengaja dimaniskan.
“You two know each other?” Helen memandang Jo dan Bat silih berganti.
“We’re both from Malaysia.” Bat yang lebih dulu menjawab.
“Are you a Muslim?”
Kening Bat sedikit terangkat.Wajah Jo yang masih riak selamba dipandangnya sekilas. “Yes,I am.”
“Are you her boyfriend?”
Jo terpempan.Wajah Bat tak dapat nak ditafsir riak.Jo dipandangnya sekilas.
“Why?” Tenang Bat bertanya.
“We’re talking about this hijab-thingy.Is it true that she can’t let strangers see it?How about you?Even though that you’re his boyfriend?”
Wajah Jo dipandangnya lagi.Kali ini pandangan mereka bertemu.Nyata resah berbayang di mata gadis itu meski riak wajahnya masih tenang selamba.Helen yang masih menanti jawapan pula dipandangnya.Bat menarik senyum nipis segaris.
“I’m her boyfriend alright.And I’m okay with it.I understand her obligation to God and the religion.”
“So,you can’t see her hair?”
“Yes.”Bat mengangguk mengiakan.
“Not until you get married?”
Matanya bertemu lagi dengan pandangan Jo. “Yes,not until we’re married.” Lambat-lambat di menutur dengan pandangan mereka yang masih bertaut.
“And you love her even though that you can’t see her without the hijab?”
Kali ini Jo tanpa mampu tertahan mengukir senyum sambil menggeleng dengan pandangan ke lantai.Macam lawak la pulak...Silap orang you tanya tu,Helen. Jawab Bat,jawab.Jangan tak jawab.
“There’re more than what meet the eyes.” Lembut dan perlahan Bat menutur.
Terasa sepintas rasa melintasi benak mendengar kata-kata itu damai mececah telinga.Jo mengangkat pandangan ke wajah Bat.
“I love her the way she is.I fell in love with the qualities within,not just the physical person outside.” Pandangan Jo ditentangnya dengan senyum nipis.
Jo turut memaksa senyum plastik segaris. “We really should be going now.”
***
Ballpen itu berlari laju di dada A4 paper.Sesekali terhenti bila terpaksa merujuk catatan di notebook.Suara Christina Aguilera berlagu dengan Carwash dari earphone.Pen di tangan terhenti sejenak.Teragak-agak dia mengangkat wajah dari sketch nota untuk sesi discussion Community Course minggu depan.
“Apahal?” Datar Jo bertanya pada Bat di hadapannya.Rendah suaranya agar tak mengganggu pengguna library yang lain.Keningnya terangkat sebelah.Tengok aku macam tak pernah tengok orang. “Nak kena tikam ke mata tu jadi Kassim Selamat?” Sambungnya menggumam.
Bat tak memberi reaksi.Matanya masih tak berganjak dari wajah gadis di hadapannya.Hanya seketika kemudian dia membuka fail dengan riak wajah masih tak berubah.
“Tengok kau punya notes dengan Helen tadi.” Pen ditarik keluar dari saku kemeja.
“Mana aci.Buat sendiri la dulu.” Jo dah buat muka. “Kot ye pun satu group nak tolong-menolong...”
“Tu pun nak berkira?”
Jo muka pelik. “Memang la...Apa kau ingat aku ada kontrak ke nak bagi kau tengok notes aku.”
“Dengan boyfriend sendiri pun nak berkira ke?”
Seketika Jo terkedu.Kemudian cepat-cepat menekup mulut dengan tangan kanan menahan ketawa yang terasa nak meledak bagai nak gila.Namun terhinggut juga bahu dengan ketawa yang tertahan. “Kalau betul kau boyfriend aku,aku lari balik Malaysia la.”
Bat mencebik mengusik. “Lari konon...Muka nie jugak la yang jadik kau punya saviour.Knight in shining armour nak selamatkan damsel in distress.”
Jo dah tak larat nak menggeleng.Bahunya masih terhinggut dengan ketawa tanpa suara. “Aiseh...Banyak terima kasih la Datuk Panglima kerana menyelamatkan beta.”
“Sekadar terima kasih Puteri Hang Li Jo?”
“Dah tu...Kau nak dapat persalinan dari istana Sultan Mansur ke?”
“Tu namanya tunggu hantaran.”
Jo menjulingkan mata. “OK..Now aku dah set Norton Anti-Crap mode.Shut up.Buat kerja.” Pennya kembali dicapai. “Kau buat dulu kau punya notes,aku buat aku punya.Lepas tu share.Bukan dulu dah janji macam tu ke dulu.” Dia menggumam sambil matanya kembali berlari di atas catatan.
“Jo.”
“Hmm?” Pandangannya tak beralih.
“Sultan Mansur kat mana?”
“Apa dia?” Sambil lewa dia bertanya.Pennya berlari makin laju.
“Where’s your boy?”
“I’ve no interest in boys.” Kelajuan pennya berlari tak berubah.
“Whoa....Kau straight ke tak nie?”
“Hang Jebat.” Pennya berhenti.Jo mengangkat muka. “Maka ada bolehkah kiranya tuan hamba buat kerja kerna kerja kita nie tak siap lagi.Beta dah kata tadi beta dah masuk anti-crap mode.” Dia mengadah siling. “Payah nak berbahasa dengan orang tak reti bahasa.” Gumamnya rendah.
“Wei..boyfriend tanya jawab la.”
“Kumulusnimbus betul la kau nie Bat...Aku Hang Li Jo,bukan Dang Wangi kat Liverpool tu.” Jo mengeluh perlahan. “Aku nak balik cepat nie.Pre-reading untuk lecture system esok aku tak buat lagi nie.” Wajah Bat dipandangnya. “OK..Fine..Thanks for saving my neck.And now let’s start kerja la,can?”
“Oh well yes...” Bat mula membuka buku catatan kecil yang berisi hasil interviewnya tadi. “I love her the way she is,alright.” Pen diputar dengan hujung jari. “I fell in love with the qualities within,not just the physical person outside.” Dia menjulingkan mata.
“Oh Hang Jebat...That line is for Dang Wangi,not Puteri Hang Li Jo.” Matanya tak bergerak dari baris-baris ayat yang ditulisnya. “Not unless you want to kena pancung dengan Sultan Mansur or the China Emperor.”
5tahun5bulan[PartII]~Episode13
The Rockafellar Skank-Fatboy Slim berdentum dari speaker di celah-celah cahaya biru kelam dan asap rokok.Di dance floor manusia bersesak dengan pelbagai gaya tari.
Right about now, the funk soul brother,
Check it out now, the funk soul brother,
Double Screwball, Double Screwball
Gelas Coke di tangan diswirl isinya.Berdenting-denting bunyi ais berlaga dengan kaca. Aahh..Chiqazz.Ringan terasa kepala lepas bersesak dengan cardiovascular system.Kerja belajar system aje.Kot kalau System of a Down tu masyuk la sikit.Ini..Huh!Kepalanya kini turut sama bergerak mengikut rentak lagu.Dah lama tak lepak macam nie..
Handset di dalam saku jeans tiba-tiba terasa vibrate.Bat menjulingkan mata.Malaun mana pulak kacau daun nie...Keningnya terangkat sebelah merenung nama yang tertera di skrin.
“Assalamualaikum.”Jo menongkat kepala di depan buku Cardiovascular Syatem at a Glance.Namun kepalanya tegak terangkat tiba-tiba.Aku silap nombor ke?!
“Jo.”
“Kau kat mana nie?!”Rockafella Skank memekak mengalahkan Apeh yang lepas geram dengan suara Chester.
“Chiqazz.”
“What?!”Mata Jo bulat.
“Kau call kenapa nie?”
Lidah terasa kelu tiba-tiba tak tau nak cakap apa.Soalan yang nak ditanya tentang practical anatomy lab esok terpadam dari fikiran.Butang end-call terus ditekan mematikan talian.Dan entah kenapa handset di tangan itu dimatikan terus.
***
“Kau nak mampus agaknya.”Biar la kasar.Janji mesej sampai.
“Mungkin jugak.”Selamba Bat menjawab.
“Kalau betul kau dah teringin sangat nak ajal pun biar aku je yang bunuh dengan tangan sendiri.”Jo menggumam rendah. “Better dari kau mati dekat Chiqazz tu.”
Dia berpaling merenung Jo yang masih menala pandangan memandang daun gugur. “Kau marah sangat ke nie?”Perlahan Bat bertanya.
Wajah Bat dipandangnya geram. “Of course I am!”
“Kenapa?”
Jo mengadah lagit.Exasperate. “Aku tak kira la kau nak kata aku kuno ke...conservative ke...orthodox ke....mak nenek ke...zaman batu ke..apa ke...Tapi aku memang tak boleh nak compute kalau a Malay,a Muslim pergi clubbing. ” Pandangannya ditala semula ke wajah Bat. “Clash habis kau nampak tak?Tak tally dengan segala solat puasa yang kau buat.”
“I didn’t drink.”Datar.
“Whatever drink ke tak.”Pandangannya dilempar jauh ke tengah park. “Benda yang kena dijauhkan tu jauhkan je la.Dah clear dalam hukum lagi mau pertikai.”Jo bersuara rendah.
Diam.
Diam jugak.
“Tea dance salah ke?Aku niat nak unwind je.”
“Oh ya..ya...”Jo menjulingkan mata. “Hadith pertama from Hadith 40 ye?Segala amalan bergantung dengan niat.”Sarcastic dia bersuara. “Hell with tea-dance ke tap-dance.Kalau takat nak unwind banyak lagi cara lain.”
“Lifestyle kita lain,Jo.”
“Perhaps.”Jo mengemaskan sila. “Stop it,Bat.”Perlahan dia bersuara. “Better stop sebelum try.Tak mati pun kalau kau tak pergi Chiqazz tu.”
“Kenapa kau marah sangat.”
“Dah tanya lagi mau tanya ke?”
“Kenapa kau marah sangat?”
“Tak tergamak aku nak tengok kawan sendiri jadi macam tu.Kita kat tempat orang,Bat.Tak payah ikut cara orang.Kita bukan tak ada agama.Kau bukannya buta hukum.”
“Kau rasa kau dah cukup kenal aku ?”Tajam suara Bat keluar.
Jo diam tersentak.Dia mengetap bibir bawah dengan pandangan ditekur ke tanah.Mata terasa hangat tiba-tiba.
Bat melontar pandangan ke tengah park menghadap South House.Rasa bersalah menggigit hati.Apa dosa Jo hendak dikasari sampai begitu sekali?Saling ingat-mengingati,bukan ke memang tanggungjawab bila di tempat orang?Sedangkan Fakhrul yang bising dengan perangainya pun dibuat macam angin lalu,tapi kenapa bila Jo yang bersuara lidahnya begitu tajam menjawab?
Jo..Tahan..Kenapa nie..Kuat dia mengetap bibir menahan dada yang terasa makin sebak.Dia menghela nafas panjang. “Sorry.”Antara terkeluar dan tidak dia bersuara.
Wajah gadis itu dipandangnya. “Jo...”
Jo menampal senyum plastik di wajah. “Wrong channel.Aku tak ada warrant nak sound kau macam tu.Ampunkan hamba Datuk Panglima.”
Telinga cekap menangkap esak kecil di hujung ayat gadis itu. “Jo...”
Jo cepat-cepat mengangkat tangan kanan melihat jam. “Aku kena balik dulu.Hari nie turn aku masak.”Dia dah bangun membuka sila sambil mencapai backpack. “Aku balik dulu.”Ucapnya tanpa memandang wajah Bat.
“Johanna.”Pantas tangannya menyambar lengan gadis itu.
Jo berpaling terkejut.Kasar dia menarik semula lengannya.Tajam matanya singgah ke wajah Bat. “Betul Jebat Iskandar.Lifestyle kita beza memang antara langit dengan bumi.”Dingin dia bersuara.
“Johanna...”
Jo dah menghayun langkah laju ke arah South House.
***
Tubuh dilontar ke katil.Isya’ dah sudah.Baca al-Mulk pun dah sudah.Mak kata kalau susah hati baca al-Quran.Mak kata kalau susah hati baca al-Insyirah,baca ad-Dhuha.Mak kata kalau susah hati ingat Tuhan.Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Matanya ditala mengadah siling.Tak tahu kenapa...Down sangat-sangat...
Yaya jauh kat Tassie.
Kalau nak call mak abah nanti diorang susah hati.
Nak turn pada siapa lagi?
I really need somebody to dedicate Christina Aguilera’s I Turn To You to.
Matanya menala pada laptop.Ugh!Mata dah rasa hangat.
“Jo!”Suara Noni memanggil dari luar pintu.
Tersentak dia ke alam nyata.Malas dia melangkah ke pintu. “Apakenama?” Tanyanya sambil membuka pintu bilik.
Noni sengih. “Dapat perutusan dari istana menghantar santapan untuk Puteri Hang Li Jo.”
Huh?!Jo muka pelik. “Apa kau kena sampuk dengan semangat Puteri Gunung Ledang ke?”
Ketawa. “Bat hantar something kat bawah tadi.Jom la makan sekali.Aie dengan Iyan dah kat kitchen tu.”Lengan Jo ditarik.
“Bat hantar apa?”Dia bertanya malas.
“Peach cobbler.”
Aie dan Iyan dah tersengih di meja makan. “Hang Li Jo beradu ke apa?”
“Aku ngantuk.”Jo sengih tawar.Kerusi ditarik dan dia duduk.Peach cobbler dah siap diisi ke dalam piring.
“Noni,doa.”Aie menyuruh.
Angguk.Doa makan dibaca dan mereka sama mengaminkan.
Ketika menelan peach cobbler itu terasa berbuku di anak tekak.Nice.Perlahan Jo bersuara dalam hati.Terasa bersalah pulak tinggal Bat macam tu je siang tadi. Peach cobbler.Sepintas sesuatu melintasi ingatannya.Dia menghela nafas panjang.Cepat piringnya dilicinkan. “Aku dah sudah.”Terus dia bangun dan membawa pinggan dan sudu ke sinki.
***
“Kenapa nie...”Bahu Jo diraih. “Jo...jangan la macam nie,simpan sorang-sorang.Sakit jiwa nanti.”Lembut Aie memujuk.
Jo memeluk bantal ke riba. “Mana ada apa.”Dia menggumam sambil mencapai botol mineral water dan tin box dari night table.
“Jo...jangan la masuk self-dectructive mode macam nie...” Dahi Aie berkerut risau bila melihat Jo mengeluarkan tablet dan pill bermacam warna dan bentuk. “Jo...”
Jo tak ambil pusing.Sekaligus pil lima jenis itu dimasukkan ke mulut dan ditelan dengan air diteguk senafas.Dia mencapai botol tablet ergotamine.Macam dah tak boleh nak fikir.Tadi termakan triptan sekali ke?Yang aku makan tadi nie yang add dengan caffeine ke...yang dose baru tu?Cafergot yang ada caffeine?Ke..Immigrant namanya?Eh..kalau imigran tu bukan macam pendatang tanpa izin ke?Dicapainya lagi sebiji dan terus dimasukkan ke mulut sebelum meneguk air.
“Jo!”Mata Aie bulat. “Kau nak bunuh diri ke apa?!”
“Takat ubat macam nie tak boleh bunuh orang la,Aie.”Dia menggumam. “Nie ubat nak bagi sihat.Kalau tak takkan doctor bagi.Jom,bukak buku pharmacology tengok sikit drugs punya side-effect.Adverse effects dengan interactions pun cam menarik jugak kalau nak tengok” Jo sengih.Terasa lopsided. “Aku sakit kepala la Aie.”Dia merengus kasar.
“Jo,kau nie high ke pekenama.”Datar dan serius suara Aie.
Jo hanya menjulingkan mata. “Aie...Beta-blocker untuk elak hypertension bagi heart rate dengan blood pressure turun,ergotamine nak bagi blood vessel kat kepala aku constrict so that dia tak dilate,loratadine nie antihistamine,iron nak bagi blood aku OK,diazepam nak bagi relax.” Tin box ditolak ke tepi bantal. “Aku bukan in a self-destructive mode,aku bukan overdose,aku bukan high.Aku nak tidur.” Dia merebahkan diri.Bart Simpson ditarik ke muka.
Aie menghela nafas panjang.Duvet yang berlipat di hujung katil ditarik menutup tubuh Jo. “Tidur la.Pagi esok aku kejut.”
Jo meraba ke tepi bantal mencari handset.Nokia 3200 itu dimatikan. “Thanks,Aie.” Dia menggumam.
“Kalau mak abah kau call phone rumah nak cakap apa?”
“Dah tidur.”
“Yaya?”
“Nanti bila-bila aku call dia balik.”
“Cakap kau sakit?”
“Cakap je kepala aku tak betul sikit.” Yaya paham jargon aku way too well.
“Along?”
“Aku tidur.”
“Bat?”
Dah mati. “Sama.”
5tahun5bulan[PartII]~Episode14
Dia menekan pelipis yang masih terasa berdenyut sakit.Migraine yang bersisa dari malam tadi agaknya.Spoil my weekend.Bersabarlah Johanna.Everything happens with a reason.Jemarinya laju berlari di atas keyboard.
I can be sooo emo-no at times.Most of the time actually.But it seems like some kinda bug took over my brain la semenjak dua menjak nie.Aku bukan ratu air mata ke pekenama ke...Practically sebelum nie memang i dun even know how to turn on the tap.Tapi semalam pasal apa ntah...*sheesh*Told ya what...I really feel like killin sumone right now la.I’m an assassin anyway...so what?
| "What Type of Killer Are You? [cool pictures]" - Results: |
|
|
| You are an assassin. |
That means you are a professional[ah yes..that’s me alright.professional petala ke lapan.straight face any time.huh!] and do your job without mixing any emotions in it[ very true.aku tader much feelings.tapi semenjak dua menjak jejak umur 20 tahun nie kepala pun dah tak betul.hormonal changes?musykil…hormonal changes membantu pengeluaran air mata ke?]. In your life you have probably been hurt many times and have gotten some mental scars.[oohh..yes..yesterday kills!] This results in you being distant from people[sampai cenggitu ke?]. Though many think that you are evil, you are not [evil?mak oi…]. What you really are is a person, trying to forget your pain and past[yes..]. You are the person who never seems to care [seems..but deep inside I do care] and that is why being an assassin fits you good. At least , that's what people think. Even if you don't care that much for your victims, you still have the ability to care and to generally feel[yes!]. It is not lost, just a little forgotten. In crowds you tend to not get to noticed, and dress in black or other discrete colours [ahah..aku mmg fashion disaster]. You don't being in the spotlight and wish people would just leave you alone [at times]. But once you do get close to someone you have a hard time letting go and get real down if you loose him/her [really?].
Aah..quit it,Jo.Memang kenyataan.You’re afraid to love because you’re afraid of losing,kan?
O~la.Nehi never.Aku memang tak main memenda hati perasaan pelik-pelik macam tu.
Semalam tu kenapa sedih sangat kena fire dengan Bat?
Ada ke orang yang happy kena snap macam tu?
Jo bangun dari kerusi study melangkah ke katil.Lambat-lambat dia duduk bersila menghadap ke tingkap.Bart Simpson ditarik ke riba.Maunya tak sedih... Pandangan dilontar ke luar tingkap.Tapi kenapa sedih sangat,Jo?Entah.Dia sendiri pun tak pasti kenapa.
Mungkin sebab memang tengah dalam vulnerable state.
Mungkin sebabstudy makin payah.
Mungkin sebabAlong dah lama tak call.Busy agaknya.Last call pun dua minggu lepas.Email pun tak berbalas-balas.
Rindu Along?
Hah ha!Gelakkan diri sendiri for ever thinking.Teruk betul migraine kau semalam,Jo.
Dan semalam konon niat baik nak tegur tiba-tiba pulak kena macam tu.Kena dengan kawan baik sendiri pulak tu.Kawan baik?Hmm..Okay..fine..tang baik tu aku yang tambah.Maybe bagi aku dia kawan baik,tapi bagi dia aku nie annoying,nagging brat.
Dia mengubah gaya duduk dengan menegakkan lutut kanan.Nafas berat dilepas perlahan.Dagunya disangkut ke lutut.
“Kau rasa kau dah cukup kenal aku ?”
Tau la aku bukan macam Dang Wangi yang kenal dia from cover to cover.Right..My bad..my sin..mungkin cara yang tak betul.Tapi bukan dikata kalau nak menegur yang salah tu satu kewajipan?Satu obligation yang bukan main-main dengan Him the Almighty?Kalau nampak sesuatu yang salah tu,tegur dengan mulut.Kalau tak lut,betulkan dengan tangan.Dan selemah iman kalau dengan mendoakan dalam hati.Bukan patutnya macam tu?
Dan bukan senang kalau nak buat baik,Johanna.
Right.Dan sekali lagi aku bagi tazkirah pada diri sendiri.Jadi la.Dah tak ada orang nak pujuk.Pandai-pandai la pujuk diri sendiri.
God’s Love Letters Compilation is the best balm,Jo.
True.
Tapi masih juga rasa ralat dan terkilan.Sedihnya Bat cakap macam tu,dengan suara macam tu.Betul,kenal baru sekejap.Belum sampai setahun.Tapi sekurangnya belajar juga pasal diri masing-masing.Tiap kali ada sesi anatomy atau Community Course,tiap kali itu juga ada cerita.Random.Dang Wangi kesayangan di Liverpool. Sultan Mansur yang entah siapa bakal menjadi calon naik takhta.Apeh,Nana,Nina dan Along di Ampang.NBA finals,siapa yang bakal berentap mewakili West dan East conference.Resepi kek dan dessert.Tips dan petua memasak.Pendek kata apa saja yang melintas di kepala.
Dan bila jadi macam nie...Jo menghela nafas panjang.Spoil.
“Jo!” Terdengar suara Aie memanggil di luar pintu bilik.
“Yes?”
“Call.”
Dia masih tak bergerak. “Siapa?” Bat?
“Along.”
Alamak!Pintu langit terbukak!And alamak again...Kenapa nama Hang Jebat tu dulu yang melintas kat kepala?
Telefon lambat-lambat dicapai dari tangan Aie.Sempat dia menjeling jam di tangan dan mengira.Sekarang Malaysia pukul 11.30 malam.Nak cakap apa dengan Along nie?Kepala dah la tengah tak berapa nak betul.
“Assalamualaikum.”
Tadi dok teringat sangat bila dia nak call.Terbukak pintu langit sekali terus dia call betul-betul. “Waalaikumsalam.” Tapi putus fius pulak tak tau nak cakap apa.Masalah...
“Baru bangun tidur ke apa?” Dahi Afiq sedikit berkerut mendengar suara toneless Jo.Jam di dinding bilik dipandang. “Apa ke hal anak dara bangun tengah-tengah hari buta?”
“Mana a...” Namun tiba-tiba dia terhenti. “Semalam..sakit kepala.” Dan sekarang saya perlu sambung tidur encik Afiq Hafizi,got the message?
“Migraine lagi?”
“Mm..”
“Tension kenapa pulak nie...”
“Kurang minum kot.”
Afiq terdiam.Lain macam gaya Ana nie.Kemudian dia menarik senyum tawar segaris. “Kenapa nie...Putus cinta?”
“Lebih kurang.”Jo menjawab selamba tanpa berfikir.Alamak ai...Putus cinta?Johanna putus fius!!Aci taram je la.
Afiq ketawa kecil. “Dasyatnya orang Aberdeen...Dah pandai bercinta sampai sakit-sakit kepala ye?”
“Along...” Jo merengus perlahan.Nak buat bahan sakat pulak dia. “Ana punya kepala sakit macam dah kena pacak dengan pisau Rambo nie.Nak buat lawak intergalactic pulak.” Dia menjulingkan mata. “Along call kenapa?”
Pandangannya dilontar keluar tingkap.Southern Cross berlayar di ruang pandangan.Ana...Kalau tengah sakit tu pantang kena usik.Masa yang berlalu membuatkan dia lebih mengenali gadis itu kini.Setiap kali dia menelefon pasti soalan ‘Along call kenapa’ akan ditanya.Dan dia juga pasti akan menjawab..
“Nak tanya khabar.Salah?”
Jo sengih tawar. “Orang Aberdeen tak sihat.” Inside and out.
“Tak sihat sebab rindu orang Malaysia agaknya.”
Kening Jo terangkat sebelah. “Mana ada Ana homesick.”
Afiq berdehem perlahan. “Mana tau kot missing the orang yang last calling two weeks back.” Ujarnya selamba.
Jo terkedu seketika. “You gone putus fius already la,Long.”
Afiq ketawa.Kemudian dia diam. “Ada masalah ke nie?”Tanyanya rendah.
“Along,I’m fine.Kepala tingtong sikit and that’s all.”
Too quick an answer.Namun dia tidak bertanya lanjut. “Young lady...”
“Yes,Along.”
“You know you can turn to me if anything,kan?”
“Yes,Along.”
Afiq senyum tawar.Sah kepala tengah sakit la tu. “Lie down and rest now.”
Jo sengih.Yes! “Ai ai sir.”
“By the way...”
“Hmm?”
"Betul sakit kepala sebab putus cinta?”
5tahun5bulan[PartII]~Episode15
Times Like These-Foo Fighter berlagu dari MP3 di telinga kanan.Sambil berjalan dia mengikat muffler ke leher.Nama je spring dekat nak masuk summer.Tapi aci range hari nie 6 sampai 10 degree jugak.Cepat la summer break,aku nak balik Malaysia!Selesai mengikat muffler dia mula menyelongkar backpack yang hanya disandang di bahu kanan mencari buku Respiratory System at a Glance.
Mana ke pulak dianya buku nie...Dahi Jo berkerut sambil berjalan menuju ke bangunan library dari Medico-Chirurgical Hall.Jemarinya berlari di celah buku nota,lecture notes dan buku-buku library yang hendak dipulangkan. Sudah...tertinggal kat rumah ke nie..
“Excuse me?Miss?”
Langkah Jo automatik mati terhenti mendengar panggilan yang pekat dengan accent Scottish tu.Pateh Karma Wijaya versi Mat Salleh mana pulak yang panggil-panggil tengah aku nak cepat nie.Cepat dia berpaling ke belakang.
“Err..Your note.”
Pateh Karma Wijaya Mat Salleh sangat la tu...Kusangka Pateh Karma Wijaya,Hang Jebat berlidah Scottish rupanya.Jo hanya tegak mematung di tempatnya.Riak wajahnya tenang beku.
Bat memaksa senyum tawar sambil melangkah ke arahnya.Tak berbalas.Tanpa sedar dia menggaru kepala yang tak gatal. “Your notes.” Ulangnya sambil menghulur sheet nota Community Course yang melayang tadi.
“Thanks.”Datar Jo menutur sambil menyambut.Kemudian terus menutup zip backpack.Respiratory at a Glance cari dalam library nanti la.Tanpa kata lain dia meneruskan langkah.
“Library?” Bat dah berjalan bersaing di sebelah.
Punya la gedabak Medical Library kat depan mata nie boleh tanya lagi nak pergi mana...Mata letak mana?Patela?Namun Jo mengangguk kecil.
Sunyi.
Bat cuba menyelongkar isi kepala.Dead-end.Tak pernah jumpa Johanna versi yang macam nie.Tak tau nak counter macam mana.Perlahan dia berdehem. “Jo.”
Tak menjawab.
“Kau marah lagi?” Rendah dia bertanya.
Jo berpaling sekilas dengan muka selamba.Namun langkahnya tak bertukar gear. “Bila masa aku marah?”
Bat hanya mengangkat kening double-jerk.Right..Betul sangat la tu tak marah.Call tak angkat,message kat Y!M pun tak reply,SMS pun tak balas.
“I’m sorry.” Sambil memandang ke lain Bat menutur datar.
“Taken.”Jo menjawab malas.
Diam
Senyap.
Langkah dihayun terus juga ke entrance Medical Library.
***
Remote control ditekan tak berhenti mencari EXPN.Hah!There you go Tas Pappas.Terhenti pada ollie skater dari Brazil itu.
“Laa...tak ada cerita lain ke nak tengok?Malam-malam pun nak EXPN?”
Apeh berpaling.Dia sengih. “Bising la Along.Angah nie la pun time nak cari Astro.Kat kolej tu mana ada EXPN.” Pandangannya kembali menala ke skrin.
“Bukak Discovery la,Ngah.Malam nie diorang cover Loch Ness.”
Apeh menjulingkan mata.Remote dah diletak ke bawah sila. “Kacau la Along nie.Kalau Kak Ana layan je tengok skate pun.” Sekilas wajah Alongnya dipandang. “Apa cerita tengok Loch Ness.Tengok toman raksasa Tasik Banding tak cukup-cukup ke?”
Afiq meluku perlahan kepala Apeh. “Kerek punya adik.” Namun pandangannya memaku juga pada Sanchez yang sedang beraksi.
Apeh hanya ketawa. “Teruk punya abang.Patut Along belajar dengan Kak Ana tau cara-cara nak treat adik nie.” Dia angkat kening double-jerk. “Along,fail.”
Wajah Apeh dipandang sekilas dengan senyum tawar. “Kak Ana apa khabar?”
Huh?!Kening Apeh terangkat. “Ngigau ke apa Along?Bukan Along ke yang kerja call Kak Ana tiap-tiap minggu.Tanya Angah yang tercampak dekat kolej ceruk dunia tu pulak.Mana Angah tau.”
Alongnya hanya menjungkit bahu. “Mana la Along tau kot-kot dia call Angah.Hari tu Along call dia tak sihat.Sakit kepala.”
Apeh berpaling dari kickflip* Sanchez. “Sakit kepala apahal?” Dahinya berkerut.
“Dia kata dia putus cinta.”Off-handed Afiq menjawab.Omar Hassan kini beraksi di skrin.
“Putus cinta?!” Rahang bawah Apeh jatuh. “Bila masa pulak Kak Ana masuk alam chenta?”
“Mana Along tau.”
“Gila.Along percaya sangat la dengan Kak Ana tu.” Apeh menggeleng.Come hell or high water aku nak buat kakak ipar jugak.Along nie pun satu.Buat move lambat tahap tenggiling berjalan.Nak ke tak nak?Kena sambar dengan mamat Scottish pakai kilt baru tau.
Kening Afiq terangkat sebelah merenung adiknya. “Yang sentap semacam tu apakehal?”
“Kak Ana mana ada couple lagi.”
“Mana tau?”
“Angah tau la.”
Diam.
Apeh sengih. “Along.”
“Hmm?”
“Kak Ana balik summer nie...”
Wajah Apeh dipandangnya menunggu ayat itu disambung.
“...pinang terus je la.”
***
Aiseh!Tension!Dah masuk library,dah pulangkan buku,dah duduk buat notes untuk respi system,dan dah keluar balik library.Bisu jugak!Bat memandang wajah Jo yang berjalan di sebelahnya dengan hujung mata.Payah betul kalau group-mate aku sorang nie masuk fasa mogok.
Riak wajah Jo muka toya selamba.Earphone di telinga kanan berlagu 1924-Soldiers of Allah.Langkah diatur ke gazebo.Sekarang dah waktu lunch.Hang Jebat nie pulak tak paham-paham bahasa aku tengah tak terasa nak bercakap.Kerja follow je dari tadi.Sampai di gazebo backpack terus diletak di atas bench batu itu sambil dia duduk bersila melabuhkan diri.Dengan pandangan lekat pada Polwarth Building di hadapan dia membuka zip backpack dengan sebelah tangan mencari lunch.Namun belum sempat zip dibuka penuh kotak cardboard pizza dah disua di depan mata.Mujur tak tersorong hidung.Jo memandang Bat di sebelah dengan wajah tak beriak.
“I’m sorry.” Rendah Bat menutur dengan mata turut menala pada Polwarth Building.
Jo tak menyambut.Nak ambil ke tak nak..
“Jo..”
Jo menghela nafas panjang.Kotak itu dicapai juga.Dibuka penutupnya di atas riba.Automatik rahang bawahnya sedikit jatuh.Aku nak gelak terguling ke atau nak tahan muka toya.
Bat hanya memandang dengan hujung mata.
Ketawanya pecah juga. “Cheesy tahap high cholestrol la kau,Bat!”
Di atas pizza buatan Hang Jebat tukang masak diraja itu tertulis elok dengan shredded cheddar cheese.
Bat says sorry.
________________________________
*ollie-skate trick
*kickflip-skate trick
5tahun5bulan[PartII]~Episode16
“Kau nie...’
Jo masih mencincang bawang besar untuk bergedil dengan earphone di telinga kanan sambil humming Higher-Creed.Bibir masih tak lekang senyum.
Aie yang menebeng di formica counter mengangkat kening. “...angau.”
Jo ketawa besar. “Kau putus fius.” Bawang cincang dipindah dari chopping board ke dalam mixing bowl berisi mashed potato.
“Kau tu yang putus fius.Hari tu migraine makan ubat macam makan Smarties.Hari nie high semacam senyum tak berhenti.Angau overdose punya symptom la tu.”
Sengihnya tak padam. “Banyak la kau.” Chopped carrots pula dituang ke dalam mangkuk metal itu.
“Mak abah kau dapat rombongan meminang ke nie?”
Jo ketawa lagi. “Terlebih baca e-Novel kau nie...” Dia menjulingkan mata sambil tangan kanannya ligat menggaul kentang,bawang,carrot dan daging kisar di dalam mixing bowl dengan senduk. “Aku happy salah.Aku sedih kau marah.”
Aie sengih mengusik. “Eveything happens with a reason.”
“True..true..”Tangan mencapai botol black-pepper.
“So.What happened la?”
Ligat botol serbuk lada hitam itu ditonggang isinya.Jo merenung dinding seolah memikir.Kemudian dia menjungkit bahu. “Entah.Tak ada apa yang pelik pun.” Botol garam pula dicapai.
“Jo....”Aie dah tarik muka.
Ketawanya pecah lagi. “Cekodok la kau buat muka macam tu,Aie.”
“Along hantar e-mail ye?” Aie serkap jarang.
Tangan makin ligat mengacau isi mixing bowl.Jo menjulingkan mata dengan sengih tak padam. “Balik-balik Along...balik-balik Along...”
“Mana la tau kot Along hantar memenda cheesy pelik-pelik yang sampai kau tak reti berhenti sengih macam nie.”
Tawa Jo pecah tiba-tiba.Dia menggeleng kepala dengan ketawa masih bersisa. “Kalau kau nak pakai term ‘cheesy’ tu,aku rasa yang deserve Bat sorang je.”
Kening Aie terangkat sebelah.
Telur ayam sebiji yang telah siap dipukul dimasukkan ke dalam adunan bergedil. “Ada dia apologize pakai stylo ala-ala Princess Diary punya cerita.” Tangan kembali mengadun dengan spatula. “’Sorry’ with shredded cheddar on pizza.” Jo menjulingkan mata sambil ketawa. “Nasib baik aku tak gelak terguling on the spot je.”
Rahang bawah Aie yang tadi sedikit jatuh kembali naik dengan tawanya yang pecah. “Gila cheesy.”
Jo angkat kening double jerk sambil tersengih. “Sebab tu la Dang Wangi sayang agaknya.” Mixing bowl ditolak tepi.Hot plate mula dipanaskan.Frying pan diletak dan dituang minyak separuh penuh.Kemudian dia mencapai mangkuk kosong.Telur ayam yang telah dibasuh mula dipecah satu demi satu.
“Kau jangan Jo...Karang silap-silap kau pulak yang jatuh tangga chenta nanti.”Aie sengih mengusik. “Gigit jari la Along.”
Jo sengih selamba. “Sah kau nie overdose baca e-Novel.”
Aie buat muka. “Hail the all-time-skeptic.”
Telur mula dipukul. “Yang penting aku excited nak balik Mesia.Yay!Hah..ha..”
Aie angkat kening double-jerk. “Somebody’s missing somebody I resume.”
“Mak,abah,opah,atuk,tok,tok wan,Apeh,Nana,Nina...”
“Along...”Aie sengih jahat.
“Ah sheesh!” Jo menggeleng. “Cut it out.” Minyak di atas stove dah mula merecik panas.
***
| "What wise quote fits you?(pics) UPDATED" - Results: |
|
|
| Your wise quote is: "Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall" by Confucius. |
Jo bangun dari kerusi studi sambil meregangkan kedua belah tangan ke atas.Sambil melangkah ke katil pangkal hidung ditekan dengan ibu jari dan telunjuk.Mata dipejam celik menghilangkan pedih sejak bersengkang menghadap laptop dan lecture notes.Tubuh dilontar ke katil.Duvet ditarik menutup tubuh sementara tangan sebelah lagi memeluk Bart Simpson.Lagi sepuluh hari...
Balik Malaysia!!
“Cepat la balik!”
“Apa ingat akak boleh balik suka-suka hati?Ingat nie macam Gemas-Pilah?”
Ketawa Apeh pecah. “Balik cepat la Kak Ana.Ramai orang rindu nie.”
Dia hanya sengih menggeleng. “Akak rindu nak jumpa korang semua jugak.”
Betul...Rindunya nak balik Malaysia.Nak rasa matahari.Nak cari teh tarik,roti canai.Nak cari cendol,laksa.Jumpa mak abah...Jumpa atuk dengan opah,Jumpa tok dengan tok wan,jumpa Apeh,Nana,Nina...
“Along rindu nak makan Kak Ana masak nie...”
“Reza Hafez!!”Di belakang terdengar suara Along menjerit memanggil Apeh.Apeh hanya terkekeh ketawa.
Banyak la Along konon-konon nak rindu makan aku masak.Apa dia ingat aku balik summer nak kerja jadi orang gaji lagi ke?Kirim salam awal-awal.Namun tanpa sedar dia menarik senyum tawar.Rindu jugak dengan demand Serbia Along yang tak sudah.
“Tu salah cara kacau tu.”
Teringat masa itu.
Afiq bercekak pinggang. “Kalau nak pukul adunan tu lepas masukkan putih telur,mana boleh kuat-kuat.Nanti texture dia wassalam.”
Kening Jo terangkat sebelah.Jatuh dari langit mana pulak mamat nie?Lambat-lambat dia berpaling.Banyak songeh.Dah 88 kali aku buat cheese cake nie tak ada timbul isu berbangkit pasal texture pun.Baham je macam piranha.
“Macam mana la anak dara sorang nie buat kerja.Main aci redah je.Nie la dia budak zaman sekarang.Memasak tu art,bukan aci main campak sesedap hati,buat sesuka rasa je.Kena ikut law jugak.”
Kepala dan telinga dah rasa macam berasap sikit.Sejak bila pulak aku apply masuk kelas memasak and catering under Chef Serbia nie yang dia nak bagi aku lecture pasal the art of cooking pulak?Namun muka masih ditahan dari berubah riak,mulut masih ditahan dari menjawab.
“Nanti kalau orang complaint,marah.Dah masak pun aci redah macam mana la Along nak kata OK.”
Tak abis lagi...Jo menghela nafas panjang. “Nah.” Dengan muka selamba dia menghulur mixer. “Tunjuk sikit macam mana nak buat.Saya tak pernah masuk kelas memasak.” Muka masih toya tak berubah.
Dan expression muka Along masa tu...Priceless.
Tanpa sedar sengih di bibir makin melebar.
“Kak Ana,Along kata Kak Ana putus cinta.Betul ke?”
Ketawanya pecah. “Lebih kurang la.” Ala-ala serius katak dia menjawab.
“Kak Ana jangan buat lawak macam tu dengan Along.” Ala-ala stage whisper pulak Apeh menjawab.Memang dramatik betul budak bertuah sorang nie.
Huh? “Kenapa?” Dengan tawa bersisa dia bertanya kembali.
“Along yang terus migraine kat sini.” Terkekeh Apeh ketawa kembali.
“Reza Hafez!” Dan sekali lagi suara Along terdengar memberi warning di belakang.
Jo menggeleng kepala dengan senyum nipis di bibir.Macam lawak antarabangsa je dapat ‘family angkat’ yang wacky macam nie.Abang Serbia super kejam,wacky cheeky lil’bro,dengan adik-adik perempuan yang manja.Johanna,your prayers have been answered.One.Big.Family.Alhamdulillah.
***
Sekilas matanya memandang PDA sambil dia melangkah masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.
“Along!!” Nina berlari menuruni tangga diikuti Nana di belakang.
Afiq menarik senyum tawar dalam penat berkejar dari pejabat.Dia duduk bersandar di atas settee di depan TV mati. “Boss,ice lemon tea satu.”
Nana dan Nina serentak menjulingkan mata. “Lorat la Along,ingat kitorang orang gaji ke?”
“Please...” Afiq sengih.
Nana menggeleng kepala. “Kalau ada Kak Ana kan senang.” Gumamnya sambil melangkah ke dapur.
Afiq hanya senyum menggeleng sambil mencapai remote control. “Angah dengan papa tak sampai lagi?” Dia berpaling ke arah Nina di kanannya.NBA Playoff menggegarkan skrin.
“Belum.Tadi Angah call cakap lagi 10 minit sampai kot.”
Afiq hanya mengangguk.Dari kolej Angah nak ke sini tak la jauh sangat.Tapi kalau petang macam nie dengan jalan jam..Huh!Nightmare.Si Angah tu pun satu.Nak balik weekend pun suruh papa pick-up.Gaya tak reti je nak balik naik bas.
“Along?”
Lamunannya mati. “Apa dia?”
Nana dah terpacak di depannya dengan gelas berisi di tangan. “Nah.”
“Thanks.”
Nana duduk di kirinya. “Along.”
“Hmm?” Iverson tengah dribble bola.
“Sabtu next week,janji bawak kitorang tau.”
“Kan Along dah cakap Along ada hal.”
Nina dah buat muka. “Ala Long...Hari tu kan Kak Ana balik.Takkan kita tak nak tunggu dia kat KLIA kot.”
“Along ada hal.Kan Along dah cakap dulu.Along dah cakap dengan papa.Kalau papa busy suruh Angah je bawak.”
Nana dah mengangkat kening sebelah merenung Alongnya. “Dun tell me it’s her again...”
Wajah Afiq tak berubah.Dipandangnya wajah Nana sekilas. “Don’t get me wrong.”Bibirnya menarik senyum nipis segaris. “But yes.It’s her.Again.” Dia mengangkat kening double jerk.
5tahun5bulan[PartII]~Episode17
“Along...” Malam kelmarin dia call tanya bila flight nak balik.Padahal lagi dua bulan nak balik Aberdeen.Petang semalam tanya pasal passport bila due.Itu pun nak tanya ke? Petang nie nak tanya apa pulak...“Along nak tanya IC number pulak ke nie...”
Afiq menepis pertanyaan ada yang seolah sarcastic itu.“Ana siap barang untuk overnight.Along datang pick-up.”
Kening Jo terangkat tinggi. “Apa Along tiba-tiba nie?!”
“Nina demam teruk.Balik sekolah tadi muntah-muntah je.Tak ada orang nak jaga nie.Papa off to Johor tengah hari tadi.Apeh kat kolej.Petang esok baru balik.Along kena kerja esok.Kesian dengan Nana.Esok sekolah.Come over,please? Along datang nanti,Along cakap dekat mak dengan abah.”
Kepala still tak dapat nak compute. “Mak Atun mana...”
“Takkan Mak Atun nak stay sampai malam...Nie Nina pun asyik tanya pasal Ana je nie.Please?” Afiq menggendang stereng sementara menanti lampu merah bertukar ke hijau. “Along on the way.”
“Along...”
***
Api dimatikan.Sup ayam yang direneh dibiarkan di atas dapur.Jo mengelap tangan pada kitchen towel.Dia menghela nafas panjang.Cuti summer pun balik ke rumah nie jugak aku rupanya.Haila...Jam di dinding dapur dipandangnya.Lebih pukul 10 malam.Rumah sunyi.Nana sibuk dengan homework di bilik atas.Nina dah lena lepas Isya’ tadi.Along tidur rumah dia agaknya.Tadi lepas kelam-kabut pick-up dari rumah bawak ke sini,kelam kabut balik kejar ke office dengan hal apa entah.Sampai sekarang tak nampak muka.Kata nak bawak Nina pergi klinik.Nie sampai dekat pukul 10.30 bayang pun tak nampak.Patutnya aku mintak je kunci kereta Cik Latfy tu,biar aku je yang bawak Nina pergi klinik.Jo menggeleng perlahan.Penat sepetang menjaga Nina.Makan berselang dengan muntah.Suspect food-poisoning je nie.
Dia melangkah ke kaunter formica.Termos ditarik dari draining board. Tangannya ligat membancuh Milo.Fikiran kosong menerawang entah ke mana.Dah sampai ke Aberdeen...Teringatkan Yaya yang tengah winter di Tassie... ...Matanya kembali menala ke jam di dinding.10.35.Mana Along nie?Nak balik ke tak nak?Call pun tidak.Jo mengeluh perlahan.Lambat-lambat handset ditarik keluar dari saku jeans.Nombor Afiq didail.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.Ana?”
“Along balik tak malam nie?Kata nak bawak Nina pergi klinik.” Perlahan Jo bertanya.Jelas berbayang penat.
“Along tengah dinner nie.Hold the port,nanti Along call balik.”
“Along...”
“Half an hour.Promise.”
“Along...”
“Johanna..Half an hour je.”
Jo merengus perlahan. “Whatever.” Talian terus dimatikan.Ada ke dinner lagi penting dari adik sakit?Dia terus melangkah keluar dapur menuju ke tangga sambil membawa termos berisi Milo.Sambil mendaki tangga sebelah tangan lagi mendail handset.
“Assalamualaikum.Johanna here.”
***
Riak wajahnya beku dari tadi.Sepatah pun tak bersuara.Aci bisu je lagi bagus dari menjawab.Sejenak dia mengangkat pandangan.Hanya jelingan maut yang diberi.
Wajah lelaki di hadapannya itu juga sama tegang.Afiq merenung wajah Jo yang duduk di kerusi meja makan setentang dengannya.Dah habis keluar segala marah.Sepatah pun tak dia menjawab.Tapi bukan susah untuk menelah gadis di hadapannya itu sedang berbara.Tengok jeling maut,muka selamba tu pun dah boleh paham.Tapi masakan dia tak mengamuk bila Jo buat tindakan aci redah macam tu!
Jo hanya bersuara untuk backing Nana.
“Jo yang tanya Nana mana kunci kereta papa Along.Insist suruh dia bagi sebab urgent.Bukan dia yang saja-saja nak bagi.”
Bawak kereta papa tengah-tengah malam pergi klinik.Tak sempat nak tunggu orang balik.Bukan dah kata suruh tunggu dulu.Lambat sikit je.Mau tak berasap rasa kepala bila sampai-sampai rumah,tak ada orang.Bila call handset pun bukan tuannya yang menjawab,suara Nana yang menyambut.Memberitahu mereka di Klinik Muhammad dan on the way nak balik.Sampai-sampai rumah...
Sampai-sampai rumah dah kena marah.Jo mencebik dalam hati.Nasib baik kena marah lepas bawak Nina masuk bilik dan Nana pun kat atas.Tak paham betul aku dengan Along nie.Orang nak tolong pun salah?Dah dia tu yang dinner tak ingat rumah lagi nak marah aku.Kalau ada mandat besar mau je aku fire dia balik.Nak menjawab karang buat lagi parah je.Memang masalah betul la aku dengan Along nie.Kalau Aberdeen-Malaysia langkah tujuh laut tu,elok je boleh converse baik-baik dalam phone.Tapi kalau dah depan mata macam nie...Rasa nak bagi flying kuali pun ada.Ngee...
Namun sedikit sebanyak hatinya lembut juga melihat raut wajah yang nyata lesu itu.Walau aura berbara Jo boleh dirasa,tapi jelas boleh dilihat juga yang gadis itu penat.Masakan tidak. ‘On-call’ dengan short notice siang tadi.Namun tanpa banyak cakap dia menurut juga.Afiq menarik nafas panjang.Tapi hati mana yang tak risau kalau sampai rumah tengok-tengok rumah kosong tanpa sebarang pesanan?Tau pulak driving tengah-tengah malam,penat-penat macam tu.Apa saja boleh jadi.Kalau jadi apa-apa,orang yang pegang nama Along nie jugak yang bertanggungjawab.Yang kena bersoaljawab dengan papa,mak abah dia.
Penat.Mengantuk.Tension.Nak tidur.Rasa nak backhand orang.Jo merengus perlahan.
Penat.Mengantuk.Tension.Nak tidur.Geram.Kasihan.Afiq memejam mata sejenak.
Mata dipejam celik beberapa kali menahan pedih dengan pandangan masih memaku ke meja.Tanpa sedar tangan dibawa ke mulut menahan kuap kecil.Jo menjeling jam di dinding dapur.Dah nak dekat tengah malam.
“Ana nak tengok Nina.”Rendah datar Jo bersuara tanpa memandang wajah Afiq. “I’m sorry.” Sambungnya menggumam sambil bangun menolak kerusi ke belakang.
“Ana.”
Gerak Jo terhenti.Dia mengangkat pandangan ke wajah Afiq.
“Ana dah makan?”
“Nana dengan Nina dah makan.”
“Along tanya pasal Ana.Ana dah makan?” Lembut Afiq mengulang tanya meski matanya mencerun.
“Dah.” Jo hanya menjawab rendah sepatah sebelum melangkah keluar dapur menuju ke tingkat atas.
***
“Nina tak sihat.Food poisoning.”
Khabar Nina telah disampaikan pada papa dan Apeh siang tadi lagi.Afiq berbaring di katil dengan berbantal lengan.Angah sampai rumah petang esok.Papa balik tengah hari lusa.Full house,again.Bibirnya mengukir senyum tawar.Harap Nina pun cepat sihat.
Matanya dialih ke jam di dinding.Dah lewat pukul dua pagi.Nina...Tubuh diangkat dari baringnya.Perlahan-lahan dia menuruni katil lalu melangkah ke pintu.Arah tujuannya;ke pintu bilik sebelah.Tombol pintu dipulas hati-hati.Lampu dari tangga melimpah masuk ke dalam bilik yang hanya disinari lampu tidur kelam itu.
Pandangannya jatuh pada Nana yang lena di katil sebelah kanan bilik.Kemudian pada katil Nina di kiri bilik.Wajahnya terpempan seketika.Sepintas dada terasa berbuku tiba-tiba.Nina lena di katil.Wajah jelas pucat lesu hilang seri.Tuala basah lekat di dahi.Tubuhnya berselimut comforter hingga ke dada.Tangan kirinya memeluk teddy.Dan tangan kanannya memegang...
Tangan Jo.
Gadis itu lena berbantal lengan di birai katil dengan simpuh di lantai.Masih dengan pakaian dari siang tadi.Tee,jeans dan selendang yang tidak bertukar.Riak wajahnya tenang tidak berkocak dalam tidur meski berbayang penat.Erat tangannya di dalam genggaman Nina dibiar di situ.
Afiq mengalih pandangan menahan sebak yang entah datang dari mana.Teringatkan sesorang yang hanya satu.Hanya dia.
Mama.
5tahun5bulan[PartII]~Episode 18
Masya-Allah...This ain’t no killing!Dahi Jo berkerut-kerut sambil tangan laju menuang isi blender ke dalam kuali panas.Berdesir bunyinya memecah hening subuh.Wajahnya kusut dengan sudip di tangan kanan.Sebabnya cuma satu.
Migraine!
Badan penat,tak cukup rehat.Tidur pun tersentak terjaga,tersalah letak kepala sampai senget-senget tengkuk.Top-up pulak semalam kena marah.Dan yang nyata bangun untuk solat subuh pagi tadi terasa kepala macam kena gelek dengan tayar trailer Transformers.Namun digagahkan juga diri untuk bangun solat dan menyiapkan breakfast.Baca al-Mathurat pun terhenti-henti sebab asyik nak termuntah.
Jo menggeleng perlahan.Ubat tertinggal kat rumah.Kelam-kabut semalam.Ya Rahman..berilah kekuatan.Bibir mengucap selawat syifa.Pergi la wahai sakit kepala,aku kena buat breakfast nie...Nana nak pergi sekolah,nanti Along turun nak pergi kerja karang kena sound lagi kalau masak tak siap lagi nie..
Dia mengetap bibir menahan sakit yang makin menjerit.Namun mangkuk berisi daging cincang dimasukkan juga ke dalam kuali,meneruskan masakan.Sempat dijelingnya jam di dinding.6.30 pagi.C’mon Johanna...
Sebelah tangan dilarikan di celah rambut yang masih basah sambil melangkah menuruni tangga.Dahi Afiq sedikit berkerut.Bukan kerana lampu dapur yang dah menyala.Bukan juga kerana bau tumisan yang dah semerbak naik ke atas.Tapi kerana bunyi ktung-ktang yang seolah nak membangunkan seisi rumah.Langkah diatur perlahan ke pintu dapur.Ana yang membelakanginya sibuk mengacau isi kuali.Kemudian gadis itu mencapai tapis besar berisi bihun yang dah siap dicelur lalu dimasukkan ke dalam kuali.Tapis kosong itu kemudian ala dicampak ke dalam sinki.Kening Afiq terangkat sebelah.Sudip pula berdentang kuat bertemu kuali untuk membalikkan bihun dan rencahnya.Kali ini kedua-dua kening Afiq terangkat.Tak pernah dibuat budak nie masak macam orang mengamuk,sampai berdentang dapur satu rumah boleh dengar.
“A good girl is the one yang tak pernah masuk dapur.”
“Huh?Along nie nak cari wife spesis apa nie?Memang nak makan luar tiap-tiap hari ke?”
Dia hanya ketawa mendengar suara dari Aberdeen itu beriak tak percaya. “Read between the lines la.”
“Tak paham la Along cakap berkias sangat nie.”
“Meaning...kalau dia masuk dapur pun macam tak masuk dapur.”
“Tak paham.”
“Maksudnya,kalau dia masuk dapur pun senyap je macam tak ada orang kat dapur.Tak ada bunyi ktung-ktang macam nak meletup dapur ke apa.Faham?”
Ana terdiam di hujung talian.Memikir. “Along cerewet.” Jawabnya pendek. “Impossible la nak memasak tak berbunyi.”
Pecah ketawa Afiq. “Ana masak kat rumah tak berbunyi meletup satu rumah pun.”
Jo pula ketawa. “Hah ha..I’m a good girl then.Tengok kaki la.”
Tapi pagi nie angin apa pulak yang aci main campak je segala apa yang ada kat tangan.Afiq memeluk tubuh sambil menyandar bahu di pintu dapur.Marah sebab kena marah malam tadi?Mungkin.
Hujung sudip mencedok sedikit isi kuali lalu diletak ke dalam sudu kecil.Perlahan dibawa ke mulut untuk merasa.Allah..Jo memejam mata sambil mengadah wajah ke siling.Rasa nak menangis je.Terasa cili boh dan bawang kisar mentah di lidah.Tak cukup lama ditumis tadi.Tu la,buat kerja nak cepat siap je.Tapi sebab dah tak larat nak tahan sakit kepala!Macam mana nak buat nie...Bihun dah masuk.Alamat nie nanti kena la dengan Along lagi...Mak,nak balik!!Jo menghela nafas berat.Apa salah Jo sampai jadi macam nie pagi-pagi Jumaat nie ya Rahman...
Jo melepas nafas sambil mengecilkan api dapur.Dia berpusing untuk melangkah ke fridge.Mati terus gerak langkahnya melihat Afiq yang masih bersandar di pintu dapur merenungnya.Terkejut!Namun pandangannya mencerun terus.
“Breakfast tak siap lagi.” Rendah datar Jo bersuara sambil melangkah ke fridge.Pandangan Afiq dibuat tak endah.Pintu fridge dibuka dan botol sos tomato dicapai. “Air pun tak bancuh lagi.” Dismissive.Entah dah berapa lama dia terpacak at situ?!Nasib baik aku tak buat aci gaya bebas yang pelik-pelik.
Afiq tak berganjak.Pandangannya masih pada Jo yang kini kembali menghadap kuali.
“Along pergi la duduk depan,Ana tak siap masak lagi nie.” Jo merengus perlahan.Aku tengah sakit kepala dia terpacak pulak kat situ gaya observer terhormat.Silap-silap melayang betul-betul backhand aku sekali dengan bihun tak jadi nie.
Afiq tak menjawab.Dia melangkah masuk terus ke formica counter. “Air dah masak?”
Jo mengetap bibir menahan geram.Aku tengah sakit kepala memang pantang orang macam nie.Susah betul nak berbahasa dengan orang tak reti bahasa macam Along nie. “Air tak masak lagi,apa pun tak buat lagi.” Penutup botol sos dibuka dengan ibu jari sebelah tangan.
Tanpa banyak kata Afiq mencapai cerek dari tepi flask lalu diisi air di sinki.Seketika kemudian dijerang di atas dapur.Dan dia terus berdiri di situ.
Gerak laku Jo mula kaku dengan kehadiran Afiq yang terasa begitu hampir.Apakehal pulak masalah Along pagi nie...Jo melepas nafas.Exasperate.Dia berpaling ke arah Afiq yang masih berdiri di sebelahnya.Masih dengan tee dan pelekat. “Along nak suruh Ana iron baju ke nie?” Datar dia bertanya.
Afiq tidak terus menjawab.Hanya merenung wajah gadis itu. “Muka pucat.” Ujarnya tenang. “Kenapa nie?”
“Mana ada.” Botol sos tomato ditonggang isinya ke dalam kuali.
“Ana...”
“Along,please.” Sudip kembali membalikkan bihun.Tolonglah hilang rasa cili boh dengan bawang mentah tu.
Diam.Namun lelaki itu masih belum berganjak. “Johanna...”
“Ana sakit kepala.” Jo menggumam rendah.
“Pergi lie down,Along sambung buat nie.”
Jo menggeleng. “Dah nak OK.” Dia menjawab perlahan.Mesti selalu macam nie.Gaduh marah dengan Along,lepas tu dia buat gaya abang baik dia,lepas tu dah tak rasa nak cekik dia dah.Alamat kena hypertension kalau aku ada abang macam nie kat rumah.
“Betul?”
Angguk.“Along balik rumah nanti pukul berapa?”Perlahan Jo bertanya dengan mata masih pada bihun goreng.
“5.30.Kenapa?”
Jo hanya mengangguk. “Ana suruh abah datang ambil pukul 6 la macam tu.”
Afiq terdiam lagi. “Ana balik hari rumah Sabtu,boleh?”
Jo berpaling.Keningnya terangkat sebelah. “Kenapa?”
“Petang nie Angah balik.Semua orang kat rumah.” Afiq mengukir senyum nipis segaris. “Kita dinner ramai-ramai macam selalu.”
“Ana...”
“Kita masak sama-sama.”
***
“Okay.Yang mana satu?” Jo bertanya dengan kening double-jerk.
Nina memandang piring berisi di hadapannya satu-persatu. “Nina suka je semua nie...”
Jo,Afiq,Apeh dan Nana serentak bersandar ke kerusi sambil menepuk dahi.
“Masalah la kalau orang sakit jadi judge nie.” Apeh mencebik mengusik ke arah Nina. “Angah punya udang sweet sour tu masak pakai skill Iron Chef tu.”
“Angah nie...Orang sakit nie..” Nina tarik muka.
“Helleh...Nana buat tom yam kick tu sebelah tangan pun orang makan sampai licin,tau.” Nana sengih mengejek ke arah Apeh. “Kak Nana punya cooking yang paling best kan?” Dia berpaling ke arah Nina.
“Banyak la skill Iron Chef la...masak sebelah tangan la...Sampai dekat nak meletup dapur petang tadi banyak la korang punya skil.” Afiq menjulingkan mata. “Kailan ikan masin Along tu je yang tak melibatkan step-step spesis life-threatening.”
Ketawa pecah di meja itu.
“Dah..dah...”Jo menjulingkan mata.Dia mula mengemas pinggan.
“Along,dessert!” Nana sengih di kerusinya.
Afiq angkat kening double-jerk.Jo mengangkat muka. “Bila masa kita buat dessert?”
Apeh mengenyit mata. “Time Kak Ana jaga Nina.”
Afiq dah menghilang ke dapur.Seketika kemudian dia keluar dengan pyrex di tangan kanan dan piring-piring kecil beserta sudu di tangan kiri.
“Apa tu...” Namun pertanyaannya hanya terhenti di situ.
Peach cobbler.
“Siapa buat nie?” Antara terkeluar dan tidak Jo bertanya.
Afiq berdehem perlahan.
Jo mengalih pandangan ke wajah Afiq. “Along buat?!!”
“Well..” Konon dia nak buat gaya rendah diri.
Kening Jo terangkat sebelah merenung Afiq.Kemudian dia mengukir sengih.Rightie...Siap la!Nana dah mula mengisi piring-piring kecil dengan peach cobbler.Apeh pula menghulur sudu.Afiq dah menguis isi piringnya dengan hujung sudu.His specialty,that’s it!Peach cobbler.Wajah Ana dipandang dengan hujung mata.Gadis itu teragak-agak membawa sudu berisi ke mulut.
“Amacam,Kak Ana?” Apeh bertanya dengan kening double-jerk.
Jo merenung dinding dengan kening berkerut seolah memikir.Kemudian meletakkan sudu ke kembali ke piring dan merenung Afiq. “It’s...” Dia terhenti sejenak. “Manis sangat,Along.Nanti boleh kena diabetes.Dan rasanya Along tak biarkan the dough long enough in the fridge.The filling,kurang lemon juice Ana rasa.And maybe patut jangan biar baked lama sangat,sampai the peaches habis soggy,and the crust pun macam nak crumble.” Hah!Take that!
“Ouch!That hurts!” Apeh ketawa.
Namun Afiq hanya merenung Jo kembali dengan dengan bibir mengukir senyum nipis. “Just tell me you like it,Johanna.”
Jo buat muka. “Hah ha.You wish.”
Senyum nipis di wajah Afiq masih belum cair. “Bad liar.” Sudu berisi peach cobbler dibawa ke bibir.
***
Bibir Apeh mengukir senyum nipis segaris.Memang cute!
“Angah!”
Apeh berpaling. “Apa dia?”
Nana sengih dengan kening terangkat. “Kenapa senyum sorang-sorang?Ingat orang Banting ke apa?” Dia duduk di sebelah Apeh.Pandangannya menala ke skrin.
“The toon.Cute.”Apeh sengih lagi.Pandangannya kembali pada Muhammad Utusan Terakhir. “Disney standard.Two-thumbs up.Nie yang Kak Ana bagi tu kan?”
Nana angguk.Kak Ana yang belikan,promote suruh tengok.Dan memang betul.Sangat cute dan tanpa sedar belajar sirah Rasulullah.Pandai Kak Ana!
“Kak Ana mana?”
“Atas.Jaga Nina.” Nana memeluk bantal kecil di riba. “Along mana?”
“On the phone.”
Sama-sama diam.
“Angah tau kan,Along...”
“Tau.” Apeh memotong dulu.
“Serius ke?”
“Tak tau.”
Diam lagi.
“Along on the phone dengan dia ke?”
Apeh menjungkit bahu. “Angah tak sure.”
“Angah.”
“Hmm?”
“Nana kureng sikit dengan dia.”
“Angah pun.”
“Nana suka Kak Ana.” Perlahan Nana bersuara.
Apeh berpaling.Dia senyum tawar. “Angah pun.”
“Nana suka macam nie.Semua orang kat rumah,makan ramai-ramai.Bila sakit ada orang jagakan.Ada orang yang boleh rely on.Ada orang yang boleh Nana ajak sembang.Happy...Rasa macam orang sayang...Rasa macam..” Nana berhenti menggigit bibir bawah.Birai air mata terasa hangat.
“...rasa macam ada mama.” Apeh yang menamatkan sambil memandang Nana.Dia menghela nafas berat.Bahu Nana diraih dengan sebelah tangan. “Angah pun rasa macam tu.Angah pun rasa macam nak Kak Ana duduk dengan kita...Sampai bila-bila...Tapi nie bukan dalam kuasa kita,Na.”
“Angah rasa ada possibility?”
“Kak Ana single lagi tak?”
“Tak sure.Tak tau.” Nana mengadah siling. “Along tu macam mana tu?Dia nak kawin dengan siapa nie?” Dia merengus perlahan.
Ketawa Apeh pecah. “Ngalahkan makcik-makcik la gaya Nana nie.”
“Betul-betul la,Ngah...”
Apeh mengeluh perlahan. “Angah pun dah tak tau.Angah pun dah tak paham,dah pening kepala.”
5tahun5bulan[PartII]~end
“Study macam mana?OK?” Tangan ligat mengacau bancuhan tepung dengan sudu.
Apeh mencebik. “Susah!Gila taxing la nak pergi overseas macam nie.Kak Ana survive pakai jampi ke apa?”
Jo ketawa sambil menggeleng. “Khurafat tu main jampi-jampi.Doa la banyak-banyak.Usaha pun kena la jugak.” Dia menjulingkan mata. “Ada ke main jampi.”
“Susah tahap giga la Kak Ana...”
“Kan SPM dulu dah score...Yang nie pun sure boleh buat.” Bancuhan tepung mula dimasukkan ke dalam minyak panas. “Work hard,then turn to Him.”
“Ala...”
“Morning.”
Jo dan Apeh serentak berpaling ke pintu dapur. “Morning.” Serentak juga mereka menjawab.
Afiq melangkah ke meja makan. “Kenapa pagi-pagi subuh dah buat muka lima sen tu?” Wajah Apeh direnungnya sambil dia menarik kerusi.
“Along tengok la Apeh tu.Dari tadi merengek kata International Baccalaureate tu susah.” Jo menjulingkan mata.
Apeh ketawa besar. “Ala...Nie la pun nak bermanja dengan Kak Ana.Harapkan Along...” Dia mencebik. “..hampeh!Sebelah mata dia tak layan.”
Jo turut ketawa. “Apa la Along.Fail jadi abang.”
“Kena ada Kak Ana jadi kakak la macam tu.” Apeh sengih nakal.
Jo sengih selamba. “Tak sanggup akak nak jadi adik Along.Serbia!”
Afiq yang dari tadi tak bersuara hanya menggeleng.Handset di atas meja tiba-tiba berbunyi.Tiga pasang mata mengalih pandangan.
“Siapa punya nie?” Afiq merenung Nokia 3200 itu.
“Ana.” Jo masih membalikkan cucur di dalam kuali. “Apeh,tolong angkat.”
Panjang tangan Apeh mencapai.Dia merenung nama yang tertera di skrin.Dahinya sedikit berkerut.Kemudian dia memandang Jo.Butang menjawab panggilan ditekan.
“Hello,assalamualaikum.” Terhenti sejenak. “Dia tengah masak breakfast.” Apeh merenung Alongnya yang hanya memerhati. “Nie..err..” Kemudian dia sengih nakal. “Nie adik ipar dia.” Pandangannya kini beralih pada Jo.
Jo berpaling lipat maut ke arah Apeh.Anak muda itu masih dengan sengih nakalnya. “Apeh?!Siapa tu?!” Mata Jo bulat. “Bagi sini!”
Apeh angkat kening double-jerk.Riak wajahnya masih ditahan selamba. “Nak cakap dengan dia ye?Sekejap.” Dia menghulur handset di tangan ke arah Jo sambil tersengih.
Sekilas Jo merenung nama di skrin.Kemudian memberi jelingan maut kepada Apeh.Anak muda itu masih lagi mengukir sengih.Kening Afiq terangkat sebelah.
Jo kembali menghadap dapur membelakangkan Apeh dan Afiq. “Waalaikumsalam.” Handset dipegang ke telinga dengan tangan kiri.Tangan kanan membalikkan cucur ikan bilis di dalam kuali.
Ketawa di hujung talian dah pecah dahulu. “Haru la kau balik cuti summer terus kawin!Tak bagi tau aku pulak tu!”
“Bat..”Jo menjulingkan mata.
“Adik ipar mana tu?”
“Banyak la kau.Tu Apeh tu.Aku kat rumah diorang nie.”
Di belakangnya Afiq merenung Apeh.Siapa?Tanpa suara dia bertanya.
Apeh angkat bahu. “Hang Jebat” Ujarnya rendah.
Huh?!Afiq berkerut dahi memikir.Hang Jebat...Ring a bell...Oh yes..macam mana boleh lupa.Hang Jebat Aberdeen tu.Dia kembali memandang Jo yang masih berbicara dengan sebelah tangan mengangkat cucur panas ke dalam tapis.Sesekali menggeleng,ketawa,mengangguk.
Apeh hanya memandang Alongnya dengan hujung mata.Kemudian beralih pula pada Kak Ananya.Sejak bila pulak Kak Ana kenal Hang Jebat?Haiyoh...don’t tell me Kak Ana dah jadi Dang Wangi!
“Waalaikumsalam.” Jo mematikan talian.Handset diletakkan kembali ke meja.Tanpa kata lain dia meneruskan kerjanya menggoreng cucur untuk breakfast.
“Siapa tu Kak Ana?”
“Kawan.” Pendek Jo menjawab.
“Bat?”Suara Afiq pula bertanya.
Jo hanya mengangguk.
“Kenapa dia call?”
Jo hanya berpaling sekilas memandang Afiq. “Saja.”
Pandangan Apeh kini berlari di antara Kak Ana dan Alongnya.
“Checking?”
“Kinda.”
“How sweet.”
Kening Jo terangkat sebelah merenung cucur ikan bilis.Apahal Along gaya sarcastic semacam nie.Namun kemudian dia hanya senyum selamba.Lupa.This’s Along anyway.Sarcastic is his middle name.Batch cucur terakhir diangkat dari kuali.Jo mematikan api dapur.Dia berpusing ke belakang sambil menatang piring berisi cucur panas dengan sebelah tangan.
“Breakfast ready.Apeh,panggil Nana dengan Nina.”
“Yes,ma’am.” Apeh dah menolak kerusi sebelum menghilang ke tingkat atas.
“Nina dah OK?”Afiq mengalih pandangan dari pinggan cucur ke wajah Jo.
“Insya Allah.” Jo melangkah ke kaunter formica.Teko tembikar diisi dengan tea-bag dan gula.Air dari flask dituang hingga tiga suku penuh. “Tapi lesu la lagi.” Air yang berkepul asap nipis itu dikacau dengan sudu.
Afiq mengangguk.Pandangannya dilontar ke luar tingkap.Matahari baru nak bangkit dari tidur.Alam baru bernyawa.Damai.
“Along.”
Mata Afiq beralih arah.Keningnya terangkat bertanya.
“Kopi O kurang gula,with honey?”
Afiq menarik senyum nipis segaris. “Setahun duduk Aberdeen,kalau lupa pun Along tak boleh nak marah.”
Jo ketawa.Botol International Roast dicapai. “Ana kan orang gaji berjaya.”
“So true.That’s why I miss you.”
Sudu hampir nak terlepas dari tangan.Jo menggeleng kepala. “Apa la Along nie.Kot ye bercinta pun,yang angau overboard dengan Ana nie apahal.Save your oxidating kata-kata to your girl la.” Gumamnya rendah pada bekas gula.
“Siapa yang bercinta?”
“Dah tau lagi mau tanya.” Jo mencebik.
“I’m not the one yang bercinta sampai sakit-sakit kepala.” Afiq mengukir sengih nakal.
Jo mengangkat wajah.Muka terasa hangat tiba-tiba.Isk..Nie mesti sebab air panas berasap nie... “Mana ada..”
Afiq hanya menjungkit bahu.Namun sengih mengusiknya masih belum cair.
Memang la Along nie.Saja je nak gulakan aku! “Ana nak balik pagi nie.” Ujar Jo datar sambil mengacau mug berisi kopi O di hadapannya.
“Cepatnya.”
“Ada hal.”
“Ada date?”
“Along!!” Mata Jo mencerun.
Afiq hanya ketawa.
“Morning!” Nana,Nina dan Apeh melangkah ke dalam dapur.
“Morning.”Serentak Afiq dan Jo menjawab.
Apeh dan Nana berpandangan,kemudian ketawa.
Afiq dan Jo sama-sama mengangkat kening sebelah.
“OK la tu,Ngah.” Nana mengenyit mata pada Apeh.Dia mengalih pandang pada Ana yang sedang membawa mug kopi ke meja. “Kak Ana,Nana pun kira adik ipar la,kan?”
Mug kopi hampir nak jatuh terus ke lantai.Bulat mata Jo merenung Nana dan Apeh silih berganti.Nak kena budak-budak nie...Dari dulu tak habis-habis nak sakat aku dengan Along...Cuba ditahan muka untuk tidak beriak tetapi pipi terasa panas juga.Kopi Afiq diletak di hadapan tuannya.
“Bila masa pulak akak ada adik ipar nie..” Jo menjulingkan mata sambil menarik kerusi di sebelah Nina.
“In the making la macam tu.” Nana angkat kening double-jerk. “Along,cepat sikit kawin dengan Kak Ana.” Sambungnya sambil memandang Afiq.
Afiq menggeleng sambil mengukir senyum segaris di bibir.Wajah Jo dah tak boleh ditafsir riak.Namun air muka selamba gadis itu masih tak berubah.Afiq mengalih pandangan ke wajah Ana yang sedang menuang teh ke dalam cawan-cawan kosong.Tangannya lambat-lambat mengacau kopi di dalam mug.
Keji la,Along!Saja buat gaya pelik macam tu!Jo dah menyumpah dalam hati.Apa tengok anak dara orang macam nak tembus?!Mata terlebih insurans ke?
“Ana nak ke kawin dengan Along,Na?”
“Along lupa ke...Ana kan dah kawin.Dah anak dua dah pun.” Jo menjawab selamba dengan senyum plastik di bibir.Teh terus dituang.
Afiq memandang Apeh dan Nana. “Sorry,tak dapat kakak ipar yang nie.Dah kena reject.Kita cari yang lain,ye.”
Nana dan Apeh sengih nakal. “Sorry.Kitorang nak yang nie je.Yang lain kitorang tak approve.”
Jo meletak teko ke meja. “Jadi-jadi tu.Mimpi apa la korang malam tadi bangun pagi-pagi dah babble benda bukan-bukan.” Serius dia bersuara. “Tidur dengan bangun tidur baca doa ke tak nie?”
“Sorry.” Nana dan Apeh sengih.
Nina dah menadah kedua belah tangan. “Cepat la baca doa makan.Nina lapar nie.”
Afiq ketawa kecil. “Sorry,Nina.” Mereka yang lain sama-sama menadah tangan dan mengaminkan doanya.
Ruang dapur itu sunyi seketika dalam mereka menghadap rezeki.
“Ana.”
Jo mengangkat wajah memandang Afiq.
“Nak balik pukul berapa?”
“Around 9.30.”
Afiq mengangguk. “Siapa nak ikut?”
“Pergi mana?” Apeh,Nana dan Nina terhenti mengunyah cucur.
Afiq mengangkat kening double-jerk. “Jumpa bakal in-laws Along.” Ujarnya selamba sambil menarik sengih mengusik ke arah Jo.
***
Perlu menangis?Jo menarik senyum kelat.Johanna tak pandai menangis,sorry. Namun dada terasa sebak juga.Entah kenapa perlu rasa begitu,dia sendiri tidak pasti.Tiada reason untuk down kerana benda nie,Johanna.Unless kalau...Jo menghela nafas berat.Takkan...Hati menafi.Perlahan dia memintal hujung rambut sambil mata merenung kosong ke luar tingkap.Kenapa perlu rasa macam nie Johanna?
Kaki dilunjur ke hadapan dan tubuhnya lambat-lambat disandar ke kepala katil.Ya Allah...Jo sedih.Perlahan dia menggigit bibir bawah.Nafas panjang ditarik.Habit yang tak pernah berubah sejak dari dulu hingga kini,mengadu pada Dia tanpa sedar.Bibir mengukir senyum tawar.Sebab Johanna tiada adik-beradik yang boleh dibuat teman ketawa menangis tanpa kira masa.Teringat kata-kata mak.When we want to talk to God,we pray and say prayers.When we want to hear God talking to us,we read the Quran.Juan kena belajar berdiri atas kaki sendiri sebab mak dan abah bukan menongkat dunia.
Dan mungkin kerana dibesarkan dengan cara begitu yang buat dia payah menerima dan meluahkan perasaan?Mungkin.Segalanya mungkin.Dia lebih senang mengadu pada Dia berbanding insan-insan di sekitar.Namun mungkin kadang-kala akan berkongsi juga dengan Yaya.Jo memejam mata sejenak.Teringat bayangan siang tadi.Rasa berbuku kembali bertandang di dada.
Johanna,it’s just a small matter.
That’s because you’re always so hard on yourself.
Dia mengangkat pandangan mengadah siling.God,I need you.Lambat-lambat tangannya mancapai Tafsir al-Quran di atas night table.I believe in You,ya 'Aleem Yang Maha Mengetahui.Hujung jemarinya membuka tafsir berwarna merah hati itu.Terhenti matanya pada ayat pertama yang menyapa pandangan.
Tanpa sedar bibir mengukir senyum nipis dalam sebak.True.God’s Love Letters Compilation is the best balm,given any time.
Hati terasa sejuk dipujuk.
Al-Baqarah:216. ‘...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.’
Tenanglah Johanna.







No comments:
Post a Comment