puisi ini
puisi buat Rabbi
Rasa hatiku pergi bak angin semilir
rasa yang ada di sudut kecil hati
cinta
cinta pada sang Rabbi
cinta itu kini haus
dimakan lalai dan leka
cinta itu rapuh dimakan anai-anai duniawi
lekanya aku dengan janji duniawi
padahal Rabbi menjanjikan akhirat abadi
rakan, kerja dan keluarga
wang, beli-belah dan kehidupan
gembiranya aku diulit mimpi dunia
lupa pada Rabbi yang memerhati
lupa membasah bibir membunyikan zikir
lupa merebahkan badan sujud merendah diri
takabbur aku pada nikmat dari Rabbi
merasa aku yang punya, tiada kan hilang
merasa gembiranya dunia bak kekal hingga akhirnya
merasa terpaut hati pada indahnya dunia
sesekejap kelipan mata
semua kan hilang
hati yang pautannya dunia kan hancur
padahal hati yang sentiasa waspada, kan tahu
akhirat jua yang kekal
hatinya bersedia, setiap saat yang diberi
kerana saat ini juga bukan miliknya
Ya Rabbi, kembalikan kepadaku
cinta yang hilang
buatku mengenang kembali
hakikat kejadian diri
hakikat sebuah dunia
hakikat sebuah akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment