Saturday, 22 November 2008

Kawan aturan Tuhan

Sahabat,
Tuhan yang menciptakan persahabatan ini,
Tuhan jua yang mewujudkan perasaan kasih padamu,
Tuhan jua yang mengatur perkenalan kita,
jadi,aku juga rela jika Tuhan menciptakan perpisahan untuk kita,
dan mewujudkan benteng pemisah antara kita,
kerana cintaku pada Tuhan melebihi cintaku padamu,
dan kutahu dan pasti, kau juga begitu.
Sahabat,
saat-saat gembira telah Tuhan anugerahkan kepada kita,
merupakan suatu nikmat yang takmungkin aku lu[pakan selama-lamanya
Tuhan telah menciptakan bahawa hati kita serentak dan seirama,
kita juga sehaluan,
alhamdulillah, aku bersyukur dengan nikmat Tuhan
yang bukan mudah untukku peroleh,
dan bukan sukar untuk kehilangannya.

Monday, 10 November 2008

ketika ini

Di ketika ini
Kukembali lagi menyerah diri
Di hadapanmu wahai Tuhanku
Mengaku hamba dengan segala cacat yang ada

Kuimbas detik lampau yang gelap
Leka menyapu kegembiraan palsu
Meraikan pesta dengan senyum lebar hati ria
Seketika aku lupa yang mati itu pasti

Sejadah dan Quran bukan tempat kubermain
Bahkan berat untuk menggapainya
Detikan hidayah bermain di hati
Namun itu yang kucepat sekali lupakan

kuselongkar bait kalimah para ulama
rupanya neraka itu pagarnya gembira
dan syurga itu pagarnya duka
destinasi aku pula yang mana?

Beginilah aku
Yang kadang lupa kadang ingat
Ketika lupa, sombong membelakangi agama
Melupai sunnah
Ketika ingat, berani pula mengaku hamba
Namunlah itu sajalah yang mampu
Aku ini hamba lakukan
Terus menerus menanggung malu
Akibat diri sendiri yang dungu
Diri sendiri yang pelupa
Yang gagal mengenal erti sayang dari Allah
Berat mulutnya mengucapkan syukur,
Sedangkan nafasnya itu sahaja bukan miliknya

Saturday, 8 November 2008